Bina Semula – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 30 Jan 2023 11:15:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bina Semula – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 TPM setuju beri peruntukan bina semula jeti yang roboh di Pulau Pababag – Abdul Manan https://sabahmedia.com/2023/01/30/tpm-setuju-beri-peruntukan-bina-semula-jeti-yang-roboh-di-pulau-pababag-abdul-manan/ https://sabahmedia.com/2023/01/30/tpm-setuju-beri-peruntukan-bina-semula-jeti-yang-roboh-di-pulau-pababag-abdul-manan/#respond Mon, 30 Jan 2023 11:15:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28757
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju memberi peruntukan untuk membina semula jeti yang roboh melibatkan 20 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag di Semporna terjatuh ke dalam laut awal pagi tadi.

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sulabayan, Abdul Manan Indanan berkata, beliau telah mengajukan perkara itu dan telah menunjukkan video jeti yang roboh berkenaan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

“Alhamdulillah kebetulan pula pada hari ini, menteri (Zahid) yang berkenaan datang ke Sabah, jadi kita kemukakan video tadi.

“Saya telah menunjukkan video tersebut supaya peruntukan segera untuk melaksanakan pembinaan jeti yang roboh itu dan beliau bersetuju supaya pembinaan jeti tersebut dilaksanakan secepat mungkin.,” katanya ketika ditemui pemberita selepas beliau menghadiri Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Sabah di sini, hari ini.

Sebelum itu, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah telah mengadakan lawatan dan meninjau keadaan banjir di Pitas pada pagi tadi.

Ditanya mengenai jumlah peruntukan yang akan diberikan, Abdul Manan berkata, menteri berkenaan (Zahid) tidak umum berapa peruntukan tapi beliau mahu perlu siapkan jeti tersebut dalam kadar yang cepat.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Abidin Marjan berkata, selain itu, lima orang murid Tabika KEMAS serta beberapa orang ibu bapa yang menghantar murid ke sekolah berkenaan turut terjatuh ke laut dalam kejadian pada jam 6.45 pagi tadi.

“Turut bertindak dua orang guru iaitu Penolong Kanan (PK) 1 dan PK Hal Ehwal Murid (HEM) terjun membantu menyelamat mangsa terlibat.

““Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan berat yang dilaporkan setakat ini. Manakala bagi murid yang diberi sijil sakit selepas menerima rawatan di klinik atau hospital adalah dibenarkan untuk berehat,”‘ katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/30/tpm-setuju-beri-peruntukan-bina-semula-jeti-yang-roboh-di-pulau-pababag-abdul-manan/feed/ 0 28757
RM18.2 Juta Peruntukan Bina Semula Untuk Kebakaran Di Tawau & Semporna https://sabahmedia.com/2022/04/06/rm18-2-juta-peruntukan-bina-semula-untuk-kebakaran-di-tawau-semporna/ https://sabahmedia.com/2022/04/06/rm18-2-juta-peruntukan-bina-semula-untuk-kebakaran-di-tawau-semporna/#respond Wed, 06 Apr 2022 05:57:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13980
Read Time:1 Minute, 55 Second

TAWAU: Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan sejumlah RM18.2 juta untuk pembinaan semula rumah dan infrastruktur yang rosak dalam kebakaran pada 17 Mac di sini dan pada 2015 di Semporna.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, daripada RM18.2 juta peruntukan itu, sebanyak RM10 juta akan diperuntukkan kepada 608 KIR rakyat tempatan di Tawau untuk membina semula rumah mereka manakala sejumlah RM8.2 juta adalah untuk pelaksanaan segera projek membabitkan kerosakan harta benda dan infrastruktur di Kampung Bangau- Bangau di Semporna.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika cek sebanyak RM10 juta kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang untuk membina semula rumah 608 ketua isi rumah (KIR) yang terbabit dalam kejadian kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, Tawau pada Mac lalu, sempena majlis penyerahan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Masyarakat Tawau, di Tawau pagi ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika cek sebanyak RM10 juta kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang untuk membina semula rumah 608 ketua isi rumah (KIR) yang terbabit dalam kejadian kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, Tawau pada Mac lalu, sempena majlis penyerahan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Masyarakat Tawau, di Tawau pagi ini.– Foto ihsan JKM
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika cek sebanyak RM8.2 juta kepada Pegawai Daerah Semporna, Juraimin j Jadil untuk pelaksanaan segera projek membabitkan kerosakan harta benda dan infrastruktur dalam kejadian kebakaran di Kampung Bangau-Bangau di Semporna, pada tahun 2015, sempena majlis penyerahan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Masyarakat Tawau, di Tawau pagi ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan replika cek sebanyak RM8.2 juta kepada Pegawai Daerah Semporna, Juraimin Jadil untuk pelaksanaan segera projek membabitkan kerosakan harta benda dan infrastruktur dalam kejadian kebakaran di Kampung Bangau-Bangau di Semporna, pada tahun 2015, sempena majlis penyerahan sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) di Dewan Masyarakat Tawau, di Tawau pagi ini.-Foto ihsan JKM

Lebih 1,000 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas dalam kebakaran di kedua-dua lokasi berkenaan akan mendapat manfaat daripada peruntukan ini.

Hajiji mengumumkan perkara itu sempena penyampaian sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 200 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas di sini baru-baru ini.

Baki 408 KIR akan menerima bantuan mereka kemudian. Setiap KIR akan menerima RM500.

“Kerajaan negeri amat prihatin dengan nasib mereka yang dalam kesusahan dan sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya yakin bantuan ini dapat melegakan mereka yang terjejas,” katanya.

Kebakaran di Kampung Kurnia Jaya menjejaskan seramai 608 keluarga tempatan yang terdiri daripada 3,012 orang dan memusnahkan 591 rumah manakala sebanyak 300 rumah musnah dalam kebakaran di Semporna yang menjejaskan 3,000 orang.

Hajiji diiringi oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmey Yahya dan pembantu menterinya, Datuk Julita Majungki serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan wakil rakyat Tawau, pada majlis di Dewan Masyarakat Tawau, di sini pagi ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/06/rm18-2-juta-peruntukan-bina-semula-untuk-kebakaran-di-tawau-semporna/feed/ 0 13980