Bina – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 09 Feb 2023 12:09:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bina – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Markas Kem Lok Kawi bina Pilot Project Boring Water, Inisiatif tambahbaik penyaluran air bersih https://sabahmedia.com/2023/02/09/markas-kem-lok-kawi-bina-pilot-project-boring-water-inisiatif-tambahbaik-penyaluran-air-bersih/ https://sabahmedia.com/2023/02/09/markas-kem-lok-kawi-bina-pilot-project-boring-water-inisiatif-tambahbaik-penyaluran-air-bersih/#respond Thu, 09 Feb 2023 12:09:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29305
Read Time:2 Minute, 18 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div), Kem Lok Kawi telah membina Pilot Project Boring Water sebagai inisiatif dalam usaha menambahbaik perkhidmatan penyaluran air bersih kepada warga 5 Divisyen.

Ini adalah susulan markas berkenaan menghadapi masalah air yang serius sejak beberapa bulan yang lalu.

Kaedah ‘Boring Water’ merupakan air bawah tanah yang telah diakses dengan menggerudi lubang ke dalam akuifer bawah tanah (simpanan air) dan mengepam ke permukaan.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan berkata, Pilot Projek Boring Water adalah inisiatif markas kerana memandangkan keperluan bekalan air sangat penting untuk kehidupan seharian warganya.

“Masalah air, bukan masalah dalaman, ia adalah masalah di luar, di kawasan Kota Kinabalu sendiri bekalan air ini berkurangan jadi kita tidaklah menunggu sampai bila masalah ini akan pulih ataupun masalah ini dapat ditangani oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah.

“Maka atas inisiatif sendiri yang dilakukan oleh Panglima 5 Divisyen dan juga warga 5 Divisyen, mereka telah membina tube well atau telaga tiub menggunakan kaedah Boring Water, jadi apa yang paling baiknya, kita dapat selesaikan masalah sendiri,” katanya pada sidang media selepas melaksanakan Tinjauan Kerja ke Markas Pemerintahan Armada Timur, Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar dan Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div), Kem Lok Kawi, di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, pihak berwajib akan menjalankan penelitian terperinci terhadap kualiti air daripada telaga tiub tersebut sebelum ia digunakan oleh warga markas.

“Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah kita meneliti kualiti air tersebut, kandungan mineralnya supaya tidak ada kandungan merkuri dan juga kandungan magnesium yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna,” jelasnya.

Sementara itu, ini merupakan tinjauan ulung Menteri Pertahanan ke Sabah bagi meninjau fasiliti dan kemudahan Kem-Kem Tentera di Pantai Barat Sabah seterusnya meninjau keadaan pengoperasian dan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta warga kerja Kementerian Pertahanan.

Mohamad berkata, kementeriannya dan pihak Markas Tentera Darat sentiasa memantau dan juga melihat isu-isu terutamanya berkenaan dengan hal ehwal warga supaya mereka hidup dalam keadaan selesa, rumah dan tempat kerja yg selesa dan yang lain-lain.

“Justeru, kalau semua ini ada maka kualiti perkhidmatan akan meningkat. Kita tak mahu keadaan warga kita resah gelisah keadaan rumah tak baik dan lain-lain.

“Jadi ini merupakan satu usaha yang kami pertingkatkan walaupun memang sentiasa kita buat, tetapi akan pertingkatkan dalam kita punya rolling plan yang akan datang dalam Rancangan Malaysia ke -12, insyaAllah,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad turut memaklumkan kepada media bahawa Kementerian Pertahanan akan menghantar 31 pegawai, dan 75 anggota lain-lain pangkat termasuk pasukan doktor dan paramedik Angkatan Tentera (ATM) ke Turkiye untuk membentuk hospital medan yang akan bertolak pada pukul 2 pagi esok.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Abdul Rahman A Wahab dan warga 5 Divisyen.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/09/markas-kem-lok-kawi-bina-pilot-project-boring-water-inisiatif-tambahbaik-penyaluran-air-bersih/feed/ 0 29305
JHEAINS Cadang Bina SMAN di Tawau & Sandakan https://sabahmedia.com/2021/12/01/jheains-cadang-bina-sman-di-tawau-sandakan/ https://sabahmedia.com/2021/12/01/jheains-cadang-bina-sman-di-tawau-sandakan/#comments Wed, 01 Dec 2021 08:06:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9135
Read Time:1 Minute, 13 Second

PAPAR: Kerajaan Negeri bersama-sama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan terus memperkasa Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dengan memberi lebih perhatian kepada pembangunan kemudahan dan keperluan sekolah-sekolah tersebut.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, susulan dengan keperluan yang mendesak, JHEAINS bercadang akan membina dua buah SMAN iaitu di Tawau dan Sandakan bagi kemudahan pelajar-pelajar di daerah-daerah tersebut tidak perlu lagi pergi ke Kota Kinabalu atau Kunak.

Menjadi harapan beliau sekiranya cadangan dua buah bangunan SMAN berkenaan diwujudkan, ia adalah kemudahan pelajar-pelajar dari Tawau dan Sandakan tidak perlu lagi pergi ke Kota Kinabalu atau Kunak.

“Selain dua buah SMAN yang sudah lama beroperasi seperti SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, Kinarut dan SMAN Papar, terdapat empat buah bangunan SMAN yang baharu iaitu di daerah Keningau, Beaufort, Kunak dan Tambunan.

“SMAN Beaufort akan dijadikan pusat untuk kemudahan pelajar-pelajar daripada Sipitang, Kuala Penyu dan Membakut,” katanya kepada media semasa melawat SMAN Papar.

Dalam pada itu, Arifin turut menyatakan bahawa pihaknya akan sentiasa memantau keperluan-keperluan bukan sahaja sekolah menengah tetapi juga sekolah-sekolah negeri yang sebahagian besar telah diberi perhatian daripada JHEAINS dan MUIS.

“Kita memandang serius dan beri perhatian sepenuhnya perkara ini kerana pendidikan dari sekolah seperti SMAN Papar dan SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, Kinarut telah melahirkan ramai pelajar terbaik dan graduan agama, ini adalah produk negeri Sabah yang mana perlu kita pertahan dan pertingkatkan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/01/jheains-cadang-bina-sman-di-tawau-sandakan/feed/ 1 9135
Ibubapa bina pondok atas pokok untuk anak ikuti PdPR ekoran capaian internet yang lemah https://sabahmedia.com/2021/08/08/ibubapa-bina-pondok-atas-pokok-untuk-anak-ikuti-pdpr-ekoran-capaian-internet-yang-lemah/ https://sabahmedia.com/2021/08/08/ibubapa-bina-pondok-atas-pokok-untuk-anak-ikuti-pdpr-ekoran-capaian-internet-yang-lemah/#respond Sun, 08 Aug 2021 14:37:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4326
Read Time:1 Minute, 5 Second

RANAU: Ibu bapa di tiga buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan terpaksa membina sebuah pondok di atas pokok bagi memberi kemudahan kepada anak mereka mengikuti pembelajaran dalam talian.

Ini kerana capaian internet yang lemah dan tidak stabil menyebabkan anak-anak mereka terpaksa mencari lokasi yang lebih tinggi.

Antara kampung terlibat adalah Kampung Sosondoton, Kampung Torolobou dan Kampung Ratau.

Salah seorang penduduk, Saifuddin Abdullah berkata, penduduk terlibat telah mengemukakan surat rasmi permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenalpasti kelemahan capaian internet di kawasan berkenaan.

“Kami telah mengajukan surat rasmi kepada SKMM beberapa tahun lalu namun sehingga kini kami belum menerima sebarang perkembangan positif berhubung masalah capaian internet.

“Justeru itu, kami terpaksa mencari alternatif lain membina pondok atas pokok agar anak-anak dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Katanya yang mengakui pembinaan pondok itu akan memberi risiko terhadap anak-anak mereka namun terpaksa berbuat demikian bagi memastikan sesi pembelajaran dan ulangkaji berjalan lancar.

“Anak-anak kami amat memerlukan capaian internet yang baik agar sesi pembelajaran mereka berjalan lancar kerana kita belum tahu bila sesi sekolah secara bersemuka akan dibuka.

“Justeru itu kami memohon pihak berwajib termasuk pemimpin setempat khususnya wakil rakyat kami agar dapat membantu mengatasi masalah ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/08/ibubapa-bina-pondok-atas-pokok-untuk-anak-ikuti-pdpr-ekoran-capaian-internet-yang-lemah/feed/ 0 4326
SMK Timbua Dapat Sumbangan Bina Pondok Wifi https://sabahmedia.com/2021/06/28/smk-timbua-dapat-sumbangan-bina-pondok-wifi/ https://sabahmedia.com/2021/06/28/smk-timbua-dapat-sumbangan-bina-pondok-wifi/#respond Mon, 28 Jun 2021 06:16:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2111
Read Time:39 Second

RANAU: Beberapa orang dari Persatuan  Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Daerah (5PM DC) Ranau telah berkunjung ke SMK Timbua dekat sini baru-baru ini.

Pengerusi 5PM DC, Erwan Gunda telah menyampaikan sumbangan kepada SMK Timbua yang diwakili Pengetua sekolah, Marcus Shafie semasa kunjungan itu.

Erwan berkata, sumbangan yang diberikan itu adalah untuk membina Pondok Wifi di lokasi yang boleh menerima capaian internet bagi kemudahan pelajar mengakses maklumat menerusi pembelajaran atas talian.

Sementara itu Marcus meluahkan terima kasih kepada  5PM DC Ranau kerana menyumbang dana untuk kos pembinaan Pondok Wifi bagi kemudahan pelajar mengikuti pembelajaran atas talian.

“Semua pelajar, guru-guru, para ibu bapa dan penduduk sekitar Kg Timbua dan kampung-kampung sekitar boleh mendapat manfaat kemudahan itu bagi mendapatkan maklumat sahih melalui talian internet,” Ujar Marcus.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/28/smk-timbua-dapat-sumbangan-bina-pondok-wifi/feed/ 0 2111