Bincang isu pengangkutan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 12 Jul 2023 08:21:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bincang isu pengangkutan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bincang isu pengangkutan kenderaan perdagangan Sabah dan Sarawak – LPKP https://sabahmedia.com/2023/07/12/bincang-isu-pengangkutan-kenderaan-perdagangan-sabah-dan-sarawak-lpkp/ https://sabahmedia.com/2023/07/12/bincang-isu-pengangkutan-kenderaan-perdagangan-sabah-dan-sarawak-lpkp/#respond Wed, 12 Jul 2023 08:20:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38140
Read Time:33 Second

KUCHING : Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Dasar-Dasar LPKP Sabah dan LPKP Sarawak bertempat di Bilik Mesyuarat, LPKP Sarawak semalam (11 Julai).

Pengarah LPKP Sabah, Dairin Unsir (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Pengarah LPKP Sarawak, Masitah Annuar.

Tujuan mesyuarat adalah bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan pengangkutan kenderaan perdagangan di kedua negeri dan seterusnya menyelaras dasar-dasar serta peraturan sedia ada.

Antara yang dibincangkan adalah pelaksanaan peraturan kewajiban memasang alat Sistem Penentukedudukan Sejagat (Global Positioning System – GPS) di kenderaan perdagangan serta cadangan penyelarasan fi bagi permohonan lesen.

Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Pengarah LPKP Sabah, Dairin Unsir serta Pengarah LPKP Sarawak, Masitah Annuar.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/12/bincang-isu-pengangkutan-kenderaan-perdagangan-sabah-dan-sarawak-lpkp/feed/ 0 38140