Bingkor – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 01 Nov 2025 08:39:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bingkor – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Nada Kempen Politik di Bingkor dan Liawan berubah menjelang PRU Sabah Ke-17 https://sabahmedia.com/2025/11/01/nada-kempen-politik-di-bingkor-dan-liawan-berubah-menjelang-pru-sabah-ke-17/ https://sabahmedia.com/2025/11/01/nada-kempen-politik-di-bingkor-dan-liawan-berubah-menjelang-pru-sabah-ke-17/#respond Sat, 01 Nov 2025 08:32:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84694
Read Time:2 Minute, 4 Second

Oleh Silar Pinikit

KENINGAU: Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17, landskap politik di Bingkor dan Liawan mula memperlihatkan perubahan nada kempen, khususnya daripada pihak yang dilihat kehabisan modal hujah.

Apabila rekod kerja dipersoalkan, segelintir pihak memilih untuk mengalihkan perhatian dengan membangkitkan sentimen serta drama politik, berbanding menjawab persoalan asas yang dituntut rakyat.

Menurut pemerhati politik tempatan, Clifford Spencer, apabila fakta tidak memihak, naratif emosilah yang akan diangkat.

“Dalam politik, apabila teguran dianggap serangan, itu tanda ada sesuatu yang cuba disembunyikan,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Clifford berkata, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang menjadi teras pentadbiran negeri ketika ini, kekal dengan pendekatan berlandaskan rekod serta pelaksanaan dasar.

“Berbanding menyaingi retorik, gabungan itu memilih untuk menunjukkan prestasi melalui projek yang siap, peruntukan yang sampai dan perubahan yang dirasai rakyat,” ujarnya.

Jelas beliau, dalam konteks ini, GRS menegaskan bahawa kebenaran tidak perlu diteriak, kerana tindakan adalah bukti paling meyakinkan.

“Beberapa pihak turut mendakwa projek pembangunan yang dijalankan hanyalah hasil kerja kontraktor. Namun, hujah ini disifatkan dangkal oleh penganalisis kerana kontraktor hanyalah pelaksana, sedangkan perjuangan meluluskan bajet, memastikan kelulusan teknikal dan membawa projek ke peringkat kampung adalah hasil kerja dasar serta kepimpinan.

“Jika logik itu diterima, setiap jalan, jambatan dan kemudahan awam seharusnya dinamakan atas nama syarikat kontraktor, bukan pemimpin yang memperjuangkannya di Dewan Undangan Negeri dan kementerian.

“Antara dasar yang jelas memberi kesan kepada rakyat ialah Program Rumah Mesra SMJ, yang disalurkan kepada mereka yang benar-benar memenuhi kelayakan,” jelasnya.

Beiau turut menafikan peranan GRS dalam program ini hanya mendedahkan siapa yang tidak pernah menulis atau memperjuangkan satu pun cadangan dasar, tetapi hanya muncul untuk memetik kredit di media sosial.

“Tuduhan bahawa GRS “mesra parti Malaya” atau “parti rasuah” turut dilihat sebagai taktik pengalihan perhatian, terutama daripada pihak yang tidak mempunyai rekod kerja untuk dipertahankan.

Bezanya, penyokong GRS berhujah menggunakan data, angka dan rekod bukan emosi atau naratif separuh benar.

“Di Bingkor dan Liawan, rakyat kini semakin matang. Mereka telah melihat sendiri siapa yang turun bertemu rakyat ketika tiada kamera, siapa yang mengurus kebajikan ketika tiada publisiti, dan siapa pula yang hanya kembali apabila pilihan raya semakin hampir,” katanya.

Katanya, dalam politik Sabah, yang penting bukan slogan atau sorakan, tetapi siapa yang sudah membuktikan kerja.

“GRS berdiri di atas pengalaman dan kesinambungan dasar bukan pada janji yang melangit, tetapi pada pencapaian yang nyata.

“Akhirnya, sejarah hanya mencatat dua jenis pemimpin: yang bekerja dan yang berdrama. Dan rakyat Bingkor serta Liawan sudah lama belajar membezakan antara keduanya,” tambah beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/01/nada-kempen-politik-di-bingkor-dan-liawan-berubah-menjelang-pru-sabah-ke-17/feed/ 0 84694
Petani Bingkor lega, sistem pengairan kembali pulih https://sabahmedia.com/2025/10/31/petani-bingkor-lega-sistem-pengairan-kembali-pulih/ https://sabahmedia.com/2025/10/31/petani-bingkor-lega-sistem-pengairan-kembali-pulih/#respond Fri, 31 Oct 2025 11:00:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84606
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh Silar Pinikit

BINGKOR: Para petani di Mukim Tuntumulud kini menarik nafas kelegaan dan gembira apabila Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Keningau giat melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta pengorekan parit pengairan yang sekian lama tertangguh.

Deruman jentolak yang memecah kesunyian di kawasan sawah menyuntik semangat baharu buat masyarakat tani di sini selepas bertahun-tahun bergelut dengan masalah pengairan yang menjejaskan hasil tanaman padi mereka.

Menurut seorang petani dari Kampung Buang Sayang, Moses Sadoon Lasawon, usaha berkenaan ibarat rahmat yang datang tepat pada waktunya.

“Ini langkah yang amat kami hargai. Usaha ini membawa manfaat besar kepada kami petani yang bergantung kepada sistem pengairan teratur untuk tanaman padi.

“Terima kasih kepada JPS Keningau serta penyandang ADUN Bingkor, Datuk Robert Tawik Mansai, yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, baru-baru ini.

Beliau menambah, kehadiran pasukan pembersihan ketika mereka sedang memasukkan air ke sawah adalah sesuatu yang menyegarkan semangat dan menambah keyakinan untuk terus berusaha.

Turut menyuarakan penghargaan ialah Ketua Kampung Tangkongon, KK Nelson Jiun, dan Presiden Persatuan Gana Sabah (PGS), Julian Flavinus Lian Likang @ Mohd Hafiz, yang menyifatkan tindakan pantas pihak berkuasa sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap rakyat luar bandar.

“Tindakan segera ini membuktikan kerajaan peka terhadap keperluan rakyat. Ia bukan sekadar kerja pembersihan, tetapi simbol kesungguhan untuk memulihkan kesejahteraan masyarakat tani,” ujar mereka bersama.

Kerja-kerja pembersihan itu melibatkan pengorekan lumpur, pembuangan rumput rumpai serta pengalihan bahan-bahan yang menyekat aliran air.

Usaha berkenaan bukan sahaja mengurangkan risiko banjir kilat, malah meningkatkan kecekapan sistem pengairan di kawasan pertanian utama Mukim Tuntumulud, Mukim Bingkor dan kampung-kampung berdekatan.

Datuk Robert turut menerima penghargaan daripada penduduk yang menilai langkah tersebut sebagai bukti kepimpinan berjiwa rakyat bukan sekadar janji, tetapi tindakan nyata.

Kini, Mukim Tuntumulud menyaksikan semangat baharu, bukan sahaja dalam aliran air yang kembali lancar, tetapi juga dalam keyakinan rakyat terhadap pemimpin mereka.

Bunyi jentolak yang berfungsi dan senyuman petani yang terukir menjadi simbol indah bahawa apabila kerajaan, pemimpin dan rakyat bergerak sehaluan, perubahan bukan lagi impian, ia sedang berlaku di bumi Bingkor.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/31/petani-bingkor-lega-sistem-pengairan-kembali-pulih/feed/ 0 84606