bisaya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 08 Feb 2026 01:19:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bisaya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ruslan Muharam terima gelaran Janang Gayuh, pengiktirafan tertinggi masyarakat Bisaya https://sabahmedia.com/2026/02/08/ruslan-muharam-terima-gelaran-janang-gayuh-pengiktirafan-tertinggi-masyarakat-bisaya/ https://sabahmedia.com/2026/02/08/ruslan-muharam-terima-gelaran-janang-gayuh-pengiktirafan-tertinggi-masyarakat-bisaya/#respond Sun, 08 Feb 2026 01:19:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91219
Read Time:1 Minute, 32 Second

BEAUFORT : Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Datuk Ruslan Muharam dianugerahkan gelaran Janang Gayuh iaitu pengiktirafan tertinggi persatuan itu atas sumbangan dan kepimpinan beliau kepada masyarakat Bisaya.

Majlis penyampaian anugerah itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di sini pada Sabtu.

Ruslan ketika ditemui berkata, pengiktirafan itu disifatkan sebagai satu pengiktirafan besar hasil penilaian berterusan terhadap sumbangan dan khidmat bakti beliau  kepada masyarakat khususnya etnik Bisaya.

Beliau menyatakan rasa gembira dan penuh kesyukuran atas kepercayaan yang diberikan, sambil menegaskan bahawa penganugerahan itu bukan dibuat secara automatik walaupun beliau telah memegang jawatan Presiden selama empat tahun sebelum ini.

Menurutnya, seseorang tidak boleh terus dilantik sebagai Janang Gayuh tanpa melalui proses penilaian yang ditetapkan, iaitu berkhidmat sekurang-kurangnya satu penggal selama tiga tahun untuk dinilai oleh kepimpinan dan masyarakat Bisaya sendiri.

“Tempoh tiga tahun satu penggal itu menjadi asas penilaian terhadap khidmat, kepimpinan dan sumbangan kepada masyarakat.

“Penilaian tersebut dibuat oleh pemimpin Bisaya serta masyarakat secara keseluruhan,” katanya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata, selepas tempoh penilaian itu, perkara berkenaan telah dibawa untuk diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AMT) PBBS sebelum diperhalusi di peringkat Majlis Tertinggi (MT).

Menurutnya, MT kemudiannya melantik sebuah panel khas bagi menilai secara terperinci pencalonan tersebut, termasuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan.

“Hanya selepas panel berpuas hati dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak, barulah pelantikan Janang Gayuh ini direalisasikan, seperti yang kita saksikan hari ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa proses telus dan berperingkat itu mencerminkan komitmen masyarakat Bisaya dalam memastikan gelaran tertinggi tersebut diberikan kepada individu yang benar-benar layak dan berwibawa.

Hadir sama, Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Isnin Aliasnih dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/08/ruslan-muharam-terima-gelaran-janang-gayuh-pengiktirafan-tertinggi-masyarakat-bisaya/feed/ 0 91219
Bangunan PBBS Akan Dijadikan Perkampungan Budaya Bisaya https://sabahmedia.com/2021/12/21/bangunan-pbbs-akan-dijadikan-perkampungan-budaya-bisaya/ https://sabahmedia.com/2021/12/21/bangunan-pbbs-akan-dijadikan-perkampungan-budaya-bisaya/#respond Tue, 21 Dec 2021 08:26:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10159
Read Time:1 Minute, 8 Second

BEAUFORT : Bangunan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) disini akan dijadikan sebagai perkampungan budaya Bisaya.

Perkara itu dinyatakan sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam.

Katanya, cadangan itu bersesuaian dengan hala tuju yang ditetapkan bagi membangunkan bangunan PBBS sebagai sebuah perkampungan budaya.

“Bangunan PBBS yang mempunyai keluasan seluas enam ekar ini kita akan jadikan sebagai kawasan tumpuan masyarakat Bisaya dan pengunjung luar.

“Ia akan dilaksanakan seperti mana bangunan-bangunan etnik yang wujud di Sabah termasuk Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Hongkod Koisaan di Penampang bagi masyarakat Kadazandusun serta Pusat Kebudyaaan Murut di Tenom bagi etnik Murut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan PBBS Kali ke-29 bagi sesi 2021-2024 disini kelmarin.

Ruslan yang menang tanpa bertanding jawatan presiden merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pemilihan kepimpinan persatuan.

“Saya juga ingin memuji sikap semua ahli PBBS yang mementingkan perpaduan dan terima kasih juga kepada Datuk Isnin Aliasnih atas keputusannya menarik diri dari bertanding untuk jawatan presiden demi kepentingan persatuan,” katanya.

Dalam pada itu, Ruslan menghargai sokongan yang ditunjukkan oleh Isnin yang menyumbangkan wang sebanyak RM5,000 bagi digunakan sempena pemilihan kepimpinan baharu selain meluluskan peruntukan pembuatan gelanggang gasing berjumlah RM20,000.

“Kita akan sentiasa bekerjasama memperjuangkan PBBS dan ini sudah lama dipraktikkan.

“Saya berharap agar kepimpinan baharu bersedia menjalankan tanggungjawab masing-masing yang diamanahkan oleh perwakilan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/21/bangunan-pbbs-akan-dijadikan-perkampungan-budaya-bisaya/feed/ 0 10159