BKNS Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 25 Sep 2024 09:01:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png BKNS Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lima pelajar Sabah terima BKNS ke luar negara https://sabahmedia.com/2024/09/25/lima-pelajar-sabah-terima-bkns-ke-luar-negara/ https://sabahmedia.com/2024/09/25/lima-pelajar-sabah-terima-bkns-ke-luar-negara/#respond Wed, 25 Sep 2024 09:01:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61180
Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Lima pelajar Sabah berjaya menerima tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) ke luar negara bagi tahun 2024.

Tawaran BKNS itu disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Lima pelajar itu adalah Allen Martin Jumin (Kursus Perubatan-University College Dublin, Ireland), Brenda Chan Yi Lin (Kursus Biokimia -University of Manchester, United Kingdom (UK)), Muhammad Iezhanuddin Ramlin (Kursus Sains Komputer,- Northumbria University, UK), Meagan Chin Min Gen (Kursus Undang-Undang, Cardiff University, UK) dan Nurul Sabrina Moh Zakir (Kursus Perubatan Veterinar- Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia).

BKNS ke luar negara itu ditawarkan kepada anak-anak Sabah yang memperolehi keputusan terbaik untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Pendidikan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datik Zainudin Aman dan Pengarah Bahagian BKNS, Emas Sanjongan Datu Okar.

Sementara itu, Hajiji menerima kunjungan  hormat daripada Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik di pejabatnya. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/25/lima-pelajar-sabah-terima-bkns-ke-luar-negara/feed/ 0 61180
Jerayawara BKNS terus dilaksanakan seluruh negara https://sabahmedia.com/2024/06/26/jerayawara-bkns-terus-dilaksanakan-seluruh-negara/ https://sabahmedia.com/2024/06/26/jerayawara-bkns-terus-dilaksanakan-seluruh-negara/#respond Tue, 25 Jun 2024 16:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56541
Read Time:51 Second

Kelantan : Jerayawara Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) terus dilaksanakan bagi mendengar pelbagai pandangan, masalah serta isu yang dihadapi para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Sabah di seluruh negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, menerusi program itu, pihaknya juga dapat memberi taklimat dan sesi dialog berhubung hala tuju dan program yang dilaksanakan Kerajaan negeri.

“Alhamdulilah setelah kita dapat bantu menyelesaikannya dan kali ini 300 daripada mereka ada yang belum mendapat bantuan biasiswa.

“Kita akan membantu mereka melalui Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dan juga melalui bantuan daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS),” katanya.

Arifin berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada 300 pelajar Sabah di Kota Bharu Kelantan di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, kira-kira 300 pelajar Sabah dari Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian menyertai program tersebut.

Antara agensi terlibat Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Yayasan Sabah dan MUIS.

Kelantan dan Sarawak merupakan negeri terakhir bagi program berkenaan sebelum dilaksanakan di Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/26/jerayawara-bkns-terus-dilaksanakan-seluruh-negara/feed/ 0 56541