BKNS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 30 Jul 2026 05:02:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png BKNS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 2,182 pelajar terima tajaan baharu dan sedia ada BKNS tahun ini https://sabahmedia.com/2026/07/30/2182-pelajar-terima-tajaan-baharu-dan-sedia-ada-bkns-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2026/07/30/2182-pelajar-terima-tajaan-baharu-dan-sedia-ada-bkns-tahun-ini/#respond Thu, 30 Jul 2026 04:57:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100793
Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Seramai 2,182 pelajar akan menerima tajaan baharu dan sedia ada menerusi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) bagi tahun 2026 menerusi peruntukan lebih RM100 juta yang disediakan kerajaan negeri bagi memperkukuh pembangunan modal insan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tajaan itu membabitkan pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Beliau berkata, kerajaan negeri terus memberi keutamaan kepada sektor pendidikan sebagai pelaburan strategik untuk melahirkan generasi berilmu, berkemahiran dan mampu memenuhi keperluan pembangunan negeri pada masa depan.

“Kerajaan negeri sentiasa mengutamakan pembangunan pendidikan kerana ia merupakan asas penting dalam melahirkan modal insan berilmu, berkemahiran dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri Ke-37 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Khamis.

Hajiji berkata, sehingga kini jumlah keseluruhan penerima tajaan BKNS telah mencecah 13,389 orang, sekali gus membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan lebih ramai anak Sabah mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.

Menurut beliau, selain BKNS, kerajaan negeri turut menawarkan beberapa skim biasiswa utama termasuk Biasiswa Anugerah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Biasiswa Perdana, Biasiswa Cemerlang Kerajaan Negeri Sabah serta Biasiswa Program B40 dan Luar Bandar.

Katanya, usaha berkenaan bertujuan memastikan lebih ramai pelajar berpotensi, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah dan luar bandar, tidak tercicir daripada melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri turut menyediakan pelbagai bentuk bantuan pendidikan lain bagi meringankan beban pelajar dan keluarga yang berdepan peningkatan kos pengajian.

Beliau berkata, pencapaian pendidikan Sabah juga menunjukkan perkembangan positif apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatat Gred Purata Negeri (GPN) 4.85 berbanding 5.00 pada tahun sebelumnya, sekali gus kali pertama Sabah merekodkan GPN di bawah paras 5.00.

Sehubungan itu, beliau menggesa pelajar memanfaatkan peluang yang disediakan kerajaan dengan terus mengekalkan kecemerlangan akademik serta menceburi bidang strategik seperti STEM, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kecerdasan buatan (AI), minyak dan gas serta tenaga bagi memenuhi keperluan ekonomi masa depan Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/30/2182-pelajar-terima-tajaan-baharu-dan-sedia-ada-bkns-tahun-ini/feed/ 0 100793
DUN Sabah : BKNS diselaras kepada keperluan tenaga kerja, industri tempatan https://sabahmedia.com/2026/04/30/dun-sabah-bkns-diselaras-kepada-keperluan-tenaga-kerja-industri-tempatan/ https://sabahmedia.com/2026/04/30/dun-sabah-bkns-diselaras-kepada-keperluan-tenaga-kerja-industri-tempatan/#respond Thu, 30 Apr 2026 02:14:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95834
Read Time:54 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) akan diselaraskan kepada keperluan tenaga kerja dan industri tempatan bagi memenuhi permintaan sektor ekonomi negeri.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai berkata, libat urus telah diadakan dengan semua pihak bagi meminta semua agensi berkaitan menyalurkan info berkaitan.

“Penawaran BKNS adalah selari dengan keperluan tenaga kerja di Sabah. Sepanjang tiga tahun lepas juga tertumpu kepada bidang Teknikal, Perubatan, Kejuruteraan dan Pendidikan.

“Kerajaan Negeri telah meningkatkan peruntukan BKNS daripada RM55 juta kepada RM145 juta pada tahun 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan Jabatan Ketua Menteri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini.

Joniston berkata, menerusi peruntukan itu, Kerajaan Negeri akan dapat menaja sekitar 4,000 hingga 5,000 orang pelajar baharu setiap tahun sejak 2023.

Beliau berkata, sekitar 70 peratus daripada penerima BKNS telah mengikuti pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Jumlah pelajar yang telah menerima BKSN dari tahun 2022 hingga 2025 adalah seramai 17,088 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,804 orang adalah pelajar berbangsa cina,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/30/dun-sabah-bkns-diselaras-kepada-keperluan-tenaga-kerja-industri-tempatan/feed/ 0 95834
13,550 pelajar Sabah dapat tajaan BKNS https://sabahmedia.com/2025/03/20/13550-pelajar-sabah-dapat-tajaan-bkns/ https://sabahmedia.com/2025/03/20/13550-pelajar-sabah-dapat-tajaan-bkns/#respond Thu, 20 Mar 2025 12:23:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70817
Read Time:3 Minute, 15 Second

Kuala Lumpur: Seramai 13,550 orang pelajar Sabah menerima manfaat daripada tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) sepanjang empat tahun lalu bermula 2021.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri terus menambah dana untuk BKNS sehingga mencatat jumlah tertinggi iaitu RM128 juta pada tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 150 peratus berbanding tahun 2020.

Katanya, ia adalah atas komitmen terhadap bantuan pendidikan kepada anak-anak negeri Sabah.

“Sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan pada bulan Oktober 2020, peruntukan untuk dana BKNS terus ditambah daripada RM50 juta pada tahun 2020, meningkat kepada RM55 juta pada 2021, seterusnya RM101 juta pada 2023 dan RM113 juta pada tahun 2024”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa-Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Bersama Ketua Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd.Arifin Mohd.Arif, yang juga Exco Pendidikan dan Agama.

Hajiji berkata, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang dilancarnya pada tahun 2022 telah memberi manfaat kepada seramai 7,483 orang pelajar daripada golongan B40 yang tidak mendapat tajaan daripada mana-mana penaja, melibatkan peruntukan sebanyak RM8.6 juta.

Katanya, bagi memperkasa lagi bantuan pendidikan, pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan akan diteruskan pada tahun ini, selain ditambah baik untuk membantu pelajar secara keseluruhannya. 

“Antaranya ialah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) sebanyak RM2,000 kepada pelajar peringkat Ijazah dan RM1,500 kepada pelajar di peringkat Diploma atau Matrikulasi.

“Selain itu, Bantuan Khas Peperiksaan (BAKTI) iaitu RM200 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM, selain Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) dan subsidi Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (SUBFLY) kepada semua pelajar IPT awam dan swasta yang menuntut di Semenanjung, Sarawak dan Labuan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah (YS) berkata, Kumpulan YS secara berterusan menawarkan pelbagai jenis tajaan membantu pelajar Sabah seperti Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah, Biasiswa Cemerlang Pelajar Luar Bandar, Biasiswa IPTA, Biasiswa IPTS, Dermasiswa dan Pinjaman Pengajian Tinggi.

“Komitmen Kumpulan YS terhadap pembangunan pendidikan di Sabah dapat dilihat apabila dana untuk pendidikan meningkat sebanyak 86.38 peratus kepada RM67.17 juta pada tahun 2024 berbanding RM36.04 juta pada tahun 2021.

“Ini membolehkan seramai 3,234 orang pelajar mendapat manfaat tajaan pendidikan Kumpulan YS pada tahun 2024,” katanya.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri menerusi Kumpulan YS juga menyediakan prasarana pendidikan melalui Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan University College Sabah Foundation (UCSF) yang memberi manfaat peluang pengajian pendidikan kepada ribuan anak Sabah sejak ditubuhkan.

Menurutnya, usaha sama antara badan-badan penaja di negeri ini juga dipergiatkan melalui Portal Pendidikan Negeri Sabah (PTPS) yang dilancarnya tahun lalu, bagi memudahkan anak-anak Sabah memohon tajaan pendidikan, yang turut melibatkan badan penaja lain seperti Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) dan Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).

Katanya, dalam aspek modal insan dibawah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), antara inisiatif yang diperkenalkan kerajaan ialah Felo SMJ dan Dewan Belia Sabah yang bermatlamat memperkasakan bakat dan keupayaan anak muda Sabah, disamping mengetengahkan kepimpinan baharu di negeri ini.

“Kerajaan Negeri juga menyediakan pelbagai platform untuk pelajar menyuarakan pandangan, antaranya Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS) yang sehingga kini berjaya mengumpulkan pemimpin-pemimpin pelajar Sabah dari seluruh IPT Awam dan Swasta, Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Latihan termasuk tingkatan enam. Kerajaan juga menubuhkan Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia (SEMESTA) sebagai pengiktirafan kepada anak-anak muda,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, pelbagai inisiatif yang diperkenalkan dan dilaksanakan itu menunjukkan betapa Kerajaan Negeri prihatin dan peka terhadap keperluan anak-anak Sabah demi memastikan mereka sentiasa terbela.

“Kepada anak-anak semua sampaikan salam takzim saya kepada ibu-bapa kalian.Insya-Allah kebajikan pelajar Sabah akan sentiasa diberikan keutamaan oleh kepimpinan negeri, dalam kita melangkah maju ke hadapan mencapai aspirasi Sabah Maju Jaya,” katanya yang turut mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua mahasiswa-mahasiswi Sabah. – SABAH MEDIA 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/20/13550-pelajar-sabah-dapat-tajaan-bkns/feed/ 0 70817
1,217 pelajar UMS telah menerima tajaan pendidikan BKNS https://sabahmedia.com/2024/10/25/1217-pelajar-ums-telah-menerima-tajaan-pendidikan-bkns/ https://sabahmedia.com/2024/10/25/1217-pelajar-ums-telah-menerima-tajaan-pendidikan-bkns/#respond Fri, 25 Oct 2024 09:40:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62750
Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Seramai 1,217 orang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari pelbagai jurusan telah menerima tajaan pendidikan dibawah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, jumlah itu merupakan pelajar universiti yang masih aktif menerima BKNS dan tahun ini seramai 331 pelajar UMS ditawarkan menerima tajaan berkenaan.

“Jumlah yang ditawarkan itu termasuklah pelajar UMS di kampus Kota Kinabalu, Kampus Antarabangsa Labuan dan Kampus Sandakan. Jumlah keseluruhan pelajar UMS yang aktif (di bawah tajaan BKNS) adalah seramai 1217 orang. 

“Pada hari ini seramai 218 orang pelajar hadir dalam Majlis Penyampaian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk diraikan. 

“Oleh yang demikian, Majlis Penyampaian ini diharap dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan tekad dalam pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian BKNS dan  Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri sentiasa prihatian dan memberi keutamaan kepada pembangunan modal insan bagi menyediakan pemimpin yang bakal mencorakkan masa depan Negeri Sabah.

Justeru itu katanya, Kerajaan Negeri Sabah komited agar tidak ada yang terpinggir daripada menerima pendidikan di negeri ini. 

Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri akan sentiasa memastikan anak-anak Sabah dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melalui bantuan-bantuan Pendidikan yang di sediakan dari peringkat sekolah hingga ke Institusi Pengajian Tinggi. 

“Selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk Pembangunan Modal Insan bagi meningkatkan taraf pendidikan anak-anak Sabah,BKNS telah menawarkan biasiswa penuh kepada anak-anak Sabah yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/25/1217-pelajar-ums-telah-menerima-tajaan-pendidikan-bkns/feed/ 0 62750
Lima pelajar lanjut pengajian ke luar negara menerusi BKNS https://sabahmedia.com/2022/09/14/lima-pelajar-lanjut-pengajian-ke-luar-negara-menerusi-bkns/ https://sabahmedia.com/2022/09/14/lima-pelajar-lanjut-pengajian-ke-luar-negara-menerusi-bkns/#respond Wed, 14 Sep 2022 02:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=21444
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) buat julung kalinya menghantar lima pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Rosmadi Datu Sulai berkata, sejak Biasiswa Anugerah Tuan Yang Terutama (TYT) diperkenalkan pada 1982, penerima biasiswa sebelum ini hanya melanjutkan pelajaran mereka di dalam negara.

“Oleh itu, selaras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk Pembangunan Modal Insan bagi meningkatkan taraf pendidikan anak-anak Sabah, BKNS menawarkan biasiswa penuh kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian mereka ke luar negara.

“Diharap dengan penganugerahan ini akan dapat memberi motivasi kepada pelajar lain untuk terus mencapai kejayaan dalam bidang akademik,” katanya.

Rosmadi berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyampaian Tawaran Biasiswa Anugerah TYT di Istana Seri Kinabalu, pada Selasa.

Pada kunjungan tersebut, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menyampaikan tawaran biasiswa itu kepada tiga pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.

Mereka adalah Stanley Ka Gong Shen yang melanjutkan pengajian ke University Of Cambridge; Muhammad Nabil Zikri Omarbawi di University of South Wales dan Fitri Aisya Nabila Mansur di University of Portsmouth. 

Sementara itu, dua lagi pelajar yang menerima tawaran berkenaan adalah Muhammad Yousoff Mohd Yunus (University Of Indianapolis, Amerika Syarikat) dan Aidan Cyril Gom (Curtin University, Perth Australia).

]]>
https://sabahmedia.com/2022/09/14/lima-pelajar-lanjut-pengajian-ke-luar-negara-menerusi-bkns/feed/ 0 21444