blok baharu hwkks sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 06 Aug 2023 07:40:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png blok baharu hwkks sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Blok baharu HWKKS akan dibina, atasi masalah kesesakan pesakit https://sabahmedia.com/2023/08/06/blok-baharu-hwkks-akan-dibina-atasi-masalah-kesesakan-pesakit/ https://sabahmedia.com/2023/08/06/blok-baharu-hwkks-akan-dibina-atasi-masalah-kesesakan-pesakit/#respond Sun, 06 Aug 2023 07:35:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39600
Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Pembinaan blok baharu Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) yang melibatkan penambahan 458 katil dijangka akan dapat mengatasi masalah kesesakan pesakit di hospital berkenaan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, usaha bagi mengatasi masalah kesesakan di hospital berkenaan telah dibawa oleh Jawatankuasa Khas tangani masalah hospital-hospital di Sabah.

“Kita akan rancang lebih kurang lebih 450 katil untuk pembinaan pembesaran hospital baharu HWKKS ditanah seluas 3.5 ekar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran senamrobik Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) di sini semalam.

James yang juga Exco Kesihatan Sabah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan tambahan blok bangunan baharu HWKKS.

Katanya, penubuhan jawatankuasa tersebut akan memberi impak yang berkesan dalam penambahbaikan kemudahan hospital di Sabah.

“Ini termasuklah keperluan katil, peralatan perubatan yang baik dan penambahan kakitangan dan doktor pakar,” katanya.

HWKKS merupakan satu-satunya hospital di Sabah yang merawat pesakit wanita dan kanak-kanak lebih 50,000 pesakit setiap tahun selain mencatatkan kadar kelahiran tertinggi di negara ini.

Dalam perkembangan lain, James berkata, kementeriannya menetapkan hari Isnin sebagai hari senamrobik bagi warganya bermula bulan ini.

Katanya, ia merupakan cetusan idea beliau sendiri yang akan diadakan selepas waktu pejabat sebagai usaha menggalakkan gaya hidup sihat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/06/blok-baharu-hwkks-akan-dibina-atasi-masalah-kesesakan-pesakit/feed/ 0 39600