blok – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 13 Apr 2024 04:55:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png blok – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tujuh blok rumah pekerja kilang musnah terbakar https://sabahmedia.com/2024/04/13/tujuh-blok-rumah-pekerja-kilang-musnah-terbakar/ https://sabahmedia.com/2024/04/13/tujuh-blok-rumah-pekerja-kilang-musnah-terbakar/#respond Sat, 13 Apr 2024 04:55:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52498
Read Time:42 Second

TAWAU: Tujuh blok rumah pekerja musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kilang Fu Yee, Jalan Brantian, Batu 42 di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 3.44 pagi (13 April) sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, mendapati sebanyak tujuh blok rumah pekerja jenis tidak kekal melibatkan satu blok (10 pintu) dan enam blok (20 pintu) musnah terbakar 100 peratus.

“Usaha pemadaman api dilakukan menggunakan sumber air daripada pili bomba berhampiran.

“Turut membantu memadam kebakaran itu iaitu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda. Tiada mangsa terlibat dilaporkan.

“Operasi terkawal pada jam 6.00 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.57 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/13/tujuh-blok-rumah-pekerja-kilang-musnah-terbakar/feed/ 0 52498
Satu blok rumah pekerja di Lahad Datu musnah terbakar https://sabahmedia.com/2023/02/13/satu-blok-rumah-pekerja-di-lahad-datu-musnah-terbakar/ https://sabahmedia.com/2023/02/13/satu-blok-rumah-pekerja-di-lahad-datu-musnah-terbakar/#respond Mon, 13 Feb 2023 10:29:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29493
Read Time:43 Second

LAHAD DATU: Satu blok rumah pekerja musnah terbakar dalam satu kejadian di Ladang Lam Soon dekat sini, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pagi tadi (13 Feb) jam 9.29 pagi mengenai kebakaran tersebut.

Katanya, sepasukan Bomba dikerah ke lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan satu blok lapan pintu rumah pekerja telah terbakar 100 peratus.

“Manakala satu blok lagi terkena bahang api 20 peratus di bahagian dinding,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan Bomba bertindak memadam menggunakan satu aliran 200 kaki dengan dua pancutan sumber air dari tangki jentera dan lori tangki air estate.

“Bagaimanapun tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kebakaran itu.

“Operasi terkawal pada jam 11:00 pagi dan pasukan turut memastikan tiada lagi kemerbahayaan di kawasan kejadian sebelum ditamatkan operasi sepenuhnya pada jam 11:30 pagi tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/13/satu-blok-rumah-pekerja-di-lahad-datu-musnah-terbakar/feed/ 0 29493