Bohex – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 10 Jan 2025 05:51:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bohex – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 STB alu-alukan BOHEX promosi Sabah sebagai destinasi mesra Muslim & MICE https://sabahmedia.com/2025/01/10/stb-alu-alukan-bohex-promosi-sabah-sebagai-destinasi-mesra-muslim-mice/ https://sabahmedia.com/2025/01/10/stb-alu-alukan-bohex-promosi-sabah-sebagai-destinasi-mesra-muslim-mice/#respond Fri, 10 Jan 2025 05:51:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66733
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyambut baik Pameran Halal Antarabangsa Borneo (BOHEX) sebagai langkah penting untuk mempromosikan Sabah sebagai destinasi MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran) serta lokasi mesra Muslim.

Pengerusi STB, Datuk Joniston Bangkuai berkata, acara seperti ini membantu meningkatkan imej Sabah di peringkat antarabangsa, terutama bagi menarik peserta dan pelancong asing.

“Acara antarabangsa seperti BOHEX sangat bermakna kerana ia bukan sahaja memperkenalkan produk halal tetapi juga keindahan destinasi Sabah kepada pengunjung luar.

“Ia juga selari dengan usaha kerajaan Malaysia menerusi kempen Visit Malaysia 2026,” katanya selepas menerima kunjungan hormat daripada penganjur BOHEX pada Khamis.

Pameran itu akan diadakan pada 5 hingga 9 Februari 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah dengan tema “Embracing Halal World”.

BOHEX dianjurkan oleh Eminent Source Sdn Bhd, dengan sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut Joniston, pihak penganjur disarankan untuk bekerjasama dengan Biro Konvensyen Sabah bagi memastikan impak yang lebih besar terhadap acara itu.

Pameran selama lima hari itu mensasarkan 10,000 pengunjung dan melibatkan penyertaan pameran dari Brunei, Korea Selatan, Indonesia, Pakistan dan India.

Selain makanan, BOHEX turut memfokuskan produk halal lain seperti fesyen, perubatan, dan pelancongan.

Pasukan penganjur BOHEX yang hadir dalam sesi pertemuan tersebut terdiri daripada Pengarah Pembangunan Perniagaan dan Perhubungan Kerajaan, Maiyizat-ul-Najwa Ab. Mutalib; Pengarah Komunikasi Korporat, Nurul Hidayah Umol; dan Pengurus Projek, Safia Amira Mohd Jamil.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/10/stb-alu-alukan-bohex-promosi-sabah-sebagai-destinasi-mesra-muslim-mice/feed/ 0 66733
Lebih 500 tapak pameran dibuka sempena BOHEX 21-25 Disember 2024 di SICC https://sabahmedia.com/2024/10/31/lebih-500-tapak-pameran-dibuka-sempena-bohex-21-25-okt-di-sicc/ https://sabahmedia.com/2024/10/31/lebih-500-tapak-pameran-dibuka-sempena-bohex-21-25-okt-di-sicc/#respond Thu, 31 Oct 2024 09:43:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63119
Read Time:1 Minute, 37 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Lebih 500 buah tapak pameran akan dibuka sempena Borneo International Halal Exhibition (BOHEX) pada tahun ini yang julung kalinya dibuat bagi menaikkan industri halal di Borneo.

Penganjuran BOHEX yang dijadualkan selama lima hari itu bermula pada 21 hingga 25 Disember 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Penganjuran BOHEX ini melibatkan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Eminent Source Sdn. Bhd. dan juga beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Acara perasmian BOHEX dijangka akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengurus Urusan Eminent Source Sdn. Bhd. Mohd Arieff Hafizi Mohd Hashim berkata, sebanyak lapan buah negara telah menunjukkan minat untuk menyertai BOHEX iaitu Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, China, Thailand, Jepun, Arab Saudi dan juga Kemboja yang mana jemputan ini telahpun dihantar kepada mereka oleh pihak JAKIM.

Katanya, penganjuran BOHEX pada kali ini akan mempamerkan tema dan idea-idea yang baharu dalam penganjurannya.

“BOHEX pada kali ini akan menampilkan sedikit perubahan dari segi susun atur acara dan juga pengkongsian ilmiah serta pendekatan teknologi yang pelbagai yang melibatkan Industri halal.

“Selain itu, kami juga akan mempamerkan beberapa artis tempatan yang pihak BOHEX akan umumkan pada media sosial rasmi iaitu di laman Facebook (BOHEX 2024), TikTok (bohexofficialmy), Instagram (BOHEXOFFICIAL) dan Website (bohex. com.my).

“BOHEX juga akan turut menyediakan Cabutan Bertuah yang pelbagai antaranya sebuah kereta jenis Perodua Axia, Bezza, motosikal dan peralatan kelengkapan rumah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Mohd Arieff, pihaknya mensasarkan 100,000 pengunjung selama lima hari acara diadakan.

“Justeru, untuk kemudahan para pengunjung kita juga ada menyediakan perkhidmatan shuttle bas secara percuma yang meliputi enam kawasan iaitu dari Suria Sabah, Imago,1 Borneo, ITСС, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Hotel Pan Borneo Putatan,” ujarnya.

Hadir sama Pengarah BOHEX Anuar Helmee Mohd Noor dan Pengurus dan Tugas-Tugas Khas Eminent Source Sdn. Bhd. Muhammad Adnan Adam Ariffin.

Sebarang pertanyaan mengenai penganjuran BOHEX boleh berhubung di talian 013-9951645 dan 088-210314.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/31/lebih-500-tapak-pameran-dibuka-sempena-bohex-21-25-okt-di-sicc/feed/ 0 63119
AJ Productions Sdn. Bhd tarik diri kerjasama penganjuran BOHEX https://sabahmedia.com/2024/10/12/aj-productions-sdn-bhd-tarik-diri-kerjasama-penganjuran-bohex/ https://sabahmedia.com/2024/10/12/aj-productions-sdn-bhd-tarik-diri-kerjasama-penganjuran-bohex/#respond Fri, 11 Oct 2024 23:31:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62031
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: AJ Productions Sdn. Bhd. mengumumkan penarikan diri kerjasama dalam penganjuran Borneo Halal International Exhibition (BOHEX) yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 25 Disember 2024 yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Dari kiri Ketua Pegawai Operasi, AJ Productions Sdn Bhd, Jasnie Mohd Yaakub, Ketua Pegawai Eksekutif AJ Productions Sdn Bhd, Asmi Datuk Andi Yakin dan Pengerusi BOHEX, Datuk Hakim Gulam Hassan.

Pengumuman secara rasmi itu dibuat menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh AJ Productions Sdn. Bhd hari ini menyatakan;

“Kepada Semua Pihak Berkepentingan, dengan segala hormatnya, kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami, AJ PRODUCTIONS SDN. BHD., secara rasmi menarik diri daripada kerjasama dalam penganjuran Borneo Halal International Exhibition (BOHEX) yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 25 Disember 2024 yang bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC).

“Turut menyatakan pendirian untuk menarik diri dari penganjuran tersebut adalah Pengerusi BOHEX Management Datuk Haji Abdul Hakim bin Haji Gulam Hassan.

“Keputusan ini diambil setelah mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk perbezaan hala tuju,.

“Kami percaya keputusan ini adalah langkah terbaik bagi memastikan fokus dan keutamaan kami seiring dengan objektif jangka panjang organisasi kami.

“Kami amat menghargai peluang berkolaborasi dengan semua pihak yang terlibat sepanjang tempoh perancangan acara ini, dan kami yakin bahawa BOHEX akan terus berjaya di bawah pengurusan dan penyelarasan pihak-pihak yang masih terlibat.

“Kami berharap penganjuran BOHEX akan berjalan lancar dan mencapai kejayaan yang diharapkan. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada kami sepanjang penglibatan dalam projek ini,” kata kenyataan itu.

BOHEX merupakan satu pameran produk halal berprestij peringkat antarabangsa itu adalah julung kali diadakan di negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/12/aj-productions-sdn-bhd-tarik-diri-kerjasama-penganjuran-bohex/feed/ 0 62031