Bola jaring – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 26 Aug 2025 06:57:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bola jaring – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bola Jaring bukan sekadar kemenangan, tetapi semangat kesukanan – Juliah https://sabahmedia.com/2025/08/26/bola-jaring-bukan-sekadar-kemenangan-tetapi-semangat-kesukanan-juliah/ https://sabahmedia.com/2025/08/26/bola-jaring-bukan-sekadar-kemenangan-tetapi-semangat-kesukanan-juliah/#respond Tue, 26 Aug 2025 06:57:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80074
Read Time:1 Minute, 29 Second

Tuaran: Persatuan Bola Jaring Sabah (SABANA) digesa untuk terus bergiat aktif dan cemerlang dalam memainkan peranan bagi memajukan sukan bola jaring di negeri ini.

Yang Dipertua MUTIARA GRS, Datin Seri Juliah Salag berkata, penganjuran Kejohanan Bola Jaring Piala Presiden ke-13 oleh SABANA yang julung kali diadakan di daerah ini, menjadi platform penting bagi menyerlahkan bakat para wanita serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

“Penganjuran kejohanan berprestij ini bukan sahaja mengangkat martabat bola jaring di Sabah, malah memberi peluang kepada lebih ramai pemain mempamerkan bakat mereka di samping beriadah secara sihat bersama rakan-rakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan itu di Dewan Seri Sulaman, di sini baru-baru ini.

Juliah berkata, kejohanan yang disertai 20 pasukan itu wajar dijadikan penanda aras kepada persatuan dan kelab daerah untuk menganjurkan pertandingan lebih teratur pada masa depan, sekali gus membuka ruang mencungkil bakat baharu.

Beliau turut menekankan bahawa kejohanan seperti itu seharusnya diadakan secara berkala bagi melahirkan pemain pelapis yang berpotensi mewakili Sabah di peringkat kebangsaan dan seterusnya antarabangsa.

“Selain pencarian bakat, kita perlu membudayakan bola jaring dari akar umbi dengan sokongan dari persatuan, jurulatih, ibu bapa dan guru. 

“Saya juga berharap lebih banyak persatuan bola jaring daerah diwujudkan bagi menyokong pembangunan sukan ini,” katanya.

Juliah turut menekankan bahawa kemenangan bukanlah matlamat utama, sebaliknya semangat kesukanan dan persahabatan yang terjalin adalah nilai sebenar dalam kejohanan itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Jaring Sabah, Chendramata Sinteh menjelaskan kejohanan edisi ke-13 itu bukan sekadar mencari juara, sebaliknya menjadi platform memupuk semangat kesukanan, keyakinan diri dan persahabatan.

“Sukan bola jaring mengajar kerjasama berpasukan, disiplin dan semangat juang tinggi. Kejayaan hanya dapat dicapai melalui kebersamaan,” katanya.

Beliau turut berharap kejohanan itu dapat melahirkan generasi sihat dan berdaya saing, selain menjadi pemangkin kepada kecemerlangan bola jaring di negeri ini.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/26/bola-jaring-bukan-sekadar-kemenangan-tetapi-semangat-kesukanan-juliah/feed/ 0 80074
SABANA ajak wanita eratkan hubungan melalui sukan Bola Jaring https://sabahmedia.com/2024/11/11/sabana-ajak-wanita-eratkan-hubungan-melalui-sukan-bola-jaring/ https://sabahmedia.com/2024/11/11/sabana-ajak-wanita-eratkan-hubungan-melalui-sukan-bola-jaring/#respond Mon, 11 Nov 2024 02:46:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63580
Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Bola Jaring Negeri Sabah (SABANA) mengajak golongan wanita berkerjaya untuk membina hubungan erat menerusi sukan bola jaring.

Presiden SABANA, Chendramata Sinteh berkata selain mengeratkn hubungan dikalangan penjawat awam, pada masa sama turut mempopularkan sukan bola jaring itu sendiri. 

“Di samping mempopularkan sukan bola jaring di kalangan penjawat awam, juga membolehkan mereka membina hubungan  atau jaringan perhubungan antara satu sama lain sebab berada dalam lain-lain jabatan.

“Dalam mereka melaksanakan tugas masing-masing, pasti ada yang sentiasa berhubung dan ini mengeratkan lagi silaturahim di kalangan penjawat-penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian katanya ketika ditemui media sempena Kejohanan Bola Jaring Piala Toh Puan Siri Ke-10 2024 anjuran SABANA di sini.

Chendramata berkata, usaha itu bertepatan degan objektif dan visi SABANA mempopularkan sukan tersebut selaras Pelan Strategik Pembangunan Sukan Bola Jaring Negeri Sabah 2023 hingga 2027.

“Selain itu, ia turut menggalakkan wanita berkerjaya menjalani gaya hidup sihat menerusi sukan bola jarring,” katanya.

Perasmian Kejohanan tersebut yang berlangsung dua hari bermula Sabtu disempurnakan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Menurut Chendramata, kejohanan itu disertai 21 pasukan dari pelbagai jabatan dan agensi serta syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan. 

Johan dimenangi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu diikuti Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan sebagai naib johan manakala pasukan Polis DiRaja Malaysia di tempat ketiga.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/11/sabana-ajak-wanita-eratkan-hubungan-melalui-sukan-bola-jaring/feed/ 0 63580
Penggiat sukan bola jaring diseru sertai kursus kejurulatihan https://sabahmedia.com/2024/06/23/penggiat-sukan-bola-jaring-diseru-sertai-kursus-kejurulatihan/ https://sabahmedia.com/2024/06/23/penggiat-sukan-bola-jaring-diseru-sertai-kursus-kejurulatihan/#respond Sun, 23 Jun 2024 01:32:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56398
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Penggiat sukan bola jaring di negeri ini diseru untuk menyertai kursus pentauliahan yang diiktiraf bagi melahirkan lebih ramai jurulatih bertauliah di Sabah.

Presiden Persatuan Bola Jaring Sabah (SABANA), Chendramata Sinteh berkata, Sabah masih lagi kekurangan jurulatih bertauliah dan menyeru agar lebih ramai penggiat sukan tersebut mengikuti kursus diiktiraf oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) serta Akademi Kejurulatihan Kebangsaan.

“Selain daripada pembangunan atlet, jurulatih, pengadil dan pegawai teknikal juga merupakan antara fokus utama yang giat dilaksanakan oleh SABANA kerana mereka ini merupakan tulang belakang sukan bola jaring yang penting. 

“SABANA percaya dengan kepentingan pembangunan dari akar umbi, jurulatih dan pengadil perlu dipertingkatkan bagi melahirkan lebih ramai jurulatih yang bertauliah sekali gus dapat membantu melahirkan atlet yang bertaraf elit.

“Kita akan bekerjasama dengan PBJM untuk terus menganjurkan kursus-kursus berkenaan di negeri Sabah,” katanya semasa Majlis Makan Malam Kutipan Dana SABANA 2024 di sini, kelmarin.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Pada majlis itu juga, Toh Puan Norlidah turut menyempurnakan penyampaian anugerah sukan bola jaring kepada dua jurulatih berpengalaman iaitu Doresia Lomongkok (Lesen B) dan Halleinah Tuanggaak (Lesen C).

Selain itu, Toh Puan Norlidah turut menyampaikan Anugerah Pemain Malaysia kepada Nurirdina Sumaya Mohd Zaidi dan Anugerah Pengadil Badge B kepada Emma Nadia John.

Dalam majlis yang sama, turut dilancarkan Pelan Strategik SABANA bagi tempoh 2023-2027 selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Belia dan Sukan serta disesuaikan dengan hala tuju sukan bola jaring Sabah.

SABANA komited untuk melaksanakan semua enam teras atau dimensi tindakan yang dirangka untuk mencapai visi persatuan iaitu sebagai platform memperkasa sukan bola jaring dan melahirkan atlet bertaraf kebangsaan serta antarabangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/23/penggiat-sukan-bola-jaring-diseru-sertai-kursus-kejurulatihan/feed/ 0 56398