bola sepak – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 23 May 2026 04:10:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bola sepak – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kejohanan Borneo Mastery Grassroot Cup 2026 cungkil bakat bola sepak muda https://sabahmedia.com/2026/05/23/kejohanan-borneo-mastery-grassroot-cup-2026-cungkil-bakat-bola-sepak-muda/ https://sabahmedia.com/2026/05/23/kejohanan-borneo-mastery-grassroot-cup-2026-cungkil-bakat-bola-sepak-muda/#respond Sat, 23 May 2026 04:10:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97172
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU :  Kejohanan Borneo Mastery Grassroot Cup 2026 yang berlangsung baru-baru ini berjaya menghimpunkan 31 pasukan bola sepak akar umbi bagi kategori Bawah 11 Tahun (U11) dan Bawah 9 Tahun (U9) di Padang Kontena Fut8 UTC Sembulan, di sini.

Kejohanan itu dirasmikan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Shamsuddin Mohd Shah, yang turut menyatakan sokongan terhadap usaha memperkasa pembangunan bola sepak akar umbi di negeri ini.

Sebanyak 22 pasukan bersaing dalam kategori U11 manakala sembilan pasukan lagi mengambil bahagian dalam kategori U9, melibatkan penyertaan dari seluruh Sabah serta pasukan jemputan dari luar negara.

Dalam kategori U11, Inter United FC dari Keningau muncul juara selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan. Pasukan itu membawa pulang trofi, medal, sijil penyertaan serta wang tunai RM1,000.

Selain itu, Inter United FC turut menerima tajaan yuran pendaftaran kejohanan The Maxim x A.R.E.A. International Cup bernilai USD650 yang dijadual berlangsung pada 1 dan 2 Jun ini, hasil tajaan Shadow Striker FA dari Brunei Darussalam.

Old KK Junior Inferno dari Kota Kinabalu pula muncul naib juara manakala tempat ketiga menjadi milik Brazilian Football Academy dari Brunei Darussalam.

Bagi kategori U9, Ratsel FJ dinobatkan sebagai juara, diikuti SK Likas FC selaku naib juara dan Laba FC di tempat ketiga.

Penganjuran kejohanan itu dilihat sebagai platform terbaik dalam mencungkil bakat baharu bola sepak akar umbi selain memupuk semangat kesukanan, disiplin dan hubungan persahabatan dalam kalangan pemain muda dari pelbagai daerah serta negara jiran.

Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua pasukan, jurulatih, ibu bapa dan penyokong yang bersama-sama menjayakan kejohanan berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/23/kejohanan-borneo-mastery-grassroot-cup-2026-cungkil-bakat-bola-sepak-muda/feed/ 0 97172
SK Lajau juara Gadung Road Cup & Piala PIBG https://sabahmedia.com/2026/02/08/sk-lajau-juara-gadung-road-cup-piala-pibg/ https://sabahmedia.com/2026/02/08/sk-lajau-juara-gadung-road-cup-piala-pibg/#respond Sun, 08 Feb 2026 01:59:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91221
Read Time:57 Second

BEAUFORT: Sekolah Kebangsaan (SK) Lajau muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Gadung Road Cup dan Piala PIBG SK Lajau yang berlangsung meriah dengan penyertaan lapan pasukan sekolah rendah dari sekitar daerah Beaufort.

Naib johan dimenangi oleh SK Luagan, manakala SK Pekan berada di kedudukan ketiga dan SK Suasa di tempat keempat.

Kejohanan tersebut telah dirasmikan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Daerah Beaufort Mohd Yazri yang mewakili Presiden SAFA Daerah Beaufort, Datuk Razak Sulaiman.

Dalam ucapannya, Mohd Yazri memuji usaha penganjuran kejohanan itu yang disifatkan sebagai satu platform penting dalam pembangunan sukan akar umbi, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

“Penganjuran pertandingan ini bertujuan menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan yang sihat dan berfaedah, di samping dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang bola sepak,” katanya.

Beliau turut berharap agar kejohanan seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha melahirkan lebih ramai pemain berbakat yang mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Lajau, dengan sokongan padu daripada pihak sekolah serta komuniti setempat, sekali gus membuktikan komitmen bersama dalam memperkasa pembangunan sukan dan sahsiah pelajar.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/08/sk-lajau-juara-gadung-road-cup-piala-pibg/feed/ 0 91221
32 pasukan rebut gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Seborneo 2025 https://sabahmedia.com/2025/10/18/32-pasukan-rebut-gelaran-juara-kejohanan-bola-sepak-piala-sebomeo-2025/ https://sabahmedia.com/2025/10/18/32-pasukan-rebut-gelaran-juara-kejohanan-bola-sepak-piala-sebomeo-2025/#respond Sat, 18 Oct 2025 11:38:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83647
Read Time:1 Minute, 57 Second

RANAU : Sebanyak 32 pasukan bolasepak berentap merebut kejuaraan dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Sebomeo yang diadakan di Kompleks Sukan Ranau bermula pada Sabtu.

Kejohanan anjuran Kelab Liverpool FC Supporters Ranau itu berlangsung selama dua hari dan melibatkan penyertaan pasukan-pasukan dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan Indonesia.

Majlis perasmian kejohanan tersebut dirasmikan oleh Datuk Seri Masidi Manjun yang menyifatkan penganjuran tersebut sesuatu yang juga dapat mengharumkan nama daerah Ranau.

Dalam ucapannya, beliau memberitahu bahawa Kejohanan Bola Sepak Piala Sebomeo mula dianjurkan sejak tahun 2017 dan kini memasuki edisi ke-9 pada tahun 2025.

“Daerah Ranau telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah pada kali ini dan ia adalah sesuatu yang amat membanggakan komuniti setempat.

“Kejohanan ini bukan sahaja melibatkan pasukan dari Sabah, tetapl turut disertai sebanyak 32 pasukan luar negara seperti Kalimantan Indonesia dan Brunei Darussalam.

“Bagi edisi kali ini, kita jangkakan akan menerima kehadiran hampir 1,000 orang pengunjung dari dalam dan luar negara,” katanya.

Masidi menambah, kejohanan ini diharap dapat terus
diperkembangkan, termasuk dengan cadangan menjemput pasukan dari luar Kepulauan Borneo pada masa hadapan, sekaligus menjadikannya bertaraf antarabangsa.

Menurutnya lagi, antara lain objektif acara ini diadakan ialah bagi melahirkan generasi yang sihat fizikal dan mental serta seimbang dari segi intelek, sukan, emosi dan sosial.

“Ia juga bagi mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak di peringkat negeri dan serantau, di samping membina, memupuk dan menyuburkan semangat kesukanan di kalangan pasukan bola sepak Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia.

“Kejohanan ini juga dapat mengeratkan silaturrahim dan hubungan mesra masyarakat berbilang kaum di
seluruh Kepulauan Bomeo,” katanya yang diwakili oleh penyandang Adun Dilantik, Datuk Amisah Yassin.

Bagi konteks pentadbiran setempat, tambahnya ia juga mampu membantu pihak kerajaan dalam sektor pelancongan dengan mempromosikan destinasi menarik di Daerah Ranau seperti Gunung Kinabalu, Desa Castle, Taman Air Panas Poring, Tagal Fish Spa Kg Luanti, Sabah Tea, dan lain-lain tarikan pelancongan.

“Ia dapat membantu pihak kerajaan dalam merancakkan sosioekonomi di Daerah Ranau khususnya kepada pengusaha homestay, hotel, restoran, pasar raya, kedai runcit
dan kraftangan.

“Kejohanan ini juga akan dapat meningkatkan imej Ranau sebagai destinasi sukan dan pelancongan di peringkat negeri dan antarabangsa,” jelas beliau.

Kejohanan Bola Sepak Piala Sebomeo Kali ke-9 diyakini mampu memberi impak positif kepada pembangunan sukan bola sepak selain memperkukuh hubungan serantau, serta merancakkan ekonomi dan pelancongan Ranau.

Justeru, sokongan dan kerjasama semua pihak amat diharapkan agar kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/18/32-pasukan-rebut-gelaran-juara-kejohanan-bola-sepak-piala-sebomeo-2025/feed/ 0 83647
Perlawanan persahabatan kukuhkan kerjasama dua kementerian https://sabahmedia.com/2025/07/05/perlawanan-persahabatan-kukuhkan-kerjasama-dua-kementerian/ https://sabahmedia.com/2025/07/05/perlawanan-persahabatan-kukuhkan-kerjasama-dua-kementerian/#respond Sat, 05 Jul 2025 03:12:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76724
Read Time:53 Second

Kota Kinabalu : Pasukan bola sepak mewakili Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah berjaya menewaskan pasukan Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) 5-3 pada perlawanan persahabatan di Stadium Likas di sini baru-baru ini.

Perlawanan persahabatan itu adalah sebagai usaha bagi mengukuhkan silaturrahim dan mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam.

Selain itu, perlawanan itu bukan sahaja menjadi medan persaingan mesra, malah sebagai platform membina hubungan yang lebih erat di antara warga kerja dua kementerian penting ini.

Jurucakap penganjur, Mohd Hafif Japlin berkata, objektif utama program tersebut adalah untuk mengukuhkan kerjasama antara penjawat awam melalui sukan, di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kementerian.

“Kalah atau menang tidak menjadi ukuran utama. Yang lebih penting ialah semangat kesukanan, semangat berpasukan dan rasa kekitaan yang terbina melalui program sebegini,” katanya.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan secara berkala, melibatkan lebih banyak agensi kerajaan demi membudayakan gaya hidup aktif dan memperkukuh hubungan antara jabatan serta kementerian di Sabah.

Acara berkenaan turut mendapat sambutan hangat, diserikan dengan kehadiran penyokong kedua-dua kementerian yang turut sama menyemarakkan suasana perlawanan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/05/perlawanan-persahabatan-kukuhkan-kerjasama-dua-kementerian/feed/ 0 76724
Liga Super : Sabah FC bermain tanpa tonggak utama bertemu Perak FC esok https://sabahmedia.com/2025/04/19/liga-super-sabah-fc-bermain-tanpa-tonggak-utama-bertemu-perak-fc-esok/ https://sabahmedia.com/2025/04/19/liga-super-sabah-fc-bermain-tanpa-tonggak-utama-bertemu-perak-fc-esok/#respond Sat, 19 Apr 2025 05:57:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72263
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Beberapa pemain utama Sabah FC dijangka tidak dapat diturunkan bagi menghadapi perlawanan terakhir Liga Super musim ini bertemu Perak FC malam esok di Stadium Likas di sini.

Pengendali Sabah FC Martin Stano berkata, ia berikutan beberapa pemain mengalami kecederaan selain digantung perlawanan.

Justeru itu kata, beberapa pemain muda akan diberikan peluang bagi menunjukkan kemampuan mereka pada perlawanan esok.

“Ini peluang mereka untuk tunjukkan karakter dan kualiti, mungkin juga sebagai persiapan untuk musim akan datang,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Martin turut menyeru para penyokong untuk hadir memberikan sokongan pada perlawanan terakhir musim ini di laman sendiri.

“Ini seperti perlawanan perpisahan musim ini. Kami mengajak semua penyokong untuk hadir dan beri semangat kepada pasukan,” katanya.

Dalam pada itu, Martin berkata, pasukan kendaliannya sedia menamatkan kempen dalam saingan liga musim ini apabila berjaya mencapai sasaran menamatkan saingan di tempat ketiga.

Katanya, musim kali ini disifatkan sebagai antara yang paling panjang, bermula sejak separuh akhir Piala AFC tahun lalu.

“Kami sangat gembira dengan pencapaian tempat ketiga. Ini adalah musim yang amat panjang untuk kami dan kami bersedia menamatkannya dengan baik,” katanya.

Sabah FC mencatatkan kedudukan tiga teratas dalam Liga Super untuk tiga musim berturut-turut. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/19/liga-super-sabah-fc-bermain-tanpa-tonggak-utama-bertemu-perak-fc-esok/feed/ 0 72263
Darat FC juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah sempena Aidilfitri https://sabahmedia.com/2025/04/03/darat-fc-juara-kejohanan-bola-sepak-7-sebelah-sempena-aidilfitri/ https://sabahmedia.com/2025/04/03/darat-fc-juara-kejohanan-bola-sepak-7-sebelah-sempena-aidilfitri/#respond Thu, 03 Apr 2025 10:00:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71443
Read Time:43 Second

Kuala Penyu : Pasukan Darat FC berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Sangkabok,Menumbok di sini.

Kejohanan anjuran Pemuda UMNO Beaufort itu disempurnakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak Yazri Ak Yahya.

Ak Yazri berkata, selain pasukan Darat FC, sebanyak lima lagi pasukan lain turut memeriahkan kejohanan yang diadakan secara itu.

“Tahniah dan setinggi penghargaan kepada pasukan yang mengambil bahagian. Terima kasih kepada barisan urusetia dan pengadil yang menyusun atur kejohanan dengan baik dan teratur.

“Meskipun ianya dianjurkan secara santai, kejohanan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara para pemain yang menyertai sempena Aidilfitri,” katanya.

Naib johan kejohanan dimenangi pasukan mewakili The Flash FC; ketiga dimenangi Santai FC dan keempat dimenangi Labubu FC.

Pada kejohanan itu juga, Ak Yazri turut berkesempatan menghulurkan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak sekitar Kampung Sangkabok dan Kampung Jagus. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/03/darat-fc-juara-kejohanan-bola-sepak-7-sebelah-sempena-aidilfitri/feed/ 0 71443
Al-Nassr juara Liga ‘KK Teda Social League 2025’ https://sabahmedia.com/2025/03/22/al-nassr-juara-liga-kk-teda-social-league-2025/ https://sabahmedia.com/2025/03/22/al-nassr-juara-liga-kk-teda-social-league-2025/#respond Sat, 22 Mar 2025 02:19:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70906
Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Pasukan bola sepak Al-Nassr berjaya menjuarai Liga ‘KK Teda Social League 2025’ yang berlangsung di Fut8 Padang Kontena, Sembulan di sini semalam.

Liga yang disertai sebanyak enam buah pasukan itu berlangsung selama tiga bulan berakhir semalam dianjurkan oleh Jawatankuasa KK Teda Social League

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Api-Api, Datuk Yeo Boon Hai dan juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Sabah, Mohd Arziz Afizy Rumsani.

Juara kejohanan itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, piala serta pingat.

Naib juara kejohanan pula dimenangi pasukan Unsur Hebat yang membawa pulang hadiah Piala beserta medal dan tempat ketiga dimenangi pasukan S84 FC yang turut membawa pulang hadiah piala beserta medal.

Sementara itu Mohd Arziz Afizy ketika ditemui berkata, liga yang dianjurkan itu bukan sahaja memberi peluang kepada pemain beriadah tetapi turut membuka ruang kepada bakat-bakat baharu untuk diketengahkan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur atas usaha menjayakan liga ini dan berharap ia dapat diteruskan serta dipertingkatkan pada masa akan datang.

Selain itu beliau juga berharap kejohanan seperti ini dapat dianjurkan setiap tahun dengan penambahbaikan agar ia mencapai matlamat sebenar penganjurannya.

Penganjuran ‘KK Teda Social League’ edisi kali ini dianggap lebih mencabar kerana berlangsung dalam bulan Ramadan.

Namun, acara ini tetap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pasukan-pasukan tempatan, sekali gus membuktikan bahawa sukan mampu menjadi aktiviti riadah yang bermanfaat sepanjang bulan mulia ini – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/22/al-nassr-juara-liga-kk-teda-social-league-2025/feed/ 0 70906
Perkasa Padu juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah https://sabahmedia.com/2024/11/25/perkasa-padu-juara-kejohanan-bola-sepak-9-sebelah/ https://sabahmedia.com/2024/11/25/perkasa-padu-juara-kejohanan-bola-sepak-9-sebelah/#respond Mon, 25 Nov 2024 08:56:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64379
Read Time:46 Second

Beaufort : Pasukan Perkasa Padu yang mewakili daerah Kuala Penyu muncul juara Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam.

Kejohanan anjuran Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Parlimen Beaufort dan Sipitang itu telah disempurnakan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasneh.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan Naib Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Pusat Azrul Ibrahim.

Perkasa Padu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai; medal dan piala  

Manakala tempat kedua dimenangi pasulan Puarang XL dan ketiga dimenangi pasukan Real S dan Seruang B.

Terdahulu, Isnin berkata, kejohanan itu dilihat dapat membantu memperkasakan sektor pelancongan berasaskan sukan di Sabah khususnya di daerah Beaufort.

“Selain itu, kita juga mempromosikan kesihatan yang baik dan semangat kekawanan dalam kalangan pemain bola sepak yang saya lihat disertai oleh golongan muda,” katanya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan semua pihak yang berjaya menganjurkan kejohanan itu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/25/perkasa-padu-juara-kejohanan-bola-sepak-9-sebelah/feed/ 0 64379
Kejohanan bola sepak medan cungkil bakat baharu https://sabahmedia.com/2024/10/09/kejohanan-bola-sepak-medan-cungkil-bakat-baharu/ https://sabahmedia.com/2024/10/09/kejohanan-bola-sepak-medan-cungkil-bakat-baharu/#respond Wed, 09 Oct 2024 03:26:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61907
Read Time:1 Minute, 6 Second

Beaufort : Sebanyak 40 buah pasukan bola sepak dari seluruh negeri telah menyertai Kejohanan Bola Sepak U12 Terbuka Beaufort (9’S) yang berlangsung di Kompleks Sukan Beaufort di sini.

Kejohanan anjuran West Warrior FC itu dirasmikan penutupannya oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam.

Ruslan berkata, anjuran kali pertama itu merupakan medan mencari bakat pemain muda dan juga menyerlah bakat anak-anak dalam bola sepak yang sememangnya sukan paling di minati.

“Saya telah hadir menyaksikan perlawanan akhir ini. Kejohanan ini saya lihat dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemain, pengurus pasukan dan juga ibu bapa.

“Kejohanan ini juga dapat membuka ruang kepada peniaga kecil menjual produk makanan dan minuman selama dua hari kejohanan ini berlangsung,” katanya.

Ruslan turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pasukan yang mengambil bahagian.

Katanya, ini merupakan satu permulaan ke arah melahirkan pemain bola sepak profesional di masa hadapan dan teruskan berlatih dan tingkatkan lagi mutu gaya permainan.

“Sekalung tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan satu kejohanan bola sepak U12 yang berjaya, satu usaha yang perlu di puji dalam usaha menglahirkan pemain bola sepak dari seawal sekolah rendah lagi.

“Kepada pasukan pasukan yang kembali ke kawasan masing masing terutama daripada pantai timur, saya doakan semoga selamat tiba ke destinasi dan sehingga kita berjumpa lagi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/09/kejohanan-bola-sepak-medan-cungkil-bakat-baharu/feed/ 0 61907
Joao Pedro Boeira Duarte belum pasti dapat beraksi Ahad ini https://sabahmedia.com/2024/09/14/joao-pedro-boeira-duarte-belum-pasti-dapat-beraksi-ahad-ini/ https://sabahmedia.com/2024/09/14/joao-pedro-boeira-duarte-belum-pasti-dapat-beraksi-ahad-ini/#respond Sat, 14 Sep 2024 03:30:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60620
Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Penyerang import baharu Sabah FC,  Joào Pedro Boeira Duarte belum pasti dapat diturunkan pada aksi menentang Terengganu FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas di sini malam esok.

Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee berkata, setakat ini beliau masih mempunyai tempoh untuk menilai dan akan memilih barisan pemain-pemain terbaik yang akan diturunkan esok.

Katanya, perancangan untuk menurunkan kesebelasan utama hanya akan diumumkan sebelum perlawanan berlangsung malam esok.

“Apa-apa pun kita tunggu perkembangan sehingga Ahad, sekiranya dapat diturunkan sudah pasti Joao Pedro dapat membantu Sabah FC mencatat kemenangan di gelanggang sendiri.

“Dalam tempoh sesi latihan Joao Pedro Boeira Duarte menunjukkan komitmen baik sekali gus diharapkan dapat mempamerkan prestasi yang diharapkan menjelang perlawanan malam esok,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam tempoh sama, Kim Swee juga mengesahkan Dominic Tan masih belum pulih sepenuhnya selepas mengalami kecederaan ketika beraksi bersama Harimau Malaya dalam kejohan Pesta Bola Merdeka baru-baru ini.

“Darren Lok dan Daniel Ting yang turut beraksi bersama-sama Harimau Malaya dalam kejohanan Pestabola Merdeka baru-baru ini juga bersiap sedia beraksi  membantu Sabah FC menentang Terengganu FC malam esok.

“Kita harapkan para penyokong setia Sabah FC dapat turun memberikan sokongan padu menjelang perlawanan nanti,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/14/joao-pedro-boeira-duarte-belum-pasti-dapat-beraksi-ahad-ini/feed/ 0 60620