bola tampar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 16 Jun 2024 10:31:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bola tampar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Aktiviti sukan mampu jamin kecerdasan minda, kesihatan diri https://sabahmedia.com/2024/06/16/aktiviti-sukan-mampu-jamin-kecerdasan-minda-kesihatan-diri/ https://sabahmedia.com/2024/06/16/aktiviti-sukan-mampu-jamin-kecerdasan-minda-kesihatan-diri/#respond Sun, 16 Jun 2024 10:31:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56095
Read Time:39 Second

Beaufort: Penganjuran sukan dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda dilihat mampu menjamin kecerdasan minda dan kesihatan diri.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Parlimen Ak Yazri Pg Yahya berkata, aktiviti sukan juga mampu mengeratkan silaturahim daripada pelbagai suku kaum dan agama yang menyertai.

“Sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi dan riadah, bahkan ia telah menjadi satu gaya hidup sihat.

“Selaim itu, aktiviti sukan juga merupakan satu pelaburan terhadap kesihatan dan ekonomi yang menguntungkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan perlawanan bola tampar liga enam penjuru Kampung Klias Kecil di sini semalam.

Pada majlis itu, Ak Yazri turut menyampaikan sumbangan peralatan sukan bola tampar dan beberapa keperluan lain untuk pertandingan berkenaan.

Beliau berharap agar sumbangan yang disalurkan itu akan dapat menambah semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat setempat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/16/aktiviti-sukan-mampu-jamin-kecerdasan-minda-kesihatan-diri/feed/ 0 56095
Tampar pemain bawah 14 tahun: KPM siasat untuk tindakan tatatertib https://sabahmedia.com/2023/01/02/tampar-pemain-bawah-14-tahun-kpm-siasat-untuk-tindakan-tatatertib/ https://sabahmedia.com/2023/01/02/tampar-pemain-bawah-14-tahun-kpm-siasat-untuk-tindakan-tatatertib/#respond Mon, 02 Jan 2023 02:39:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27256
Read Time:1 Minute, 11 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneruskan siasatan bagi tujuan tatatertib, insiden seorang jurulatih menampar dua pemainnya pada satu kejohanan bola tampar yang rakamannya tular dalam media sosial. 

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan sewajarnya akan diambil serta memandang serius terhadap isu yang dilaporkan berkenaan insiden itu. 

“Satu perjumpaan dengan ibu bapa murid yang terbabit akan dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan laporan itu. 

“KPM juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada laporan polis dibuat mengenai insiden terbabit,” katanya. 

KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan. 

Susulan insiden, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) mengambil tindakan tegas apabila menggantung sementara jurulatih pasukan Melaka Bawah 14 Tahun (B14) wanita yang tular kerana menampar dua pemainnya.

MAVA dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya akan menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi menyiasat insiden itu segera. 

MAVA juga memaklumkan buat masa ini jurulatih itu digantung daripada membabitkan diri dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan hingga siasatan selesai. 

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut membidas tindakan seorang jurulatih yang dirakam menampar pemainnya ketika perlawanan. 

Klip video tular di media sosial itu menunjukkan jurulatih terbabit menampar dua pemain wanitanya ketika Kejohanan Remaja B-14 di Kota Tinggi, Johor pada 14 hingga 16 Disember lalu. 

Hannah berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan mereka sedang mengumpul lebih banyak maklumat berhubung insiden itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/02/tampar-pemain-bawah-14-tahun-kpm-siasat-untuk-tindakan-tatatertib/feed/ 0 27256