Boleh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 12 Dec 2021 10:29:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Boleh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Usahawan India Sabah Boleh Bantu Merealisasikan Hala Tuju SMJ https://sabahmedia.com/2021/12/12/usahawan-india-sabah-boleh-bantu-merealisasikan-hala-tuju-smj/ https://sabahmedia.com/2021/12/12/usahawan-india-sabah-boleh-bantu-merealisasikan-hala-tuju-smj/#respond Sun, 12 Dec 2021 10:29:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9791
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Penglibatan semua termasuk masyarakat India diperlukan untuk memastikan matlamat di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat dicapai.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata SMJ adalah rangka pembangunan yang inklusif untuk menjadikan Sabah dan rakyatnya progresif.

Beliau turut menggesa masyarakat India dan usahawan di Sabah mengambil kesempatan daripada pakej ekonomi yang ditawarkan oleh kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12
(RMK12).

“Saya berharap masyarakat India di Sabah akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan memastikan semua agenda serta inisiatif pemulihan ekonomi dalam SMJ berjaya,” katanya semasa majlis makan malam bersama Dewan Perniagaan India Sabah (SICC) di Hotel Le Meridien di sini malam tadi.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Jasni Daya.

Ketua Menteri turut mengambil maklum tentang rungutan masyarakat India Sabah, terutamanya berkaitan isu yang tidak dapat diselesaikan seperti pemastautin tetap dan pembiayaan untuk kuil.

“Saya percaya isu ini boleh ditangani dengan kerjasama antara SICC dan badan yang mewakili masyarakat India,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/12/usahawan-india-sabah-boleh-bantu-merealisasikan-hala-tuju-smj/feed/ 0 9791
Varian Delta Boleh Tumbuh Dalam Hidung Individu Sudah Divaksin https://sabahmedia.com/2021/08/21/varian-delta-boleh-tumbuh-dalam-hidung-individu-sudah-divaksin/ https://sabahmedia.com/2021/08/21/varian-delta-boleh-tumbuh-dalam-hidung-individu-sudah-divaksin/#respond Sat, 21 Aug 2021 10:29:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5034
Read Time:1 Minute, 2 Second

PUTRAJAYA: Kajian baharu mengenai varian membimbangkan (VOC) Delta, mendapati varian dominan berkenaan boleh tumbuh dalam hidung individu yang sudah mendapat vaksin, sama seperti individu yang tidak divaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu tumbuh di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.

“Virus yang tumbuh itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati selepas penularan varian Delta, terdapat banyak virus dikesan di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.

Dr Noor Hisham sebelum ini dilaporkan berkata varian Delta boleh merebak dalam masa lima hingga 15 saat dan jangkitan melalui udara.

Tempoh itu ternyata singkat jika dibandingkan dengan kes positif COVID-19 sebelum ini, iaitu individu yang terdedah boleh menjangkitkan virus berkenaan dalam jangka masa kurang daripada 15 minit dengan jarak satu meter.

Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2, kali pertama dikesan di Maharashtra, barat India pada Oktober tahun lalu. – BH

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/21/varian-delta-boleh-tumbuh-dalam-hidung-individu-sudah-divaksin/feed/ 0 5034
Tiada parti politik boleh bentuk kerajaan sendiri – Salleh https://sabahmedia.com/2021/08/17/tiada-parti-politik-boleh-bentuk-kerajaan-sendiri-salleh/ https://sabahmedia.com/2021/08/17/tiada-parti-politik-boleh-bentuk-kerajaan-sendiri-salleh/#respond Tue, 17 Aug 2021 03:29:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4746
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Tiada parti politik yang dilihat boleh membentuk kerajaan secara sendiri.

Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, senario itu merupakan realiti sebenar kepada politik negara ketika ini.

Memetik kenyataan beliau dalam pautan Facebooknya pagi tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan itu turut menambah, terdapat keperluan untuk penjajaran semula dan kompromi melibatkan semua pihak.

“Tetapi fokus utama seharusnya kepada pemulihan.

“Parti politik perlu ingat perkara ini dan mempercayai Yang Dipertuan Agong (YDPA) untuk memilih Perdana Menteri yang akan memikul tanggungjawab ini.

“Perdana Menteri baru boleh pertimbangkan untuk mewujudkan kabinet yang kecil, mahir dan bipartisan untuk membina kestabilan,” katanya.

Semalam, Pengerusi Perikatanan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan selepas mendapat perkenan daripada YDPA, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perletakkan jawatan beliau turut disusuli dengan barisan kabinet yang lain namun Muhyiddin dilantik oleh Baginda untuk menggalas Perdana Menteri Sementara (caretaker) sebelum perlantikan Perdana Menteri yang baharu dalam tempoh terdekat.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/17/tiada-parti-politik-boleh-bentuk-kerajaan-sendiri-salleh/feed/ 0 4746