boling padang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 13 Aug 2024 13:03:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png boling padang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SUKMA 2024 : Pasukan boling padang Sabah mulakan aksi cemerlang https://sabahmedia.com/2024/08/13/sukma-2024-pasukan-boling-padang-sabah-mulakan-aksi-cemerlang/ https://sabahmedia.com/2024/08/13/sukma-2024-pasukan-boling-padang-sabah-mulakan-aksi-cemerlang/#respond Tue, 13 Aug 2024 13:02:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58973
Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Pasukan boling padang Sabah memulakan aksi hari pertama dengan cemerlang menerusi kategori beregu lelaki dan berempat wanita pada pusingan peringkat kumpulan pagi tadi.

Beregu lelaki yang diwakili Asmirul Arispadillah dan Muhammad Afif Aiman Mohd Affendy berjaya memperoleh 14 mata menewaskan lawan dari Melaka yang memperoleh 13 mata.

Sementara pasukan berempat boling padang wanita Sabah terdiri daripada Adilah Justine; Nur Zarifah Wajihah Zaidi; Nurafeqah Qhalisah Alham; Nuremilda Jazeemi Jali @ Jalit dan Nurnajmi Jannah Jali @ Jalit menewaskan pasukan Negeri Sembilan dengan keputusan 15-8.

Selain itu beberapa kategori lain turut dipertandingkan diperingkat kumpulan antaranya, bertiga lelaki yang tewas kepada Perak 12-13; perseorangan wanita tewas kepada Melaka (0-7); bertiga lelaki tewas kepada Wilayah Persekutuan (9-19) dan berempat wanita turut tewas kepada Perak dengan Keputusan 6-18.

Perseorangan wanita yang diwakili Suzileyana Zosmi @ Ronny sekali lagi tewas kepada Perak dengan keputusan 0-7; bertiga lelaki tewas kepada Kedah (10-14); beregu lelaki tewas kepada Perak 14-15 dan Suzileyana tewas lagi kepada Kedah 0-7.

Sementara itu, pasukan Futsal Sabah tewas kepada Melaka dengan jaringan 5-9 yang berlangsung di Stadium Tertutup Kota Samarahan pagi tadi. – SABAH MEDIA / FOTO KBSS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/13/sukma-2024-pasukan-boling-padang-sabah-mulakan-aksi-cemerlang/feed/ 0 58973
Beri pendedahan, peluang pemain muda sertai kejohanan sukan Boling Padang https://sabahmedia.com/2022/10/07/beri-pendedahan-peluang-pemain-muda-sertai-kejohanan-sukan-boling-padang/ https://sabahmedia.com/2022/10/07/beri-pendedahan-peluang-pemain-muda-sertai-kejohanan-sukan-boling-padang/#respond Fri, 07 Oct 2022 10:06:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=22535
Read Time:1 Minute, 26 Second

KENINGAU : Persatuan Boling Padang Negeri Sabah diseru untuk terus mengetengahkan para pemain muda menerusi pelbagai kejohanan bagi memberi pendedahan dan memberi peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, peluang itu akan dapat diguna pakai untuk bertemu dan belajar ilmu mengenai Boling Padang dengan para pemain-pemain terbaik di negeri ini.

“Difahamkan bahawa semakin ramai pemain senior memilih Sukan Boling Padang sebagai sukan pilihan mereka dan mereka suka menyertai kejohanan.

“Ini menandakan pemain senior sentiasa berganding tangan mempromosikan Sukan Boling Padang dan mengambil sukan  ini sebagai salah satu aktiviti untuk kesihatan hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Sabah Open Pairs 2022 di Gelanggang Boling Padang di sini semalam.

Dalam pada itu, Ellron berkata, Gelanggang Boling Padang di Kompleks Sukan Kota Kinabalu yang kini tidak dapat digunakan kerana karpet di gelanggang tersebut telah uzur akan diberi keutamaan untuk dinaik taraf.

“Sejak bermulanya pendemik COVID-19 pada 2020, Club House Boling Padang ini telah digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai tempat awam bagi melaksanakan ‘Swab Test’ COVID-19 dan sejak itu juga Gelanggang Boling Padang ditutup untuk digunakan.

“Usaha untuk menaik taraf gelanggang serta pembinaan bumbung sedang dalam proses pelaksanaan.

“Saya akan mempastikan pelan menaik taraf gelanggang serta pembinaan bumbung diberi keutamaan agar ianya dapat direalisasikan,” katanya.

Sementara itu, Ellron turut merakamkan ucapan tahniah kepada Persatuan Boling Padang, Pengurus dan Jurulatih Pasukan Sukma Boling Padang atas kejayaan memperolehi satu pingat Perak dan satu pingat Gangsa walaupun para atlet-atlet ini mempunyai kesulitan dengan tempat latihan.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur atas dedikasi, komitmen serta kerja keras mereka sehingga kejohanan ini dapat dianjurkan dengan jayanya. Saya berharap semua merasa seronok bertanding di kejohanan ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/10/07/beri-pendedahan-peluang-pemain-muda-sertai-kejohanan-sukan-boling-padang/feed/ 0 22535