Bom – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 10 Oct 2025 12:41:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bom – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Objek disyaki bom di KKIA rupanya mainan kanak-kanak https://sabahmedia.com/2025/10/10/objek-disyaki-bom-di-kkia-rupanya-mainan-kanak-kanak/ https://sabahmedia.com/2025/10/10/objek-disyaki-bom-di-kkia-rupanya-mainan-kanak-kanak/#respond Fri, 10 Oct 2025 12:41:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82952
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan objek menyerupai bom tangan (hand grenade) yang ditemui di kawasan Balai Pelepasan Domestik dan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAB KKIA) petang Jumaat hanyalah alat permainan kanak-kanak.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan objek mencurigakan itu sekitar jam 1.40 petang.

“Bertindak atas makluman, Ketua Polis Balai LTAB KKIA bersama pasukan keselamatan segera menjalankan pemeriksaan dan menemui satu objek berwarna hitam di atas tiang penghadang berhampiran pintu masuk balai berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, langkah kawalan keselamatan segera dilaksanakan di kawasan berkenaan bagi memastikan keselamatan awam.

“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang kanak-kanak lelaki berpakaian seragam sekolah bersama seorang wanita telah meletakkan objek tersebut di lokasi sebelum beredar dari tempat kejadian,” jelasnya.

Tambah Kasim, Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah yang diketuai Deputi Superintendan John Batius kemudian dipanggil untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati objek berkenaan bukan bahan letupan, sebaliknya alat permainan kanak-kanak,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak meninggalkan sebarang objek mencurigakan di tempat awam yang boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat.

“PDRM turut menghargai keprihatinan orang awam dan pihak pengurusan LTAB KKIA atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/10/objek-disyaki-bom-di-kkia-rupanya-mainan-kanak-kanak/feed/ 0 82952
Bom era Perang Dunia Kedua berjaya dimusnahkan https://sabahmedia.com/2025/08/26/bom-era-perang-dunia-kedua-berjaya-dimusnahkan/ https://sabahmedia.com/2025/08/26/bom-era-perang-dunia-kedua-berjaya-dimusnahkan/#respond Tue, 26 Aug 2025 13:29:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80108
Read Time:41 Second

LAHAD DATU: Polis mengesahkan sebutir bom lama jenis Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb berjaya dimusnahkan selepas ditemui di tebing Sungai Segama, Kampung Batu 8, Lahad Datu pada 24 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata, penemuan tersebut dibuat hasil makluman orang awam sebelum pemeriksaan lanjut mengesahkan ia adalah bom lama yang masih aktif.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen Sabah dengan dibantu UPB IPD Lahad Datu serta UPB dari daerah lain telah melaksanakan operasi pemusnahan pada jam 11.33 pagi tadi.

“Kaedah Low Order menggunakan sistem elektrik dan bahan letupan khas digunakan bagi memastikan pemusnahan berjalan dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi itu melibatkan seramai empat pegawai dan 17 anggota lain-lain pangkat.

Proses pemusnahan dilaporkan berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/26/bom-era-perang-dunia-kedua-berjaya-dimusnahkan/feed/ 0 80108
Bom tinggalan Perang Dunia Kedua di Lahad Datu ditemui https://sabahmedia.com/2025/08/25/bom-tinggalan-perang-dunia-kedua-di-lahad-datu-ditemui/ https://sabahmedia.com/2025/08/25/bom-tinggalan-perang-dunia-kedua-di-lahad-datu-ditemui/#respond Mon, 25 Aug 2025 06:43:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80017
Read Time:44 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

LAHAD DATU: Polis mengesahkan penemuan satu objek dipercayai bom jenis Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb di tebing Sungai Segama, Lahad Datu, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu daripada seorang penduduk tempatan yang menemui objek berbahaya tersebut ketika menjala ikan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati bom berkenaan berukuran lebih kurang 40 sentimeter lilit, panjang 30 sentimeter dan dianggarkan seberat 500 lbs.

“Siasatan lanjut oleh Cawangan Persenjataan IPD Lahad Datu mengesahkan ia dipercayai bom buatan British yang merupakan peninggalan era perang dunia kedua,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Tambah beliau, kawasan berkenaan kini telah dipantau pihak polis bagi memastikan keselamatan orang awam sementara menunggu tindakan lanjut oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen Sabah.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan penemuan bom tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/25/bom-tinggalan-perang-dunia-kedua-di-lahad-datu-ditemui/feed/ 0 80017
Sebutir lagi bom Perang Dunia kedua ditemui di lokasi sama https://sabahmedia.com/2025/02/28/sebutir-lagi-bom-perang-dunia-kedua-ditemui-di-lokasi-sama/ https://sabahmedia.com/2025/02/28/sebutir-lagi-bom-perang-dunia-kedua-ditemui-di-lokasi-sama/#respond Fri, 28 Feb 2025 12:48:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69570
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh FLORIETA DIET

PAPAR: Sebutir lagi bom Perang Dunia Kedua ditemui di tapak pembinaan berdekatan Kilang Lok Kawi Plastic Industries, Kinarut, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka, bagaimanapun pemusnahan bom berkenaan ditangguhkan sehingga mendapat kata putus daripada agensi berkaitan dan syarikat yang terlibat.

“Kita akan laksanakan menyuarat peringkat daerah pada petang ini (Jumaat) juga dan sebelum pemusnahan dibuat, kita akan buat hebahan kepada penduduk sekitar radius satu kilometer daripada lokasi bom ditemui. Ia sama seperti yang kita buat pada pemusnahan bom yang pertama.

“Kita mahu selaraskan kerja-kerja pemusnahan bom ini sebab kita tidak mahu mengganggu ketenteraman awam, mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda awam,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Tambahnya, bom berkenaan adalah jenis yang sama bom pertama ditemui iaitu Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb.

Bom itu ditemui selepas kerja-kerja pengorekan disambung di kawasan yang sama menggunakan backhoe oleh syarikat yang bertanggungjawab membina tangki di kawasan itu.

Sepasukan anggota daripada IPD Papar, Unit Pemusnah Bom (UPB) dari bu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK) bergegas ke lokasi itu selepas laporan diterima.

“Selepas pemeriksaan dibuat, UPB mengesahkan bom berkenaan masih aktif dan memang berbahaya, sebab itu kita mengambil tindakan drastik untuk melupuskan bom itu,” katanya.

Pada 25 Feb lepas, sebutir bom ditemui oleh pemandu backhoe yang sedang menjalankan kerja-kerja mengorek tanah. Operasi pelupusan bom telah dilaksana pada 26 Februari, jam 8 pagi, di lokasi yang sama.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menghampiri kawasan penemuan bom dan segera melaporkan sebarang objek mencurigakan kepada pihak polis di talian 088-912222 atau balai polis terdekat.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/28/sebutir-lagi-bom-perang-dunia-kedua-ditemui-di-lokasi-sama/feed/ 0 69570
Penemuan Bom Lama di Pulau Sibuan, Substesen Ditutup Sementara https://sabahmedia.com/2025/01/07/penemuan-bom-lama-di-pulau-sibuan-substesen-ditutup-sementara/ https://sabahmedia.com/2025/01/07/penemuan-bom-lama-di-pulau-sibuan-substesen-ditutup-sementara/#respond Tue, 07 Jan 2025 10:16:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66620
Read Time:1 Minute, 19 Second

SEMPORNA: Satu objek yang dipercayai bom peninggalan Perang Dunia Kedua telah ditemui di kawasan Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran dekat sini, hari ini.

Berikutan penemuan itu, substesen berkenaan ditutup sementara bermula jam 12:30 tengah hari tadi untuk tindakan keselamatan.

Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr. Maklarin Lakim berkata penemuan objek dipercayai bom lama oleh petugas TTS di kawasan snorkelling sekitar 30-50 meter dari pesisir pantai di Pulau Sibuan.

Katanya, penemuan itu berlaku semasa kerja pembersihan pantai, apabila petugas mendapati bentuk mencurigakan di atas pasir.

“Objek itu dipercayai bom yang mungkin sebelum ini terperangkap di dasar laut, tetapi telah terdedah akibat pergerakan pasir,” katanya ketika dihubungi pihak media hari ini.

Susulan penemuan tersebut, laporan polis telah dibuat, dan pihak TTS mengarahkan kawasan tersebut ditutup bagi tujuan penyiasatan.

Dr. Maklarin turut menjelaskan bahawa tindakan ini adalah prosedur biasa apabila bom lama ditemui, dan keselamatan awam menjadi keutamaan.

“Jika disahkan sebagai bom, pihak polis akan mengatur proses pengangkatan dan pemusnahan di kawasan yang selamat,” katanya.

Menurutnya, walaupun penemuan ini tidak menimbulkan bahaya langsung, kawasan snorkelling tersebut ditutup buat sementara waktu.

“Pelancong dinasihatkan untuk beralih ke lokasi snorkelling lain, sementara polis menjalankan siasatan dan memastikan keselamatan kawasan itu.

“Kawasan tersebut hanya akan dibuka semula setelah pihak polis mengisytiharkan ia selamat,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Sabri Zainol ketika dihubungi media hari ini, menyeru orang awam agar tidak memasuki kawasan tersebut sehingga keadaan disahkan selamat.

“Kita akan ke tempat penemuan untuk kenal pasti, dan untuk tindakan lanjut. Diminta orang awam jangan masuk ke kawasan tersebut sehingga selesai tindakan keselamatan diambil,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/07/penemuan-bom-lama-di-pulau-sibuan-substesen-ditutup-sementara/feed/ 0 66620
Polis Marin Sandakan Banteras Aktiviti Bom Ikan https://sabahmedia.com/2021/11/21/polis-marin-sandakan-banteras-aktiviti-bom-ikan/ https://sabahmedia.com/2021/11/21/polis-marin-sandakan-banteras-aktiviti-bom-ikan/#respond Sun, 21 Nov 2021 08:45:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8682
Read Time:52 Second

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin Sandakan berjaya menumpaskan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan di Utara Laut Pulau Billean pada lewat pagi kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan, DSP Rusdin Banin berkata, PPM Sandakan berjaya menumpaskan lapan orang lelaki berumur dalam lingkungan lapan hingga 50 tahun menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan.

“Hasil pemeriksaan lanjut telah dilakukan terhadap bot tersebut dan telah menemui beberapa peralatan yang disyaki digunakan bagi aktiviti mengebom ikan seperti detonator, botol kaca, mancis kayu, hos, kompresor dan beberapa kilo pelbagai jenis ikan disyaki diperolehi dengan cara mengebom ikan”,kata Rusdin dalam satu kenyataannya menerusi laman Facebook rasmi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah.

Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat IPD Beluran untuk tindakan lanjut.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM43,920.00. Kes disiasat dibawah Akta Bahan Letupan 1957.

Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian 013-9391197 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/21/polis-marin-sandakan-banteras-aktiviti-bom-ikan/feed/ 0 8682
Polis Marin Banteras Kegiatan Aktiviti Bom Ikan https://sabahmedia.com/2021/08/18/polis-marin-banteras-kegiatan-aktiviti-bom-ikan/ https://sabahmedia.com/2021/08/18/polis-marin-banteras-kegiatan-aktiviti-bom-ikan/#respond Wed, 18 Aug 2021 12:43:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4849
Read Time:58 Second

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya membanteras aktiviti pengeboman ikan dalam satu operasi di Laut Pulau Kerindingan, Pulau Nusa Tongah dan Laut Pulau Omadal dekat sini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad Ismail berkata, pasukannya telah berjaya menahan tiga buah bot yang melakukan aktiviti pengeboman ikan di kawasan terbabit pada petang kemarin.

Katanya, tiga buah bot yang ditahan adalah jenis pump bot dan di dalamnya terdapat beberapa jenis peralatan yang digunakan untuk aktiviti pengeboman ikan serta hasil beberapa jenis ikan.

“Dalam Operasi yang sama turut ditahan sebuah bot menggunakan enjin sangkut. Hasil pemeriksaan keatas bot tersebut didapati memiliki kayu bergergaji tanpa permit dari Jabatan Perhutanan,” kata Mohamad dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Enakmen Perhutanan 1968. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM29,130.00

Justeru itu, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Kawalan PPM Sabah di talian 0139391197.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/18/polis-marin-banteras-kegiatan-aktiviti-bom-ikan/feed/ 0 4849