bomba – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 12 Jun 2026 07:04:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bomba – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ops Pamer 2026: 94 peratus premis di Sabah patuh pamer perakuan Bomba https://sabahmedia.com/2026/06/12/ops-pamer-2026-94-peratus-premis-di-sabah-patuh-pamer-perakuan-bomba/ https://sabahmedia.com/2026/06/12/ops-pamer-2026-94-peratus-premis-di-sabah-patuh-pamer-perakuan-bomba/#respond Fri, 12 Jun 2026 07:04:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98112
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah merekodkan tahap pematuhan memberangsangkan dalam pelaksanaan Ops Pamer 2026 apabila sebanyak 94 peratus premis yang diperiksa didapati mematuhi keperluan pempameran Perakuan Bomba.

Pengarah JBPM Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, sebanyak 31 premis daripada 33 premis pasar raya dan pusat beli-belah yang diperiksa didapati mematuhi sepenuhnya Peraturan 6(2), Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba (Perakuan Bomba) 2001.

Beliau berkata, operasi tersebut dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pematuhan pemilik premis terhadap perundangan berkaitan keselamatan kebakaran, selain memastikan Perakuan Bomba dipamerkan di lokasi yang mudah dilihat oleh orang awam.

“Ops Pamer 2026 bukanlah operasi untuk mencari kesalahan semata-mata, sebaliknya merupakan satu usaha meningkatkan kesedaran dan membudayakan pematuhan terhadap peraturan keselamatan kebakaran dalam kalangan pemilik serta pengurusan premis,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pempameran Perakuan Bomba memainkan peranan penting dalam memberikan maklumat kepada pengunjung bahawa premis berkenaan telah memenuhi keperluan keselamatan kebakaran yang ditetapkan oleh JBPM.

Katanya, sijil berkenaan hendaklah dipamerkan pada setiap masa di tempat yang mudah dilihat sebagaimana ditetapkan di bawah peraturan.

“Perakuan Bomba bukan sekadar dokumen, tetapi merupakan bukti bahawa premis ditetapkan telah memenuhi aspek keselamatan kebakaran yang diperlukan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata dua premis atau enam peratus daripada keseluruhan premis diperiksa didapati gagal mempamerkan Perakuan Bomba di lokasi yang mudah dilihat.

Susulan itu katanya, JBPM Negeri Sabah telah mengeluarkan dua kompaun terhadap premis terbabit.

Mohd Pisar berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk kegagalan mempamerkan Perakuan Bomba, sijil dipamerkan di lokasi tidak sesuai serta dokumen tersebut hanya disimpan di pejabat pengurusan tanpa dipamerkan kepada umum.

Beliau menegaskan, walaupun tahap pematuhan keseluruhan adalah baik, masih terdapat ruang penambahbaikan bagi memastikan semua pemilik premis memahami tanggungjawab mereka terhadap aspek keselamatan kebakaran.

“Keselamatan kebakaran bukan hanya tanggungjawab JBPM, tetapi merupakan tanggungjawab bersama semua pihak,” katanya.

Sehubungan itu katanya, JBPM Sabah akan meneruskan pemeriksaan berkala, operasi penguatkuasaan serta program advokasi dan kesedaran awam bagi memastikan tahap pematuhan terus dipertingkatkan.

Katanya, premis yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang boleh dikenakan tindakan lanjut mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341].

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/12/ops-pamer-2026-94-peratus-premis-di-sabah-patuh-pamer-perakuan-bomba/feed/ 0 98112
CFLC dibuka di BBP Putatan, galak komuniti dekati balai bomba https://sabahmedia.com/2026/05/14/cflc-dibuka-di-bbp-putatan-galak-komuniti-dekati-balai-bomba/ https://sabahmedia.com/2026/05/14/cflc-dibuka-di-bbp-putatan-galak-komuniti-dekati-balai-bomba/#respond Thu, 14 May 2026 13:25:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96666
Read Time:1 Minute, 35 Second

PUTATAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil pendekatan baharu dalam usaha mendekatkan perkhidmatan bomba kepada masyarakat apabila ‘Community Fire Learning Center (CFLC)’ dibuka di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Ts Nor Hisham Mohammad berkata, pusat pembelajaran komuniti itu bukan sahaja berfungsi sebagai tempat pendidikan awam mengenai keselamatan kebakaran, malah boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti masyarakat seperti mesyuarat, jamuan dan majlis komuniti.

Beliau berkata, inisiatif itu bertujuan bagi menggalakkan masyarakat lebih dekat dengan balai bomba sambil meningkatkan pengetahuan mereka mengenai langkah pencegahan kebakaran.

“Kita mahu komuniti melihat balai bomba sebagai pusat pembelajaran dan tempat yang mesra masyarakat.

“Jika ada yang mahu mengadakan mesyuarat, sambutan hari jadi, program sekolah atau aktiviti komuniti, kita sedia mempertimbangkannya selagi ia bersesuaian dengan kemudahan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan CFLC di BBP Putatan, di sini pada Khamis.

Nor Hisham berkata, setiap program yang diadakan di pusat berkenaan mesti dimulakan dengan sesi pendidikan awam mengenai keselamatan kebakaran.

Katanya, sesi ringkas itu akan memberi pendedahan kepada pengunjung tentang perkara asas yang boleh menyelamatkan nyawa ketika kecemasan.

“Antara perkara yang ditekankan ialah lokasi penyimpanan kunci grill, cara menguji Main Control Board (MCB), serta pelan keluar sekiranya berlaku kebakaran.

“Perkara ini kelihatan mudah, tetapi ia sangat penting dan boleh menjadi faktor penentu antara hidup dan mati,” katanya.

Sementara itu, Nor Hisham berkata, kejadian kebakaran mungkin tidak berlaku kerap, namun kerana ia jarang berlaku, ramai orang cenderung melupakan pengetahuan asas yang perlu diketahui.

Sehubungan itu, katanya, CFLC diwujudkan sebagai platform pendidikan berterusan supaya masyarakat sentiasa peka terhadap langkah keselamatan di rumah dan tempat kerja.

Beliau berkata, pendekatan itu juga dapat mengeratkan hubungan antara bomba dan komuniti, sekali gus mewujudkan budaya keselamatan yang lebih kukuh dalam kalangan masyarakat.

CFLC Putatan merupakan pusat pertama seumpamanya di Sabah dan dijangka menjadi model bagi pelaksanaan inisiatif sama di daerah lain termasuk Sandakan dan Tawau. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/14/cflc-dibuka-di-bbp-putatan-galak-komuniti-dekati-balai-bomba/feed/ 0 96666
1,910 kes kebakaran direkodkan di Sabah tahun lalu, kerugian cecah RM145 juta https://sabahmedia.com/2026/02/14/1910-kes-kebakaran-direkodkan-di-sabah-tahun-lalu-kerugian-cecah-rm145-juta/ https://sabahmedia.com/2026/02/14/1910-kes-kebakaran-direkodkan-di-sabah-tahun-lalu-kerugian-cecah-rm145-juta/#respond Sat, 14 Feb 2026 10:02:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91664
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah merekodkan sebanyak 1,910 kes kebakaran yang berlaku di negeri ini sepanjang tahun lalu, dengan 13 kematian dan kerugian harta benda mencecah RM145 juta.

Pengarah JBPM Sabah Mohd Pisar Aziz berkata, pihaknya agar jumlah kes yang direkodkan itu dapat dikurangkan pada tahun ini menerusi sokongan padu daripada rakyat terhadap penyelamatan kebakaran.

“Kebakaran struktur menyumbang 42 peratus daripada jumlah kes, manakala punca nyalaan disebabkan elektrik sebanyak 692 kes menjadi penyumbang terbesar.

” Data ini jelas menunjukkan bahawa kepekaan terhadap risiko kebakaran, khususnya akibat penggunaan elektrik di rumah, adalah sangat penting. 

“Pencegahan awal dan pemantauan rutin, seperti memastikan suis elektrik dan peralatan rumah berada dalam keadaan selamat sebelum ditinggalkan, dapat mengurangkan risiko kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian kempen keselamatan kebakaran dan Ops siaga raya sempena tahun haharu cina dan hari raya Aidilfitri tahun 2026.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang diwakili Setiausaha Politiknya Abdul Wahid Abdul Razak.

Pisar berkata, keselamatan adalah tanggungjawab bersama, yang memerlukan kesedaran dan tindakan proaktif dari setiap lapisan masyarakat.

Katanya, setiap keluarga memainkan peranan penting dalam memastikan rumah dan komuniti selamat daripada risiko kebakaran. 

“Dalam konteks ini, saya menyeru agar setiap keluarga mengambil tindakan mudah tetapi kritikal, seperti mematikan suis elektrik sebelum meninggalkan rumah, memastikan lilin dan dapur tidak ditinggalkan tanpa pengawasan.

” Selain itu, kita juga meminta agar anak-anak  tidak bermain mercun atau bunga api tanpa kawalan, serta menyimpan nombor kecemasan bomba di tempat yang mudah dicapai,” katanya.

Menurutnya, langkah-langkah itu bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa dan harta benda, tetapi mampu menyemai budaya keselamatan yang mantap dalam komuniti, menjadikan keselamatan sebagai amalan harian dan tanggungjawab bersama. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/14/1910-kes-kebakaran-direkodkan-di-sabah-tahun-lalu-kerugian-cecah-rm145-juta/feed/ 0 91664
Rumah pekerja 70 pintu terbakar, seorang cedera selamatkan diri https://sabahmedia.com/2025/11/13/rumah-pekerja-70-pintu-terbakar-seorang-cedera-selamatkan-diri/ https://sabahmedia.com/2025/11/13/rumah-pekerja-70-pintu-terbakar-seorang-cedera-selamatkan-diri/#respond Thu, 13 Nov 2025 04:47:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85683
Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh Raul G

TUARAN: Seramai 50 penghuni rumah pekerja di Taman Seri Lemawang, di sini, berdepan detik cemas apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Difahamkan, kebakaran membabitkan 70 pintu rumah kayu berkeluasan kira-kira satu ekar itu berlaku sekitar 5.45 pagi, sebelum pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran tiba di lokasi 12 minit kemudian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran membabitkan 70 pintu rumah jenis tidak kekal pada jam 5.45 pagi.

Katanya, seramai 11 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian dengan satu jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba, api dilihat merebak dengan cepat berikutan struktur rumah kayu dan bersambung namun semua penghuni berjaya keluar menyelamatkan diri.

“Manakala seorang lelaki berusia lingkungan 60-an didapati cedera ringan akibat terkena zink ketika menyelamatkan diri,” katanya dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa terbabit diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital Tuaran.

Pasukan bomba menggunakan dua aliran dan empat pancutan air dari jentera serta tangki air dengan teknik pemadaman ofensif dan defensif.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.28 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.52 pagi kemudian”. 

“Anggaran kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan,” ujarnya. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/13/rumah-pekerja-70-pintu-terbakar-seorang-cedera-selamatkan-diri/feed/ 0 85683
Latihan bencana REDEX 2025 uji keupayaan menyelamat di kawasan gunung https://sabahmedia.com/2025/09/14/latihan-bencana-redex-2025-uji-keupayaan-menyelamat-di-kawasan-gunung/ https://sabahmedia.com/2025/09/14/latihan-bencana-redex-2025-uji-keupayaan-menyelamat-di-kawasan-gunung/#respond Sun, 14 Sep 2025 04:14:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81210
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kundasang : Program ‘Rural Emergency Disaster Exercise (REDEX) Kinabalu 2025 : High Altitude Rescue’ disifatkan sebagai platform penting dalam menguji kesiapsiagaan pasukan penyelamat menghadapi bencana di kawasan altitud tinggi dan luar bandar.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, latihan berkala besar itu amat signifikan memandangkan negeri ini khususnya kawasan Kundasang dan Ranau, terdedah kepada pelbagai risiko bencana alam.

Katanya, ia termasuklah seperti tanah runtuh, banjir kilat, gempa bumi kecil, serta insiden membabitkan pendaki di Gunung Kinabalu. 

“Situasi-situasi sebegini menuntut kesiapsiagaan pasukan penyelamat yang tinggi, berkemahiran, pantas dan cekap.  

“Justeru, melalui latihan seumpama ini, kita dapat menguji tahap keupayaan pasukan penyelamat, menilai keberkesanan sistem koordinasi antara agensi, serta mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memperkukuh Pelan Tindakan Kecemasan di peringkat daerah, negeri mahupun nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan REDEX Kinabalu 2025; High Altitude Rescue Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Saba di Dewan Kinabalu Taman Kinabalu di sini pada Jumaat.

Latiha  yang dianjurkan JBPM itu turut melibatkan kerjasama erat pelbagai  termasuk Polis Diraja Malaysia, Taman-Taman Sabah, Jabatan Kesihatan, pihak berkuasa tempatan, NGO serta komuniti setempat. 

Katanya, komitmen dan penyertaan semua pihak ini menggambarkan semangat Whole-of-Government, Whole-of-Society Approach yang kita tekankan dalam pengurusan bencana.

“Kepada semua peserta, saya ucapkan syabas dan tahniah atas kesungguhan, disiplin serta keberanian yang dipamerkan sepanjang latihan.

“Ilmu dan pengalaman yang saudara-saudari perolehi akan menjadi aset yang amat berharga apabila kita berdepan dengan insiden sebenar di lapangan kelak.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan terus memberikan sokongan padu kepada JBPM dalam meningkatkan keupayaan, kompetensi dan profesionalisme pasukan penyelamat. 

“Keutamaan kita adalah memastikan keselamatan rakyat sentiasa terjamin, sama ada di kawasan bandar, luar bandar, pedalaman mahupun di puncak gunung tertinggi negara,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/14/latihan-bencana-redex-2025-uji-keupayaan-menyelamat-di-kawasan-gunung/feed/ 0 81210
503 premis di Sabah perlu perbaharui Perakuan Bomba, lima dalam proses pendakwaan https://sabahmedia.com/2025/06/23/503-premis-di-sabah-perlu-perbaharui-perakuan-bomba-lima-dalam-proses-pendakwaan/ https://sabahmedia.com/2025/06/23/503-premis-di-sabah-perlu-perbaharui-perakuan-bomba-lima-dalam-proses-pendakwaan/#respond Mon, 23 Jun 2025 12:58:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76043
Read Time:1 Minute, 59 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Sebanyak 503 premis ditetapkan di seluruh negeri perlu menjalani pemeriksaan tahunan sebagai syarat utama bagi mendapatkan Perakuan Bomba (Fire Certificate), namun hanya 55 peratus atau 260 premis telah berjaya memperolehinya setakat ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa sebanyak 67 premis kini berada dalam tempoh notis untuk tindakan lanjut, 116 premis sedang dalam proses permohonan dan telah diberi peringatan untuk memperbaharui sijil, manakala 55 premis dikenal pasti tiada Sijil Perakuan Bomba berkuatkuasa dan telah diberikan peringatan akhir.

“Selain itu, lima premis kini dalam proses pendakwaan atas kegagalan mematuhi keperluan keselamatan kebakaran seperti yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam, mewakili beliau merasmikan Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran Negeri Sabah Tahun 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

“Daripada jumlah ini, kita dapat lihat bahawa sebahagian besar premis telah mematuhi keperluan keselamatan kebakaran. Namun, masih terdapat sebilangan yang memerlukan perhatian serius dan pemantauan berterusan,” kata beliau.

Seminar yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti ini dilihat selaras dengan pelaksanaan Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara (DKPN) yang menekankan pendekatan menyeluruh kerajaan dan masyarakat dalam aspek keselamatan.

“Pematuhan terhadap Perakuan Bomba bukan semata-mata tanggungjawab pemilik premis, tetapi juga melibatkan kerjasama agensi penguatkuasaan, pihak pengurusan bangunan, serta seluruh masyarakat.

“Pematuhan terhadap sijil ini perlu didukung dengan program latihan dan kesedaran awam. Ia bukan hanya keperluan teknikal tetapi budaya keselamatan yang wajib diterapkan dalam komuniti,” tambah beliau.

Seminar ini juga membincangkan kepentingan pemeriksaan berkala terhadap sistem keselamatan seperti pemadam api, penggera, dan laluan kecemasan yang menjadi syarat utama untuk memperbaharui Sijil Perakuan Bomba.

Sementara itu, dalam sidang media, Ruslan menyeru agar seminar seumpama ini diteruskan secara berkala bagi memastikan lebih ramai pihak mendapat pendedahan dan bertanggungjawab dalam hal keselamatan kebakaran.

“Dalam seminar ini, sedikit sebanyak ia dapat memupuk kesedaran keselamatan dalam kalangan rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa kebakaran rumah juga banyak berpunca daripada masalah elektrikal.

“Elektrikal biasanya mempunyai jangka hayat yang ditetapkan, contohnya 20 tahun, tetapi masih digunakan melebihi tempoh tersebut,” katanya.

Tambahnya, kecuaian juga menjadi punca kebakaran, seperti penggunaan penapis air, pengecas telefon, dan lain-lain. Kesemua ini boleh dielakkan sekiranya kita lebih proaktif dalam meningkatkan kesedaran, termasuk melibatkan agensi kerajaan lain untuk memberi kesedaran di peringkat komuniti kampung.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/23/503-premis-di-sabah-perlu-perbaharui-perakuan-bomba-lima-dalam-proses-pendakwaan/feed/ 0 76043
Bomba selamatkan 13 mangsa terperangkap banjir https://sabahmedia.com/2025/04/09/bomba-selamatkan-13-mangsa-terperangkap-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/04/09/bomba-selamatkan-13-mangsa-terperangkap-banjir/#respond Wed, 09 Apr 2025 03:59:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71651
Read Time:45 Second

Sipitang : Seramai 13 mangsa termasuk tiga kanak-kanak lelaki dan perempuan berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas kediaman mereka dibelakang Flat Guru Marintaman di sini dilanda banjir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitant Calvin Joe Jeafery berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.35 malam semalam.

Berikutan itu, katanya, sepasukan anggota dari BBP Sipitang seramai enam anggota diarahkan ke lokasi untuk misi menyelamat.

“Sebaik tiba di lokasi, 13 mangsa didapati terperangkap dalam banjir di lokasi berikutan hujan lebat.

“Daripada jumlah itu, empat adalah lelaki dewasa; enam perempuan dewasa; satu kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan yang terperangkap selepas kediaman mereka dinaiki air,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, pasukan Bomba berjaya memindahkan 13 orang mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sipitang.

Tambahnya, pemantauan berterusan dijalankan dan setelah memastikan tiada bahaya lain yang wujud operasi ditamatkan. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/09/bomba-selamatkan-13-mangsa-terperangkap-banjir/feed/ 0 71651
Pemaju diingatkan patuhi prosedur keselamatan saluran paip gas https://sabahmedia.com/2025/04/05/pemaju-diingatkan-patuhi-prosedur-keselamatan-saluran-paip-gas/ https://sabahmedia.com/2025/04/05/pemaju-diingatkan-patuhi-prosedur-keselamatan-saluran-paip-gas/#respond Sat, 05 Apr 2025 09:50:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71500
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Semua pihak khususnya pemaju dan pihak berkepentingan dalam pembinaan saluran paip gas diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ir. Ts. Ahmad Izram Osman berkata, pihak berkuasa khususnya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP); pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi lain mempunyai syarat ketat yang perlu dipatuhi.

“Syarat yang ditetapkan bukan sekadar kita reka tetapi kita merujuk kepada standard yang perlu dipatuhi semua pihak terlibat agar keselamatan semua pihak tidak ada masalah.

“kita tidak perlu risau bahawa sebenarnya penghantaran ataupun penyaluran pemindahan gas ini melalui paip adalah antara yang paling selamat sebenarnya kalau dibandingkan dengan menggunakan jalan raya, tangku ataupun kereta api, jadi dari segi kebarangkalian ataupun kemungkinan untuk berlakunya kecelakaan ini amat rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden letupan paip gas di Putra Heights, Selangor, pada 1 April yang mencederakan 111 orang dan menyebabkan lebih 500 penduduk dipindahkan.

Ahmad berkata, penyelenggaraan berkala memastikan risiko bencana diminimumkan dan pemaju perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan.

Sementara itu, beliau berkata, JBPM Sabah kini mencapai 92 peratus kesiapsiagaan dari segi aset dan tenaga kerja.

“Kecekapan anggota lebih penting daripada aset terbaik,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/05/pemaju-diingatkan-patuhi-prosedur-keselamatan-saluran-paip-gas/feed/ 0 71500
Hajiji terima kunjungan hormat pengarah JBPM Sabah https://sabahmedia.com/2025/02/15/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pengarah-jbpm-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/02/15/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pengarah-jbpm-sabah/#respond Sat, 15 Feb 2025 01:00:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68721
Read Time:30 Second

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Jainal @ Zainal Madasin di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya di sini.

Kunjungan hormat itu adalah yang pertama kali semenjak beliau menyandang jawatan  Pengarah JBPM Sabah pada 2 Disember 2024 lalu.

Jainal yang berasal dari Putatan sebelum ini merupakan Pengarah JBPM Negeri Kelantan.

Hadir sama dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Muhammad Taqiuddin Victor Doon, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Ibnu Sahad Punggak dan Pegawai Perhubungan Awam, Mohd Affendy K.Ramin. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/15/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pengarah-jbpm-sabah/feed/ 0 68721
JBPM terus perkasa PBS, bomba komuniti di Sabah https://sabahmedia.com/2024/07/26/jbpm-terus-perkasa-pbs-bomba-komuniti-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/07/26/jbpm-terus-perkasa-pbs-bomba-komuniti-di-sabah/#respond Fri, 26 Jul 2024 05:45:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58070
Read Time:1 Minute, 43 Second

Putatan : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan terus memperkasa Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Bomba Komuniti di seluruh Sabah.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, ia merupakan salah satu pendekatan dan kaedah bagi membantu menangani isu-isu semasa yang dihadapi pada masa kini.

Katanya, sehingga kini Sabah mempunyai sebanyak 46 PBS dengan keanggotan yang berdaftar seramai 914 orang dan 199 pasukan Bomba Komuniti dengan keanggotaan yang berdaftar keahlian seramai 2,793. 

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad

“Justeru, kekuatan keanggotaan mereka ini perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi membantu Jabatan dalam operasi-operasi kebombaan serta tindakan pencegahan awal dapat diambil dalam sesuatu insiden terutamanya di peringkat komuniti setempat.

“Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negera telah mensasarkan sebanyak 500 penubuhan PBS secara keseluruhan sehingga 2030 untuk seluruh negara, bagi negeri Sabah, jabatan mensasarkan sebanyak 70 penubuhan PBS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan di sini semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga kor Ming dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Nor Hisham berkata, pihaknya yakin dengan adanya sinergi antara JBPM bersama pemimpin tempatan dan komuniti setempat, jumlah itu akan dapat dicapai bersama.

“Saya juga menyeru semua pihak untuk sama mengambil ikhtiar bagi mencapai jumlah itu agar ianya seia dan sekata dengan penubuhannya digerakkan oleh rakyat negeri Sabah, diaktifkan oleh rakyat dan pemimpin Sabah dan pastinya manis dan kebaikannya juga dihirup oleh rakyat Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Hisham berkata, JBPM juga akan terus mengambil pendekatan strategik dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan, ketersediaan dan kebolehcapaian khidmat kebombaan dan penyelamatan demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat di seluruh negara.   

“Justeru itu, projek pembinaan BBP ini merupakan langkah utama Kerajaan dalam memantapkan penyampaian perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan bukan sahaja bagi Daerah Putatan tetapi limpahannya juga kepada Daerah Penampang, Kota Kinabalu dan Papar.

“Untuk makluman bersama, BBP Putatan merupakan balai ke 27 di Negeri Sabah dan balai bomba ke 340 bagi Malaysia,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JBPM

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/26/jbpm-terus-perkasa-pbs-bomba-komuniti-di-sabah/feed/ 0 58070