bongawan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 24 Nov 2025 03:31:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bongawan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Isu ‘Aman Family’ tidak relevan, fokus kepada pembangunan Bongawan https://sabahmedia.com/2025/11/24/isu-aman-family-tidak-relevan-fokus-kepada-pembangunan-bongawan/ https://sabahmedia.com/2025/11/24/isu-aman-family-tidak-relevan-fokus-kepada-pembangunan-bongawan/#respond Mon, 24 Nov 2025 03:31:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86859
Read Time:57 Second

BONGAWAN : Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan, Mohd Saidin Ibrahim menegaskan serangan peribadi terhadap Tan Sri Anifah Aman kerana hubungannya dengan keluarga Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, adalah tidak berasas dan tidak relevan.

Menurut Mohd Saidin, isu kekeluargaan tidak memberikan nilai dalam perbahasan politik dan hanya mengalihkan perhatian daripada masalah sebenar rakyat Bongawan.

“Dalam politik Sabah dan Malaysia, ramai tokoh politik berasal daripada keluarga yang sama, tetapi rakyat menilai berdasarkan rekod, pengalaman dan kemampuan mereka,” katanya.

Beliau menekankan bahawa rakyat Bongawan mahukan pemimpin yang mampu memberikan hasil nyata, bukan menilai berdasarkan siapa ahli keluarganya.

“Yang rakyat mahu lihat ialah kerja, prinsip dan hasil,” ujarnya.

Mohd Saidin berkata pengalaman Anifah selama sembilan tahun sebagai Menteri Luar, termasuk keberaniannya membawa isu MA63 ke Kabinet sebelum ia menjadi isu politik popular, membuktikan integriti dan dedikasinya terhadap hak Sabah.

“Bongawan memerlukan pemimpin berpengalaman yang faham realiti tempatan, mempunyai rangkaian hubungan, kepakaran, dan keberanian untuk membawa pembangunan, peluang pekerjaan dan infrastruktur terbaik kepada penduduk,” katanya.

Beliau menegaskan, GRS menumpukan fokus kepada isu pembangunan dan kesejahteraan rakyat, bukannya perkara remeh yang tidak memberi manfaat langsung. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/24/isu-aman-family-tidak-relevan-fokus-kepada-pembangunan-bongawan/feed/ 0 86859
PRU DU 17: Membakut 10 penjuru, Bongawan 9 – Hari Penamaan Calon meriah https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-du-17-membakut-10-penjuru-bongawan-9-hari-penamaan-calon-meriah/ https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-du-17-membakut-10-penjuru-bongawan-9-hari-penamaan-calon-meriah/#respond Sat, 15 Nov 2025 05:47:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85851
Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh Normimie Diun

MEMBAKUT: Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 bagi kerusi N30 Bongawan dan N31 Membakut hari ini menyaksikan saingan sengit apabila Membakut melibatkan 10 penjuru, manakala Bongawan memperlihatkan perebutan sembilan penjuru.

Seawal 6 pagi, perkarangan Dewan Kesenian Islam Membakut dipenuhi ribuan penyokong pelbagai parti yang hadir lengkap dengan busana tradisi etnik Sabah, menjadikan suasana penamaan calon meriah dan penuh warna.

Sembilan calon yang layak bertanding bagi kerusi DUN Bongawan.
10 calon yang layak bertanding bagi kerusi DUN Membakut.

Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi DUN Membakut, Datuk Mohd Arifin Arif, tiba pada jam 8.14 pagi disambut sorakan penyokong membawa bendera parti masing-masing.

Tidak lama selepas itu, calon GRS bagi DUN Bongawan, Tan Sri Anifah Aman, tiba pada jam 8.50 pagi di lokasi sama bersama kumpulan penyokong yang terus menghangatkan suasana dengan laungan sokongan.

Menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Suzlan Suhaili, berikut senarai penuh calon layak bertanding:


DUN N31 Membakut (10 Penjuru)

  1. Cikgu Rusman Dulamit (BN)
  2. Mohd Arifin Mohd Arif (GRS)
  3. Rowindy Lawrence Odong (UPKO)
  4. Kamal Idris (PIS)
  5. Adrian Lajim (STARSABAH)
  6. Mohamad Said @ Ismail Sait (WARISAN)
  7. Suliaman Alladad (PKS)
  8. Haslan Wasli (Bebas)
  9. Azizi Angkiu @ Jaafar (PPRS)
  10. Yahya Ahmad (Anak Negeri)

DUN N30 Bongawan (9 Penjuru)

  1. Dolores Michael (STARSABAH)
  2. Daud Yusof (WARISAN)
  3. Mohamad Alamin (BN)
  4. Md Haris Md Tahir (Bebas)
  5. Peter Matinjal (KDM)
  6. Hussin Dasar (PPRS)
  7. Ridzuan Firdaus (PN)
  8. Royston Adven (PIS)
  9. Anifah Aman (GRS)

Acara berlangsung aman dan terkawal dengan pemantauan ketat anggota keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA sepanjang proses penamaan calon. Suasana penuh keterujaan itu turut mencerminkan komitmen masyarakat setempat terhadap perjalanan demokrasi negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/15/pru-du-17-membakut-10-penjuru-bongawan-9-hari-penamaan-calon-meriah/feed/ 0 85851
Hajiji umum Anifah sebagai calon GRS kerusi DUN Bongawan https://sabahmedia.com/2025/11/10/hajiji-umum-anifah-sebagai-calon-grs-kerusi-dun-bongawan/ https://sabahmedia.com/2025/11/10/hajiji-umum-anifah-sebagai-calon-grs-kerusi-dun-bongawan/#respond Mon, 10 Nov 2025 12:14:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85454
Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh Rhea Dharmin

BONGAWAN: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman disahkan bakal menjadi calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17 kelak.

Perkara terbabit diumumkan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini.

Beliau menyatakan keyakinannya dengan meletakkan bekas Ahli Parlimen Kimanis itu di DUN terbabit, GRS bakal memperolehi kemenangan.

“Kalau GRS, parti komponennya, jenteranya mantap, ditambah dengan sokongan rakyat dan bersatu padu, saya yakin Bongawan ini milik GRS dan kita mahu menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Ketua Menteri Bersama Rakyat Bongawan bertempat di Dewan Serbaguna Bongawan, di sini, hari ini.

Katanya, beliau mahu DUN Bongawan yang kini disandang oleh parti pembangkang, kembali diwakili parti kerajaan supaya boleh dimajukan seperti slogan Bongawan Maju.

Selain Bongawan, Hajiji juga menyatakan keyakinannya terhadap keupayaan GRS untuk kembali membentuk kerajaan selepas PRU DU Sabah pada 29 November nanti.

Sementara itu, Hajiji mengingatkan pentingnya semua bersatu hati bagi memastikan wujud kestabilan politik di negeri ini yang diterjemahkan menerusi sokongan menjelang PRU DU Sabah kelak.

Menurutnya, jika kembali membentuk kerajaan, pelbagai program ekonomi akan dirancang untuk rakyat sepanjang tempoh lima tahun akan datang.

Berikutan itu, Hajiji mengingatkan agar rakyat tidak mempercayai dakyah pembangkang dan terpengaruh dengan retorik, fitnah dan pembohongan mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/10/hajiji-umum-anifah-sebagai-calon-grs-kerusi-dun-bongawan/feed/ 0 85454
Lima suspek ditahan kes bunuh pekerja ladang di Bongawan https://sabahmedia.com/2025/02/01/lima-suspek-ditahan-kes-bunuh-pekerja-ladang-di-bongawan/ https://sabahmedia.com/2025/02/01/lima-suspek-ditahan-kes-bunuh-pekerja-ladang-di-bongawan/#respond Sat, 01 Feb 2025 03:01:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67811
Read Time:1 Minute, 16 Second

Oleh J. EVACHELL JOHN

PAPAR: Lima suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian pekerja ladang sawit di Kampung Ulu Lumagar, Bongawan pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Papar Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata pihaknya menerima aduan daripada pemilik ladang sawit berkenaan mengenai pergaduhan antara beberapa orang pekerja syarikat, dan dipercayai seorang mangsa telah ditikam.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, pasukan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Balai Polis Bongawan berjaya menahan lima suspek, termasuk tiga lelaki dan dua wanita, di Kampung Ulu Lumagar pada 31 Januari sekitar jam 12 tengah hari.

“Polis turut merampas sebilah pisau berhulu kayu yang dipercayai digunakan dalam kejadian. Semua suspek serta barang rampasan dibawa ke IPD Papar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Khamis (30 Januari) sekitar jam 8 malam apabila mangsa warga Filipina berusia 37 tahun, bertanya mengenai duit RM20 yang diberi isterinya untuk membeli ikan dan roti.

“Pertengkaran berlaku kerana suspek tidak mengaku dan tidak mahu memulangkan wang yang diperolehinya dari isteri mangsa.

“Semasa pentengkaran mulut berlaku, suspek telah bertindak masuk ke dalam rumahnya dan mengambil pisau kecil lalu terus menyerang si mati dengan menikam mangsa berkali-kali di tubuh badan mangsa,” katanya.

Menurut Kamaruddin, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Desmond A/L Tanggapan di talian 019-488 3322,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/01/lima-suspek-ditahan-kes-bunuh-pekerja-ladang-di-bongawan/feed/ 0 67811
PKPD : Pemasangan Kawat Duri di Kampung Pikat Bongawan https://sabahmedia.com/2021/07/12/pkpd-pemasangan-kawat-duri-di-kampung-pikat-bongawan/ https://sabahmedia.com/2021/07/12/pkpd-pemasangan-kawat-duri-di-kampung-pikat-bongawan/#respond Mon, 12 Jul 2021 11:10:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2948
Read Time:40 Second

PAPAR : Seramai satu pegawai dan 13 orang anggota lain-lain pangkat dari Rejimen 507 Askar Wataniah dan Rejimen Askar Melayu Diraja melaksanakan pemasangan kawat duri di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Pikat Bongawan.

Pemasangan kawat duri itu diketuai Kapten Mohd Nizam Awang di sini hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5DIV), penugasan ini adalah selaras dengan pengumuman PKPD di lokasi penempatan tersebut bermula hari ini sehingga 25 Julai depan berikutan berlakuknya pertambahan kes jangkitan dan penyebaran COVID-19 di kawasan berkenaan.

Katanya 5DIV meminta kerjasama semua masyarakat sekitar kawasan Kampung Pikat untuk tidak keluar masuk ke dalam kawasan PKPD bagi mengelakkan penularan ke kawasan lain.

“Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus membantu pihak berkuasa tempatan untuk mengelakkan penularan wabak ini dari semasa ke semasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/12/pkpd-pemasangan-kawat-duri-di-kampung-pikat-bongawan/feed/ 0 2948