Borneo sevens – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 19 Apr 2025 11:50:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Borneo sevens – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Borneo Sevens 2025: Borneo Flyers pamer aksi gah https://sabahmedia.com/2025/04/19/borneo-sevens-2025-borneo-flyers-pamer-aksi-gah/ https://sabahmedia.com/2025/04/19/borneo-sevens-2025-borneo-flyers-pamer-aksi-gah/#respond Sat, 19 Apr 2025 11:46:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72284
Read Time:2 Minute, 10 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

SANDAKAN: Juara bertahan, Borneo Flyers, mempamerkan aksi gah di Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah KLK Borneo Sevens 2025 apabila mencatat dua kemenangan bergaya dalam saingan pembukaan kategori wanita hari ini.

Bersaing dalam Kumpulan C bersama Briars RFC (Australia) dan Singapore Development, Borneo Flyers berjaya mengutip 46 mata secara keseluruhan dalam dua perlawanan yang berlangsung di Eagles Rugby Club di sini.

Pemain Hua Gan Guo Ji RC mara untuk melakukan try ketika menentang DKI Jakarta.

Namun, tumpuan utama hari pertama dicuri oleh pendatang baharu dari China, Hua Gan Guo Ji RC, yang mencipta kejutan apabila menjuarai Kumpulan D dengan pungutan mata luar biasa – 130 mata – hasil kemenangan bersih dalam tiga perlawanan.

Pemain Malaysia University cuba menghalang pemain Eagles RFC daripada melepasi pertahanan mereka.

Pasukan dari China itu mempamerkan dominasi sejak awal apabila mengutip 29 mata dalam 10 minit pertama menentang Uzbekistan. Mereka satu kumpulan bersama Uzbekistan, Eagles RFC Select (Filipina) dan DKI Jakarta (Indonesia).

Uzbekistan dan Eagles RFC Select masing-masing mencatat satu kemenangan, manakala DKI Jakarta menamatkan hari pertama tanpa sebarang kemenangan.

Bagi kategori lelaki, naib juara tahun lalu Borneo Eagles (Malaysia) mendapat tentangan sengit, namun tetap gagah mengumpul 119 mata daripada tiga perlawanan.

Mereka bersaing dalam Kumpulan A bersama Uzbekistan Rugby, Malaysia University, dan DKI Jakarta.

Uzbekistan Rugby kini berada di tangga kedua kumpulan selepas menang dua daripada tiga perlawanan mereka.

Kumpulan B pula menyaksikan saingan daripada Briars RFC (Australia), Shaheen 7s (UAE), Singapore Development, dan All For One (Thailand). Shaheen 7s muncul sebagai pasukan pilihan apabila mencatat tiga kemenangan dengan kutipan 93 mata.

Perlawanan Bowl wanita bermula seawal jam 8.30 pagi dengan Briars RFC menentang DKI Jakarta, diikuti Eagles Select menentang DKI Jakarta pada jam 11.30 pagi. Pertembungan Bowl terakhir antara Briars RFC dan Eagles Select dijadual pada jam 2.20 petang.

Separuh akhir Piala Wanita bermula pada jam 10.50 pagi dengan perlawanan antara Borneo Flyers dan Uzbekistan Rugby, diikuti Singapore Development menentang Hua Gan Guo Ji RC pada jam 11.10 pagi. Perlawanan akhir wanita dijangka bermula jam 4.14 petang.

Suku akhir Piala Lelaki pula membuka tirai pada jam 9 pagi dengan perlawanan antara Borneo Eagles dan Singapore Development. Perlawanan lain termasuk Malaysia University vs Briars RFC, Uzbekistan Rugby vs All For One, dan DKI Jakarta vs Shaheen 7s.

Perlawanan akhir lelaki akan bermula pada jam 4.30 petang.

Juara bagi kategori lelaki dan wanita masing-masing akan membawa pulang wang tunai USD5,000 bersama trofi cabaran berprestij. Naib juara pula bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak USD2,000.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong dijangka akan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah pada Ahad.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/19/borneo-sevens-2025-borneo-flyers-pamer-aksi-gah/feed/ 0 72284
9 negara berentap rebut gelaran juara kejohanan ragbi Borneo Sevens 2025 https://sabahmedia.com/2025/04/18/kejohanan-ragbi-antarabangsa-klk-borneo-sevens-edisi-ke-20-bermula-esok-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/04/18/kejohanan-ragbi-antarabangsa-klk-borneo-sevens-edisi-ke-20-bermula-esok-di-sandakan/#respond Fri, 18 Apr 2025 08:37:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72212
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

SANDAKAN: Kejohanan Ragbi KLK Borneo Sevens edisi ke-20 akan membuka tirainya esok, menghimpunkan 15 pasukan dari sembilan negara yang akan bersaing merebut gelaran juara dalam kategori lelaki dan wanita.

Kejohanan selama dua hari itu (19–20 April) akan diadakan di Eagles Rugby Club, Bandar Utama, Sandakan, dengan penyertaan pasukan dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand, Uzbekistan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), China dan Australia.

Tumpuan utama pastinya terarah kepada pasukan tuan rumah, Borneo Eagles, yang berazam menebus kekecewaan tahun lalu dan meraih kembali gelaran juara. Mereka akan bersaing dalam Kumpulan A bersama pasukan Uzbekistan Rugby, Malaysian University, dan DKI Jakarta.

Di Kumpulan B, Briars RFC (Australia), Shaheen 7s (UAE), Singapore Development, dan All For One (Thailand) juga akan bertarung dalam saingan yang pasti sengit.

Bagi kategori wanita, Borneo Flyers yang merupakan juara bertahan, tampil sebagai pasukan pilihan. Mereka akan bertanding dalam Kumpulan C bersama Briars RFC (Australia) dan Singapore Development.

Kumpulan D pula melibatkan pasukan Uzbekistan Rugby, Eagles RFC Select dari Filipina, DKI Jakarta, dan Huangganguoji RC dari China, yang pasti menyajikan perlawanan hebat.

Juara kategori lelaki dan wanita akan membawa pulang trofi, pingat, dan hadiah wang tunai sebanyak US$5,000, manakala naib juara akan meraih trofi, pingat, dan wang tunai US$2,000.

Edisi tahun ini dikenali sebagai “The Greenest Sevens in the World”, dengan penekanan terhadap kelestarian dan kesedaran alam sekitar.

Penganjur turut komited memastikan setiap aktiviti kejohanan ini menyokong usaha memelihara imej Sandakan sebagai bandar raya alam semulajadi di Sabah.

Kejohanan Ragbi International KLK Borneo Sevens 2025 dilancarkan pada 19 Februari dengan penanaman sebanyak 20 anak pokok di Pusat Penemuan Hutan Hujan (Rainforest Discovery Centre – RDC), Sandakan sebagai simbolik perasmian.

Menjelang kejohanan utama, acara Borneo Sevens Junior Carnival telah berlangsung pada 17 – 18 April, menampilkan perlawanan melibatkan pelajar lelaki dan perempuan pelbagai kategori umur. Ia menjadi bukti komitmen penganjur dalam melahirkan bakat muda dalam sukan ini.

Melengkapkan kemeriahan kejohanan, ‘Borneo Fest’ akan berlangsung serentak pada 19 dan 20 April, menampilkan pelbagai elemen kebudayaan tempatan termasuk tarian dan makanan tradisi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/18/kejohanan-ragbi-antarabangsa-klk-borneo-sevens-edisi-ke-20-bermula-esok-di-sandakan/feed/ 0 72212