Borneo – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 25 Oct 2025 13:19:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Borneo – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 1,237 peserta, empat negara sertai North Borneo Open 2025, cipta penanda baharu pelancongan sukan Sabah https://sabahmedia.com/2025/10/25/1237-peserta-empat-negara-sertai-north-borneo-open-2025-cipta-penanda-baharu-pelancongan-sukan-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/10/25/1237-peserta-empat-negara-sertai-north-borneo-open-2025-cipta-penanda-baharu-pelancongan-sukan-sabah/#respond Sat, 25 Oct 2025 13:19:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84151
Read Time:3 Minute, 0 Second

Oleh Raul G

TUARAN: Kejohanan North Borneo Open (NBO) Karate-Do 2025 Kali Ke-2 berjaya menarik seramai 1,237 peserta terdiri empat buah negara sekali gus menjadikannya platform sebagai pelancongan sukan dalam memperkenalkan Sabah di peringkat antarabangsa.

Acara yang dianjurkan Persatuan Shitoryu Sabah itu diadakan selama empat hari bermula 17 sehingga 20 Oktober lalu, di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Penampang.

Presiden Persatuan Shitoryu Sabah, Gesiri Gambung berkata, peserta terdiri Malaysia membabitkan Sabah, Sarawak, dan Semenanjung manakala luar negara disertai dari Brunei Darussalam, Filipina, dan Hong Kong.

“Penyertaaan acara kali ini adalah pencapaian baharu apabila jumlah keseluruhan peserta itu membabitkan 938 atlet bagi kategori yang disahkan dan tidak disahkan oleh Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), serta 299 lagi atlet dalam kategori Festival.

“Peserta seawal usia enam tahun hingga 70 tahun, menjadikan semangat perpaduan atlet tempatan dan antarabangsa di bawah sukan karate,” katanya ditemui pemberita di sini, hari ini.

Menurut Gesiri yang juga pengerusi penganjur acara berkenaan, pihaknya juga berterima kasih atas sokongan pihak Lembaga Pelancongan Sabah (STB).

“Atas sokongan itu, kejohanan ini sekali gus menjadi medan sebagai platform utama dalam usaha memperkenalkan karate dan Sabah sebagai sukan pelancongan kepada antarabangsa.

“Syabas, atas kerjasama semua pihak penganjur berikutan delegasi antarabangsa turut memuji tahap profesionalisme sepanjang acara ini selain dianggap antara kejohanan terbaik seluruh rantau,” ujarnya.

Gesiri menambah, acara berkenaan urut menerima pengesahan secara rasmi oleh MAKAF dan Persatuan Shitoryu Karatedo Malaysia (MASK) yang menjamin mutu teknikal dan pengadilan tahap tinggi.

“Seramai 1,500 penyertaan dianggarkan pada tahun hadapan melibatkan lapan negara termasuk Singapura, Indonesia, Vietnam dan China.

“Kesemua negara itu mempunyai laluan penerbangan sehala ke Kota Kinabalu dan pihak kami akan terus menjemput penyertaan dari negara lain bagi memperkukuh peranan Borneo sebagai hab pelancongan sukan dan budaya.

“Tahun 2026 akan menjadi bahagian terakhir dalam trilogi medallion kami, tempah tarikh anda, berlatih bersungguh-sungguh dan kembali lebih kuat kerana NBO2026 akan menjadi lebih besar, lebih hebat, dan lebih mengagumkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif STB, Julinus Jeffery Jimit menyifatkan kejohanan terbabit menekankan sinergi antara sukan dan pelancongan dalam memperkenalkan Sabah di peringkat antarabangsa.

“Pihak STB menaja sebanyak RM20,000 dan kejohanan ini turut diiktiraf sebagai salah satu tarikan pelancongan utama Sabah sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Kami melihat sukan bukan sekadar pertandingan, tetapi sebagai pemangkin pelancongan, pemerkasaan belia dan kebanggaan komuniti,” ujar beliau sambil menyifatkan kejohanan itu sebagai contoh terbaik sebagai usaha mengangkat nama Sabah ke pentas dunia.

Terdahulu, sensei Frederick Adefuin, berasal Filipina menyatakan hasrat pasukannya untuk kembali setiap tahun.

Katanya, dia yang mewakili pasukan luar negara, mengakui ia merupakan kejohanan terbaik pernah disertai.

“Saya dan rakan, sensei Chun Ho Lee dari Be Smove Hong Kong, tertarik dengan layanan dan berpuas terhadap penganjuran yang bertaraf dunia di Sabah”.

“Penyelarasan yang cekap wajar dipuji dan kami akan kembali membawa delegasi lebih besar pada tahun hadapan, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan antarabangsa kejohanan ini,

“Malahan, Kota Kinabalu merupakan bandar dan tuan rumah yang indah dan mesra. Kami berasa seperti satu keluarga besar sejajar dengan slogan NBO, ‘In Karate, We Are One Big Family’,” katanya.

Difahamkan, North Borneo Open 2026 (NBO2026) pada tahun hadapan akan diadakan selama tiga hari pada 28 hingga 30 Ogos 2026 di Kota Kinabalu, Sabah.

Persatuan Karatedo Negeri Sabah (SKA) muncul sebagai juara keseluruhan dengan 50 emas, 51 perak dan 76 gangsa, diikuti pasukan Karate Polis Diraja Malaysia (PDRM) (9 emas, 4 perak, 13 gangsa) dan MSN SSC Karate Sarawak (7 emas, 2 perak, 2 gangsa).

Turut diberi pengiktirafan khas melalui Anugerah Karate Lelaki Terbaik, Denzel Tavan Dane Cahilap dan Karate Wanita Terbaik, Nur Rasyiqah Fari’ah Ramzi. Kedua-dua mereka daripada Persatuan Karatedo Negeri Sabah (SKA).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/25/1237-peserta-empat-negara-sertai-north-borneo-open-2025-cipta-penanda-baharu-pelancongan-sukan-sabah/feed/ 0 84151
Lensa anak Borneo jadi jambatan budaya serantau https://sabahmedia.com/2025/08/10/lensa-anak-borneo-jadi-jambatan-budaya-serantau/ https://sabahmedia.com/2025/08/10/lensa-anak-borneo-jadi-jambatan-budaya-serantau/#respond Sun, 10 Aug 2025 08:50:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78956
Read Time:2 Minute, 11 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Bagi lima jurufoto dari kepulauan Borneo, penyertaan mereka dalam Kepri Photo Community Gathering di Batam baru-baru ini bukan sekadar peluang berkarya, tetapi juga ruang untuk memperkenalkan negeri kelahiran mereka, Sabah dan Sarawak.

Lano (kanan) bersama rakan-rakan jurufoto dari Borneo menyertai Kepri Photo Community Gathering di Batam baru-baru ini.

Lano Lan (NSTP) dan Muslianshah Masri (jurufoto bebas dari Tawau) mewakili negeri di bawah bayu, manakala Zulazhar Sheblee (The Star), Herry Naha (jurufoto bebas) dan Bani Hasyim (jurufoto landskap) membawa nama bumi kenyalang.

Acara yang berlangsung dari 14 hingga 16 Julai itu menghimpunkan lebih 100 jurufoto dari seluruh Asia Tenggara, dengan sokongan penuh Gabenor Kepulauan Riau (Kepri), Ansar Ahmad. Ia menjadi pentas mempamerkan keindahan dan kepelbagaian budaya rantau ini melalui lensa.

“Ramai mengenali Kuala Lumpur atau Johor, tetapi belum biasa dengan Sabah dan Sarawak. Ada yang menyangka ‘Kota Kinabalu’ cuma ‘Kinabalu’. Kami jelaskan bahawa itu memang nama penuh,” kata Muslianshah.

Lano yang berasal dari Kiulu pula menyifatkan program itu sebagai jambatan budaya.

“Melalui sesi penggambaran di lokasi warisan dan perbualan santai, kami bukan sahaja merakam tempat dan wajah, tetapi turut berkongsi cerita dan identiti masing-masing,” katanya.

Antara gambar yabg dihasilkan oleh Lano.

Selain sesi rasmi, Lano berpeluang melawat Tanjung Pinang dan Pulau Penyengat, lokasi bersejarah yang pernah menjadi pusat Kesultanan Melayu Riau-Lingga dan kediaman tokoh bahasa Melayu, Raja Ali Haji. Lawatan itu dikendalikan oleh pegawai kanan pelancongan Tanjung Pinang, Edy Harmoko, yang menyampaikan naratif sejarah pulau berkenaan dengan penuh semangat.

Sepanjang program, peserta turut dibawa ke beberapa lokasi utama sekitar Batam dan pulau berdekatan seperti Pulau Belakang Padang, dikenali sebagai Pulau Penawar Rindu, yang terletak hanya 15 kilometer dari Singapura.

Di pulau ini, jurufoto merakamkan suasana harian dari pasar, kedai gunting rambut tradisional, hingga pelajar sekolah menaiki bot untuk ke darjah, dengan latar belakang bangunan Singapura di kejauhan.

Majlis pembukaan turut diserikan dengan persembahan gasing dan silat, dua elemen warisan budaya Melayu yang terus dipelihara.

Kembali ke Batam, mereka meneruskan penggambaran di lokasi bersejarah termasuk Vihara Budhi Bhakti tokong Buddha tertua di bandar itu, serta Masjid Muhammad Cheng Hoo yang menampilkan seni bina gabungan Cina-Islam.

Hari kedua menyaksikan sesi penggambaran bermula seawal pagi hingga ke petang, termasuk di Jambatan Barelang, simbol ikonik Batam. Di sinilah Zulazhar Sheblee merakam imej seorang nelayan melontar jala sewaktu matahari terbit, imej yang kemudiannya meraih tempat kedua dalam pertandingan foto yang diadakan sepanjang acara.

Kemuncak acara menyaksikan semua lima wakil Malaysia Borneo tersenarai dalam 30 foto terbaik, dengan Zulazhar membawa pulang plak penghargaan dan hadiah wang tunai tiga juta rupiah, sekali gus mengangkat nama Malaysia Borneo di pentas fotografi serantau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/10/lensa-anak-borneo-jadi-jambatan-budaya-serantau/feed/ 0 78956
Makluman laluan larian dan penutupan jalan bagi acara Borneo International Marathon (BIM) 2025 di Bandaraya Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2025/05/05/makluman-laluan-larian-dan-penutupan-jalan-bagi-acara-borneo-international-marathon-bim-2025-di-bandaraya-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2025/05/05/makluman-laluan-larian-dan-penutupan-jalan-bagi-acara-borneo-international-marathon-bim-2025-di-bandaraya-kota-kinabalu/#respond Mon, 05 May 2025 08:27:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73222
Read Time:2 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai pelaksanaan acara Borneo International Marathon (BIM) 2025 yang akan diadakan pada 11hb Mei 2025, bermula jam 1.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Acara ini melibatkan empat kategori larian iaitu 42KM, 21KM, 10KM, dan 3KM, dengan penyertaan dianggarkan seramai 7,859 peserta termasuk dari dalam dan luar negara.

Menerusi kenyataan media hari ini oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Muda memaklumkan sebagai persediaan, seramai empat pegawai dan 90 anggota polis akan ditugaskan untuk memastikan keselamatan peserta dan pengurusan lalu lintas sepanjang acara berlangsung.

Laluan Larian Mengikut Kategori:

1). 42KM (Pelepasan jam 2.00 Pagi):

Bermula di Hadapan Stadium Hoki Kompleks Sukan Likas, melalui Bulatan Istiadat, Jalan Tun Fuad Stephen, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Karamunsing, Jalan Kopungit, Jalan Pintas Kopungit, Jalan Lintas, Jalan Tuaran Bypass, Jalan Tebobon, Jalan Indah Permai, Jalan UMS, Bulatan Masjid Bandaraya, dan berakhir di Stadium Likas.

2). Kategori 21KM (Pelepasan jam 4.00 Pagi):

Bermula di Hadapan Stadium Hoki Kompleks Sukan Likas, melalui Bulatan Istiadat, Masjid Negeri, Menara Kinabalu, Simpang 4 DUN (berpatah balik), Jalan UMS, Flyover Rampayan (berpatah balik), Bulatan Alamesra, Masjid Negeri, Bulatan Istiadat, dan berakhir di Stadium Likas.

3). Kategori 10KM (Pelepasan jam 6.00 Pagi):

Bermula di Hadapan Stadium Hoki Kompleks Sukan Likas, melalui Bulatan Istiadat, Bulatan Pelabuhan (berpatah balik), Bulatan Istiadat, Masjid Bandaraya (berpatah balik), Bulatan Istiadat, dan berakhir di Stadium Likas.

4). Kategori 3KM (Peserta OKU):

Bermula di Hadapan Stadium Hoki Kompleks Sukan Likas, melalui Bulatan Istiadat (berpatah balik), dan berakhir di Stadium Likas.

Penutupan Jalan Sementara :

Bagi kategori 10KM, penutupan jalan sementara akan dilaksanakan bermula jam 5.30 pagi. Laluan yang terlibat termasuk:

1). Bulatan Bunga Raya :-

Kenderaan dari arah KK Bypass akan dilencongkan ke Jalan Coastal atau berpatah balik. Laluan alternatif ke UMS melalui Jalan Tuaran KK, Jalan Tuaran Bypass, Jalan Pintas UA, dan Jalan Utama UMS.

2). Susur JQ (Berhampiran Lampu Isyarat JQ) :-

Kenderaan dari arah Pusat Bandar ke Tanjung lipat akan dilencongkan ke Jalan KK Bypass atau Jalan Coastal. Laluan ke Tanjung Lipat dan UMS ditutup sementara. Pengguna boleh menggunakan laluan Tuaran KK atau Jalan Lintas menuju ke UMS.

3). Bulatan Hakka :-

Kenderaan ke Pusat Bandar disarankan menggunakan Jalan Bukit Bendera atau Jalan Istana sebelum menuju ke Pusat Bandar.

4). Bulatan Masjid Bandaraya :-

Kenderaan ke Pusat Bandar dilencongkan ke Jalan Tuaran KK untuk menuju ke Pusat Bandar.

Pembukaan jalan akan dinilai dari semasa ke semasa berdasarkan keselamatan peserta.

Sehubungan dengan itu, Kasim turut menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan awal dan sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan raya.

“Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan acara ini berjalan lancar dan selamat,” tambah beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/05/makluman-laluan-larian-dan-penutupan-jalan-bagi-acara-borneo-international-marathon-bim-2025-di-bandaraya-kota-kinabalu/feed/ 0 73222
Perjanjian Lintas Batas bersama Indonesia ditandatangani tahun ini https://sabahmedia.com/2023/03/08/perjanjian-lintas-batas-bersama-indonesia-ditandatangani-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2023/03/08/perjanjian-lintas-batas-bersama-indonesia-ditandatangani-tahun-ini/#respond Wed, 08 Mar 2023 06:18:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30506
Read Time:1 Minute, 22 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur — Senarai pintu masuk sempadan baharu adalah antara tiga perkara yang akan dimuktamadkan menerusi Perjanjian Lintas Batas (BCA) antara Malaysia dan Indonesia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perjanjian itu dijangka akan ditandatangani ketika lawatan Presiden Indonesia Joko Widodo ke negara ini pada tahun ini.

“Kedua, kita juga telah bersetuju kedua-dua negara untuk memuktamadkan kawasan akses kerana apabila pintu masuk ini dibuka, aliran keluar masuk rakyat dua negara ini akan berlaku dan di situlah potensi berlaku ancaman atau pelanggaran (peraturan).

“Kedua-dua negara sedang berunding untuk memuktamadkan kawasan masuk, di mana penduduk dibenarkan berada,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, bagi soalan tambahan soalan Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu).

Ahli Parlimen Lubok Antu itu ingin tahu tentang langkah proaktif yang diambil kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dan kawasan sekitarnya terutama membabitkan aset penting negara berikutan pembangunan Nusantara sebagai ibu kota baharu negara jiran. 

Saifuddin berkata perkara ketiga adalah semakan terhadap elemen perundangan dan menegaskan aspek keselamatan negara menjadi keutamaan kerajaan meskipun pintu sempadan dibuka selepas semua ketiga-tiga perkara tersebut telah dimuktamadkan.

Sementara itu, beliau berkata bilangan pengembara di pintu masuk Sabah dan Sarawak dijangka akan mengalami peningkatan ketara susulan pembukaan Nusantara, ibu negara baharu negara itu di Kalimantan Timur.

Justeru, beliau berkata kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan peruntukan RM1 bilion untuk meningkatkan keupayaan ICQS serta prasarana lain. 

Katanya RM194 juta turut diluluskan bagi membina dan menaik taraf beberapa ICQS dan pos kawalan imigresen di sekitar sempadan Sarawak.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/08/perjanjian-lintas-batas-bersama-indonesia-ditandatangani-tahun-ini/feed/ 0 30506
Bekas TYT S’wak Tun Salahuddin meninggal dunia https://sabahmedia.com/2022/01/29/bekas-tyt-swak-tun-salahuddin-meninggal-dunia/ https://sabahmedia.com/2022/01/29/bekas-tyt-swak-tun-salahuddin-meninggal-dunia/#respond Sat, 29 Jan 2022 03:08:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11691
Read Time:46 Second

BERNAMA

Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, 100, meninggal dunia pada 11.47 malam tadi di Pusat Perubatan Normah di Kuching akibat sakit tua.

Perkara itu disahkan oleh menantu Allahyarham, Wan Ibrahim Omar kepada Bernama. 

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang namun waktunya belum diputuskan.

Tun Salahuddin, yang lahir pada 27 Ogos 1921, menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014. 

Allahyarham merupakan individu pertama yang berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali.

Pada 2000, Tun Salahuddin menjadi pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak kerana penyandang jawatan itu Tun Ahmad Zaidi Adruce tidak dapat menjalankan tugas kerana jatuh sakit.

Tun Ahmad Zaidi meninggal dunia pada Disember 2000 yang menyaksikan Tun Salahuddin dilantik semula secara tetap ke jawatan itu pada Februari 2001 dengan penggalnya berakhir secara rasmi pada 28 Feb 2014.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/29/bekas-tyt-swak-tun-salahuddin-meninggal-dunia/feed/ 0 11691
FINAS serah 200 bakul makanan kepada penggiat industri kreatif Borneo https://sabahmedia.com/2021/07/31/finas-serah-200-bakul-makanan-kepada-penggiat-industri-kreatif-borneo/ https://sabahmedia.com/2021/07/31/finas-serah-200-bakul-makanan-kepada-penggiat-industri-kreatif-borneo/#respond Sat, 31 Jul 2021 03:41:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3836
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Cawangan Sabah menyerahkan 200 bakul makanan kepada penggiat industri kreatif Borneo.

Ahli Perbadanan FINAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri Sabah, Dr. Rose Patsy Tibok berkata, bantuan disampaikan bagi meringankan beban para penggiat seni yang terjejas oleh pandemik Covid-19.

“Selain itu, FINAS turut mengumpul data mana-mana penggiat industri kreatif yang memerlukan bantuan,” katanya ketika ditemui media selepas Program Agihan Bakul Makanan Pandu Lalu Kepada Penggiat Industri Kreatif Sabah di Kompleks Bersepadu KKMM, pada Khamis.

Lima persatuan yang terlibat dalam penyerahan bakul makanan itu ialah Persatuan Penggiat Perfileman Sabah (FILEMS), Persatuan Penggiat Filem dan Kadazan Dusun Murut Sabah (KDMFM), Persatuan Penggerak Kreatif dan Inovasi Sabah, Karyawan Seni Sabah (KERIS) dan Sabah Photo.Video.MUA (Sabah PVM). – Penerangan

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/31/finas-serah-200-bakul-makanan-kepada-penggiat-industri-kreatif-borneo/feed/ 0 3836