Bot Karam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 20 Apr 2026 03:08:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bot Karam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Seorang masih hilang dalam insiden bot karam di Kota Belud https://sabahmedia.com/2026/04/20/seorang-masih-hilang-dalam-insiden-bot-karam-di-kota-belud/ https://sabahmedia.com/2026/04/20/seorang-masih-hilang-dalam-insiden-bot-karam-di-kota-belud/#respond Mon, 20 Apr 2026 03:01:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95187
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA BELUD: Seorang mangsa lelaki masih hilang selepas bot dinaiki lapan individu semasa menjalankan aktiviti memancing karam di perairan Kampung Tamau Batu Gadung, di sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu dipercayai berlaku apabila bot berkenaan dipukul ombak sebelum terbalik di muara sungai kampung terbabit.

Enam mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai, manakala dua lagi dilaporkan hilang dan dipercayai lemas.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.19 petang sebelum sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud bersama jentera dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira 13 kilometer dari balai.

Katanya, pasukan bomba segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menyusuri tebing sungai di sekitar lokasi bot karam.

“Pada jam 9.50 malam, seorang mangsa, Mohammad Dzul Nazri Abdul, 18, ditemui orang awam kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

“Manakala seorang lagi mangsa, Mohammad Iqram Jumaat, 23, masih belum ditemui setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi SAR diteruskan hari ini dengan pasukan bomba tiba di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) pada jam 8.05 pagi untuk menyambung pencarian, dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta orang awam.

Bagaimanapun, operasi berdepan kekangan berikutan tiada liputan sistem komunikasi GIRN selain liputan talian telefon yang terhad di lokasi kejadian.

Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/20/seorang-masih-hilang-dalam-insiden-bot-karam-di-kota-belud/feed/ 0 95187
Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg Bilit https://sabahmedia.com/2024/12/26/lelaki-hilang-disyaki-dibaham-buaya-selepas-bot-karam-di-sg-kg-bilit/ https://sabahmedia.com/2024/12/26/lelaki-hilang-disyaki-dibaham-buaya-selepas-bot-karam-di-sg-kg-bilit/#respond Thu, 26 Dec 2024 13:36:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66018
Read Time:54 Second

KINABATANGAN: Seorang lelaki berusia 40 tahun, Maznin Kahar, dilaporkan hilang dan disyaki dibaham buaya selepas bot yang dinaikinya terbalik dan karam di Sungai Kampung Bilit di sini pada jam 1 pagi tadi (26 Dis).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1:35 petang daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sukau mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, maklumat awal dari waris mangsa memberitahu bahawa Maznin bersama tiga rakannya sedang dalam perjalanan menghantar kayu belian menggunakan bot, tiba-tiba bot tersebut terlanggar sesuatu objek menyebabkan ia terbalik dan karam.

“Tiga rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri ke tebing, manakala mangsa meminta bantuan kerana merasa dirinya diserang buaya namun tidak berjaya diselamatkan oleh rakannya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Seterusnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan oleh pasukan Bomba Kinabatangan, bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Hidupan Liar, dan penduduk kampung.

Namun, mangsa masih belum dijumpai, dan operasi SAR ditangguhkan pada jam 7:39 malam dan akan disambung keesokan hari.

Perkembangan terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/26/lelaki-hilang-disyaki-dibaham-buaya-selepas-bot-karam-di-sg-kg-bilit/feed/ 0 66018
Bot Karam: mayat mangsa kanak-kanak ditemui pagi tadi https://sabahmedia.com/2023/08/02/bot-karam-mayat-mangsa-kanak-kanak-ditemui-pagi-tadi/ https://sabahmedia.com/2023/08/02/bot-karam-mayat-mangsa-kanak-kanak-ditemui-pagi-tadi/#respond Wed, 02 Aug 2023 08:01:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39417
Read Time:51 Second

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas dalam insiden bot karam semalam di perairan Pulau Tanjung Batu dekat sini, mayatnya ditemui pada jam 11.08 pagi tadi (2 Ogos).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa Romy Azlan berumur tujuh tahun telah dijumpai pagi tadi oleh pihak Maritim pada jarak 600 meter dari lokasi bot karam.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum menamatkan operasi pada jam 12.00 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, menurut laporan pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Maritim Sandakan, dalam kejadian 2.30 petang pada Selasa (1 Ogos), mangsa Romy bersama keluarga menaiki bot berkenaan dipercayai bertolak dari jeti Pulau Timbang menuju Ke Kampung Mumiang dengan membawa enam orang penumpang termasuk dua orang kanak-kanak.

Bot tersebut kemudiannya dipercayai terlanggar satu objek terapung menyebabkan ia telah hilang kawalan lalu terbalik, lima mangsa selamat namun seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Romy Azlan dikhuatiri lemas sebelum mayatnya ditemui hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/02/bot-karam-mayat-mangsa-kanak-kanak-ditemui-pagi-tadi/feed/ 0 39417
Bot Karam: Lima mangsa selamat, seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas https://sabahmedia.com/2023/08/01/bot-karam-lima-mangsa-selamat-seorang-kanak-kanak-dikhuatiri-lemas/ https://sabahmedia.com/2023/08/01/bot-karam-lima-mangsa-selamat-seorang-kanak-kanak-dikhuatiri-lemas/#respond Tue, 01 Aug 2023 14:06:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39383
Read Time:59 Second

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaikinya bersama lima lagi penumpang karam di 0.2 batu nautika Tanjung Batu, Sandakan petang tadi (1 Ogos).

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan pada pukul 4.00 petang tadi bagi mengesan kanak-kanak malang berkenaan disamping Pangkalan Hadapan CARILAMAT diwujudkan bagi mengkoordinasi pencarian tersebut.

Katanya, mangsa Romy Azlan berusia tujuh tahun berbangsa Suluk dimaklumkan bersama keluarga
menaiki bot terbabit dipercayai bertolak dari jeti Pulau Timbang menuju Ke Kampung Mumiang dengan membawa enam orang penumpang termasuk dua orang kanak-kanak.

“Bot tersebut kemudiannya dipercayai terlanggar satu objek terapung menyebabkan ia telah hilang kawalan lalu terbalik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zainudin turut memaklumkan Bot Peronda Banggi 14 dan Bot Kilat 8
dari Zon Maritim Sandakan telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk melaksanakan pencarian awal mangsa.

Turut membantu pencarian Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bot nelayan tempatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta berhubung secara terus kepada Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Sandakan ditalian 089-229504 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah 088-387774 yang beroperasi 24 jam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/01/bot-karam-lima-mangsa-selamat-seorang-kanak-kanak-dikhuatiri-lemas/feed/ 0 39383
Bot Karam: Seorang kanak-kanak maut, seorang masih hilang https://sabahmedia.com/2023/07/14/bot-karam-seorang-kanak-kanak-maut-seorang-masih-hilang/ https://sabahmedia.com/2023/07/14/bot-karam-seorang-kanak-kanak-maut-seorang-masih-hilang/#respond Fri, 14 Jul 2023 12:00:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38255
Read Time:59 Second

SEMPORNA: Satu kejadian bot karam berlaku di perairan Pulau Nusa Tengah dekat sini petang tadi melibatkan empat orang mangsa, tiga telah ditemui iaitu dua selamat dan seorang meninggal dunia manakala seorang lagi masih hilang.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna terima laporan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna memaklumkan terdapat kes bot karam di Pulau Nusa Tengah Semporna pada jam 2.41 petang tadi (14 Julai).

Katanya, terdapat empat orang mangsa yang terlibat, tiga orang mangsa telah dijumpai oleh Polis Marin iaitu dua selamat dan seorang disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi mangsa belum ditemui.

Seterusnya, Pasukan Bomba bersama agensi penyelamat lain menjalankan operasi pencarian seluas 3.225 BN dari lokasi bot dilaporkan karam.

Operasi ditanggguhkan pada jam 4. 50 petang dan akan disambung pada esok hari. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Dua mangsa lelaki yang terselamat ialah Ampit Gopek, 25, dan Katibin Husni, 28, manakala mangsa yang meninggal dunia kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Nasirin Katibin dan seorang mangsa juga kanak-kanak lelaki yang masih hilang dikenali sebagai Padli Ambit kedua-duanya masing-masing berusia tujuh tahun.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/14/bot-karam-seorang-kanak-kanak-maut-seorang-masih-hilang/feed/ 0 38255
Bot Karam: Suami masih hilang, isteri selamat cedera di kaki https://sabahmedia.com/2023/06/09/bot-karam-suami-masih-hilang-isteri-selamat-cedera-di-kaki/ https://sabahmedia.com/2023/06/09/bot-karam-suami-masih-hilang-isteri-selamat-cedera-di-kaki/#respond Fri, 09 Jun 2023 12:56:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36056
Read Time:57 Second

TAWAU: Sepasang suami isteri tercampak ke dalam laut selepas bot yang dinaiki terlanggar sesuatu dan karam dalam satu kejadian di kawasan perairan Pulau Sebatik dekat sini pada pagi tadi (9 Jun).

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 11.07 pagi tadi (9 Jun).

“PGO Sabah terima panggilan kecemasan bot karam di alamat Perairan Pulau Sebatik Tawau 5 batu nautika dari jeti Sungai Melayu.

“Menurut pihak Agensi Penguatkuasaan Martim Malaysia (APMM), seorang mangsa perempuan telah dijumpai selamat namun mengalami kecederaan di bahagian kaki manakala seorang mangsa lagi belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seterusnya pihak pasukan bomba bersama agensi lain Maritim, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pencarian di perairan Sungai Melayu dan Pulau Sebatik.

“Operasi pencarian ditangguhkan pada jam 6 petang tadi dan akan disambung semula pada esok hari (10 Jun),” katanya.

Sementara itu, menurut kenyataan Maritim Malaysia kedua-dua mangsa dipercayai suami isteri, isterinya bernama Lina Arifin manakala suaminya Abd Rahim Kasil, 56.

“Isterinya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/09/bot-karam-suami-masih-hilang-isteri-selamat-cedera-di-kaki/feed/ 0 36056
5 sekeluarga termasuk 3 kanak-kanak terlibat dalam insiden bot karam di Sepulut https://sabahmedia.com/2023/04/12/5-sekeluarga-termasuk-3-kanak-kanak-terlibat-dalam-insiden-bot-karam-di-sepulut/ https://sabahmedia.com/2023/04/12/5-sekeluarga-termasuk-3-kanak-kanak-terlibat-dalam-insiden-bot-karam-di-sepulut/#respond Wed, 12 Apr 2023 15:42:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32652
Read Time:1 Minute, 42 Second

KENINGAU: Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak dilaporkan terjatuh ke dalam sungai selepas bot yang dinaiki karam dalam satu kejadian di Sungai Penawan Kg Sin-Singon, Sepulut dekat sini pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook PBT Faisal Ahmad berkata, hari ini merupakan hari ke-2 operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sejak insiden bot karam yang berlaku di Sungai Penawan Kg Sin-Singon, Sepulut semalam. (11 Apri)

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 1.14 petang semalam.

“Maklumat awal diterima terdapat sebuah bot karam di sungai Penawan Kg Sin-Singon Sepulut melibatkan lima orang mangsa, dua orang mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala tiga orang mangsa belum dijumpai.
Kelima-lima mangsa dipercayai adalah ahli keluarga yang dari kebun, ingin balik ke rumah, namun bot mereka tiba-tiba karam disebabkan arus sungai sangat deras.

“Pasukan Bomba bertindak melancarkan operasi SAR dengan kaedah Surface Searching di sekitar kawasan bot karam. Seorang mangsa perempuan dikenali Lerina Rody, 26, telah dijumpai pada jam 3.15 petang pada hari yang sama insiden berlaku oleh orang kampung namun telah meninggal dunia dan mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, Operasi SAR hari ke-2 (12 April) dimulakan pada jam 8:42 pagi tadi disepanjang sungai dengan anggaran pencarian sejauh tiga kilometer.

Bagaimanapun, maklumat terkini yang diperolehi dari bilik kawalan BBP Sook, terdapat seorang lelaki iaitu kumpulan orang kampung yang turut serta dalam operasi SAR telah terjatuh ke dalam sungai dan masih hilang.

“Kejadian berlaku pada jam 4 petang tadi semasa mangsa Lasimin Mantun, 38, turut serta dalam operasi SAR dijalankan melibatkan semua agensi dan orang kampung. Operasi SAR ditangguhkan pada jam 6.30 petang dan akan disambung pada esok hari (13 April),” katanya.

Dua mangsa yang terselamat dari insiden bot karam iaitu Joffrinos Palandok, 36, dan anak lelakinya Jilan berusia lima tahun, manakala isterinya Lerina dijumpai telah meninggal dunia dan dua orang anak mereka yang masih hilang iaitu seorang lelaki dikenali sebagai Joffinoz, 9, dan seorang perempuan Carbrineleyvonne, 7.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/12/5-sekeluarga-termasuk-3-kanak-kanak-terlibat-dalam-insiden-bot-karam-di-sepulut/feed/ 0 32652
Bot Karam: 11 rakyat Malaysia hanyut di perairan Filipina berjaya diselamatkan KD PAUS https://sabahmedia.com/2023/04/01/bot-karam-11-rakyat-malaysia-hanyut-di-perairan-filipina-berjaya-diselamatkan-kd-paus/ https://sabahmedia.com/2023/04/01/bot-karam-11-rakyat-malaysia-hanyut-di-perairan-filipina-berjaya-diselamatkan-kd-paus/#respond Sat, 01 Apr 2023 08:47:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31957
Read Time:1 Minute, 24 Second

SANDAKAN: Sebelas rakyat Malaysia dipercayai mangsa kejadian bot terbalik dan hanyut di perairan Sibutu, Filipina sejak tiga hari lalu berjaya diselamatkan pasukan Kapal Diraja PAUS (KD PAUS) semalam (31 Mac).

Semalam satu kenyataan media Markas Wilayah Laut 2 Sandakan mengesahkan kejadian, katanya, Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah menerima maklumat dari Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kota Kinabalu memaklumkan Kapal Dagang TOMINI DYNASTY telah menjumpai 11 orang warganegara Malaysia di perairan Sibutu, Filipina.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, bot yang dinaiki sebelas mangsa termasuk kanak-kanak telah terbalik akibat cuaca buruk.

“Seterusnya, KD PAUS telah diatur gerak memandangkan kapal dalam penugasan Operasi Pasir Selatan di sekitar Perairan Tanjung Labian untuk melaksanakan pertemuan bersama Kapal Dagang Tomini Dynasty di posisi sekitar 8 batu nautika Selatan Tanjung Labian bagi mengambil kesemua mangsa yang terlibat,” katanya.

Menurut kenyataan itu, mangsa yang dikenali sebagai Siti Naun Osman, 25, memaklumkan beliau bersama sepuluh lagi mangsa terdiri lima wanita, dua lelaki dan tiga kanak-kanak dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Semporna pada sebelah malam 29 Mac 2023, namun bot yang dinaiki mereka telah terbalik dipukul ombak yang kuat.

“Mangsa terpaksa bertahan selama tiga hari dengan hanya duduk di atas bot yang terbalik bagi menyelamatkan diri mereka.

“KD PAUS telah membawa mangsa ke Pulau Tambisan dan di serahkan kepada Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.

“KD PAUS kemudian meneruskan perjalanan kembali ke Tambatan Pangkalan Sandakan setelah selesai urusan merujuk mangsa kepada Pasukan Polis Marin Lahad Datu,” katanya.

Dalam pada itu, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengingatkan kepada orang ramai agar sentiasa peka dengan
keselamatan diri, penumpang dan harta benda semasa berada di laut bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/01/bot-karam-11-rakyat-malaysia-hanyut-di-perairan-filipina-berjaya-diselamatkan-kd-paus/feed/ 0 31957
Sembilan mangsa bot karam di Semporna berjaya diselamatkan https://sabahmedia.com/2022/01/18/sembilan-mangsa-bot-karam-di-semporna-berjaya-diselamatkan/ https://sabahmedia.com/2022/01/18/sembilan-mangsa-bot-karam-di-semporna-berjaya-diselamatkan/#respond Tue, 18 Jan 2022 08:09:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11240
Read Time:48 Second

SEMPORNA: Sembilan individu termasuk lima kanak-kanak mengalami detik cemas selepas bot yang dinaiki karam di perairan berhadapan jeti pelancongan, di sini pagi tadi.Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kesemua mangsa terbabit dalam perjalanan ke Kampung Bangau-Bangau menggunakan sebuah bot.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, Faisal Ahmad berkata pihaknya mendapat laporan daripada pengurus jeti pelancongan berkenaan kejadian itu.

“Susulan itu, lima anggota dan pegawai bersama sebuah bot kevlar bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.“Sebaik tiba, terdapat sembilan mangsa termasuk lima kanak-kanak berpaut pada bot mereka yang sudah terbalik dipercayai dipukul ombak,” katanya ketika dihubungi media,hari ini.

Katanya, pasukan bomba bersama orang awam bertindak menyelamatkan kesemua mangsa sebelum dibawa ke daratan.

“Setakat ini belum ada maklumat mangsa diperolehi, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.39 pagi,” katanya. – Awani

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/18/sembilan-mangsa-bot-karam-di-semporna-berjaya-diselamatkan/feed/ 0 11240
Bapa Bersama 2 Anak Mati Lemas Dalam Kejadian Bot Karam Di Kunak https://sabahmedia.com/2022/01/14/bapa-bersama-2-anak-mati-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-kunak/ https://sabahmedia.com/2022/01/14/bapa-bersama-2-anak-mati-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-kunak/#respond Fri, 14 Jan 2022 06:48:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11080
Read Time:1 Minute, 6 Second

KUNAK: Seorang bapa bersama dua anaknya ditemui meninggal dunia dalam kejadian bot karam di Kg Hulu Madai dekat sini pada Khamis.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah hari ini, dalam kejadian 1.20 petang semalam (13 Jan 2022) pengadu yang juga kawan kepada mangsa memberitahu bahawa mangsa empat sekeluarga terdiri daripada suami isteri dan dua anak mereka yang menaiki bot pam telah karam di perairan laut Tingkayu disebabkan ombak laut kuat semasa perjalanan menuju ke kunak.

“Hasil maklumat mendapati tiga mangsa telah ditemui oleh orang awam pada hari kejadian 13 Jan 2022 iaitu dua orang kanak-kanak, seorang lelaki Mohd Haizal Saujal,5, dan seorang perempuan Suriani Saujal, 3, telah ditemui lemas dan meninggal dunia manakala ibu kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Kalsum Alam, 35, ditemui dalam keadaan selamat.

“Sementara mangsa terakhir juga bapa kepada kanak-kanak terbabit iaitu Saujal Mangguna, 31, telah ditemui lemas oleh nelayan pada hari kedua kejadian iaitu 14 Jan 2022 pada jam 10.30 pagi tadi.

“Kesemua mayat mangsa telah di bawa ke hospital Kunak oleh pihak polis untuk proses bedah siasat dan tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Sukerelawan Malaysia (RELA) Sabah serta orang awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/14/bapa-bersama-2-anak-mati-lemas-dalam-kejadian-bot-karam-di-kunak/feed/ 0 11080