Bot lampu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 12 Jan 2026 10:29:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bot lampu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lesen tamat tempoh, bot lampu ditahan di perairan Tabawan https://sabahmedia.com/2026/01/12/lesen-tamat-tempoh-bot-lampu-ditahan-di-perairan-tabawan/ https://sabahmedia.com/2026/01/12/lesen-tamat-tempoh-bot-lampu-ditahan-di-perairan-tabawan/#respond Mon, 12 Jan 2026 10:29:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89597
Read Time:1 Minute, 6 Second

LAHAD DATU: Sebuah bot lampu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu selepas didapati beroperasi menggunakan lesen tamat tempoh dalam rondaan di perairan Tabawan, semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, bot berkenaan. ditahan kira-kira pukul 4.15 petang pada kedudukan lebih kurang 0.6 batu nautika tenggara Pulau Katung oleh anggota bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op PLUTO TIMUR 2/2023 dan Op TIRIS 3.0

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, beliau memaklumkan, pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan oleh dua kru warga Filipina berusia 44 dan 49 tahun, yang masing-masing memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut terhadap dokumen operasi mendapati bot lampu tersebut melanggar Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan lesen yang telah tamat tempoh,” tambah beliau.

Dzulfikhar turut menegaskan, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengusaha bot nelayan yang gagal memperbaharui lesen serta beroperasi secara tidak sah, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa

Susulan itu, bot dan kru telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu bagi tujuan siasatan dan tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang laut dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan melalui aplikasi WhatsApp di talian 016-9305727 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/12/lesen-tamat-tempoh-bot-lampu-ditahan-di-perairan-tabawan/feed/ 0 89597