bot – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 07 May 2026 00:58:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bot – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 UMS peroleh lima bot baharu rancakkan penyelidikan marin https://sabahmedia.com/2026/05/07/ums-peroleh-lima-bot-baharu-rancakkan-penyelidikan-marin/ https://sabahmedia.com/2026/05/07/ums-peroleh-lima-bot-baharu-rancakkan-penyelidikan-marin/#respond Thu, 07 May 2026 00:58:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96251
Read Time:2 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh kecemerlangan penyelidikan marin menerusi perolehan lima bot baharu bagi tujuan pengajaran dan penyelidikan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor, perolehan tersebut merupakan langkah strategik dalam memastikan penyelidikan marin dilaksanakan dengan lebih efektif dan selamat, sejajar dengan mandat UMS sebagai peneraju bidang sains marin dan akuakultur di peringkat serantau dan global.

“Sebelum ini, IMB beroperasi menggunakan bot penyelidikan yang telah usang, malah ada yang berusia lebih 20 tahun, sekali gus menjejaskan kecekapan serta keselamatan penyelidik dan pelajar.

“Perolehan aset baharu ini akan memacu aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta penyelidikan, khususnya bagi pelajar Sains Marin dan Akuakultur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Bot Baharu Institut Marin Borneo (IMB) yang berlangsung di Jeti UMS, pada Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly.

Tambah Kasim, perolehan aset moden tersebut selari dengan Pelan Strategik UMS 2023-2027 yang memberi tumpuan kepada penyelidikan berimpak tinggi dan pembangunan bakat.

“Langkah ini juga menyokong aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi serta pembangunan Ekonomi Biru, di samping memperkukuh peranan UMS sebagai hab rujukan utama dalam sains marin tropika di rantau ini.

“Saya berharap agar semua warga IMB dapat memanfaatkan serta menyelenggara aset tersebut dengan sebaik mungkin bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan penyelidikan universiti,” katanya.

Sementara itu, Dekan IMB UMS, Profesor Madya Dr. Ching Fui Fui @ Faihana Ching Abdullah berkata perolehan lima bot baharu tersebut adalah di bawah RMK-12 Rolling Plan Lima (RP5), yang merupakan keperluan kritikal bagi menggantikan aset lama yang tidak lagi sesuai digunakan.

“Bot-bot ini akan memberi impak besar kepada aktiviti akademik dan saintifik, khususnya dalam melaksanakan latihan amali dan kajian lapangan secara lebih efektif, efisien serta selamat.

“Lima bot baharu tersebut terdiri daripada tiga bot jenis vanguard iaitu UMS Enhalus, UMS Epinephelus dan UMS Batillipes, serta dua bot jenis katamaran iaitu UMS Cheilinus dan UMS Astrea.

Tambah Faihana, Pemilihan nama bot-bot tersebut diinspirasikan daripada khazanah biodiversiti marin serta bidang tujah penyelidikan IMB.

“Enhalus merujuk kepada rumput laut dominan Enhalus acoroides di perairan Sepanggar, manakala Epinephelus diambil daripada genus ikan kerapu yang ikonik.

“Batillipes pula merupakan nama saintifik bagi beruang air (tardigrade), yang melambangkan ketahanan dan ketelitian dalam penerokaan biodiversiti marin.

“Cheilinus dan Astrea masing-masing merujuk kepada genus ikan maming yang menjadi spesies kajian utama HICoE IMB serta genus karang laut, sejajar dengan komitmen IMB dalam pemuliharaan ekosistem marin,” katanya.

Faihana turut memaklumkan kesemua bot berkenaan dilengkapi ciri keselamatan mengikut piawaian Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) serta mampu menampung kapasiti kru dan penumpang bagi operasi penyelidikan di perairan Sabah.

Institut Marin Borneo (IMB) yang sebelum ini dikenali sebagai Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), merupakan pusat kecemerlangan UMS yang memfokuskan kepada bidang oseanografi, akuakultur lestari serta pemuliharaan biodiversiti marin.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/07/ums-peroleh-lima-bot-baharu-rancakkan-penyelidikan-marin/feed/ 0 96251
Tiga bot baharu tambah keupayaan taktikal ESSCOM https://sabahmedia.com/2025/10/18/tiga-bot-baharu-tambah-keupayaan-taktikal-esscom/ https://sabahmedia.com/2025/10/18/tiga-bot-baharu-tambah-keupayaan-taktikal-esscom/#respond Sat, 18 Oct 2025 08:21:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83618
Read Time:1 Minute, 38 Second

Oleh Ahmad Husnayan

LAHAD DATU: Kawalan keselamatan perairan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) bakal dipertingkatkan dengan penyerahan tiga bot laju jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA), hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata penyerahan aset bernilai RM4.497 juta itu adalah sebahagian daripada pelan pengukuhan keselamatan negara di kawasan perairan strategik Sabah Timur.

Menurutnya, dua bot diserahkan kepada PGA manakala satu lagi kepada ESSCOM, bagi memperkukuh rondaan dan keupayaan operasi di kawasan berisiko tinggi.

“Pengoperasian bot-bot ini dijangka mempertingkatkan kehadiran aset keselamatan di lokasi tumpuan seperti Sungai Aji Kuning, Pulau Sebatik dan perairan Tawau.

“Ia juga membolehkan pasukan keselamatan bertindak lebih pantas terhadap sebarang ancaman rentas sempadan, sekali gus memastikan kedaulatan negara terus terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Lawatan Kerja Timbalan Menteri Dalam Negeri ke ESSZone dan Penyerahan Aset Bot Laju (RHIB) di Sapangar Shipyard, di sini, hari ini.

Shamsul Anuar berkata, bot berkenaan dibina oleh Sepanggar Shipyard Sdn. Bhd. dan disiapkan sepenuhnya di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi tahun 2024.

“Penyerahan aset ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan MADANI memperkukuh kesiapsiagaan aset serta meningkatkan keupayaan taktikal pasukan keselamatan,” katanya.

Menurut beliau, inisiatif itu turut menyokong perancangan Fasa Kedua ESSCOM, iaitu pengukuhan keselamatan ESS Zone secara menyeluruh bagi mengekalkan ketenteraman di kawasan bersempadan.

Shamsul Anuar turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas komitmen kerajaan dalam Belanjawan MADANI 2026, termasuk kelulusan pembinaan kuarters tambahan ESSCOM di Lahad Datu bagi meningkatkan kebajikan anggota keselamatan.

Beliau turut mengiktiraf kejayaan ESSCOM yang berjaya mengekalkan rekod sifar insiden penculikan selama hampir enam tahun berturut-turut sejak 15 Januari 2020 hingga kini, hasil operasi bersepadu pelbagai agensi keselamatan.

“Kerajaan amat menghargai pengorbanan barisan hadapan di ESSZone. Usaha dan semangat mereka bukan sahaja mempertahankan kedaulatan negara, tetapi turut memberi impak besar kepada pembangunan sosioekonomi dan pelancongan di Sabah Timur,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/18/tiga-bot-baharu-tambah-keupayaan-taktikal-esscom/feed/ 0 83618
Maritim Malaysia Tahan 5 Kru Warga Asing, Tiada Dokumen https://sabahmedia.com/2021/12/16/maritim-malaysia-tahan-5-kru-warga-asing-tiada-dokumen/ https://sabahmedia.com/2021/12/16/maritim-malaysia-tahan-5-kru-warga-asing-tiada-dokumen/#respond Thu, 16 Dec 2021 08:18:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9970
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan menahan lima lelaki tanpa dokumen pengenalan diri yang bekerja di atas bot pukat tunda pagi semalam.

Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli berkata, bot pukat tunda tersebut ditahan di perairan Kota Kinabalu pada kedudukan 0.73 batu nautika utara Pulau Manukan sekitar jam 11.00 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang juragan bersama empat kru bot pukat tunda terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua mereka berusia lingkungan 17 hingga 29 tahun dan disyaki warga Indonesia.  Bot pukat tunda, juragan dan kru telah ditahan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Mohd Rosli berkata, juragan dan kru bot tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 6 (3) akta yang sama.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, dan boleh juga dikenakan sehingga enam sebatan.

“Maritim Negeri Sabah dan Labuan akan terus meningkatkan operasi mengekang kemasukan PATI berikutan beberapa kelonggaran yang telah diberikan oleh kerajaan melalui sektor ekonomi dan sosial.

“Maritim Malaysia turut memandang serius kepada aktiviti jenayah laut yang lain seperti penyeludupan, pencerobohan bot nelayan asing dan aktiviti pengemboman ikan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/16/maritim-malaysia-tahan-5-kru-warga-asing-tiada-dokumen/feed/ 0 9970
APMM Tahan Bot Penumpang Lebih Muatan, Abai SOP https://sabahmedia.com/2021/11/04/apmm-tahan-bot-penumpang-lebih-muatan-abai-sop/ https://sabahmedia.com/2021/11/04/apmm-tahan-bot-penumpang-lebih-muatan-abai-sop/#respond Thu, 04 Nov 2021 09:43:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8184
Read Time:1 Minute, 8 Second

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau telah menahan sebuah bot tempatan yang membawa penumpang secara berlebihan dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, bot tersebut dikesan bergerak dari Jeti CIQ Tawau menuju ke Pulau Sebatik dengan membawa penumpang berlebihan dan telah ditahan untuk pemeriksaan oleh bot ronda Zon Maritim Tawau yang sedang melaksanakan rondaan Op Sejahtera/Op Cegah PATI Selatan COVID-19 pada kira-kira jam 11.50 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut berdaftar dan telah membawa penumpang melebihi kapasiti yang dibenarkan.

“Bot yang dikendalikan oleh seorang juragan warga tempatan berumur 29 tahun itu membawa seramai 33 penumpang termasuk empat kanak-kanak serta mengabaikan SOP PPN yang masih lagi berkuatkuasa,” katanya.

Bot serta juragan terbabit diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut.

Manakala, kes tersebut diserahkan kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) dan disiasat dibawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002 kerana melanggar syarat sah lesen serta turut dirujuk kepada IPD Tawau dibawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana melanggar SOP PPN.

Dalam pada itu, orang ramai boleh membuat aduan kecemasan dan menyalurkan maklumat jenayah di perairan Tawau ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/04/apmm-tahan-bot-penumpang-lebih-muatan-abai-sop/feed/ 0 8184
Sindiket seludup PATI guna bot pancing tumpas https://sabahmedia.com/2021/08/12/sindiket-seludup-pati-guna-bot-pancing-tumpas/ https://sabahmedia.com/2021/08/12/sindiket-seludup-pati-guna-bot-pancing-tumpas/#respond Thu, 12 Aug 2021 08:33:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4510
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Maritim Negeri Sabah telah berjaya menumpaskan sindiket ‘transporter’ Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di perairan Kota Kinabalu dalam satu operasi khas kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, tangkapan ini dibuat berikutan maklumat risikan dan intipan mengenai aktiviti sindiket PATI yang menggunakan bot pancing tempatan bagi mengaburi penguatkuasa dalam membawa masuk dan keluar PATI di perairan Sabah.

Katanya, operasi khas bagi menyerbu sindiket bermula dengan pengesanan ke atas sebuah bot pancing tempatan yang sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan dan telah ditahan di kedudukan kira-kira 1.0 batu nautika barat laut, Pulau Sepanggar, sekitar 11.30 malam kelmarin.

Hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati seramai 11 individu termasuk tekong berada dalam bot tersebut. Tekong serta lima penumpang lelaki termasuk seorang remaja perempuan merupakan warga Filipina yang tidak memilik sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Manakala, empat lagi penumpang warga tempatan iaitu tiga lelaki dan seorang wanita dan kesemua mereka berumur dalam lingkungan sembilan hingga 61 tahun.

Siasatan awal mendapati, sindiket ini menggunakan bot pancing sebagai kaedah pengangkutan pergi dan balik dari Kota Kinabalu ke Pulau Banggi yang bersempadan dengan Filipina bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Kes akan disiasat di bawah seksyen 6(1)(c) – Akta Imigresen 1959 dan seksyen 8(2)Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

Bot, tekong dan penumpang dibawa ke Jeti Maritim Negeri Sabah, Sepanggar untuk tindakan lanjut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/12/sindiket-seludup-pati-guna-bot-pancing-tumpas/feed/ 0 4510
APMM Zon Maritim Tawau Bantu Pindahkan Pesakit COVID-19 Dari Pulau Sebatik https://sabahmedia.com/2021/08/09/apmm-zon-maritim-tawau-bantu-pindahkan-pesakit-covid-19-dari-pulau-sebatik/ https://sabahmedia.com/2021/08/09/apmm-zon-maritim-tawau-bantu-pindahkan-pesakit-covid-19-dari-pulau-sebatik/#respond Mon, 09 Aug 2021 06:55:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4344
Read Time:1 Minute, 25 Second

TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau telah membantu menyediakan khidmat pengangkutan bagi memindahkan pesakit positif COVID-19 dari pulau-pulau di daerah ini ke pusat kuarantin.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kapten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, kerjasama ini merupakan salah satu usaha Maritim Malaysia bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menguruskan pesakit positif COVID-19 terutamanya melibatkan komuniti maritim.

“Proses pemindahan pesakit ini melibatkan beberapa lokaliti di Pulau Sebatik iaitu Kampung Bergosong, Kampung Sungai Tongkang, Kampung Mentadak, Kampung Lahat-Lahat dan Kampung Wallace Bay.

“Pergerakan pesakit diselaraskan oleh petugas KKM dengan mengaturkan beberapa siri perjalanan mengikut jumlah kes positif di kawasan Pulau Sebatik,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Siva Kumar berkata, sehingga kini seramai 108 orang penduduk positif COVID-19 telah dipindahkan ke pusat kuarantin sejak berlaku peningkatan kes membabitkan kawasan Pulau Sebatik.

Katanya, bot-bot peronda dari Zon Maritim Tawau telah diatur gerak bagi melaksanakan penugasan ini dimana setiap anggota dibekalkan dengan peralatan PPE.

“Manakala langkah-langkah keselamatan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya serta proses sanitasi bot dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan risiko jangkitan semasa dalam tugasan.

“Kesemua pesakit dibawa dari Pulau Sebatik dan diturunkan di jeti Yatch Club Tawau sebelum dibawa menaiki ambulan oleh kakitangan KKM ke Pusat Kuarantin.

“Bantuan pengangkutan ini disediakan bagi melancarkan proses pengasingan pesakit positif COVID-19 yang akan menjalani kuarantin dan rawatan susulan di pusat-pusat kuarantin yang ditetapkan,” katanya.

Katanya, kerjasama semua agensi yang terlibat dalam menguruskan hal-hal berkaitan pandemik COVID-19 dilihat satu bentuk usaha bagi membantu pihak kerajaan dalam menangani krisis ini.

Tambahnya, Maritim Malaysia Zon Maritim Tawau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu dalam misi bantuan ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/09/apmm-zon-maritim-tawau-bantu-pindahkan-pesakit-covid-19-dari-pulau-sebatik/feed/ 0 4344
Tiga Kampung Terima Bot & Enjin Sangkut Persediaan Hadapi Banjir https://sabahmedia.com/2021/07/17/tiga-kampung-terima-bot-enjin-sangkut-persediaan-hadapi-banjir/ https://sabahmedia.com/2021/07/17/tiga-kampung-terima-bot-enjin-sangkut-persediaan-hadapi-banjir/#respond Sat, 17 Jul 2021 01:38:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3144
Read Time:56 Second

BEAUFORT : Tiga buah kampung di daerah ini menerima sumbangan berupa sebuah bot dan enjin sangkut sebagai persediaan menghadapi situasi kecemasan khususnya bencana banjir.

Sumbangan atas inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias Datuk Isnin Aliasnih itu adalah selepas mendengar keluhan penduduk selain melihat kesukaran untuk keluar ke pusat pemindahan apabila dilanda banjir.

Antara kampung yang menerima sumbangan itu Kampung Bakalau; Kampung Batu 60 dan Kampung Batu 65.

Isnin yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, tiga kampung ini antara yang sering dilanda banjir teruk kerana ia berhampiran dengan Sungai Padas.

“Saya memahami situasi mangsa-mangsa banjir dan bersimpati dengan penduduk terlibat dimana ada yang terperangkap di rumah masing-masing kerana tiada bot untuk ke pusat pemindahan.

“Justeru itu, saya mengambil maklum dengan permintaan penduduk kampung yang terlibat.  Diharap ia akan dapat digunakan sebaiknya khususnya dalam proses pemindahan mangsa ketika banjir,” katanya.

Katanya, dengan adanya bot-bot itu juga akan dapat membantu pihak keselamatan untuk menjalankan proses pemindahan dengan segera.

Penyerahan sumbangan itu disampaikan sendiri Isnin kepada wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Ketua Kampung yang terlibat baru-baru ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/17/tiga-kampung-terima-bot-enjin-sangkut-persediaan-hadapi-banjir/feed/ 0 3144