brunei – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 04 Feb 2025 04:38:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png brunei – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kejohanan Golf Silaturahim kukuhkan hubungan masyarakat Brunei Sabah & Brunei Darussalam https://sabahmedia.com/2025/02/04/kejohanan-golf-silaturahim-kukuhkan-hubungan-masyarakat-brunei-sabah-brunei-darussalam/ https://sabahmedia.com/2025/02/04/kejohanan-golf-silaturahim-kukuhkan-hubungan-masyarakat-brunei-sabah-brunei-darussalam/#respond Tue, 04 Feb 2025 04:38:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67959
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Komuniti Sabah Brunei menganjurkan Kejohanan Golf Silaturahim antara Persatuan Masyarakat Brunei Sabah dan Brunei Darussalam baru-baru ini.

Kejohanan Golf kali ke-3 yang dianjurkan itu berjaya menarik seramai 64 pemain golf telah berlangsung di Nexus Karambunai dan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Masyarakat Brunei Sabah, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir.

Menurut Saifuddin tujuan perhimpunan ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat Brunei di Sabah dan Brunei Darussalam.

Pasukan delegasi Brunei diketuai oleh Aminuddin Mohd Ali, manakala Abdul Rahman Latip mewakili masyarakat Brunei di Sabah.

Aminuddin turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan itu meskipun berdepan keadaan cuaca mencabar.

Beliau juga berharap ikatan silaturahim yang sedia terjalin akan terus erat antara masyarakat Brunei di Sabah dan Brunei Darussalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/04/kejohanan-golf-silaturahim-kukuhkan-hubungan-masyarakat-brunei-sabah-brunei-darussalam/feed/ 0 67959
Brunei Lanjut Kawalan Pergerakan Hingga 4 September https://sabahmedia.com/2021/08/22/brunei-lanjut-kawalan-pergerakan-hingga-4-september/ https://sabahmedia.com/2021/08/22/brunei-lanjut-kawalan-pergerakan-hingga-4-september/#respond Sun, 22 Aug 2021 08:51:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5053
Read Time:1 Minute, 42 Second

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei melanjutkan kawalan pergerakan bagi memerangi pandemik COVID-19 dua minggu lagi, ketika negara itu melaporkan 122 kes baharu semalam, menjadikan angka keseluruhannya 1,455 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, keputusan itu mengambil kira keadaan semasa penularan virus itu sehingga kawalan pergerakan perlu dilanjutkan hingga 4 September ini.

Beliau berkata, kes baharu itu meliputi 120 jangkitan tempatan dan dua kes import.

“Walaupun punca jangkitan 79 kes tempatan masih dalam siasatan, 37 kes berkenaan adalah berkaitan dengan lima kluster aktif yang sudah dikenal pasti manakala empat kes tempatan yang lain berkaitan dengan satu kluster baharu yang disahkan semalam.

Ia sekali gus menandakan hari ketiga berturut-turut dengan kes baharu harian melebihi 100 kes sejak Khamis lalu, iaitu masing-masing mencatatkan 190 kes dan 197 kes.

Semua kes baharu dalam kluster aktif membabitkan individu sedang dikuarantin dan mempunyai kaitan dengan beberapa kes yang disahkan.

Dalam pada itu, terdapat 1,096 kes aktif dirawat dan dipantau di Pusat Pengasingan Nasional, dengan tiga daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan manakala 22 pesakit lain dalam pemantauan rapi.

Sebelum pengesanan tujuh kes COVID-19 penularan tempatan pada 7 Ogos lalu, Brunei mencatatkan rekod 457 hari tanpa jangkitan komuniti.

Menghadapi gelombang baharu wabak dan situasi pandemik yang semakin sukar, Brunei memperkenalkan kawalan pergerakan dengan menutup pusat keagamaan, sekolah melaksanakan pembelajaran dalam talian, tidak makan di restoran dan menutup kemudahan sukan dalam dan luar bangunan, pusat riadah dan pawagam.

Brunei turut melarang perhimpunan membabitkan ramai orang, selain mewajibkan semua pekerja sektor tidak penting melakukan tugas dari rumah serta melarang rakyatnya meninggalkan rumah tanpa urusan penting.

Kenyataan Kementerian Kesihatan itu juga berkata, walaupun masih terdapat penundaan dalam prosedur pengasingan untuk beberapa pesakit yang disahkan, pihaknya akan berusaha menempatkan semua kes positif di pusat kesihatannya.

“Kes yang disahkan positif dan belum dipindahkan ke kemudahan kesihatan, serta mempunyai kontak rapat mereka yang sedang menjalani kuarantin, tidak dibenarkan meninggalkan tempat pengasingan masing-masing,” katanya.

Brunei juga melaporkan empat kes sembuh semalam, menjadikan 355 pesakit sudah pulih serta empat kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan setakat ini. – AGENSI

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/22/brunei-lanjut-kawalan-pergerakan-hingga-4-september/feed/ 0 5053