Bsn – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 17 May 2024 06:20:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bsn – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bagaikan mimpi, penoreh getah kini jutawan https://sabahmedia.com/2024/05/17/bagaikan-mimpi-penoreh-getah-kini-jutawan/ https://sabahmedia.com/2024/05/17/bagaikan-mimpi-penoreh-getah-kini-jutawan/#respond Fri, 17 May 2024 06:09:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54531
Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Belud : Seorang penoreh getah, Johni Satur,57, diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bonanza Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) yang ke-99.

Dengan kemenangan itu, beliau yang tinggal di Kampung Lasau Minunsud di sini berjaya membawa pulang hadiah sebanyak RM1 juta.

Hadiah tersebut disampaikan Ketua Komunikasi Strategik BSN Aizurra Mellisa Muzammil.

Johni berkata, wang yang digunakan bagi membeli SSP BSN itu adalah menggunakan duit yang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dua tahun lalu selepas dinasihatkan oleh anak lelakinya.

“Saya masih rasa seperti mimpi dapat menang RM1 juta. Malahan saya lambat memberi respon ketika dihubungi pihak BSN minggu lalu kerana bimbang ia adalah suatu skim penipuan.

“Selepas beberapa kali diyakinkan, barulah saya percaya menjadi salah seorang pemenang Cabutan Jutawan Bonanza BSN SSP,” katanya ketika memetik laporan Harian Metro di sini hari ini.

Beliau turut berkata, pendapatan yang diterima sebagai penoreh getah setiap bulan adalah sebanyak RM500 sebulan dan jumlah itu diakui tidak mencukupi bagi perbelanjaan keluarga.

Johni turut menyatakan wang dimenangi itu juga bakal digunakan untuk pendidikan anak bersekolah darjah satu dan tingkatan enam.

Dalam pada itu, BSN dalam satu kenyataan berkata, jumlah penyimpan BSN SSP yang direkodkan sehingga 31 Mac lalu adalah seramai 4.75 juta melibatkan jumlah simpnana sebanyak RM5.28 bilion.

Pada tahun ini sebanyak 10 kategori diperkenalkan dengan dua cabutan terbaharu iaitu Cabutan Ulang Tahun BSN ke-50, Cabutan Khas Guru dan Pekerja Barisan Hadapan. – SABAH MEDIA / FOTO BSN

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/17/bagaikan-mimpi-penoreh-getah-kini-jutawan/feed/ 0 54531
Mesin ATM BSN Mula Beroperasi di Sook, Lebih Mudah Penduduk Laksana Urusan Perbankan https://sabahmedia.com/2021/07/22/mesin-atm-bsn-mula-beroperasi-di-sook-lebih-mudah-penduduk-laksana-urusan-perbankan/ https://sabahmedia.com/2021/07/22/mesin-atm-bsn-mula-beroperasi-di-sook-lebih-mudah-penduduk-laksana-urusan-perbankan/#respond Thu, 22 Jul 2021 04:25:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3417
Read Time:1 Minute, 29 Second

KENINGAU : Penduduk di kawasan Daerah Kecil Sook dan sekitarnya kini boleh mendapatkan perkhidmatan perbankan selepas kiosk ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) mula beroperasi sepenuhnya bermula kelmarin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia merupakan hari bersejarah bagi penduduk di kawasan berkenaan kerana tidak perlu pergi jauh ke Pekan Keningau untuk mengeluarkan duit.

“Saya telah usahakan untuk membawa kemudahan mesin ATM ini sejak tahun lalu. Lebih lagi sekarang dalam masa pandemik COVID-19 di mana sukar untuk penduduk keluar ke Keningau bagi mengunakan ATM di sana.

“Lagipun mesin BSN di Keningau sentiasa sesak dan orang terpaksa berbaris berjam-jam dalam keadaan yang panas menunggu giliran mengunakan mesin ATM bagi mengeluarkan duit termasuk menunaikan bantuan kewangan dari kerajaan,” katanya.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, pembukaan mesin ATM BSN di Pekan Sook sangat tepat pada masanya untuk memberi kemudahan yang sangat dinantikan oleh penduduk di sini.

Katanya, dengan adanya mesin ATM itu, penduduk Sook, Tulid dan Nabawan tidak perlu lagi keluar ke Pekan Keningau untuk mengunakan mesin ATM kerana ia boleh menerima semua kad bank.

“Dengan adanya mesin ATM pengeluaran duit di kawasan kita juga bererti duit itu akan dibelanjakan di daerah kita sendiri dan bukan di Keningau.

“Ini secara langsung akan meningkatkan pengaliran wang dan meningkatkan ekonomi di daerah kita.  Kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa kegiatan ekonomi di kawasan Sook, Tulid dan Nabawan dijangka akan meningkat sebanyak 28% akibat daripada kemudahan ATM yang baru ini,”katanya.

Dalam pada itu, Arthur berkata, beliau akan membawa mesin ATM Bank Rakyat yang akan dibuka di Stesen Petron Sook dan pembinaan sedang dilaksanakan sekarang dan akan siap dalam tahun ini.

“Saya bangga kerana berjaya membawa pelbagai kemudahan ke Sook. Inilah usaha saya untuk meningkatkan kemudahan rakyat di bawa kawasan jagaan saya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/22/mesin-atm-bsn-mula-beroperasi-di-sook-lebih-mudah-penduduk-laksana-urusan-perbankan/feed/ 0 3417
BSN Ranau Jadi Tumpuan https://sabahmedia.com/2021/06/29/bsn-ranau-jadi-tumpuan/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/bsn-ranau-jadi-tumpuan/#respond Tue, 29 Jun 2021 05:12:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2166
Read Time:49 Second

RANAU: Lebih seratus penduduk khususnya pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini datang berpusu-pusu dan berbaris panjang seawal jam 8 pagi hari ini semata-mata untuk mendapatkan Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 2.0.

“Sebenarnya mereka tidak faham bahawa BSP 2.0 walaupun berakhir sehingga 30 Jun namun untuk urusan pengeluaran tunai selepas tarikh tersebut,”kata Pegawai Daerah Ranau, Syahrin Samsir.

“Mereka yang berurusan dengan  BSP 2.0 adalah yang ada senarai untuk kemaskini buku akaun, manakala pembayaran BSP 3.0 hanya akan bermula pada 5 Julai 2021.

“Pada mulanya, ramai yang keliru disebabkan mereka yang terlibat datang untuk mengeluarkan secara tunai BSP mereka”, jelas Syahrin.

Dalam pada itu, wakil dari pejabat Parlimen Ranau yang juga pejabat Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin tampil mengagihkan minuman air mineral kepada orang ramai yang berbaris panjang menunggu giliran di luar Bank Simpanan Nasional Ranau kerana prihatin dengan kesungguhan mereka untuk mendapatkan BSP 2.0.

    

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/bsn-ranau-jadi-tumpuan/feed/ 0 2166