bsp3.0 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 28 Jul 2021 12:11:23 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bsp3.0 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 45 Penghuni Pangsapuri Bukit Tinggi 1 Terima Bantuan Bakul Makanan Kerajaan Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/28/45-penghuni-pangsapuri-bukit-tinggi-1-terima-bantuan-bakul-makanan-kerajaan-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/28/45-penghuni-pangsapuri-bukit-tinggi-1-terima-bantuan-bakul-makanan-kerajaan-sabah/#respond Wed, 28 Jul 2021 10:28:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3692
Read Time:1 Minute, 9 Second

KLANG : Seramai 45 penghuni di Pangsapuri Bukit Tinggi 1 yang berasal dari Sabah disini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerima bantuan bakul makanan.

Bantuan bakul makanan yang disalurkan Kerajaan Sabah itu adalah merupakan sebahagian daripada program Bantuan Sabah Prihatin 3.0 (BSP3.0) 2021.

Penyaluran bantuan menerusi Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di Ibu Negara itu disampaikan oleh Persatuan Momogun Sabahan.

Timbalan Presiden Persatuan Momogun Sabahan Edward Sindam berkata, bantuan dibawah BSP3.0 2021 itu merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu rakyat Sabah yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di Semenanjung.

“Bagi pihak rakyat Sabah di Semenanjung, saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang menyalurkan bantuan bakul makanan melalui Pejabat Perhubungan Negeri di Semenanjung.

“Kita (Persatuan Momogun Sabahan) telah diamanahkan untuk menyampaikan bantuan ini khususnya kepada penduduk Sabah yang berada dalam kawasan PKPD,” katanya ketika ditemui Sabah Media selepas mengagihkan bantuan berkenaan.

Edward berkata, pihaknya turut berharap agar kerajaan Sabah terus memperhebatkan lagi bantuan-bantuan bakul makanan yang disalurkan melalui Pejabat Perhubungan Negeri di Semenanjung.

Katanya, ini akan dapat memastikan bantuan yang disalurkan itu sampai terus kepada golongan sasar yang memerlukan.

“Saya difahamkan masih ramai khususnya rakyat Sabah yang memerlukan bantuan ini dan kita harap mereka yang terkesan akan menerima bantuan bakul makanan bagi meringankan bebanan mereka,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/28/45-penghuni-pangsapuri-bukit-tinggi-1-terima-bantuan-bakul-makanan-kerajaan-sabah/feed/ 0 3692
7,320 Penduduk Dari Golongan B40,e-Kasih Terima Bantuan Bakul Makanan Di Kuala Penyu https://sabahmedia.com/2021/06/23/7320-penduduk-dari-golongan-b40e-kasih-terima-bantuan-bakul-makanan-di-kuala-penyu/ https://sabahmedia.com/2021/06/23/7320-penduduk-dari-golongan-b40e-kasih-terima-bantuan-bakul-makanan-di-kuala-penyu/#respond Wed, 23 Jun 2021 09:48:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1817
Read Time:1 Minute, 5 Second

KUALA PENYU : Seramai 7,320 orang penduduk di daerah ini terdiri dari golongan B40 dan yang berdaftar melalui e-kasih akan menerima sumbangan bakul makanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu Datuk Limus Jury berkata, sumbangan di bawah program Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0 itu akan mula diagihkan dan dijangka selesai hujung minggu ini.

“Pada hari ini saya turun sendiri ke pusat pengumpulan barangan untuk diagihkan kepada penduduk terlibat bersama petugas dan rakan-rakan dari agensi kerajaan negeri serta persekutuan.

“Agihan ini juga akan turut disampaikan kepada penduduk terlibat di beberapa buah kampung di Kuala Penyu termasuk daerah kecil Menumbok,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya petang ini.

Limus yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah berkata, bantuan bakul makanan ini adalah sebahagian daripada bantuan yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam BSP 3.0 baru-baru ini.

Limus ketika meninjau pusat pengumpulan bantuan bakul makanan

“Sekiranya ada antara golongan sasar yang tercicir saya minta mohon Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) segera menghubungi Pegawai Daerah selaku Pengerusi Penyelaras program ini.

“Marilah Kita sama-sama berdoa agar wabak Covid-19 ini segera berakhir dan dalam masa kita semua berusaha mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Begitu juga program vaksinasi yang sedang giat dilaksanakan di daerah ini agar kita sama-sama menjayakannya,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/23/7320-penduduk-dari-golongan-b40e-kasih-terima-bantuan-bakul-makanan-di-kuala-penyu/feed/ 0 1817