Buah pinggang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 27 Mar 2026 00:34:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Buah pinggang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kemudahan dialisis perlu ditambah tangani lonjakan pesakit buah pinggang https://sabahmedia.com/2026/03/27/kemudahan-dialisis-perlu-ditambah-tangani-lonjakan-pesakit-buah-pinggang/ https://sabahmedia.com/2026/03/27/kemudahan-dialisis-perlu-ditambah-tangani-lonjakan-pesakit-buah-pinggang/#respond Fri, 27 Mar 2026 00:34:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93833
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Peningkatan kes penyakit buah pinggang di Sabah kini menuntut tindakan lebih menyeluruh, termasuk memperluaskan akses rawatan hemodialisis terutama di kawasan luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun, berkata situasi semasa menunjukkan keperluan mendesak untuk menambah kemudahan rawatan bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.

Menurut beliau, ketika ini Sabah mempunyai kira-kira 460 mesin hemodialisis di hospital kerajaan yang digunakan oleh sekitar 2,400 pesakit, dengan purata satu mesin dikongsi lima pesakit.

“Keadaan ini memberi tekanan besar kepada sistem kesihatan, selain membebankan pesakit yang terpaksa berulang-alik dari kawasan jauh untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Hari Raya anjuran Yayasan Buah Pinggang Sabah di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bantuan khas kerajaan berjumlah RM100,000 kepada yayasan berkenaan bagi menyokong usaha membantu pesakit buah pinggang di negeri ini.

Katanya, bantuan itu akan disalurkan secara berperingkat, dengan RM50,000 diberikan terlebih dahulu dan baki selebihnya selepas prestasi pelaksanaan program menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

Masidi turut menggesa yayasan tersebut agar lebih proaktif dalam merancang strategi memperluaskan perkhidmatan dialisis ke kawasan yang masih kurang kemudahan.

Beliau juga menegaskan bahawa integriti, akauntabiliti dan ketelusan amat penting bagi memastikan setiap sumbangan yang diterima benar-benar memberi manfaat kepada pesakit yang memerlukan.

Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai agar mengambil langkah pencegahan awal dengan menjaga pemakanan dan gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko penyakit kronik, termasuk penyakit buah pinggang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/27/kemudahan-dialisis-perlu-ditambah-tangani-lonjakan-pesakit-buah-pinggang/feed/ 0 93833
QSB bantu kos rawatan dua pesakit buah pinggang   https://sabahmedia.com/2024/11/08/qsb-bantu-kos-rawatan-dua-pesakit-buah-pinggang/ https://sabahmedia.com/2024/11/08/qsb-bantu-kos-rawatan-dua-pesakit-buah-pinggang/#respond Fri, 08 Nov 2024 00:14:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63416
Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu: Dua pesakit buah pinggang menerima sumbangan dana tajaan Qhazanah Sabah Berhad (QSB) bagi menampung rawatan hemodialisis masing-masing sebanyak RM50,000 seorang untuk tempoh setahun.

Penyerahan sumbangan itu disempurnakan Pengerusi QSB, Datuk Dr Yusof Yacob kepada Murpi Duriat dan Zull Hakimi Sabbinin.

Kedua-dua mereka menjalani rawatan di Pusat Dialisis UMS-YKN Kingfisher, Likas.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin berkata, QSB berperanan sebagai syarikat Kerajaan Negeri bagi membangun Negeri Sabah melalui projek-projek di bawah anak-anak syarikat.

Dalam masa sama, katanya, Qhazanah juga membayar dividen kepada Kerajaan Negeri dan menyediakan peluang pekerjaan menerusi anak-anak syarikat.

“Kami juga tidak melupakan sumbangan kepada masyarakat terutama B40. Untuk itu, Qhazanah telah memperuntukkan sebahagian daripada dana dengan menubuhkan Yayasan Qhazanah.

“Jadi melalui Yayasan ini kita melaksanakan beberapa aktiviti jangka pendek dan jangka panjang, contohnya bantuan kepada yang memerlukan,” katanya sambil menambah fokus diberikan kepada pendidikan dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, bantuan kepada dua pesakit buah pinggang ini adalah selepas mendapati masih ramai pesakit buah pinggang di negeri ini memerlukan tajaan untuk menerima rawatan dialisis.

Pada masa yang sama, beliau berharap lebih ramai pihak tampil khususnya syarikat berkaitan kerajaan yang lain membantu pesakit-pesakit buat pinggang untuk menerima rawatan dialisis.

Tambahnya, kira-kira 15.5 peratus penduduk di Malaysia mempunyai masalah buah pinggang.

Hadir sama pada majlis itu, CEO Kumpulan QSB Datuk Ahmad Rizal Dahli, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Shim Jyh Ye, Pengarah Hospital UMS Prof Madya Dr Maleha Datuk Mohd Noh, Pengarah Hospital Queen Elizabeth 1 Dr William Gotulis dan CEO Qhazanah Healthcare Mohammad Khairulnizam Hasnan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/08/qsb-bantu-kos-rawatan-dua-pesakit-buah-pinggang/feed/ 0 63416