Buah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 05 Aug 2025 09:42:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Buah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MaSDA sasar pengeluaran buah-buahan sepanjang tahun https://sabahmedia.com/2025/08/05/masda-sasar-pengeluaran-buah-buahan-sepanjang-tahun/ https://sabahmedia.com/2025/08/05/masda-sasar-pengeluaran-buah-buahan-sepanjang-tahun/#respond Tue, 05 Aug 2025 09:42:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78642
Read Time:1 Minute, 33 Second

Oleh Mu Vitet

KOTA KINABALU: Persatuan Penanam Durian dan Buah Tropika Perikanan Sabah (MaSDA) kini bekerjasama rapat dengan Jabatan Pertanian Sabah dalam usaha memperkasa industri buah-buahan negeri ini, termasuk penanaman avocado.

Presidennya, Duane Evans berkata jabatan berkenaan menyediakan pelbagai program yang kemudiannya dikongsikan kepada ahli-ahli MaSDA, yang turut berperanan sebagai mentor kepada pekebun kecil di kawasan masing-masing.

“Itulah cara kami meluaskan pelaksanaan program pertanian dan menggerakkan inisiatif selanjutnya seperti Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa pelancaran spesies avocado tempatan QAV1 (Quoin) oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, baru-baru ini.

Pelancaran tersebut diadakan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Duane berkata, para petani kini menyasarkan pengeluaran buah sepanjang tahun bagi mengelakkan gangguan musim seperti yang dialami oleh durian akibat perubahan cuaca ekstrem.

“Musim durian sepatutnya bermula sekitar hujung tahun.

“Bagi mengatasi cabaran ini, kami mengkaji bagaimana petani di negara seperti Thailand menangani isu yang sama.

“Kemudian kita bawa balik teknologi itu untuk diuji di sini, dengan harapan untuk menghasilkan sekurang-kurangnya dua musim durian yang kukuh dalam setahun,” katanya.

Sementara itu, penanaman avocado di Sabah masih memerlukan beberapa tahun lagi untuk benar-benar memenuhi permintaan pasaran.

“Ketika ini, kawasan penanaman avocado dalam kalangan ahli kami meliputi kira-kira 330 hektar.

“Setiap hektar menghasilkan antara empat hingga 10 tan dalam tiga tahun pertama.

“Mungkin tahun depan kita boleh hasilkan sekitar 1,000 tan bagi setiap musim daripada ahli-ahli kami,” kata Gerard Baxter, seorang pekebun avocado dari Tenom.

Purata hasil pula bergantung kepada keluasan ladang, di mana ada petani yang mampu mengeluarkan sehingga 10 tan.

Tambah Gerard, mereka turut menyertai lawatan pendidikan ke luar negara bagi memperbaiki mutu dan hasil tanaman.

Ketika ini, MaSDA mempunyai lebih 170 ahli di seluruh Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/05/masda-sasar-pengeluaran-buah-buahan-sepanjang-tahun/feed/ 0 78642
Lima Buah Rumah Musnah Akibat Tanah Runtuh Di Skim Penempatan Telipok https://sabahmedia.com/2022/04/10/lima-buah-rumah-musnah-akibat-tanah-runtuh-di-skim-penempatan-telipok/ https://sabahmedia.com/2022/04/10/lima-buah-rumah-musnah-akibat-tanah-runtuh-di-skim-penempatan-telipok/#respond Sun, 10 Apr 2022 05:38:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14134
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Lima buah rumah musnah akibat kejadian tanah runtuh di Skim Penempatan Telipok awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.59 pagi tadi. Sepasukan Bomba dikerah ke lokasi kejadian.

” Setiba di lokasi kejadian mendapati berlaku kejadian tanah runtuh akibat hujan berterusan dan melibatkan kerosakan lima buah rumah,” katanya.

Dalam pada itu, pasukan Bomba menasihati pemilik rumah untuk mengosongkan kawasan tersebut dan berpindah ke tempat selamat kerana pegerakan tanah masih berlaku serta keadaan cuaca yang masih hujan.

Bagaimanapun tiada mangsa terlibat dilaporkan dan operasi ditamatkan pada jam 7.16 pagi tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/10/lima-buah-rumah-musnah-akibat-tanah-runtuh-di-skim-penempatan-telipok/feed/ 0 14134
Daerah Ranau Kini Musim Buah https://sabahmedia.com/2022/01/21/daerah-ranau-kini-musim-buah/ https://sabahmedia.com/2022/01/21/daerah-ranau-kini-musim-buah/#respond Fri, 21 Jan 2022 04:53:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11357
Read Time:1 Minute, 17 Second

RANAU: Musim buah adalah yang ditunggu-tunggu bagi penggemar buah-buahan khususnya di daerah ini yang terkenal dengan pengeluaran buah tempatan bermusim seperti durian, rambutan, mangga manis, manggis, tarap, langsat, golden melon dan nanas.

Pengerusi Persatuan Penjaja Buah dan Sayuran di Pasar Terbuka pekan Ranau, Zulkefli Abd.Ghani, 40, berkata, kini penjaja di daerah Ranau sudah mula menuai dan menjual hasil tanaman buah-buahan mereka, ini adalah berita baik buat penggemar buah-buahan di seluruh Sabah, musim buah di daerah ini terutamanya buah durian kini mula mengeluarkan hasil sejak awal tahun dan dijangka berakhir sehingga bulan Mac tahun ini.

Annyza Ujin, 34, antara penjaja buahan  tempatan di Pasar Terbuka pekan Ranau, turut menunjukkan buah durian jenis tembaga hijau.
Annyza Ujin, 34, antara penjaja buahan  tempatan di pasar terbuka pekan Ranau, turut menunjukkan buah durian jenis tembaga hijau.

Menurutnya, antara jenis buah durian yang banyak dijual di pasar terbuka sekarang ini ialah musang king, D8, D24, D101, D96, durian besara,  durian tembaga, durian kahwin, durian sukang, durian tembaga hijau, tarap, rambutan dan banyak lagi.

Antara penjaja buah-buahan menjual hasil tuaian mereka di pasar terbuka pekan Ranau.
Antara penjaja buah-buahan menjual hasil tuaian mereka di pasar terbuka pekan Ranau.
Buah rambutan jenis kelapa juga ada dijual di pasar terbuka pekan Ranau.
Buah rambutan jenis kelapa juga ada dijual di pasar terbuka pekan Ranau.

“Buah durian di sini dijual dengan harga RM4.00 hingga RM15.00 sekilo kecuali buah durian Musang King mencecah RM60.00 sekilo,” jelas  Zulkefli.

Berkenaan dengan Pesta Durian peringkat daerah Ranau tahun ini kata Zulkefli, belum pasti dapat dianjurkan kerana masih bergantung kepada kelulusan daripada kerajaan ekoran pandemik Covid-19 yang belum reda.

“Kita tunggu dan lihat perkembangan pandemik Covid-19, moga cepat pergi dari negara kita khususnya dari daerah Ranau,” tambah Zulkefli.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/21/daerah-ranau-kini-musim-buah/feed/ 0 11357