Buaya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 Oct 2025 03:24:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Buaya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 APM Sandakan berjaya tangkap buaya 200kg https://sabahmedia.com/2025/10/28/apm-sandakan-berjaya-tangkap-buaya-200kg/ https://sabahmedia.com/2025/10/28/apm-sandakan-berjaya-tangkap-buaya-200kg/#respond Tue, 28 Oct 2025 03:24:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84328
Read Time:1 Minute, 8 Second

SANDAKAN : Seekor buaya sepanjang sembilan kaki dengan anggaran berat 200 kilogram berjaya ditangkap oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan dalam satu operasi pantas di Kampung Sungai Obar, Batu 7, awal pagi tadi.

Pegawai APM Sandakan, Kapten (PA) Sulaiman Salama, berkata operasi itu dilancarkan selepas Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 1.42 pagi yang melaporkan kemunculan buaya di bawah kolong sebuah rumah penduduk.

“Menurut pengadu, buaya berkenaan dipercayai mengejar seekor anjing sebelum muncul berhampiran kawasan rumah dan menimbulkan panik dalam kalangan penduduk,” katanya.

Sulaiman berkata, sepasukan anggota APM segera dikerahkan ke lokasi dan berjaya menjerut serta menutup mata buaya tersebut menggunakan tali, penyepit dan selimut keselamatan bagi mengelakkannya bertindak agresif.

“Operasi tangkapan selesai sepenuhnya pada jam 2.53 pagi, mengambil masa kira-kira 49 minit dari panggilan diterima hingga reptilia itu berjaya dikawal. Tiada sebarang kecederaan atau insiden tidak diingini dilaporkan,” jelasnya.

Operasi tersebut melibatkan lapan anggota APM dengan bantuan dua buah kenderaan Light Rescue Vehicle (LRV).

Sulaiman turut menasihatkan penduduk agar lebih berhati-hati dan peka terhadap persekitaran, khususnya di kawasan berhampiran sungai atau parit besar yang menjadi habitat buaya.

“Jika ternampak haiwan liar seperti buaya atau ular, jangan cuba mendekati atau menakut-nakutkannya. Segera laporkan kepada pihak berkuasa melalui talian kecemasan MERS 999 agar tindakan segera dapat diambil,” katanya lagi. – SABAH MEDIA / FOTO APM

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/28/apm-sandakan-berjaya-tangkap-buaya-200kg/feed/ 0 84328
Lelaki disyaki dibaham buaya ketika baiki pukat https://sabahmedia.com/2025/10/08/lelaki-disyaki-dibaham-buaya-ketika-baiki-pukat/ https://sabahmedia.com/2025/10/08/lelaki-disyaki-dibaham-buaya-ketika-baiki-pukat/#respond Wed, 08 Oct 2025 11:09:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82788
Read Time:1 Minute, 0 Second

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing hilang dipercayai dibaham buaya ketika membaiki pukat di Sungai Silabukan, Indrawan Estate, di sini, tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang individu yang memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

“Sepasukan polis dari Balai Polis Lahad Datu bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan ke tempat kejadian untuk melakukan pencarian awal.

“Siasatan awal di lokasi mendapati, kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah malam ketika mangsa berusia 27 tahun itu dilaporkan sedang membaiki pukat di tepi sungai berkenaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini. 

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus diaktifkan pagi tadi pada jam 9.15 pagi.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai laporan orang hilang (OH) sementara operasi pencarian diteruskan di sekitar sungai berkenaan,” katanya 

Jimmy turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di kawasan yang dikenal pasti berisiko dan menjadi habitat buaya demi keselamatan diri.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ketua Polis Balai Lahad Datu, Inspektor Adzilee Suili di talian 014-8665087 bagi membantu siasatan,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO IHSAN PEMBACA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/08/lelaki-disyaki-dibaham-buaya-ketika-baiki-pukat/feed/ 0 82788
Pulau Bohey Dulang kembali dibuka kepada awam mulai Sabtu ini https://sabahmedia.com/2025/06/12/pulau-bohey-dulang-kembali-dibuka-kepada-awam-mulai-sabtu-ini/ https://sabahmedia.com/2025/06/12/pulau-bohey-dulang-kembali-dibuka-kepada-awam-mulai-sabtu-ini/#respond Thu, 12 Jun 2025 01:40:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75417
Read Time:50 Second

Semporna : Pulau Bohey Dulang di Taman Marin Tun Sakaran di sini yang ditutup sementara ekoran ancaman buaya sebelum ini akan dibuka semula kepada orang awam bermula Sabtu ini.

Taman-Taman Sabah (TTS) dalam satu kenyataan memaklumkan,  penutupan sementara itu adalah bagi memberi laluan kepada operasi mitigasi ancaman buaya.

Menurut TTS, operasi bersepadu yang dijalankan oleh TTS bersama Jabatan Hidupan Liar, Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta komuniti tempatan itu telah berjaya menamatkan ancaman tersebut dengan penangkapan seekor buaya yang dikenal pasti menjadi punca kebimbangan.

“Keselamatan pengunjung sentiasa menjadi keutamaan kami. Walaupun ancaman utama telah dikendalikan, kerja-kerja pemantauan akan terus dijalankan secara berterusan oleh agensi-agensi berkaitan bagi memastikan tahap keselamatan yang tinggi dikekalkan di kawasan ini,” menurut kenyataan itu di sini pada Khamis.

TTS turut mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama erat dalam memastikan kawasan pelancongan ikonik ini kembali selamat dikunjungi.

Para pelawat dinasihatkan untuk terus mematuhi garis panduan keselamatan yang ditetapkan ketika berkunjung ke pulau berkenaan. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/12/pulau-bohey-dulang-kembali-dibuka-kepada-awam-mulai-sabtu-ini/feed/ 0 75417
Pulau Bohey Dulang ditutup sehingga Jumaat https://sabahmedia.com/2025/06/10/pulau-bohey-dulang-ditutup-sehingga-jumaat/ https://sabahmedia.com/2025/06/10/pulau-bohey-dulang-ditutup-sehingga-jumaat/#respond Tue, 10 Jun 2025 07:42:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75329
Read Time:40 Second

Semporna: Pulau Bohey Dulang yang terletak di dalam kawasan Taman Marin Tun Sakaran, Semporna akan ditutup sementara kepada orang awam bermula hari ini sehingga 13 Jun 2025.

Taman-Taman Sabah (TTS) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan sementara itu dilaksanakan bagi memberi ruang kepada Operasi Mitigasi Ancaman Buaya.

Operasi itu akan dijalankan TTS dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

“Operasi ini bertujuan mengurangkan risiko ancaman buaya dan memastikan keselamatan pengunjung serta kakitangan taman,” menurut kenyataan itu di sini pada Selasa.

Pihak TTS memaklumkan bahawa penutupan ini adalah langkah penting bagi menjamin kelancaran operasi serta mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sepanjang tempoh operasi berlangsung.

Orang awam dinasihatkan untuk merancang semula lawatan ke lokasi lain dalam tempoh tersebut dan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/10/pulau-bohey-dulang-ditutup-sehingga-jumaat/feed/ 0 75329
Bomba Sandakan tangkap buaya dalam longkang https://sabahmedia.com/2025/03/18/bomba-sandakan-tangkap-buaya-dalam-longkang/ https://sabahmedia.com/2025/03/18/bomba-sandakan-tangkap-buaya-dalam-longkang/#respond Tue, 18 Mar 2025 12:58:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70663
Read Time:36 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

SANDAKAN: Pasukan Bomba Sandakan berjaya menangkap seekor buaya sepanjang dua meter yang ditemui pekerja pembersihan di dalam longkang berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Seguntur, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.37 pagi.

Menurutnya, seramai sembilan anggotanya dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 13 kilometer dari BBP Sandakan.

“Sebaik tiba, terdapat seekor buaya berukuran panjang dua meter yang berada di longkang berjaya ditangkap oleh pasukan Bomba.

“Seterusnya buaya tersebut diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 10.07 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/18/bomba-sandakan-tangkap-buaya-dalam-longkang/feed/ 0 70663
Anak buaya ditembak mati di Pantai Tanjung Aru 3 https://sabahmedia.com/2025/03/18/anak-buaya-ditembak-mati-di-pantai-tanjung-aru-3/ https://sabahmedia.com/2025/03/18/anak-buaya-ditembak-mati-di-pantai-tanjung-aru-3/#respond Tue, 18 Mar 2025 11:13:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70657
Read Time:51 Second

Kota Kinabalu: Seekor buaya berukuran lebih kurang empat kaki ditembak mati di Pantai Tanjung Aru 3, di sini kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu dalam satu kenyataan memaklumkan, buaya berkenaan didapati berada di tembok berhampiran pantai selepas dikesan pasukan pemantau.

 “Setelah penilaian keselamatan dibuat, dua das tembakan telah dilepaskan oleh pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) tepat ke arah buaya tersebut. 

“Buaya berjaya ditangkap dan diserahkan kepada JHL untuk tindakan selanjutnya. Operasi pemantauan buaya ditangguh pada jam 4.30 petang tadi,” menurut kenyataan itu di sini

Menurut kenyataan itu lagi, operasi pemantauan buaya akan disambung semula pada jam 9 malam ini.

Tambah kenyataan itu lagi, ini berikutan maklumat sahih daripada petugas pemantauan memaklumkan bahawa buaya yang berada di Pantai Tanjung Aru adalah lebih daripada seekor.

“Orang awam yang berkunjung di Pantai Tanjung Aru dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak digalakkan membuat aktiviti di air sehingga operasi tamat sepenuhnya,” menurut kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA / FOTO APM KK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/18/anak-buaya-ditembak-mati-di-pantai-tanjung-aru-3/feed/ 0 70657
Lelaki hilang disambar buaya, mayatnya ditemui https://sabahmedia.com/2025/02/28/lelaki-hilang-disambar-buaya-mayatnya-ditemui/ https://sabahmedia.com/2025/02/28/lelaki-hilang-disambar-buaya-mayatnya-ditemui/#respond Fri, 28 Feb 2025 08:30:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69555
Read Time:45 Second

Oleh FLORIETA DIET

SANDAKAN: Seorang lelaki berumur 50 tahun dilaporkan hilang setelah disambar buaya pada petang Khamis di sungai Batu 10, Kampung Sungai Batang Baru, dekat sini, mayatnya telah ditemui pada jam 8.44 pagi tadi (28 Feb).

Ketua Balai BBP Sandakan Severinus@Mohd Nidzam Sainkui ketika dihubungi berkata, mayat mangsa ditemui terapung dalam keadaan yang tidak sempurna oleh orang awam kira-kira 400 meter daripada tempat mangsa disambar buaya.

Tambah Severinus, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pada Khamis, BBP Sandakan telah menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada jam 5.40 petang melaporkan seorang lelaki hilang disambar buaya.

Saksi kejadian memberitahu bahawa mangsa disambar buaya ketika menabur baja ke sungai sebelum memulakan aktiviti merambat.

Pasukan BBP seramai tujuh anggota yang dikejarkan di lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat lengkap dan seterusnya melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama pihak polis dan penduduk kampung.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/28/lelaki-hilang-disambar-buaya-mayatnya-ditemui/feed/ 0 69555
Lelaki maut disambar, dibaham buaya di Sandakan https://sabahmedia.com/2024/12/15/lelaki-maut-disambar-dibaham-buaya-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2024/12/15/lelaki-maut-disambar-dibaham-buaya-di-sandakan/#respond Sun, 15 Dec 2024 02:15:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65421
Read Time:44 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki maut disambar dan dibaham buaya ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan pembuangan sampah Batu 8 di sini pada Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Ramasamy A/L Kuppan berkata mangsa berumur 28 tahun itu maut dibaham buaya di lokasi kejadian pada 13 Disember lalu jam lebih kurang 8.20 malam.

“Hasil siasatan polis mendapati pada masa kejadian mangsa berjalan ke rumah abangnya melalui jambatan kayu, ketika dalam perjalanan melalui jambatan tersebut mangsa telah disambar oleh seekor buaya.

“Mangsa sempat menjerit dan meminta pertolongan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui oleh ahli keluarganya kira-kira 2 meter dari tempat kejadian pada 9.30 malam hari yang sama.

“Mayat mangsa terdapat kesan gigitan buaya di beberapa bahagian badan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk bedah siasat.

“Kes dikasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/15/lelaki-maut-disambar-dibaham-buaya-di-sandakan/feed/ 0 65421
Buaya 12 kaki panjang berjaya ditangkap di Kg Dungun https://sabahmedia.com/2024/09/23/buaya-12-kaki-panjang-berjaya-ditangkap-di-kg-dungun/ https://sabahmedia.com/2024/09/23/buaya-12-kaki-panjang-berjaya-ditangkap-di-kg-dungun/#respond Mon, 23 Sep 2024 12:14:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61098
Read Time:33 Second

TUARAN: Seekor buaya berukuran 12 kaki panjang berjaya ditangkap oleh petugas Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah di Kampung Dungun dekat sini pagi tadi.

Pengarah JHL Sabah, Roland Oliver Niun berkata, pihaknya menerima aduan dari seorang penduduk Kg Dungun mengenai kehadiran seekor buaya di kawasan tempat tinggalnya.

“Sebaik menerima aduan tersebut pihak petugas JHL bergegas le lokasi kejadian dan bertindak memasang pancing buaya di tempat pengadu.

“Petugas JHL berjaya menangkap seekor buaya seperti yang diadu oleh pengadu dengan cara menembak buaya tersebut atas sebab keselamatan kerana buaya tersebut bertindak agresif terhadap petugas JHL.

“Seterusnya buaya berukuran lebih kurang 12 kaki panjang itu dibawa untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/23/buaya-12-kaki-panjang-berjaya-ditangkap-di-kg-dungun/feed/ 0 61098
Kanak-kanak lelaki 9 tahun maut disyaki dibaham buaya https://sabahmedia.com/2024/06/23/kanak-kanak-lelaki-9-tahun-maut-disyaki-dibaham-buaya/ https://sabahmedia.com/2024/06/23/kanak-kanak-lelaki-9-tahun-maut-disyaki-dibaham-buaya/#respond Sun, 23 Jun 2024 10:46:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56433
Read Time:43 Second

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut disyaki dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti mandi-manda di sungai Kampung Lembaga Batu 8, Jalan Datuk Tay dekat sini tengahari tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.16 tengahari tadi (23 Jun) terdapat seorang kanak-kanak lelaki disyaki dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti bermandi-manda di sungai tersebut.

“Pasukan Bomba dari Balai Sandakan bertindak menjalankan operasi mencari mangsa dengan kaedah surface rescue.

“Mangsa berjaya dijumpai pada jam 3:05 petang oleh orang kampung, 500 meter dari lokasi mangsa dibaham buaya.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, keadaan mangsa semasa dijumpai iaitu badan mangsa sempurna hanya terdapat bekas gigitan buaya di bahagian rusuk dan lutut mangsa sahaja.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/23/kanak-kanak-lelaki-9-tahun-maut-disyaki-dibaham-buaya/feed/ 0 56433