bubur lambuk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 11 Mar 2026 01:02:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bubur lambuk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Maritim Malaysia, INTAN Kampus Sabah agih 2,500 bubur lambuk semarak Ramadan https://sabahmedia.com/2026/03/11/maritim-malaysia-intan-kampus-sabah-agih-2500-bubur-lambuk-semarak-ramadan/ https://sabahmedia.com/2026/03/11/maritim-malaysia-intan-kampus-sabah-agih-2500-bubur-lambuk-semarak-ramadan/#respond Tue, 10 Mar 2026 23:56:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93027
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 2,500 bubur lambuk dimasak dan diagihkan kepada warga kerja Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan jabatan yang hadir pada Program Kongsi Rezeki Bubur Lambuk.

Program itu dianjurkan Maritim Malaysia Negeri Sabah dan Labuan dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sabah di sini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah, Laksamana Pertama Maritim Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, program berkenaan bukan sekadar aktiviti memasak bubur lambuk, sebaliknya platform mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan di negeri ini.

“Sebanyak 2,500 bubur lambuk berjaya dimasak secara gotong-royong sebelum diagihkan kepada warga kerja agensi serta jabatan yang hadir.

“Program ini menjadi ruang untuk kita berkongsi rezeki dan mengukuhkan kerjasama antara agensi sepanjang Ramadan,” katanya.

Program Kongsi Bubur Lambuk ini dikendalikan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR) bagi pihak Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Labuan yang dipengerusikan Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil.

Sementara itu, INTAN Kampus Sabah turut menyediakan fasiliti serta sokongan logistik bagi memastikan kelancaran program yang dijalankan secara gotong-royong itu.

Antara jabatan yang menerima agihan bubur lambuk ialah Pejabat Daerah Tuaran, Markas Armada Timur, Jabatan Laut Malaysia (JLM), Politeknik Kota Kinabalu, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu, Sekolah Kebangsaan Lapasan serta Jabatan Sukarelawan Malaysia melalui Pusat Latihan RELA.

Turut hadir mewakili Pengarah Wilayah INTAN Kampus Sabah ialah Presiden Kelab KERIS, Josliw Matjumping.

Khairulanuar dalam pada itu berkata, program seumpama itu bukan sahaja menyemarakkan sambutan Ramadan, malah memperkukuh semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan warga perkhidmatan awam.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat meni program berkenaan yang disifatkan sebagai usaha kecil tetapi membawa makna be: menyemai nilai perkongsian dan kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/11/maritim-malaysia-intan-kampus-sabah-agih-2500-bubur-lambuk-semarak-ramadan/feed/ 0 93027
SJA, Maggi edar 600 pek bubur lambuk sempena Ramadan https://sabahmedia.com/2026/03/01/sja-maggi-edar-600-pek-bubur-lambuk-sempena-ramadan/ https://sabahmedia.com/2026/03/01/sja-maggi-edar-600-pek-bubur-lambuk-sempena-ramadan/#respond Sun, 01 Mar 2026 01:53:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92470
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Wartawan Sabah (SJA), dengan kerjasama Maggi, mengedarkan 600 pek bubur lambuk sempena bulan Ramadan di sini pada Sabtu.

Sebanyak 400 pek diedarkan di Bandaran Berjaya kira-kira jam 2 petang kepada pengusaha pengangkutan awam dan orang ramai, manakala 200 pek lagi diberikan kepada ahli SJA sempena program hari keluarga dan majlis berbuka puasa persatuan itu yang diadakan kemudian pada hari yang sama.

Bubur lambuk tersebut disediakan menggunakan bahan-bahan yang ditaja oleh Maggi.

Hadir di Bandaran Berjaya ialah Presiden SJA Mariah Doksil, Pengurus Operasi Nestlé Products Sdn Bhd Wallace Tan, pengerusi penganjur Vivi Olviana Najurus, kakitangan Maggi serta ahli jawatankuasa SJA.

Mariah berkata, aktiviti itu adalah sebahagian daripada usaha persatuan untuk memupuk semangat muhibah dan mengeratkan hubungan dengan masyarakat sambil menghayati semangat Ramadan.

“Ramadan adalah bulan penuh kasih sayang, berkongsi dan saling mengambil berat. Ia merupakan waktu yang bermakna untuk kita menghulurkan bantuan, terutama kepada mereka yang bekerja keras sepanjang bulan puasa seperti pengusaha pengangkutan awam,” katanya.

Beliau menambah, kerjasama dengan Maggi mencerminkan kepentingan jalinan antara warga media dan organisasi korporat dalam melaksanakan inisiatif berteraskan komuniti.

Mariah turut merakamkan penghargaan kepada Maggi dan Nestlé atas sokongan dalam menjayakan program tersebut, sambil menyifatkan inisiatif seumpama itu bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima, malah mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli SJA.

Wallace berkata, Maggi berbesar hati menyokong program kemasyarakatan yang bermakna sepanjang Ramadan dan menegaskan komitmen syarikat untuk terus menyumbang kembali kepada masyarakat melalui pelbagai program jangkauan.

Pengagihan di Bandaran Berjaya menerima maklum balas positif daripada orang ramai yang menyambut baik inisiatif tersebut menjelang waktu berbuka puasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/01/sja-maggi-edar-600-pek-bubur-lambuk-sempena-ramadan/feed/ 0 92470
2,000 bungkusan bubuk lambuk diagih kepada penduduk sekitar Sepanggar https://sabahmedia.com/2025/03/22/2000-bungkusan-bubuk-lambuk-diagih-kepada-penduduk-sekitar-sepanggar/ https://sabahmedia.com/2025/03/22/2000-bungkusan-bubuk-lambuk-diagih-kepada-penduduk-sekitar-sepanggar/#respond Sat, 22 Mar 2025 02:38:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70911
Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 2,000 bungkusan bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk sekitar Sepanggar sempena penganjuran Program Kasih Ramadan : Masak Dari Hati di sini baru-baru ini.

Program anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Kota Kinabalu (PKK) itu turut mendapat kerjasama antara Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd. dan Restoran Citarasa De’Bayu.

Yang Dipertua JPP PKK Muhammad Daniel Hakim Abudus, berkata, penganjuran program itu adalah bertujuan bagi mengeratkan silaturrahim antara JPP PKK selain memberi semula kepada komuniti setempat.

“Kami telah mengedarkan bubur lambuk di sekitar PKK, Klinik Komuniti PCC, Surau Al-Mustafa KKIP V19, Masjid Al-A’laa Kampung Lokub, Surau Indah Permai dan Petronas KKIP.

“Saya merakamkan setinggi penghargaan kepada Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd dan Restoran Citarasa De’Bayu kerana telah memberi sumbangan dan turut sama-sama hadir memasak bubur lambuk secara gotong royong bersama-sama sehingga selesai,” katanya.

Penasihat JPP PKK, Fitriyah Mirojono berkata program seperti ini dapat membangunkan modal insan para pelajar dan membantu pelajar mendalami dan memahami konsep tanggungjawab sosial korporat dalam dunia yang sebenar.

Hadir sama Timbalan Pengarah Akademik PKK Abdul Razak Mohd Daim, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Muhammaddin Jair, Pengawai Pengambilan dan Data Mohd Hanif Abd Rahman, Pengurus Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd Muhammad Zahari Muhd Nasir dan Pengurus Restoran Citarasa De’ Bayu Noor Hafis Mat Rain – SABAH MEDIA / FOTO PKK

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/22/2000-bungkusan-bubuk-lambuk-diagih-kepada-penduduk-sekitar-sepanggar/feed/ 0 70911
4,000 pek bubur lambuk diagihkan sempena Ramadan https://sabahmedia.com/2025/03/21/4000-pek-bubur-lambuk-diagihkan-sempena-ramadan/ https://sabahmedia.com/2025/03/21/4000-pek-bubur-lambuk-diagihkan-sempena-ramadan/#respond Fri, 21 Mar 2025 02:39:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70866
Read Time:43 Second

Kota Kinabalu  : Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah mengagihkan 4,000 pek bubur lambuk sebagai usaha menyuburkan semangat berkongsi rezeki di bulan Ramadan.

Setiausaha Persekutuan (SUP) Sabah, Datuk Seri Rosli Isa berkata, program dengan kerjasama Adabi Sabah Distributions Sdn. Bhd. (ADABI) itu dapat mengeratkan hubungan di kalangan masyarakat melalui perkongsian rezeki dan akan diteruskan pada masa hadapan.

“Ini menunjukkan satu hubungan erat diberikan dalam meraikan Ihya’ Ramadan dan merupakan tahun ketiga dilaksanakan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) dengan kerjasama daripada 25 jabatan agensi kerajaan di sini,” katanya.

Beliau ditemui media semasa Program Ihya’ Ramadan KPKPS Tahun 2025: Agihan Bubur Lambuk Kepada Warga KPKS dan Orang Awam, di sini.

Pada majlis tersebut Rosli bersama pegawai-pegawai KPKPS mengagihkan 2,500 kepada penjawat awam manakala 1,500 pek bubur lambuk lagi diberikan kepada orang awam.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/21/4000-pek-bubur-lambuk-diagihkan-sempena-ramadan/feed/ 0 70866
DBKK agih 1,020 pek bubur lambuk https://sabahmedia.com/2022/04/14/dbkk-agih-1020-pek-bubur-lambuk/ https://sabahmedia.com/2022/04/14/dbkk-agih-1020-pek-bubur-lambuk/#respond Thu, 14 Apr 2022 01:21:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14224
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengagihkan sebanyak 1,020 pek bubur lambuk kepada pengunjung sekitar bazar Ramadan Lintasan Deasoka disini semalam.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, agihan bubur lambuk itu merupakan acara tahunan yang dilaksanakan bersama Syarikat Nestle Sdn Bhd pada bulan Ramadhan. 

“Selama dua tahun bazar Ramadan tidak diadakan dan apabila ia dibuka semula pada tahun ini, sambutan amatlah menggalakkan cuma bezanya tahun sebelumnya kita memasak. 

“Kali ini, Persatuan Bulan Sabit Merah memasak bubur lambuk, bahan-bahan disediakan oleh Maggi dan beras ditaja oleh Sazarice,” katanya ketika ditemui pada majlis agihan bubur lambuk diperkarangan DBKK disini semalam.

Noorliza berkata, sempena Ramadan, semua lokasi bazar mempunyai kawalan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

“Untuk bazar Ramadhan pada tahun ini, DBKK dengan kerjasama Bank Negara memperkenalkan ‘Bayaran Tanpa Tunai’ di hampir semua lokasi bazar Ramadan di Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya.

Pada tahun ini, sebanyak 16 lokasi bazar ramadan dibuka pihaknya iaitu Indah Permai, Sembulan, Tanjung Aru, Pasar Malam Inanam, Pasar malam Inanam Point, Pasar Malam Manggatal, Pasar Malam Kingfisher, kawasan boardwalk di belakang Marriott Hotel (tapak baharu),  University Apartment, Wisma Merdeka, Asia City, Taman Putera Jaya, Metro Town, Wawasan Plaza dan Bataras Kolombong.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Cawangan Sabah), Datuk Asnan Yunus Chung, Pengurus Jualan dan Operasi Am Sabah – Brunei (Nestle Products Sdn Bhd), Quek Teng Hiong dan Ketua Jabatan Pemasaran Sazarice, Rayner Kilik.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/14/dbkk-agih-1020-pek-bubur-lambuk/feed/ 0 14224