Budaya – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 08 Nov 2025 09:28:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Budaya – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program MOTAC bersama komuniti semarak perpaduan masyarakat https://sabahmedia.com/2025/11/08/program-motac-bersama-komuniti-semarak-perpaduan-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2025/11/08/program-motac-bersama-komuniti-semarak-perpaduan-masyarakat/#respond Sat, 08 Nov 2025 09:28:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85278
Read Time:56 Second

PUTATAN  : Program MOTAC Bersama Komuniti Petagas menjadi platform penting bagi mengukuhkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum di daerah ini, sekali gus menyemarakkan semangat perpaduan selaras aspirasi negara.

Pengerusi Ahli Lembaga Peladang Muda Putatan, Mohd Isquzawan Israq Arsit, berkata usaha berterusan seperti ini amat signifikan dalam memastikan keharmonian dan kebersamaan antara komuniti pelancongan serta penduduk setempat sentiasa terpelihara.

Menurutnya, penglibatan masyarakat dalam program sebegini bukan sahaja memupuk sikap saling menghormati, tetapi turut mengukuhkan identiti budaya yang menjadi kebanggaan bersama.

Program yang berlangsung di Tapak Mobile Kiosk Putatan itu diserikan dengan pelbagai pengisian menarik, termasuk Pertandingan Nyanyian Lagu Etnik, Pertandingan Memasak Kuih Tradisional Penjaram, Pertandingan Karom serta persembahan budaya Betitij dan Limbai. 

Semua aktiviti mendapat sambutan meriah daripada masyarakat setempat yang hadir berbilang lapisan umur.

Penganjuran kali ini dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Persatuan Amal Kebajikan Tempasuk Kota Belud serta Pertubuhan Peladang Kawasan Putatan, sebagai komitmen bersama dalam mencungkil bakat, memelihara warisan budaya, dan mengukuhkan perpaduan komuniti.

Program tersebut sekali lagi membuktikan bahawa seni, budaya dan aktiviti rakyat mampu menjadi jambatan penyatuan yang paling berkesan dalam membina masyarakat harmoni. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/08/program-motac-bersama-komuniti-semarak-perpaduan-masyarakat/feed/ 0 85278
‘Malam Budaya Mingguan’ mampu jadi tarikan terbaharu pelancongan Kota Belud https://sabahmedia.com/2025/11/08/malam-budaya-mingguan-mampu-jadi-tarikan-terbaharu-pelancongan-kota-belud/ https://sabahmedia.com/2025/11/08/malam-budaya-mingguan-mampu-jadi-tarikan-terbaharu-pelancongan-kota-belud/#respond Sat, 08 Nov 2025 03:43:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85257
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD :  Cadangan mewujudkan Malam Budaya Mingguan di Kota Belud dijangka mampu memperkukuh jenama daerah itu sebagai pusat pelancongan budaya utama di Sabah.

Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah, Datuk Japlin Akim, berkata inisiatif itu akan menjadi platform tetap untuk mengetengahkan persembahan tradisional, seni muzik etnik dan tarian warisan pelbagai kaum di daerah berkenaan.

Menurut beliau, lokasi strategik Pentas Budaya yang bersebelahan dengan Tamu Mingguan Kota Belud memberi kelebihan besar kerana ia sudah pun menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

“Jika setiap malam minggu kita isi dengan persembahan kebudayaan, pelancong yang datang ke tamu boleh terus menikmati keindahan budaya tempatan.

“Ia bukan sekadar hiburan, tetapi satu cara memelihara identiti dan sejarah masyarakat kita,” katanya ketika ditemui Sabah Media pada program ‘Bah Nalan Kiti’, anjuran bersama Persatuan Pelancongan Komuniti Tempasuk dan Kementerian Pelancongan Malaysia.

Japlin turut menekankan pentingnya penglibatan generasi muda dalam program kebudayaan supaya mereka memahami nilai warisan sendiri dan meneruskan kesinambungan seni tradisional seperti Nget Biola dan Bertitik.

“Anak muda perlu diberi ruang tampil di pentas budaya. Di situ mereka boleh belajar, bergaul dan membina keyakinan diri sambil memperkukuh rasa bangga terhadap asal usul mereka,” ujarnya.

Beliau turut menyokong konsep ‘Nalan Kiti’ yang bermaksud berjalan ke keramaian atau memeriahkan majlis, sebagai simbol semangat perpaduan antara masyarakat pelbagai etnik di Kota Belud termasuk Bajau Sama, Dusun dan Irranun.

Japlin menambah, sinergi antara komuniti tempatan dan pihak berkuasa pelancongan amat penting bagi memastikan program kebudayaan seperti itu dapat dikekalkan secara berterusan dan berimpak ekonomi.

“Pelancongan berasaskan komuniti perlu diangkat ke tahap lebih tinggi. Kita bukan hanya menjual pemandangan indah, tetapi cerita dan jiwa di sebalik setiap budaya,” katanya.

Dengan kekayaan warisan, keunikan muzik tradisional dan keramahan penduduk, Kota Belud diyakini mampu muncul sebagai destinasi pelancongan budaya unggul di Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/08/malam-budaya-mingguan-mampu-jadi-tarikan-terbaharu-pelancongan-kota-belud/feed/ 0 85257
Kepelbagaian budaya, suku kaum di Sabah asas kekuatan negara – PM Anwar https://sabahmedia.com/2025/05/30/kepelbagaian-budaya-suku-kaum-di-sabah-asas-kekuatan-negara-pm-anwar/ https://sabahmedia.com/2025/05/30/kepelbagaian-budaya-suku-kaum-di-sabah-asas-kekuatan-negara-pm-anwar/#respond Fri, 30 May 2025 07:12:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74835
Read Time:1 Minute, 44 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Penampang : Kepelbagaian budaya dan suku kaum di Sabah bukan sekadar warisan, tetapi asas kepada kekuatan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Sabah dan para pemimpin negeri atas sambutan hangat serta semangat kebersamaan yang terpancar dalam perayaan Pesta Kaamatan.

“Saya berasa amat terharu, jadi tugas Perdana Menteri mesti datang meraikan sambutan hebat Kaamatan Sabah.  Kerana saya yakin semua sambutan budaya menghormati Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) dan memuliakan adat istiadat kita dan suku-suku kaum kita.

“Ia termasuklah dengan semangat Kaamatan untuk ‘Toinsanan’ ini memberi kehebatan yang lebih mengangkat kedudukan Malaysia sebagai negara yang terkenal di dunia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan KDCA di sini pada Jumaat.

Anwar turut menekankan pentingnya nilai keterangkuman dalam masyarakat majmuk Malaysia.

“Kita boleh senaraikan ratusan perbezaan antara Kaamatan, Hari Raya, Deepavali atau Krismas. Tapi lebih penting, ada ratusan persamaan.

“Ini termasuklah semangat ihsan, kemanusiaan dan kepelbagaian yang harus kita raikan bersama. Mengapa pilih perbezaan, bila kita boleh pilih persamaan?” katanya.

Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa sejarah telah membuktikan bahawa egara yang gagal mengurus perbezaan akan runtuh.

“Negara yang berjaya ialah negara yang meraikan perpaduan dalam kepelbagaian. Jangan sesekali korbankan keharmonian demi perebutan kuasa politik. Pimpinan waras mesti mendahulukan rakyat dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menghargai hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya ucap terima kasih kepada Ketua Menteri dan seluruh pimpinan Sabah kerana memilih untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat. 

“Sejak saya jadi Perdana Menteri, kita adakan mesyuarat Persekutuan dan Negeri paling kerap dalam sejarah, dan saya sendiri dengar terus pandangan pemimpin Sabah.

“Kita mahu Sabah maju bersama Malaysia. Untuk itu, perlu semangat perpaduan dan kepercayaan antara semua pemimpin. Hanya dengan hubungan yang saling meyakini, kemajuan sebenar dapat dicapai,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan mencerminkan keutamaan yang ditentukan bersama oleh Sabah dan Persekutuan, bukan ditentukan secara sepihak di Kuala Lumpur. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/30/kepelbagaian-budaya-suku-kaum-di-sabah-asas-kekuatan-negara-pm-anwar/feed/ 0 74835
Kerajaan tambah baik pemeliharaan warisan budaya, pengurusan alam sekitar https://sabahmedia.com/2025/01/25/kerajaan-tambah-baik-pemeliharaan-warisan-budaya-pengurusan-alam-sekitar/ https://sabahmedia.com/2025/01/25/kerajaan-tambah-baik-pemeliharaan-warisan-budaya-pengurusan-alam-sekitar/#respond Sat, 25 Jan 2025 07:34:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67450
Read Time:2 Minute, 41 Second

KINARUT: Kerajaan negeri akan terus mempergiatkan usaha menambah baik pemeliharaan warisan budaya dan pengurusan alam sekitar untuk terus memacu dan memperkasa industri pelancongan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, bagi menyokong usaha itu, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM102.87 juta kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri untuk tujuan operasi dan pelaksanaan pelbagai program serta projek pembangunan pada tahun 2025.

Beliau berkata, industri pelancongan negeri ini memerlukan lebih banyak produk baharu yang boleh menjadi tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara memandangkan Sabah mempunyai pelbagai sumber pelancongan yang boleh dipelbagaikan sama ada berasaskan flora dan fauna mahu pun khazanah budaya serta warisan etnik negeri ini.

Sejajar dengan harapan itu, beliau mengajak pemain industri pelancongan di negeri ini meneroka idea-idea baharu untuk menghasilkan produk pelancongan menarik, sekali gus memastikan Sabah terus menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara.

“Usaha kita untuk menarik kehadiran pelancong ke Sabah dengan meningkatkan produk pelancongan juga selari dengan komitmen kerajaan Malaysia untuk menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 yang menyasarkan lebih 35 juta pelancong.

“Walaupun Sabah menyasarkan seramai 3.7 juta pelancong, namun sebagai persediaan untuk TMM 2026, kita mesti bersedia untuk menerima kehadiran lebih ramai pelancong ke negeri ini. Justeru, pemain industri harus sedia dan lebih kreatif untuk menambah produk baharu pelancongan negeri ini”, katanya pada Majlis Pecah Tanah Kompleks Kebudayaan Sabah di Kinarut, Papar pada Sabtu.

Hajiji berkata, pemain industri pelancongan, termasuk dalam kalangan usahawan muda perlu terus menggunakan teknologi baharu dalam mempromosikan produk pelancongan berasaskan kebudayaan tempatan kerana cara itu boleh memperkenalkan keunikan kebudayaan Malaysia, sekali gus menarik minat pelancong berkunjung ke negara ini.

Selain itu katanya, pembangunan produk pelancongan yang baharu ini juga mampu menyediakan peluang pekerjaan serta memberi peluang kepada komuniti tempatan untuk terlibat dan menikmati manfaat daripada industri pelancongan.

Beliau yakin Kompleks Kebudayaan Sabah yang melibatkan pembinaan dua komponen utama, iaitu Kampung Budaya dan Pusat Kebudayaan akan menjadi produk pelancongan baharu yang menawarkan pengalaman yang unik, inovatif dan berbeza daripada pelancongan sedia ada.

Katanya, kompleks ini juga akan menjadi tambahan kepada pusat kebudayaan sedia ada di negeri ini iaitu Pusat Kebudayaan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun, Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah, dan Pusat Kebudayaan Murut Tenom.

Menurutnya, pembinaan Kompleks Kebudayaan Sabah menerusi kerjasama pintar antara Kerajaan Negeri dan sektor swasta, adalah bukti komitmen berterusan daripada kerajaan untuk mewujudkan kompleks pertama yang akan menghimpunkan warisan budaya pelbagai etnik di negeri ini.

“Ini sekaligus menandakan permulaan kepada satu lagi mercu tanda penting bagi Sabah yang mencerminkan hasrat kita untuk memelihara, menghargai dan mengangkat warisan budaya negeri yang kaya dengan keunikan etnik dan tradisinya.

“Kerajaan negeri akan memastikan pembangunan projek ini dapat dilaksanakan dengan cermat, mengikut garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan. Manfaat daripada kejayaan projek ini bukan saja dinikmati oleh generasi masa kini, malah pada masa akan datang”, tegasnya.

Hajiji juga menyeru semua pemimpin masyarakat, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dan semua lapisan masyarakat negeri ini agar terus memperkasa dan memelihara seni, budaya dan warisan bangsa yang kita miliki dengan sebaik-baiknya agar tidak pupus ditelan zaman.

“Marilah kita bersama-sama menyokong usaha ini demi merealisasikan impian menjadikan Sabah sebagai negeri yang kaya dengan warisan dan budaya”, katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/25/kerajaan-tambah-baik-pemeliharaan-warisan-budaya-pengurusan-alam-sekitar/feed/ 0 67450
Sambutan perayaan pelbagai kaum wadah jalin muafakat, perpaduan https://sabahmedia.com/2025/01/23/sambutan-perayaan-pelbagai-kaum-wadah-jalin-muafakat-perpaduan/ https://sabahmedia.com/2025/01/23/sambutan-perayaan-pelbagai-kaum-wadah-jalin-muafakat-perpaduan/#respond Thu, 23 Jan 2025 03:21:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67317
Read Time:1 Minute, 34 Second

Membakut: Kepelbagaian perayaaan kaum di negeri ini yang disambut meriah berbilang kaum menjadi wadah untuk menjalinkan muafakat, keharmonian dan perpaduan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, selain daripada aspek pembangunan daerah penuh Membakut, perpaduan dan keharmonian juga menjadi keutamaan dalam kepimpinan kerajaan hari ini.

“Di Membakut ini juga ada masyarakat Tiong Hua dan kita hidup berbagai kaum dengan penuh harmoni. Kita raikan apa-apa perayaan yang dianjurkan oleh masyarakat berbagai kaum. Sebelum ini kita meraikan Krismas, hari ini kita di ambang Tahun Baru Cina.

“Bulan depan kita akan berdepan dengan Ramadan dan Aidilfitri. Selepas itu, kembali ke Pesta Kaamatan dan berbagai program yang akan kita anjurkan di Membakut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Pesta Tanglung sempena Tahun Baharu Cina 2025 di sini, semalam.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, pada tahun ini pelbagai perayaan akan diraikan bersama di daerah ini bersama masyarakat setempat yang berbilang kaum.

“Kita sudah menjadi satu daerah penuh Membakut dan Bongawan dan kita juga akan memastikan pembangunan akan menjadi sebahagian daripada daerah ini,” katanya

Pada majlis tersebut, Arifin turut menyampaikan sumbangan kepada tiga tokong Cina di sekitar Membakut.

“Seperti mana biasa apabila ada perayaan, kita akan menyampaikan sumbangan untuk rumah ibadat mereka atau persatuan kebudayaan masing-masing.

“Sebelum ini, kita menyumbang kepada semua gereja dan semua pimpinan agama Kristian,hari ini Tahun Baharu Cina dan akan datang bulanRamadan insyaAllah kita akan memberikan sumbangan juga kepada masjid-masjid dan surau,” katanya

Dalam majlis berasingan, Arifin yang diiringi Pegawai Daerah Ibrahim Terki menyantuni para peniaga Tiong Hua dan mengagihkan buah limau kepada lebih 50 premis di sekitar Pekan Membakut serta beberapa premis lagi di kampung-kampung.

Masyarakat Tiong Hua merupakan kaum minoriti di Membakut namun, asimilasi budaya bersama penduduk tempatan sejak beratus tahun dahulu menyebabkan golongan tersebut turut mengamalkan budaya tempatan serta fasih berbahasa Brunei.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/23/sambutan-perayaan-pelbagai-kaum-wadah-jalin-muafakat-perpaduan/feed/ 0 67317
Pelihara & kekalkan identiti budaya warisan bangsa -Japlin https://sabahmedia.com/2024/08/18/pelihara-kekalkan-identiti-budaya-warisan-bangsa-japlin/ https://sabahmedia.com/2024/08/18/pelihara-kekalkan-identiti-budaya-warisan-bangsa-japlin/#respond Sun, 18 Aug 2024 12:40:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59284
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Identiti warisan bangsa dan budaya masyarakat yang kaya perlu dipelihara bagi memastikan kelangsungan etnik peribumi itu kekal diketahui oleh generasi baharu.

Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Samah Sabah, Datuk Japlin Akim berkata disamping kita rancak membangunkan negeri, kita juga tidak mengabaikan kepentingan adat dan budaya kita.

Katanya, ini kerana budaya merupakan aspek penting dalam kehidupan kita yang melambangkan identiti sesuatu bangsa, suku kaum dan etnik untuk terus dipelihara dan dimartabatkan untuk kepentingan kita dan generasi akan datang. 

“Perjuangan mempertahankan identiti kita harus diteruskan demi keperluan generasi akan datang. Generasi muda tidak boleh tunduk kepada kepuasan ini. Kita harus memelihara semua ini untuk generasi akan datang.

“Generasi muda perlu mempertahankan keunikan budaya yang ada sebagai teras kepada keharmonian kaum sejak dahulu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Program Persembahan Kesenian dan Kebudayaan Pelbagai Etnik
anjuran Persatuan Rumpun Bajau Samah cawangan Bandaraya Kota Kinabalu di Lintasan Deasoka Gaya Street di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah.

Japlin juga berharap persatuan ini dapat terus memelihara dan memartabatkan budaya ini serta mengekalkan semangat perpaduan dan keharmonian sesama kita. 

“Menerusi perpaduan dan kesatuan rakyat yang berbilang suku kaum dan etnik, kita akan dapat memacu transformasi pembangunan negeri ke tahap kejayaan yang lebih tinggi,” katanya.

Menurutnya, program kesenian dan kebudayaan telah diadakan sejak tahun 2022 dan tahun ini merupakan program kebudayaan kali ke tiga diadakan. Pogram setiap tahun dinamakan Pesta Kebudayaan pada bulan Februari.

“Di Kampung Unggun Jaya sudah ada mini dewan Bajau Sama untuk membuat program kebudayaan.

“Sempena bulan kemerdekaan, program kesenian dan kebudayaan ini boleh dijadi contoh kepada pelancongan yang datang berkunjung ke Sabah terutama di Lintasan Deasoka” katanya.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Rumpun Bajau Samah cawangan Bandaraya Kota Kinabalu, Shamsuddin Awang Aman, Timbalan Masri Mansor, Naib Pengerusi Mohd Syum Majid, Setiausaha Awang Ali, Bendahari, Johan Walit, Ketua Penerangan, Madsa Awang Aman.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/18/pelihara-kekalkan-identiti-budaya-warisan-bangsa-japlin/feed/ 0 59284
Kerajaan negeri komited memartabat warisan budaya, kesenian rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2024/05/31/kerajaan-negeri-komited-memartabat-warisan-budaya-kesenian-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/05/31/kerajaan-negeri-komited-memartabat-warisan-budaya-kesenian-rakyat-sabah/#respond Fri, 31 May 2024 04:22:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55312
Read Time:2 Minute, 28 Second

PENAMPANG: Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah akan melaksanakan beberapa program kebudayaan yang penting pada tahun ini, bagi memastikan warisan kebudayaan dan kesenian rakyat tempatan dapat dipertahankan dari generasi ke generasi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, antara program itu ialah “Pembangunan Komuniti” melalui modul Protokol Budaya Komuniti yang akan memberi manfaat kepada komuniti pelancongan luar bandar dan badan kebudayaan dalam meningkatkan pengurusan dan layanan pelancongan budaya yang bertaraf dunia.

Selain itu katanya, projek meningkatkan produk pelancongan di Pusat Kebudayaan Murut Tenom juga akan dilaksanakan pada tahun ini, selain memperkasa Cultural PitStop (CPS) yang terletak di Tawau, Kota Belud, Sandakan, Tenom termasuk tiga lagi lokasi lain iaitu Dataran Wisma Budaya, Ranau dan Keningau.

“Program-program itu bertujuan memastikan khazanah yang diwarisi ini dapat dipertahankan dari generasi ke generasi”, katanya pada Majlis Penutupan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2024 di Dewan Hongkod Koisaan KDCA pada Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim menyempurnakan penutupan pesta itu. Ini merupakan kali kedua Anwar hadir ke Pesta Kaamatan Peringkat Negeri.

Hajiji berkata, sambutan Pesta Kaamatan amat signifikan dengan usaha Kerajaan Negeri untuk memartabatkan warisan kebudayaan dan kesenian rakyat tempatan.

“Kita juga menyedari bahawa kekayaan tradisi budaya dalam kepelbagaian etnik merupakan aset penting dalam sektor pelancongan yang akan terus dipelihara untuk diwarisi generasi akan datang.

“Sebab itu, Kerajaan Negeri amat menyokong usaha mengembangkan dan mempertahankan budaya serta kesenian setiap etnik menerusi persatuan masingmasing agar warisan budaya berharga ini berkekalan”, katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) terus komited dengan usaha meningkatkan tahap sara diri hasil pertanian terutamanya padi bagi memperkukuh keterjaminan makanan, khususnya komoditi beras.

Justeru katanya, pada April lalu Kabinet Negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah sebagai sebahagian inisiatif meningkatkan pengeluaran serta keselamatan makanan di negeri ini, selain melaksanakan beberapa inisiatif lain bagi meningkatkan taraf sara diri atau (SSL).

Menurutnya, usaha ini termasuklah memberi penekanan kepada pembangunan padi tanah kering (penanaman padi bukit) pada tahun ini, mamandangkan Jabatan Pertanian Sabah (JPS) mempunyai sebanyak 404 koleksi aksesi (jenis padi tanah kering) dalam gen bank janaplasma padi.

Hajiji berkata, mengikut statistik JPS pada tahun 2021, dianggarkan seluas 13,733 hektar kawasan ditanam padi tanah kering merangkumi 17 buah daerah di seluruh Sabah antaranya di daerah Ranau, Tongod, Kota Marudu, Penampang, Tuaran, Nabawan dan Pitas.

Katanya, perayaan Pesta Kaamatan selain merupakan medan untuk mengetengahkan budaya dan seni masyarakat KDMR di negeri ini, juga mampu menyatukan semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan budaya di negeri ini.

“Sebab itu, perpaduan dalam kepelbagaian suku kaum, budaya serta kepercayaan agama di Sabah adalah aset penting yang perlu dipelihara dan dipertahankan oleh rakyat negeri ini. Ini kerana keharmonian dan warna-warni kepelbagaian yang menjadikan Sabah unik serta istimewa selain memiliki keindahan kebudayaan dan kesenian yang tersendiri.

“Kita perlu sematkan dalam diri masing-masing bahawa hanya dengan kestabilan dan perpaduan sahajalah yang mampu membawa sesebuah negara dan rakyatnya maju ke hadapan sekali gus dihormati dan disegani oleh masyarakat antarabangsa”, katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/31/kerajaan-negeri-komited-memartabat-warisan-budaya-kesenian-rakyat-sabah/feed/ 0 55312
Kempen Bersih Putatan 2022 Pupuk Budaya Masyarakat Pentingkan Kebersihan https://sabahmedia.com/2022/04/01/kempen-bersih-putatan-2022-pupuk-budaya-masyarakat-pentingkan-kebersihan/ https://sabahmedia.com/2022/04/01/kempen-bersih-putatan-2022-pupuk-budaya-masyarakat-pentingkan-kebersihan/#respond Fri, 01 Apr 2022 06:25:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13734
Read Time:1 Minute, 32 Second

PUTATAN: Kempen Bersih Putatan 2022 adalah untuk memupuk budaya masyarakat di daerah ini yang mementingkan dalam aspek kebersihan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, kempen seperti ini dapat memupuk budaya masyarakat yang mementingkan kebersihan sekaligus menjadikan daerah Putatan akan lebih bersih dan rakyatnya boleh hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Shahelmey bersama masyarakat Daerah Putatan semasa Kempen Bersih Putatan 2022 di perkarangan Pejabat Daerah Putatan.

Kempen kebersihan ini bermula dari April hingga hujung tahun ini melibatkan semua 26 kampung dan kawasan-kawasan perumahan yang berada di daerah Putatan.

“Kita percaya usaha dan kempen Bersih Putatan ini perlu dilaksanakan secara total sebagai satu usaha membangunkan masyarakat yang ada di daerah ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Bersih Putatan 2022 di perkarangan Pejabat Daerah Putatan hari ini.

Beliau berkata, Pejabat Daerah Putatan selaku urusetia kempen ini telah menyediakan takwim sepanjang tahun yang mana ada acara-acara yang telah dirancang dan akan dilaksanakan, di mana kita akan buat pemantauan dari setiap bulan sebagai mana efektif serta sejauh mana ia mencapai objektifnya apabila akhir tahun nanti dan akan membuat semakan sama ada untuk meneruskan pada tahun-tahun berikutnya.

Ditanya mengenai samada kempen seperti ini akan dilaksanakan ke daerah-daerah lain, Shahelmey berkata, InshaAllah ia akan diteruskan oleh wakil-wakil rakyat di daerah masing-masing.

Menurut Shahelmey, susulan daripada tahap kebersihan yang kurang memuaskan di kawasan daerah Putatan, maka ia mencetus idea mengadakan kempen ini dan mendapat kerjasama dari pegawai daerah serta pegawai eksekutif bertujuan untuk menjayakan budaya mementingkan kebersihan bagi masyarakat Putatan.

Turut hadir Pegawai Daerah Putatan, Haryani Anah Abdul Kahar, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Putatan Ahmad Helmy Mohd Taib, Ketua Daerah Putatan Datuk OKK Mohd Dahali Matsin dan Datuk OKK Stephen Sondoh, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N24 Tanjung Keramat, Sufian Matin dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarkat N23 Petagas, Latip Jiar.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/01/kempen-bersih-putatan-2022-pupuk-budaya-masyarakat-pentingkan-kebersihan/feed/ 0 13734
Kekal Perpaduan, Keunikan Budaya, Toleransi Kalangan Masyarakat Di Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/31/kekal-perpaduan-keunikan-budaya-toleransi-kalangan-masyarakat-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/31/kekal-perpaduan-keunikan-budaya-toleransi-kalangan-masyarakat-di-sabah/#respond Mon, 31 Jan 2022 03:57:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11770
Read Time:1 Minute, 14 Second

KUDAT : Rakyat di negeri ini harus mempertahankan perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum dan mengelak terlibat dengan sebarang unsur yang boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan mereka.

Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Ruddy Awah berkata, Sabah kekal unik melalui semangat kerjasama dan konsep toleransi yang wujud dalam kalangan masyarakat setempat.

Katanya, keunikan itu dalam dilihat dan terserlah ketika sambutan perayaan apabila diraikan dalam suasana harmoni dan muhibbah.

“Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, saya meminta kepada semua masyarakat untuk terus menggunakan landasan ini bagi mengukuhkan perpaduan seterusnya menyambut perayaan dalam suasana ceria dan harmoni.

“Selain itu, saya juga berharap agar semua pihak dapat mengenepikan politik sempit dalam menyambut suatu perayaan, terus kekalkan momentum perpaduan yang sedia ada di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat Tionghua dan Warga Emas Daerah Kudat disini semalam.

Ruddy (dua kanan) bertanyakan khabar warga emas yang hadir pada majlis itu

Ruddy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas berkata, pihaknya juga mahu masyarakat di negeri ini terus mengekalkan rasa hormat, kestabilan dan harmoni yang dibina sejak dahulu untuk generasi akan datang.

Pada majlis itu, Ruddy turut menyampaikan kepala singa kepada Pertubuhan Masyarakat Tiong Hua Sabah sebagai tanda prihatin dan persahabatan.

Selain itu, beliau turut menyantuni warga emas dan menyerahkan ‘angpow’ sebagai tanda hormat dan penghargaan.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada tiga persatuan besar di Kudat iaitu Persatuan Hakka Kudat; Persatuan Hokkien Kudat dan Persatuan Hainan Kudat.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/31/kekal-perpaduan-keunikan-budaya-toleransi-kalangan-masyarakat-di-sabah/feed/ 0 11770
Beza Budaya, Bahasa Bukan Penghalang Masyarakat Bangunkan Negeri https://sabahmedia.com/2022/01/28/beza-budaya-bahasa-bukan-penghalang-masyarakat-bangunkan-negeri/ https://sabahmedia.com/2022/01/28/beza-budaya-bahasa-bukan-penghalang-masyarakat-bangunkan-negeri/#respond Fri, 28 Jan 2022 06:14:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11646
Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA PENYU :  Perbezaan budaya dan bahasa bukan penghalang untuk masyarakat bekerjasama dalam membangunkan negeri.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury berkata, keunikan budaya dan pelbagai perayaan yang dirai Keluarga Malaysia itu sebaliknya menjadi asas perpaduan negara dengan amalan rumah terbuka.

“Sabah mempunyai lebih daripada 30 kumpulan etnik terus menikmati kemakmuran dan semua pihak perlulah mempertahankan perpaduan dan toleransi dalam kalangan masyarakat.

“Perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina seperti juga perayaan lain, membuktikan bahawa negara kita Malaysia sentiasa mengamalkan toleransi agama, keharmonian budaya dan semangat perpaduan yang kukuh.

“Malah, amalan rumah terbuka bagi perayaan-perayaan di negara ini sudahpun menjadi tradisi untuk saling berkunjung dengan semangat perpaduan dan persahabatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perayaan Krismas, Gong Xi Fa Cai, Tamat Latihan Industri dan Anugerah Khidmat Cemerlang Pejabat Daerah Kuala Penyu di sini, semalam.

Limus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu berkata, beliau berharap masyarakat akan menggunakan kesempatan menyambut perayaan bagi menyuburkan lagi perpaduan dan keharmonian antara kaum dengan pematuhan prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan.

 “Saya berharap melalui sambutan perayaan-perayaan seperti ini, kita dapat melupakan perbezaan yang wujud di antara kita dari segi fahaman agama, politik serta adat resam demi mengukuhkan lagi keharmonian rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, beliau memuji usaha pejabat yang diketuai Pegawai Daerah, Sebastian Ingkim dalam penyatuan masyarakat dan penjimatan kos penganjuran.

“Syabas dan tahniah atas penganjuran program ini kerana selain menyatukan masyarakat, kita juga berjaya menjimatkan kos penganjiran apatah lagi pada masa kita masih lagi berhadapan pelbagai cabaran akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Limus menyampaikan sijil penghargaan kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021, Florence Iten dan Rosli Muslim.

Turut disampaikan, cenderahati kepada Penolong Pegawai Daerah, Djamaludin Kamarudin yang bertukar ke Pejabat Daerah Beaufort dan cendera kenangan kepada pesara UPPM, Md Justin Mais.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/28/beza-budaya-bahasa-bukan-penghalang-masyarakat-bangunkan-negeri/feed/ 0 11646