Budi madani – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 01 Sep 2026 00:23:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Budi madani – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Had kelayakan BUDI MADANI dinaikkan semula kepada 300 liter mulai hari ini https://sabahmedia.com/2026/09/01/had-kelayakan-budi-madani-dinaikkan-semula-kepada-300-liter-mulai-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2026/09/01/had-kelayakan-budi-madani-dinaikkan-semula-kepada-300-liter-mulai-hari-ini/#respond Tue, 01 Sep 2026 00:18:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102589
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Had kelayakan asas bulanan BUDI MADANI dinaikkan semula daripada 200 liter kepada 300 liter mulai hari ini, 1 September 2026, memberi manfaat kepada rakyat yang bergantung kepada kenderaan untuk urusan harian.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini mengumumkan pelarasan berkenaan dalam Amanat Perdana Ambang Merdeka 2026.

Pelarasan itu dilaksanakan secara automatik kepada penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), tertakluk kepada kelayakan masing-masing.

Seramai 16 juta pengguna menikmati RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter, manakala lebih 700,000 pengguna layak turut menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter.

Bagi lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip yang layak, mereka boleh memohon tambahan kelayakan sebanyak 100 liter sebulan.

Dengan tambahan itu, jumlah kelayakan bulanan mereka boleh ditingkatkan daripada 300 liter kepada 400 liter.

Pemilik pikap dan jip yang layak tetapi belum membuat permohonan tambahan berkenaan boleh berbuat demikian menerusi portal BUDI MADANI di www.budimadani.gov.my.

Bagi pemilik pikap dan jip yang telah diluluskan tambahan 100 liter sebelum ini, kelayakan mereka akan diselaraskan secara automatik kepada 400 liter mulai hari ini.

Pengembalian had kelayakan bulanan itu mengambil kira pengurusan bekalan yang semakin tersusun, penguatkuasaan lebih tegas, prestasi ekonomi negara yang kukuh serta kemampuan kewangan Kerajaan.

Langkah berkenaan turut mengambil kira keperluan rakyat yang perlu menempuh perjalanan jauh untuk urusan harian, selain peniaga kecil yang bergantung kepada kenderaan sebagai sumber pendapatan.

Kerajaan MADANI akan terus memastikan subsidi bahan api disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak, di samping memperkukuh usaha membendung ketirisan, penyeludupan dan penyalahgunaan subsidi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/01/had-kelayakan-budi-madani-dinaikkan-semula-kepada-300-liter-mulai-hari-ini/feed/ 0 102589
Kerajaan kekalkan Harga Petrol Ron95 Dalam Tempoh Terdekat Selepas Perlaksanaanya https://sabahmedia.com/2025/09/23/kerajaan-kekalkan-harga-petrol-ron95-dalam-tempoh-terdekat-selepas-perlaksanaanya/ https://sabahmedia.com/2025/09/23/kerajaan-kekalkan-harga-petrol-ron95-dalam-tempoh-terdekat-selepas-perlaksanaanya/#respond Tue, 23 Sep 2025 11:12:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81852
Read Time:1 Minute, 9 Second

KUALA LUMPUR — Kerajaan memberi jaminan harga petrol RON95 kekal pada kadar subsidi RM1.99 seliter di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dalam tempoh terdekat selepas pelaksanaannya.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata kerajaan tidak berhasrat menyemak semula harga berkenaan kerana ia adalah janji yang telah dibuat kepada rakyat untuk memastikan mereka terus menikmati harga bahan api berpatutan.

“Kadar RM1.99 adalah harga subsidi yang telah dipersetujui dan akan dikekalkan buat masa ini. Niatnya untuk mengekalkannya buat sementara waktu. Tetapi saya tidak boleh menjamin ia kekal sepanjang masa kerana ia bergantung kepada keadaan semasa,” katanya pada sidang media mengenai subsidi RON95 di Bangunan KWSP, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amir Hamzah menjelaskan kerajaan sedang memperhalusi mekanisme penggunaan harian dalam BUDI95 bagi mengelakkan ketirisan subsidi, termasuk cadangan mengehadkan pengisian petrol agar tidak boleh dilakukan berulang kali dalam tempoh singkat.

Beliau menegaskan sebarang mekanisme baharu tidak boleh terlalu ketat atau membebankan rakyat, sebaliknya mesti memastikan sistem subsidi benar-benar memberi manfaat kepada golongan sasar.

Rakyat Malaysia boleh membuat semakan kelayakan subsidi BUDI95 mulai 25 September (Khamis) melalui laman web rasmi www.budimadani.gov.my. Bagaimanapun, laman web berkenaan masih belum diaktifkan ketika ini.

Pengguna hanya perlu memasukkan MyKad ke dalam ‘reader’ di pam stesen minyak untuk menikmati subsidi. Selain bayaran tunai, mereka juga boleh menggunakan kad kredit, kad debit, e-dompet atau aplikasi Setel bagi melengkapkan transaksi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/23/kerajaan-kekalkan-harga-petrol-ron95-dalam-tempoh-terdekat-selepas-perlaksanaanya/feed/ 0 81852