bukan Islam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 27 Sep 2025 11:12:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bukan Islam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Peruntukan badan keagamaan bukan Islam di Sabah ditingkatkan kepada RM90 juta https://sabahmedia.com/2025/09/27/peruntukan-badan-keagamaan-bukan-islam-di-sabah-ditingkatkan-kepada-rm90-juta/ https://sabahmedia.com/2025/09/27/peruntukan-badan-keagamaan-bukan-islam-di-sabah-ditingkatkan-kepada-rm90-juta/#respond Sat, 27 Sep 2025 11:06:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82110
Read Time:1 Minute, 56 Second

RANAU: Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan meningkatkan peruntukan kepada semua badan keagamaan bukan Islam dan institusi pendidikan persendirian di Sabah daripada RM70 juta kepada RM90 juta tahun hadapan.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, peningkatan sebanyak RM20 juta yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk kesejahteraan rakyat.

“Semua rakyat Sabah tanpa mengira agama berhak menerima bantuan ini kerana ia adalah duit Sabah. Sama ada Islam atau Kristian, semuanya mendapat bantuan secara adil. Kadang-kala ada yang menerima lebih sedikit bergantung kepada keperluan pada tahun tersebut,” katanya.

Masidi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Rumah Staf Borneo Natural Farm (BNF) yang disempurnakan Presiden SIB Sabah, Datuk Ir Jerry Dusing, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, kerajaan sentiasa memberikan sokongan kepada semua institusi keagamaan dengan pendekatan yang seimbang.

“Ranau sendiri terkenal dengan toleransi agama yang tinggi dan tidak hairanlah daerah ini berada di tangga keenam dalam indeks kebahagiaan Malaysia.

“Dalam keluarga kita, ada pelbagai latar belakang agama, tetapi perbezaan itu tidak menjadi penghalang untuk hidup rukun kerana kita percaya kepada Tuhan yang sama,” ujarnya.

Beliau menegaskan krisis perbezaan agama di dunia wujud kerana manusia lebih banyak membicarakan perbezaan berbanding meraikan persamaan.

“Jika kita fokus pada persamaan dan keharmonian, walaupun dalam keadaan kekurangan, semua akan tetap merasakan kecukupan,” katanya.

Dalam ucapannya, Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan turut memuji usaha SIB membangunkan Borneo Natural Farm, yang sebahagian besar aktivitinya berteraskan pertanian semula jadi.

Masidi (dua kiri) menanam pokok di Ladang BNF sempena perasmian majlis itu.

Beliau menyarankan agar pengusaha ladang dan masyarakat menanam pokok avocado kerana permintaannya tinggi dengan pulangan lumayan.

“Semoga pembinaan rumah staf ini berjalan lancar dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya apabila siap kelak,” tambahnya.

BNF mengaplikasikan teknik Pertanian Semula Jadi (Natural Farming) yang diperoleh daripada Korea Selatan, selain menimba pengalaman dari Filipina, Taiwan dan Thailand. Amalan tradisi petani tempatan turut dijadikan asas bagi memperkukuhkan keberkesanan konsep tersebut.

Pertanian semula jadi itu menekankan interaksi tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma secara harmoni sehingga menghasilkan produk ternakan dan tanaman yang sihat, bebas pencemaran serta berkualiti tinggi.

Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir; Adun Lantikan, Datuk Amisah Yassin; Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen, Benedict Gunda; pimpinan Gereja SIB dan tetamu lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/27/peruntukan-badan-keagamaan-bukan-islam-di-sabah-ditingkatkan-kepada-rm90-juta/feed/ 0 82110
Peruntukan badan keagamaan bukan Islam, sekolah persendirian di Sabah meningkat https://sabahmedia.com/2024/01/27/peruntukan-untuk-badan-keagamaan-bukan-islam-sekolah-persendirian-meningkat/ https://sabahmedia.com/2024/01/27/peruntukan-untuk-badan-keagamaan-bukan-islam-sekolah-persendirian-meningkat/#respond Sat, 27 Jan 2024 09:50:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48599
Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Peruntukan untuk pembangunan badan-badan keagamaan bukan Islam, sekolah mubaligh, sekolah jenis kebangsaan dan persendirian di Sabah meningkat sebanyak RM2.7 juta tahun ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM56.75 juta untuk tujuan itu pada tahun 2024 berbanding sebanyak RM54.05 juta pada tahun 2023.

Beliau berkata, daripada RM56.75 juta itu, sebanyak RM24.15 juta untuk sekolah-sekolah dan RM32.6 juta untuk perkembangan badan-badan keagamaan bukan Islam.

“Ini bermakna terdapat peningkatan sebanyak RM2.7 juta berbanding peruntukan pada tahun 2023. Peningkatan ini juga menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri amat prihatin dan serius dalam membantu masyarakat di negeri Sabah tanpa mengira kaum, bangsa dan agama”, katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa sempena Tahun Baharu Cina 2024, anjuran Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersekutu Kota Kinabalu (USCCAKK) di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Sabtu.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II/ Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Katanya, tahun ini Kerajaan Negeri juga memperuntukkan bantuan sebanyak RM1.5 juta untuk membekal kepala singa di seluruh Sabah.

Menurutnya, bantuan ini akan diagih-agihkan kepada pelbagai persatuan dan tokong-tokong yang berkaitan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri ini.

Beliau berkata, penyerahan bantuan kepala singa sempena Tahun Baharu Cina jelas menunjukkan komitmen kerajaan yang sentiasa menekankan dasar keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek, terutamanya dalam penyaluran peruntukan dan sumbangan bagi memastikan rakyat dapat meraikan perayaan masing-masing.

Hajiji turut memuji USCCAKK kerana tanpa gagal menganjurkan Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa sempena Tahun Baharu Cina setiap tahun. Acara itu dinanti-nantikan
oleh masyarakat Cina dan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Sempena Tahun Baharu, beliau mengajak semua rakyat negeri ini termasuk masyarakat Tionghua agar terus bersama-sama kerajaan membangun dan memajukan negeri ini, agar Sabah terus maju jaya ke hadapan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada masyarakat Cina atas sokongan berterusan anda dalam berganding bahu bersama kami untuk memakmurkan negeri ini”, tegasnya.

Hajiji berkata, tahun 2024 merupakan Tahun Naga dalam Zodiak Cina, yang terkenal dengan kuasa, kehebatan dan keberaniannya.

“Saya berharap sifat semula jadi Naga ini menjadi pemangkin semangat untuk kita meneruskan agenda pembangunan untuk memulihkan ekonomi, melaksanakan semua
perancangan serta mencari peluang yang baik untuk negeri dan rakyat”, tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/27/peruntukan-untuk-badan-keagamaan-bukan-islam-sekolah-persendirian-meningkat/feed/ 0 48599
Aidilfitri bermakna bagi umat Islam dan bukan Islam berkongsi keceriaan https://sabahmedia.com/2023/05/11/aidilfitri-bermakna-bagi-umat-islam-dan-bukan-islam-berkongsi-keceriaan/ https://sabahmedia.com/2023/05/11/aidilfitri-bermakna-bagi-umat-islam-dan-bukan-islam-berkongsi-keceriaan/#respond Thu, 11 May 2023 06:29:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34164
Read Time:1 Minute, 48 Second

SANDAKAN: Sambutan Aidilfitri amat bermakna kepada semua umat Islam mahupun bukan Islam kerana ia merupakan peluang untuk rakyat pelbagai etnik, agama dan budaya untuk sama-sama berkongsi keceriaan.

Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, melalui amalan seumpama ini, ia dapat menggambarkan semangat Malaysia Madani.

Pada masa yang sama, kata beliau, amalan mengadakan rumah terbuka untuk sambutan Hari Raya yang diamalkan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat.

“Manfaatkan peluang ini untuk kunjung mengunjungi di antara satu sama lain sebagai tanda hormat menghormati dan saling bermaafan.

“Saya yakin amalan ini akan memberikan impak yang besar untuk keharmonian negara. Untuk menjadi sebuah organisasi yang terbilang, kunci utama ialah kerjasama secara berpasukan tidak kira pangkat, bangsa dan agama.

“Kerja berpasukan mempunyai banyak kelebihan kerana ia saling bergantung dari segi kepakaran, keupayaan, kemahiran dan bersedia melaksanakan tugasan secara bersama,” katanya.

Dr. Joachim berkata demikian sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Perbandaran Sandakan yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan hari ini.

Sementara itu, kata beliau, Aidilfitri merupakan kesempatan untuk saling melupakan semua perselisihan dan persengketaan.

“Ambilah peluang ini untuk kita saling bermaafan dan mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.

“Adalah menjadi harapan saya dengan adanya majlis seperti ini, ia dapat mewujudkan satu semangat muhibah dan harmoni kepada semua warga Majlis Perbandaran Sandakan.

“Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dan pentadbir kepada daerah Sandakan, pihak Majlis mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memastikan mutu perkhidmatan dan prasarana di daerah Sandakan ini sentiasa berada pada tahap yang terbaik,” kata beliau.

Justeru, Dr. Joachim menyarankan agar komitmen semua pihak diberikan bagi membantu mencapai matlamat yang telah ditetapkan di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Syabas dan tahniah kepada pengurusan Majlis Perbandaran Sandakan dan juga Jawatankuasa Pelaksana Majlis ini iaitu Badan Kebajikan Islam Majlis Perbandaran Sandakan yang diketuai oleh Farizal Setoh, Timbalan Presiden II merangkap Pengerusi Badan Kebajikan Islam MPS atas kejayaan melaksanakan majlis jamuan Hari Raya ini yang sungguh bermakna dan meriah.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Menuai, Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan,” tambahnya.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais dan Presiden MPS, Henry Idol serta seluruh kakitangan MPS.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/11/aidilfitri-bermakna-bagi-umat-islam-dan-bukan-islam-berkongsi-keceriaan/feed/ 0 34164