buku – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 22 Oct 2024 14:08:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png buku – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Buku Rumah Tradisi Kadayan & Fitrah dalam Novel terima Anugerah Buku Terbaik Ketua Menteri Sabah 2022/2023 https://sabahmedia.com/2024/10/22/dua-buah-buku-rumah-tradisi-kadayan-fitrah-dalam-novel-terima-anugerah-buku-terbaik-ketua-menteri-sabah-2022-2023/ https://sabahmedia.com/2024/10/22/dua-buah-buku-rumah-tradisi-kadayan-fitrah-dalam-novel-terima-anugerah-buku-terbaik-ketua-menteri-sabah-2022-2023/#respond Tue, 22 Oct 2024 13:48:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62583
Read Time:3 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Dua buah buku berjudul Rumah Tradisi Kadayan, penulis Jamaidah Yahya dan Fitrah dalam Novel, penulis Dr Rosmah Derak dinobatkan sebagai penerima Anugerah Buku Terbaik Ketua Menteri Sabah 2022/2023 dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel The Palace di sini pada Selasa.

Nizam menyampaikan Anugerah Buku Terbaik Ketua Menteri Sabah 2022/2023 kepada penulis Dr Rosmah Derak, bukunya berjudul Fitrah dalam Novel.

Anugerah Buku Terbaik Ketua Menteri ini telah diadakan sejak 2015 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah yang bertujuan untuk menggalakkan penulis, pensyarah, penyelidik dan golongan profesional dalam kalangan warga Sabah menulis buku umum, buku ilmiah dan separa ilmiah dalam pelbagai bidang, memberikan penghargaan kepada penulis yang berjaya menghasilkan bahan bacaan berkualiti khususnya buku, memperbanyak penerbitan buku umum, buku ilmiah dan separa ilmiah pelbagai bidang dalam bahasa Melayu yang mengetengahkan pelbagai aspek termasuklah warna tempatan Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penganjuran majlis ini memperlihatkan komitmen pelbagai pihak dalam usaha mempromosikan buku baharu dan memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada penulis untuk terus menghasilkan karya, sama ada karya kreatif atau bukan kreatif pada masa akan datang.

“Usaha ini juga secara tidak langsung mendukung Gerakan Dekad Membaca Kebangsaan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030.

“Saya percaya majlis seumpama ini dapat memberikan semangat dan suntikan baharu kepada penulis untuk meneroka, menyelidik dan mengkaji kebudayaan dan kearifan tempatan yang sedia ada di Sabah khususnya.

“Kegiatan seumpama ini juga ialah wadah untuk menyemarakkan rasa cinta akan bahasa, sastera dan budaya kebangsaan,” katanya pada Majlis Anugerah Buku Terbaik Ketua Menteri Sabah 2022/2023 dan Pelancaran Buku Baharu Penulis Sabah Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi tahun 2023/2024.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Menurut Hajiji, Sabah bukan sahaja kaya dengan keindahan flora dan faunanya, tetapi juga kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya.

“Kepelbagaian yang memberikan keunikan dan keunggulan kepada citra negeri Sabah ini, wajar dilestarikan sama ada dalam bentuk penerbitan buku atau majlis-majlis ilmu seperti bicara karya, pertemuan penulis atau seminar sastera.

“Kerajaan juga bertanggungjawab memastikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat sedang giat diusahakan.

“Melalui Dekad Membaca Kebangsaan dengan slogan “Malaysia Membaca”, usaha merealisasikan negara sebagai negara membaca dan masyarakat bertaraf ilmu dunia akan dicapai menjelang tahun 2030.

“Hasrat murni ini bertepatan dengan pengiktirafan oleh pihak UNESCO untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat untuk mempromosikan buku dan membudayakan aktiviti membaca sepanjang tahun dalam semua peringkat di mana sahaja.

“UNESCO juga menetapkan sasaran 30,000 judul baharu diterbitkan setahun dalam konteks Malaysia atau 0.1 peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara sebagai tanda aras negara maju,” katanya.

Tambah beliau, Bak kata pepatah, Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.”; “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama di cecah, gunung sama didaki, lurah sama dituruni.”

“Jika bebanan tanggungjawab ini hanya dipikul oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, sudah semestinya hasrat menyemarakkan industri buku di negara ini tidak tercapai.

“Pada kesempatan ini, saya menyarankan agar penerbitan buku, sama ada dalam bidang bahasa, sastera, budaya, kesenian, adat resam, dan khazanah alam di negeri ini hendaklah terus diteroka, dikaji dan diterbitkan dalam pelbagai genre penerbitan.

“Semua pihak hendaklah memberikan sokongan dan dukungan agar industri perbukuan dapat disuburkan di negeri ini,” ujarnya.

Hajiji turut menekankan pelbagai program berkaitan promosi perbukuan dan budaya pembacaan hendaklah disemarakkan.

“Selain usaha penerbitan, pelaksanaan program ilmu seperti seminar, wacana, bicara buku dan sebagainya; saya kira wajar juga diwujudkan Pasar Buku (Book Market) di ibu kota ini.

“Pasar Buku ini akan menjadi lokasi pertemuan masyarakat bagi mendapatkan bahan bacaan yang diperlukan, sama ada bahan bacaan baharu atau bahan bacaan terpakai. Malah keberadaan Pasar Buku ini juga boleh dijadikan daya tarikan kepada pelancong yang datang ke Sabah.

” Justeru saya menyarankan agar Dewan Bahasa dan Pustaka dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, berganding bahu dalam merealisasikan kewujudan Pasar Buku ini di mana-mana lokasi strategik yang difikirkan sesuai di Kota Kinabalu.

“Selain itu, pihak Perpustakaan Negeri Sabah juga disarankan turut sama sebagai rakan strategik untuk mengadakan program pembacaan yang bersesuaian bagi mengimarahkan Pasar Buku tersebut,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada para penulis yang menerima anugerah tersebut.

“Kepada para penulis yang menerima Anugerah Buku Terbaik Ketua Menteri dan penulis yang diraikan kerana bukunya dilancarkan, tahniah saya ucapkan.

“Tuan dan puan sudah berperanan memandaikan manusia, membudayakan tradisi ilmu dan mewajahkan industri buku di negara ini. Teruslah menulis, teruslah berkarya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/22/dua-buah-buku-rumah-tradisi-kadayan-fitrah-dalam-novel-terima-anugerah-buku-terbaik-ketua-menteri-sabah-2022-2023/feed/ 0 62583
Majlis Wanita KDCA hasilkan buku “Evolusi Pakaian Tradisional Etnik Sabah” (Jilid 1) https://sabahmedia.com/2023/04/04/majlis-wanita-kdca-hasilkan-buku-evolusi-pakaian-tradisional-etnik-sabah-jilid-1/ https://sabahmedia.com/2023/04/04/majlis-wanita-kdca-hasilkan-buku-evolusi-pakaian-tradisional-etnik-sabah-jilid-1/#respond Tue, 04 Apr 2023 07:20:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32145
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Majlis Wanita Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) berjaya menghasilkan buku “Evolusi Pakaian Tradisional Etnik Sabah” (Jilid 1) berfungsi sebagai rujukan berguna untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew memuji Majlis Wanita KDCA atas penghasilan pertama buku tersebut.

Beliau berkata, buku dwibahasa setebal 175 muka surat dengan ilustrasi berwarna-warni itu sebagai penerbitan yang unik, ia diselidiki dengan baik, mendidik dan bermaklumat.

“Sememangnya ia adalah karya agung. Syabas kepada Majlis Wanita KDCA dan Ia layak dihadiahkan kepada tetamu kenamaan atau tetamu asing yang berkunjung sebagai hadiah buku demi kepentingan pertukaran budaya,” katanya selepas menerima salinan buku daripada Pengerusi Majlis Wanita KDCA, Joanna Kitingan, baru-baru ini.

Disusun dan disunting oleh Joanna Kitingan dan Salbiah Kindoyop PhD, ia mempunyai lima bab dan diterbitkan tahun lepas.

“Kami mengambil masa satu tahun untuk mencapai apa yang kami rancangkan. Buku ini berfungsi sebagai rujukan berguna untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti. Ia bukan sahaja mengenai pakaian tradisional etnik tetapi juga mengandungi maklumat mengenai komuniti etnik di lima daerah,” kata Joanna, yang menjalankan penyelidikannya di Muzium Sabah.

Joanna yang juga bekas Pengara Muzium Sabah berkata, Majlis Wanita KDCA sedang mengusahakan edisi kedua yang dijangka siap tahun ini. “Jilid 2 adalah mengenai pakaian tradisional etnik dan kumpulan etnik di lima daerah lain.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Leo Liew memberi taklimat kepada Christina mengenai Pesta Makanan Antarabangsa Borneo 2023 yang julung kali diadakan dari 26 hingga 28 Mei di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

“Ini adalah pembukaan kepada sambutan Kaamatan peringkat Negeri. Kami sedang mewujudkan platform untuk pemain industri makanan dan minuman (F&B) mempamerkan menu dan juadah mereka.

“Terdapat kira-kira 150 gerai pameran yang mempamerkan masakan khas Malaysia dan negara Asia lain. Kami telah menjemput pakar dan penggemar makanan dari Taiwan, China, Thailand, Filipina dan Korea untuk menyertai pesta makanan itu,” katanya.

Leo menambah bahawa festival itu akan mewujudkan peluang kepada golongan muda untuk menceburi perniagaan francais F&B.

Menurutnya, pakaian tradisional kontemporari juga akan ditampilkan dalam pertunjukan fesyen semasa perayaan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/04/majlis-wanita-kdca-hasilkan-buku-evolusi-pakaian-tradisional-etnik-sabah-jilid-1/feed/ 0 32145
Buku ‘100 Wanita Inspirasi Sabah’ Dilancar November Ini https://sabahmedia.com/2021/10/23/buku-100-wanita-inspirasi-sabah-dilancar-november-ini/ https://sabahmedia.com/2021/10/23/buku-100-wanita-inspirasi-sabah-dilancar-november-ini/#respond Sat, 23 Oct 2021 03:45:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7829
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Sabah (IKSnita) akan melancarkan buku ‘100 Wanita Inspirasi Sabah’, November ini.

Presiden IKSnita Sabah, Datuk Dg. Khatijah Datu Bachtiyal berkata, penulisan buku itu bermula pada Mac lepas yang mengandungi penceritaan wanita-wanita hebat dan berjaya di seluruh Sabah.

“Kita berharap, buku ini akan menjadi rujukan di institut-institut pengajian tinggi dan akhirnya akan disimpan di arkib mahupun muzium bagi rujukan generasi akan datang.

“Pelancaran akan diadakan pada 20 November ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang akan dihadiri Isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Toh Puan Norlidah di Istana Seri Kinabalu, disini semalam. 

Tambah Khatijah, tarikh yang dipilih bagi pelancaran buku tersebut adalah bertepatan dengan hari lahir Toh Puan Norlidah yang akan turut diraikan pada majlis itu nanti.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Presiden IKSnita, Datuk Paduka Rehan Rahim dan Setiausaha IKSnita, Susanty Aziz./Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/23/buku-100-wanita-inspirasi-sabah-dilancar-november-ini/feed/ 0 7829