bulan Ramadan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 14 Apr 2022 01:25:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png bulan Ramadan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kebenaran Solat Tarawih Pada Bulan Ramadan Imarahkan Surau & Masjid – Yakub Khan https://sabahmedia.com/2022/04/14/kebenaran-solat-tarawih-pada-bulan-ramadan-imarahkan-surau-masjid-yakub-khan/ https://sabahmedia.com/2022/04/14/kebenaran-solat-tarawih-pada-bulan-ramadan-imarahkan-surau-masjid-yakub-khan/#respond Thu, 14 Apr 2022 01:25:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14229
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Umat Islam perlu sentiasa mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) meskipun dibenarkan menunaikan solat tarawih di semua surau serta masjid berkuat kuasa 1 April, selaras dengan Fasa Peralihan Ke Endemik.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan, berkata selepas dua tahun tidak dapat ke masjid, peluang seumpama ini sangat dinantikan sekali gus memberi ruang kepada mereka bagi menunaikan solat tanpa perlu penjarakkan saf.

Katanya, keputusan itu juga akan kembali mengimarahkan fungsi masjid dan surau pada bulan yang mulia dan penuh berkat itu.

“Kita sangat bersyukur dengan izin Allah rumah ibadah sudah mula dipenuhi dengan kehadiran umat Islam sekitar kawasan setempat.

“Marilah kita berazam untuk mengeratkan huhungan silaturahim diantara satu sama lain. Dalam masa sama pematuhan SOP tetap menjadi keutamaan agar semuanya berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan sempena Bulan Ramadan di Masjid Al-Jannah, Taman Sepanggar, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama Yakub yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, berkata program ‘Jelajah Bulan Ramadan’ adalah acara dirancang oleh Umno Bahagian Sepanggar sempena bulan Ramadan disamping dapat menunaikan solat secara berjemaah sekali gus menghulurkan sumbangan bagi keperluan rumah ibadah.

“Peluang ziarah ini akan dimanfaatkan untuk melihat keperluan pembangunan yang perlu diambil tindakan dalam tempoh terdekat.

“Kita mengalu-alukan kunjungan mereka ke pejabat ADUN Karambunai sekiranya terdapat keperluan yang boleh disalurkan bagi memberi keselesaan kepada Masjid Al-Jannah, Taman Sepanggar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/14/kebenaran-solat-tarawih-pada-bulan-ramadan-imarahkan-surau-masjid-yakub-khan/feed/ 0 14229
Perpustakaan Islam Sabah Bakal Dilancar Pada Bulan Ramadan Tahun Ini https://sabahmedia.com/2022/01/26/perpustakaan-islam-sabah-bakal-dilancar-pada-bulan-ramadan-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2022/01/26/perpustakaan-islam-sabah-bakal-dilancar-pada-bulan-ramadan-tahun-ini/#respond Wed, 26 Jan 2022 04:22:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11569
Read Time:1 Minute, 6 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Perpustakaan Islam Sabah bakal dilancarkan pada bulan Ramadan tahun ini sebagai tempat rujukan bagi bidang-bidang teras serta disiplin ilmu Islam.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perpustakaan yang dibina ini adalah menjadi pusat rujukan buku-buku keilmuan Islam antarabangsa dan nusantara namun perpustakaan ini juga tidak terhad kepada penyediaan bahan bacaan kepada umat Islam tetapi sebagai pusat kepada pembudayaan minat terhadap bidang ilmu dan lambang kekuatan intelek masyarakat Islam di negeri ini.

“Buku-buku rujukannya adalah dari kitab-kitab yang muktabar dan terkenal dalam bidang keilmuan Islam.

“Manakala hasil seni kaligrafi khat peringkat Asean telah kita kumpulkan untuk diletakkan di dalam galeri Perpustakaan Islam ini,” kata Arifin pada sidang media selepas Majlis Amanat Menteri Tugas-Tugas Khas 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini semalam.

Menurut Arifin, pihaknya kini sedang berbincang dengan pihak Universiti Al-Azhar untuk membolehkan salinan tesis-tesis doktor falsafah (PhD) yang dihasilkan sarjana Islam di universiti itu sejak awal penubuhan universiti berkenaan dan akan ditempatkan di Perpustakaan Islam Sabah sebagai bahan rujukan.

“Setakat ini sebahagian besar bahan-bahan dari dalam negara sudah disediakan hanya bahan dari luar negara belum diterima”, jelasnya.

Dalam pada itu, katanya perpustakaan yang terletak berhampiran Masjid Negeri Sabah itu akan diurus secara sistematik dengan pembangunan koleksi, pengkatalogan dan sirkulasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/26/perpustakaan-islam-sabah-bakal-dilancar-pada-bulan-ramadan-tahun-ini/feed/ 0 11569