Bung mahkamah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 02 Sep 2025 09:35:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bung mahkamah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Bung Moktar akun tandatangan surat FELCRA ditujukan kepada Menteri Kewangan II https://sabahmedia.com/2025/09/02/bung-moktar-akun-tandatangan-surat-felcra-ditujukan-kepada-menteri-kewangan-ii/ https://sabahmedia.com/2025/09/02/bung-moktar-akun-tandatangan-surat-felcra-ditujukan-kepada-menteri-kewangan-ii/#respond Tue, 02 Sep 2025 09:26:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80475
Read Time:1 Minute, 57 Second

Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin mengakui bahawa beliau adalah orang bertanggungjawab untuk menandatangani apa-apa surat daripada FELCRA Berhad jika surat tersebut ditujukan kepada Menteri Kewangan II. 

Bung memberitahu mahkamah, adalah menjadi kelaziman kepada beliau untuk menandatangani surat berkenaan berikutan kedudukannya sebagai pengerusi bukan eksekutif FELCRA. 

“Saya percaya kelaziman itu berlaku kerana jawatan Pengerusi adalah jawatan tertinggi FELCRA Berhad manakala Menteri Kewangan II adalah adalah Menteri yang bertanggungjawab ke atas MKD.

“Tambahan lantikan saya ke jawatan pengerusi FELLCRA Berhad adalah jawatan politik dan Menteri Kewangan II juga adalah lantikan politik.

“Saya juga percaya kelaziman ini juga dipraktikan di mana mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC),” katanya dalam keterangan saksi di sini. 

Beliau berkata demikin ketika prosiding di hadapan Hakim, Rosli Ahmad. 

Bung diwakili, Peguam, Ridha Abdah Subri dan M Athimulan manakala pihak pendakwaan diwakili, Timbalan Pendakwaraya, Raya Law Chin How. 

Bung selain itu turut mengakui bahawa beliau mengenali Nor Halili Ahmad Mokhtar (Halili) dan Madhi Abd Hamid (Madhi) dan kali pertama menemui mereka di Kuala Lumpur pada penghujung tahun 2013. 

Bung memberitahu mahkamah bahawa ketika beliau berada di Hotel Intercontinental di Kuala Lumpur beliau dihubungi isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad untuk berjumpa tanpa dimaklumkan tujuannya. 

“Memandangkan isteri saya meminta untuk berjumpa sebentar, saya meminta beliau datang ke lobi hotel sahaja.

“Apabila isteri memaklumkan sudah berada di lobi hotel, saya telah bertindak meninggalkan sebentar perbincangan yang saya hadiri pada masa itu dan pergi ke lobi hotel.

“Tiba di lobi hotel saya lihat isteri saya duduk bersama Nik Juliana iaitu kawan beliau dan beberapa orang lagi yang tidak saya kenali, Isteri saya memperkenalkan mereka sebagai Norhalili dan Norhalili memperkenalkan rakannya sebagai Madhi,” katanya. 

Bung dan isterinya, sebelum ini gagal dalam usaha terakhir untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan mereka membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali  pada ketika itu sebulat suara menolak permohonan pasangan itu bagi mendapatkan kebenaran semakan terhadap keputusan terdahulu.

Hakim Che Mohd Ruzima yang bersidang bersama Hakim Datuk Azizul Azmi Adnan dan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkata Bung Moktar dan Zizie Izette gagal membuktikan terdapat keadaan luar biasa atau ketidakadilan yang jelas, yang boleh membenarkan semakan terhadap keputusan terdahulu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/02/bung-moktar-akun-tandatangan-surat-felcra-ditujukan-kepada-menteri-kewangan-ii/feed/ 0 80475
Bung, Isteri Gagal Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan https://sabahmedia.com/2025/05/22/bung-isteri-gagal-cabar-keputusan-mahkamah-rayuan/ https://sabahmedia.com/2025/05/22/bung-isteri-gagal-cabar-keputusan-mahkamah-rayuan/#respond Thu, 22 May 2025 05:08:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74271
Read Time:1 Minute, 58 Second

Putrajaya: Percubaan terakhir Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan gagal sekaligus mengekalkan perintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.  

Keputusan sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohd Che Ruzima Ghazali sebulat suara memutuskan untuk menolak permohonan pasangan itu bagi mendapatkan kebenaran semakan terhadap keputusan terdahulu, hari ini.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Azizul Azmi Adnan dan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Mahkamah mendapati, pasangan selaku perayu itu gagal memenuhi syarat ambang yang menunjukkan terdapat keadaan luar biasa atau ketidakadilan serius yang boleh membenarkan semakan terhadap keputusan terdahulu.

“Oleh itu, permohonan perayu untuk mendapatkan kebenaran semakan adalah ditolak,” katanya.

Bung Moktar dan Zizie Izette pada Mac lalu telah mengemukakan permohonan itu di bawah Peraturan 105, Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994, atas alasan bahawa panel Mahkamah Rayuan sebelum ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan pendakwaan dan mahu panel semakan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 18 November tahun lalu, panel Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memerintahkan Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 47, membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berkenaan, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan pasangan itu yang diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada 7 September 2023.

Pada September 2022, Mahkamah Sesyen memerintahkan pasangan berkenaan membela diri atas tiga pertuduhan rasuah itu, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka di akhir kes pendakwaan.

Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad telah didakwa pada 3 Mei 2019, dengan dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette, 46, di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, Kuala Lumpur antara 12.30 tengah hari hingga 5 petang 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.

Pada 9 April lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan pasangan itu untuk menggantung prosiding pembelaan mereka sehingga semakan keputusan terbabit diputuskan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/22/bung-isteri-gagal-cabar-keputusan-mahkamah-rayuan/feed/ 0 74271