Buru – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 11 Aug 2023 07:25:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Buru – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis buru tiga suspek terlibat kes serang guna kapak https://sabahmedia.com/2023/08/11/polis-buru-tiga-suspek-terlibat-kes-serang-guna-kapak/ https://sabahmedia.com/2023/08/11/polis-buru-tiga-suspek-terlibat-kes-serang-guna-kapak/#respond Fri, 11 Aug 2023 06:54:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39887
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Polis sedang giat memburu tiga suspek terlibat kes menyerang dengan sebilah kapak dan mencederakan seorang mangsa lelaki dalam kejadian yang berlaku di bulatan bangunan PKNS dekat sini pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pada jam 9.00 malam Rabu (9 Ogos) bertempat di kawasan terbuka bulatan Bangunan PKNS, Kota Kinabalu, seorang lelaki umur 37 tahun yang sedang makan dalam kereta bersama teman wanitanya umur 30 tahun telah
diserang oleh tiga orang lelaki.

“Salah seorang lelaki tersebut telah menyerang mangsa dengan sebilah
kapak yang mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian
muka, tangan dan kaki.

“Mangsa dan teman wanitanya berjaya menyelamatkan diri dan menuju ke Balai Polis Alamesra.

“Mangsa kemudiannya telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth bagi mendapatkan rawatan, manakala teman wanitanya tidak mengalami
sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, motif serangan ini dipercayai akibat rasa cemburu.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis sedang memburu tiga individu yang
merupakan suspek yang terlibat dalam kes ini.

“Tiga suspek yang dikehendaki adalah Winhal Jalali, 37, bangsa Suluk, yang merupakan bekas suami kepada teman wanita mangsa, Abdel Jalali, 27, bangsa Suluk dan seorang lagi belum dikenalipasti yang merupakan rakan suspek,” katanya.

Mohd Zaidi meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau individu yang dikehendaki, untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes iaitu Inspektor Muhammad Khaidir Zakaria di talian 014-8019618.

Katanya, kes disiasat di bawah Sekyen 326 Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/11/polis-buru-tiga-suspek-terlibat-kes-serang-guna-kapak/feed/ 0 39887
Polis Buru Lelaki, Suspek Kes Bunuh Di Penampang https://sabahmedia.com/2022/01/04/polis-buru-lelaki-suspek-kes-bunuh-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2022/01/04/polis-buru-lelaki-suspek-kes-bunuh-di-penampang/#respond Tue, 04 Jan 2022 14:58:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10702
Read Time:1 Minute, 5 Second

PENAMPANG: Polis sedang memburu seorang suspek lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh di sebuah pusat hiburan di Penampang Baru dekat sini pada Selasa.

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang yang dikeluarkan hari ini, dalam kejadian pada Selasa (4 Jan) , jam 3.34 petang, pegawai penyiasat menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki ditikam di lokasi berkenaan.

“Pasukan siasatan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Penampang bergegas ke lokasi kejadian dan setibanya di sana, mangsa telah dikejarkan ke hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan kecemasan.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian melalui rakam litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut mendapati empat lelaki mendekati mangsa dan seorang lelaki mengeluarkan objek senjata tajam dan menikam mangsa namun objek tersebut tidak ditemui semasa siasatan di tempat kejadian.

“Manakala hasil siasatan lanjut di Zon Kecemasan (Red Zone) Hospital Queen Elizabeth I, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun itu telah ditikam di rusuk kiri. Pihak hospital telah mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada jam 8.38 malam tadi.

“Suspek lelaki terbabit dikenal pasti sebagai Kaw Yung Chee, 34, berasal dari Kota Kinabalu,” kata kenyataan itu.

Suspek Kaw Yung Chee. – Foto Ihsan IPD Penampang.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek supaya segera menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/04/polis-buru-lelaki-suspek-kes-bunuh-di-penampang/feed/ 0 10702
Polis buru empat tahanan lelaki melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/08/01/polis-buru-empat-tahanan-lelaki-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/08/01/polis-buru-empat-tahanan-lelaki-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19/#respond Sun, 01 Aug 2021 02:03:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3881
Read Time:43 Second

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang sedang giat memburu empat tahanan lelaki melarikan diri dari Pusat Kuarantin COVID-19 di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) Penampang pada 1 Ogos 2021, jam 3.30 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Supritendan Mohd Haris Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini, kesemua tahanan lelaki tersebut telah dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke Pusat Kuarantin COVID-19 ILMAN, Penampang secara berperingkat bermula 24 Julai 2021 setelah disahkan positif COVID-19 namun mereka telah melarikan diri.

Keempat-empat tahanan yang telah melarikan diri ialah Mohd Rahman Basir, 24, Arippian Abdul, 27, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20 dan Salman Arip,19.

Kata Mohd Haris, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kesemua tahanan terlibat untuk segera menghubungi Bilik Gerakan IPD Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/01/polis-buru-empat-tahanan-lelaki-melarikan-diri-dari-pusat-kuarantin-covid-19/feed/ 0 3881