Burung murao – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 09 Jan 2024 08:55:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Burung murao – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 148 peserta sertai seni suara, gaya burung murai https://sabahmedia.com/2024/01/09/148-peserta-sertai-seni-suara-gaya-burung-murai/ https://sabahmedia.com/2024/01/09/148-peserta-sertai-seni-suara-gaya-burung-murai/#respond Tue, 09 Jan 2024 08:55:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47737
Read Time:48 Second

Menumbok : Seramai 148 peserta dari pelbagai daerah di Sabah, Sarawak dan Labuan menyertai pertandingan seni suara dan gaya murai batu mini bon terbuka Menumbok di sini baru-baru ini.

Pertandingan yang berlangsung di Anjung Nelayan Mempakul itu adalah bagi mengumpul para peminat kicauan merdu burung murai dari pelbagai tempat.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Beaufoet Ak Yazri Ak Yahya berkata, pihaknya amat memuji dan mengucapkan tahniah atas penganjuran program seumpama itu.

“Selain kita dapat memupuk semangat kekeluargaan, program seumpama ini juga dapat mengumpul para peminat kicauan merdu burung murai dari pelbagai tempat di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Disamping menjadi hobi, aktiviti ini jiga mampu untuk menjana pendapatan dalam kalangan masyarakat khususnya di daerah kecil Menumbok,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan dan menyampaikan hadiah pemenang pertandingan seni suara dan gaya murai batu mini bon terbuka Menumbok 2024 di sini baru-baru ini.

Ak Yazri berkata, pihaknya berharap agar program seumpama itu akan dapat dilaksanakan pada masa akan datang. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/09/148-peserta-sertai-seni-suara-gaya-burung-murai/feed/ 0 47737