cabul – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 30 Jul 2026 03:27:19 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png cabul – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki ditahan bantu siasatan kes cabul dan sumbang mahram https://sabahmedia.com/2026/07/30/lelaki-ditahan-bantu-siasatan-kes-cabul-dan-sumbang-mahram/ https://sabahmedia.com/2026/07/30/lelaki-ditahan-bantu-siasatan-kes-cabul-dan-sumbang-mahram/#respond Thu, 30 Jul 2026 03:27:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100789
Read Time:1 Minute, 21 Second

BEAUFORT: Seorang lelaki warga asing ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dua kes berasingan membabitkan kesalahan cabul dan sumbang mahram yang dipercayai berlaku di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh berkata, suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort hasil maklumat yang diterima berhubung kedua-dua kes berkenaan.

Beliau berkata, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Siasatan bermula selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa pertama yang mendakwa telah dicabul oleh suspek. Mangsa tampil membuat laporan kerana berasa terancam dan bimbang akan keselamatan dirinya sekiranya pulang ke kampung halaman.

“Hasil siasatan awal kemudiannya membawa kepada pembongkaran satu lagi kes yang lebih serius apabila suspek disyaki melakukan perbuatan rogol terhadap anak kandungnya sendiri secara berterusan sejak mangsa masih kanak-kanak.

“Susulan itu, mangsa kedua yang masih di bawah umur telah tampil membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan lanjut diambil,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Champin berkata, polis telah membuka dua kertas siasatan berasingan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul kehormatan dan Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol oleh bapa atau saudara terdekat.

Beliau berkata, PDRM memandang serius kes-kes jenayah seksual dan komited mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat tanpa sebarang kompromi bagi memastikan keadilan kepada mangsa serta pelaku dibawa ke muka pengadilan.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang kes penderaan, penganiayaan atau jenayah seksual diminta segera tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

“Kerjasama masyarakat amat penting bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk melindungi mangsa dan memastikan pelaku dihadapkan ke muka pengadilan,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/30/lelaki-ditahan-bantu-siasatan-kes-cabul-dan-sumbang-mahram/feed/ 0 100789
Kes cabul: Ahli politik tunggu keputusan 14 November ini https://sabahmedia.com/2025/11/10/kes-cabul-ahli-politik-tunggu-keputusan-14-november-ini/ https://sabahmedia.com/2025/11/10/kes-cabul-ahli-politik-tunggu-keputusan-14-november-ini/#respond Mon, 10 Nov 2025 07:17:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85429
Read Time:1 Minute, 29 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang ahli politik yang didakwa mencabul kehormatan seorang wanita empat tahun lalu, akan mengetahui nasibnya pada 14 November ini.

Mahkamah Majistret menetapkan tarikh tersebut bagi keputusan kes melibatkan Phillip Among, 55, yang digantung jawatannya sebagai Penyelaras Parlimen Putatan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) pada Jun 2021 susulan dakwaan berhubung kes gangguan seksual.

Phillip didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 18 tahun pada jam 11 malam, 17 April 2021 di ruang tamu Jesselton Capsule Inn, Asia City.

Pada June 10, 2021, Phillip mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan yang berlangsung di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus, 10 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan, manakala pihak pembelaan menampilkan seorang saksi.

Selain itu, Phillip masih menunggu keputusan bagi empat pertuduhan mencabul seorang peserta Unduk Ngadau Negeri 2021.

Tarikh keputusan bagi kes-kes tersebut bagaimanapun belum ditetapkan, tetapi kes akan disebut semula pada 24 November untuk menyemak status ‘submission’. Tarikh keputusan akan ditetapkan selepas semua pihak menfailkan ‘submission’ mereka.

Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, Phillip didakwa mencabul peserta berkenaan pada 19 Mei 2021 antara jam 2 petang dan 10 malam.

Semua kejadian itu didakwa dilakukan di dalam Studio Darvel Bay Borneo Holidays Sdn Bhd di Asia City; di dalam kereta yang sedang bergerak dari sebuah restoran menuju ke pejabat lama di pusat bandar; di tangga bersebelahan Ever Best Photo di Asia City; dan di dalam sebuah pejabat di Metro Town.

Semasa kejadian, Phillip merupakan ketua teknikal bagi pertandingan Unduk Ngadau peringkat negeri 2021.

Bagi kes itu, lapan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan telah memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang dijalankan di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/10/kes-cabul-ahli-politik-tunggu-keputusan-14-november-ini/feed/ 0 85429
Keputusan kes ahli politik didakwa cabul wanita dijangka ditetapkan November https://sabahmedia.com/2025/10/22/keputusan-kes-ahli-politik-didakwa-cabul-wanita-dijangka-ditetapkan-november/ https://sabahmedia.com/2025/10/22/keputusan-kes-ahli-politik-didakwa-cabul-wanita-dijangka-ditetapkan-november/#respond Wed, 22 Oct 2025 14:05:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83932
Read Time:43 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini dijangka menetapkan keputusan pada November ini terhadap seorang ahli politik yang berdepan pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita empat tahun lalu.

Keputusan kes itu pada asalnya dijadualkan disampaikan hari ini, namun prosiding telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Phillip Among, 55, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang wanita pada jam 11 malam, 17 April 2021, di ruang tamu Jesselton Capsule Inn, Asia City.

Pada June 10, 2021, Phillip mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, 10 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan, manakala pihak pembelaan menampilkan seorang saksi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Arfa Anchal Khan, manakala Phillip diwakili peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/22/keputusan-kes-ahli-politik-didakwa-cabul-wanita-dijangka-ditetapkan-november/feed/ 0 83932
Lelaki diberkas polis cabul anak saudara https://sabahmedia.com/2025/08/19/lelaki-diberkas-polis-cabul-anak-saudara/ https://sabahmedia.com/2025/08/19/lelaki-diberkas-polis-cabul-anak-saudara/#respond Tue, 19 Aug 2025 09:33:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79644
Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki di Kampung Sarip, Lahad Datu pada Ahad lalu bagi membantu siasatan kes dakwaan cabul melibatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata, tangkapan dilakukan kira-kira jam 10.40 malam susulan laporan polis dibuat oleh mangsa pada 14 Ogos lalu.

“Mangsa yang juga pelajar tingkatan empat mendakwa dicabul oleh bapa saudaranya, iaitu adik kandung ibunya, sejak tahun 2019 ketika berumur 10 tahun. Kejadian dikatakan berlaku di perumahan pekerja Ladang Sebrang, Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, mangsa tampil membuat laporan selepas bertemu semula dengan suspek pada Mei lalu ketika menghadiri kenduri perkahwinan saudara di Kampung Silam, yang menyebabkan mangsa trauma dan teringat kembali kejadian lampau.

Siasatan awal mendapati mangsa mendakwa suspek pernah melakukan perbuatan terkutuk itu dan mengugut mangsa supaya tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa.

“Mangsa kini dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut termasuk pemeriksaan psikologi. Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Dzulbaharin berkata, suspek kini ditahan reman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu bagi membantu manakala kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/19/lelaki-diberkas-polis-cabul-anak-saudara/feed/ 0 79644
Cabul rakan cucu, lelaki 58 tahun dipenjara 7 tahun https://sabahmedia.com/2025/02/21/cabul-rakan-cucu-lelaki-58-tahun-dipenjara-7-tahun/ https://sabahmedia.com/2025/02/21/cabul-rakan-cucu-lelaki-58-tahun-dipenjara-7-tahun/#respond Thu, 20 Feb 2025 22:05:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69102
Read Time:1 Minute, 1 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

SANDAKAN: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas seorang lelaki berusia 58 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan amang seksual fizikal.

Mangsa merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, yang juga rakan kepada cucunya.

Tertuduh, Otuh Absarin, membuat pengakuan bersalah di hadapan hakim Zaini Fishir @ Fisal semalam, atas kesalahan yang dilakukan pada sekitar tahun 2023 di sebuah rumah dalam sebuah kampung di daerah Sandakan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta kesalahan-kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah tidak mengenakan hukuman sebatan atas faktor usia tertuduh.

Berdasarkan fakta kes, pada sekitar tahun 2023 mangsa telah pergi ke rumah tertuduh untuk bermain bersama cucunya. Setelah bermain, mereka menonton televisyen dan rakan mangsa (cucu tertuduh) tertidur.

Ketika itulah tertuduh mengambil kesempatan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa. Selepas kejadian, tertuduh meminta mangsa pergi memonton semula televisyen.

Pada 7 Februari tahun ini, mangsa telah menceritakan kejadian itu kepada pengadu yang bertindak membuat laporan polis. Susulan laporan tersebut, tertuduh ditahan pada keesokan harinya (8 Februari 2025).

Semasa prosiding mahkamah, tertuduh tidak diwakili peguam. Manakala Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azizi Hamil, mengendalikan pendakwaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/21/cabul-rakan-cucu-lelaki-58-tahun-dipenjara-7-tahun/feed/ 0 69102
Polis tangkap lelaki tidak siuman cabul tiga wanita https://sabahmedia.com/2023/06/26/polis-tangkap-lelaki-tidak-siuman-cabul-tiga-wanita/ https://sabahmedia.com/2023/06/26/polis-tangkap-lelaki-tidak-siuman-cabul-tiga-wanita/#respond Mon, 26 Jun 2023 10:25:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37203
Read Time:1 Minute, 48 Second

TUARAN: Polis berjaya menangkap seorang suspek lelaki dipercayai tidak siuman kerana terlibat dengan kes cabul tiga mangsa wanita dalam satu kejadian yang berlaku di kawasan Pekan Tuaran pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tuaran
Deputy Superintenden Noraidin Ag Maidin berkata, sebanyak tiga laporan polis telah dibuat pada hari sama kejadian oleh pengadu tiga wanita terbabit berumur 15 hingga 31 tahun iaitu kesemua mangsa mengatakan pada Sabtu 24 Jun 2023 jam lebih kurang 1.00 petang hingga 4.00 petang, bertempat di Pekan Tuaran, seorang lelaki yang tidak dikenali telah mencabul kesemua mangsa.

Katanya, menurut laporan itu juga ada dikalangan mangsa mengalami kerugian wang tunai kerana dilarikan oleh suspek. Pengadu membuat laporan polis itu sebagai makluman dan tindakan selanjutnya.

Menurut Noraidin, hasil siasatan awal dikalangan mangsa mengatakan, suspek telah datang secara tiba-tiba memeluk mangsa dari arah belakang dan mencabul mangsa.

“Selain itu, suspek juga bertindak agresif merampas beg tangan dan terus melarikan diri menyebabkan mangsa mengalami kerugian wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Noraidin berkata, pada 25 Jun 2023 jam 3.00 petang, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tuaran dan Balai Polis Tuaran telah menangkap seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes tersebut dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran untuk soal siasat.

Katanya, selepas tangkapan dibuat, ujian saringan awal air kencing telah dibuat terhadap suspek dan hasil dari
saringan tersebut suspek positif dadah.

“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang lelaki berumur 29 tahun yang berasal daripada daerah Tuaran. Suspek tidak siuman dan merupakan pesakit yang berdaftar di Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu.

“Suspek juga mempunyai Kad OKU Malaysia kategori kurang upaya mental. Suspek baharu sahaja tiga hari dikeluarkan daripada wad Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu
dan menerima rawatan susulan setiap minggu,” jelasnya.

Justeru itu, Noraidin menasihatkan masyarakat supaya tidak gusar kerana suspek adalah tidak siuman dan telah
ditangkap oleh pihak polis.

“Pihak polis juga menasihatkan orang ramai supaya bertindak pantas untuk menghubungi pihak polis sekiranya insiden seperti ini terutamanya yang
berlaku di dalam daerah ini supaya tindakan dapat diambil dengan segera.

“Ibu Pejabat Daerah Tuaran juga akan sentiasa mengambil perhatian yang serius dan tindakan sewajarnya
berkenaan maklumat yang disalurkan di sekitar daerah ini,” tegas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/26/polis-tangkap-lelaki-tidak-siuman-cabul-tiga-wanita/feed/ 0 37203
4 tuduhan Cabul Ratu Kaamatan Didengar Serentak 22 Julai https://sabahmedia.com/2021/07/15/4-tuduhan-cabul-ratu-kaamatan-didengar-serentak-22-julai/ https://sabahmedia.com/2021/07/15/4-tuduhan-cabul-ratu-kaamatan-didengar-serentak-22-julai/#respond Wed, 14 Jul 2021 16:37:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3048
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret membenarkan semua empat pertuduhan ke atas bekas pemimpin STAR, Phillip Among membabitkan kes mencabul seorang peserta Ratu Kaamatan atau Unduk Ngadau didengar bersama.

Majistret Jessica Ombou Kakayun membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan mengemukakan permohonan supaya pendengaran empat pertuduhan itu dilakukan serentak

Beliau membuat permohonan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Prosedur Jenayah kerana semua empat kes itu membabitkan mangsa serta tertuduh sama dan saling berkaitan.

Jessica kemudian menetapkan 22 Julai ini untuk sebutan semula kes dan penyerahan dokumen yang akan digunakan dalam perbicaraan nanti.

Sebelum ini, pendengaran empat daripada lima pertuduhan yang dihadapi tertuduh ditetapkan pada tarikh berlainan.

Among atau nama sebenarnya Philip Among @ Daniel Dell Fidelis dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dua wanita secara berasingan, termasuk seorang peserta Ratu Kaamatan.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu pada 10 Jun lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Among didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan seorang wanita kira-kira 11 malam 17 April lalu di ruang tamu Capsule Inn, Asia City, di sini.

Empat pertuduhan lain pula membabitkan kesalahan mencabul kehormatan seorang lagi wanita, yang juga peserta Ratu Kaamatan, di empat tempat berasingan pada 19 Mei lalu.

Mahkamah membenarkan Among diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan bersama dua penjamin, sementara menunggu pengurusan kes praperbicaraan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/15/4-tuduhan-cabul-ratu-kaamatan-didengar-serentak-22-julai/feed/ 0 3048