Cadangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 27 Jun 2023 12:43:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Cadangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Rafizi bangkitkan cadangan tubuh tabung amanah Sabah kepada PM https://sabahmedia.com/2023/06/27/rafizi-bangkitkan-cadangan-tubuh-tabung-amanah-sabah-kepada-pm/ https://sabahmedia.com/2023/06/27/rafizi-bangkitkan-cadangan-tubuh-tabung-amanah-sabah-kepada-pm/#respond Tue, 27 Jun 2023 12:43:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37267
Read Time:2 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Gesaan Kerajaan Negeri Sabah untuk menyalurkan dana persekutuan yang tidak digunakan yang diperuntukkan untuk pembangunan negeri kepada tabung amanah memerlukan kajian kerana wang itu dikawal oleh undang-undang, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Bagaimanapun Rafizi berkata, beliau akan bangkitkan cadangan tabung amanah Sabah untuk dana persekutuan yang tidak digunakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, perkara itu perlu dikaji secara menyeluruh oleh Kementerian Kewangan kerana ia ada kesan kepada keseluruhan projek persekutuan di Sabah.

“Maksudnya kita melihat bagaimana untuk menambah baik pelaksanaan projek secara menyeluruh dan
kita kena selaraskan juga dengan Kementerian Kewangan, kerana peraturan perbendaharaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan termasuklah samada wang tersebut dimasukkan ke dalam satu tabung amanah ataupun tidak.

“Kita perlu melihat keseluruhannya, seperti bagaimana sesuatu projek itu diminta, bagaimana ia dinilai, dan akhirnya diluluskan, ia perlu dikaji secara mendalam,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Sesi Libat Urus (SLU) Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMKe-12) bersama Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Rafizi menjelaskan bahawa soal wang pembangunan berkaitan dengan akta kerana akta meletakkan wang itu ke dalam kumpulan wang pembangunan samada wang itu perlu disimpan. Kita kena perhalusi dengan mengkaji akta sedia ada, ia adalah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

“Apa yang saya boleh buat kita perhalusi semua ini untuk menambah baik dan sudah tentu isu ini dibawa oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang akan dibincangkan dengan Perdana Menteri nanti,” katanya.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Mei lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor telah mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan peruntukan pembangunan Sabah yang tidak digunakan ke dalam tabung amanah.

“Ini adalah cara terbaik untuk kita supaya kita tidak menanggung sebarang kerugian daripada sebarang peruntukan yang tidak digunakan,” katanya.

Hajiji berkata Sabah telah diperuntukkan RM5.709 bilion untuk pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan pada 2022.

“Daripada jumlah itu, RM4.457 bilion telah dibelanjakan, manakala sebanyak RM1.252 bilion tidak dapat dibelanjakan kerana beberapa isu pelaksanaan,” katanya.

Menurutnya, terdapat lima isu pelaksanaan utama iaitu kontraktor, utiliti, tanah, pengurusan dan agensi pelaksanaan.

“Kontraktor yang dilantik tidak mempunyai kapasiti kewangan yang mencukupi atau kredit kewangan, buruh, dan kelemahan pengurusan projek.

“Kelewatan dokumentasi untuk sambungan utiliti, kelewatan/ birokrasi syarikat utiliti, dan pemetaan utiliti di dalam tanah (bawah tanah) dan di bawah permukaan (sub-permukaan) adalah mencabar untuk dikesan.

“Proses tebus guna tanah yang terganggu, bantahan daripada pemilik tanah berhampiran lokasi cadangan pembangunan/ penggunaan didapati tidak sesuai, keadaan topografi yang sukar, tiada ruang/akses ke tapak, atau halangan.

“Arahan henti kerja oleh pegawai penguatkuasa, kesukaran mendapatkan bekalan bangunan dan harga bahan di pasaran meningkat.

“Kelewatan dalam menyemak dan meluluskan Variation Order (VO), kelewatan pembayaran kepada perunding/kontraktor dan pembekal, kelewatan dalam menyemak dan meluluskan lanjutan masa atau Extension of Time (EOT),” jelas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/27/rafizi-bangkitkan-cadangan-tubuh-tabung-amanah-sabah-kepada-pm/feed/ 0 37267
Cadangan Pembangunan Industri Angkasa di Sabah ditandatangani https://sabahmedia.com/2023/06/24/cadangan-pembangunan-industri-angkasa-di-sabah-ditandatangani/ https://sabahmedia.com/2023/06/24/cadangan-pembangunan-industri-angkasa-di-sabah-ditandatangani/#respond Sat, 24 Jun 2023 02:40:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36989
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Memorandum Persefahaman (MoU) Kajian Kebolehlaksanaan Cadangan Pembangunan Industri Angkasa di Sabah, ditandatangani di sini malam tadi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan majlis menandatangani MoU itu sempena perasmian Majlis Anugerah Sains Sabah (MASS) 2023 di Shangri-La Tanjung Aru Resort di sini pada Jumaat.

Majlis MoU itu ditandatangani antara tiga pihak iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang diwakili oleh Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Zainudin Aman manakala Sovereign Sengalang Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusan Kumpulan/Timbalan Pengerusinya, Mohd Ezra Effendi dan Yuzhnoye State Design Office diwakili Denys MyKhailiuk, (Charge d’ Affaires ad interim, Embassy of Ukraine).

Hajiji berkata sekiranya kajian itu membawa indikasi positif, Sabah bakal membina ‘space launching facility’ atau kemudahan pelancaran angkasa lepas yang ke-16 di dunia.

“Ini sekaligus akan meletakkan nama Malaysia menjadi negara ke-sembilan yang memiliki fasiliti sedemikian seterusnya bakal melonjakkan Sabah menjadi negeri ulung serta berpotensi dalam konteks pemindahan ilmu dan teknologi aeroangkasa aras tinggi
di Malaysia.

“Justeru, MoU Kajian Kebolehlaksanaan Cadangan Pembangunan Industri Angkasa di Sabah adalah tepat pada masanya, untuk melihat kesesuaian pembinaan Pusat Industri Pelancaran Angkasa Lepas Antarabangsa Sabah di lokasi yang akan ditentukan kelak.

“Pembinaan pusat industri pelancaran itu juga akan dapat memacu pertumbuhan antara 300 hingga 500 syarikat hiliran dalam industri aeroangkasa seperti pembinaan, electronik dan logistik.

“Selain itu ia membuka lebih 90 peluang pekerjaan bergaji tinggi dan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan secara keseluruhannya serta limpahan dan kemakmuran ekonomi di Sabah,” katanya.

Katanya, Kedudukan negeri Sabah adalah sangat strategik dan berada di halaju garis lurus maksimum (Maximum Straight Linear Velocity) yang secara tidak langsung dapat
mengurangkan kos pelancaran kenderaan angkasa akan terus ke ruang angkasa antarabangsa tanpa melalui ruang angkasa Indonesia.

“Selain itu, dapat melonjakkan pencapaian negeri dalam bidang STIE (Sains Teknologi, Inovasi dan Ekonomi), merangsang minat belia dalam sektor aeroangkasa, pembinaan fasiliti pelancaran kenderaan angkasa komersil ‘ Cyclone, akan menjadi pemangkin baharu sektor pelancongan negeri,” katanya sambil menambah ia juga memberi pulangan dengan anggaran 20 peratus daripada hasil setiap pelancaran kenderaan angkasa yang dianggarkan mencecah RM200 juta setahun.

Beliau berkata, setakat ini kajian kebolehlaksanaan masih di peringkat awal pelaksanaannya dan mengambil masa selama enam hingga 12 bulan.

“Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada persetujuan lanjut Kabinet Negeri Sabah dan selanjutnya Kabinet Persekutuan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/24/cadangan-pembangunan-industri-angkasa-di-sabah-ditandatangani/feed/ 0 36989
Sabah Alu-alukan Cadangan Hubungan Perdagangan Langsung Dengan Turki https://sabahmedia.com/2022/02/21/sabah-alu-alukan-cadangan-hubungan-perdagangan-langsung-dengan-turki/ https://sabahmedia.com/2022/02/21/sabah-alu-alukan-cadangan-hubungan-perdagangan-langsung-dengan-turki/#respond Mon, 21 Feb 2022 09:00:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12410
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan minat yang ditunjukkan oleh Kerajaan Turki untuk mewujudkan hubungan perdagangan langsung dengan Sabah.

“Kita mengalu-alukan idea itu dan Kerajaan Sabah akan melakukan yang terbaik untuk memudahkan pelaburan dari Turki,” katanya ketika bertemu dengan Duta Turki ke Malaysia Dr Merve Safa Kavakci di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

Kavakci sebelum ini memberitahu Hajiji bahawa mereka melihat Sabah bukan hanya sebagai salah sebuah negeri dalam Malaysia tetapi sebagai pintu masuk ke rantau Asean.

Menurutnya, sekumpulan ahli perniagaan dari Turki akan datang ke Kuala Lumpur pada Mac dan akan datang ke Sabah untuk mencari usaha niaga pelaburan.

Kavakci berkata sebagai tambahan kepada inisiatif perdagangan dan pendidikan, dia berhasrat untuk mempromosikan Tarikan pelancongan Sabah bukan sahaja di Turki tetapi juga negara jiran yang mempunyai hubungan dengan Turki.

Sementara itu, rombongan Duta Turki diiringi Penasihat Perdagangannya, Elif Haliloglu Gungunes, Kaunselor Hal Ehwal Pelancongan dan Maklumat, Begum Sahin, Akhbar Kaunselor, Zeynep Havva Rafique dan Pengarah Institut Kebudayaan Turki Yunus Emre, Dr. Omer Altun.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untung, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah, Datuk Madiyem Layapan dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, JamineTeo turut menghadiri mesyuarat itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/21/sabah-alu-alukan-cadangan-hubungan-perdagangan-langsung-dengan-turki/feed/ 0 12410
KPM Ambil Maklum Tentang Cadangan Bina Asrama Sekolah Di Kiulu https://sabahmedia.com/2022/01/29/kpm-ambil-maklum-tentang-cadangan-bina-asrama-sekolah-di-kiulu/ https://sabahmedia.com/2022/01/29/kpm-ambil-maklum-tentang-cadangan-bina-asrama-sekolah-di-kiulu/#respond Sat, 29 Jan 2022 09:13:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11714
Read Time:1 Minute, 30 Second

TUARAN: Jabatan Pendidikan memberi kebenaran untuk membina asrama yang telah lama tertangguh untuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens di Kiulu, di sini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mohamad Alamin mengambil maklum perkara itu selepas membaca mengenai kesusahan pelajar di media.

“Apabila saya membaca mengenai kelewatan memberi kelulusan pembinaan asrama yang dibangkitkan oleh Adun Kiulu Datuk Joniston (Bangkuai), saya segera meminta Jabatan Pendidikan untuk meneliti perkara itu,” kata Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Giok di Kampung Giok di sini, pada Sabtu. Lawatan beliau termasuk meninjau lokasi cadangan bangunan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabalu iaitu bersebelahan sekolah rendah.

Turut hadir Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, timbalan ketua pengarah pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dan pengarah pendidikan Sabah Datuk Dr Mistrine Radin.

Semasa lawatan itu, Joniston juga telah mengemukakan secara peribadi perkara itu dan bercakap dengan Pkharuddin dan Mistrine mengenainya.

“Susulan perbincangan kami, mereka menyedari keperluan untuk asrama. Pelajar luar bandar akan mendapat manfaat yang besar daripada pembangunan ini, kerana ia akan mengurangkan beban pelajar yang tinggal jauh dari sekolah mereka.

“Apabila pembinaan itu direalisasikan dan siap, ia akan memberi manfaat kepada 80 pelajar, yang tidak lagi perlu menyewa bilik daripada penduduk kampung,” kata Joniston.

Dalam artikel berita bertarikh 27 Jan, Joniston menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan cadangan asrama SMK Tun Fuad Stephens yang telah lama tertangguh dengan segera.

Tahun lalu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu menghantar surat kepada Jabatan Pendidikan Sabah.

Surat itu juga telah dimajukan kepada Kementerian Pendidikan, tetapi tiada jawapan diterima.

Disebabkan ketiadaan asrama, ramai pelajar luar bandar terpaksa menyewa bilik di rumah penduduk berhampiran dan berdekatan dengan sekolah mereka.

Susulan daripada isu yang dihadapi oleh pelajar, Joniston turut tampil membantu meringankan beban dengan membantu pembayaran sewa bilik pelajar.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/29/kpm-ambil-maklum-tentang-cadangan-bina-asrama-sekolah-di-kiulu/feed/ 0 11714
Kerajaan Negeri Alu-Alukan Pandangan & Cadangan Daripada NGO https://sabahmedia.com/2022/01/10/kerajaan-negeri-alu-alukan-pandangan-cadangan-daripada-ngo/ https://sabahmedia.com/2022/01/10/kerajaan-negeri-alu-alukan-pandangan-cadangan-daripada-ngo/#respond Mon, 10 Jan 2022 10:49:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10970
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada mana-mana badan bukan kerajaan organisasi (NGO) untuk kepentingan negeri dan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sebagai Ketua Menteri , beliau sedia mendengar cadangan serta bersikap terbuka dari segi pengurusan negara.

Apa yang penting katanya, ialah menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh rakyat.

“NGO seharusnya bebas menyuarakan pendapat mereka tentang perkara-perkara yang berfaedah kepada negeri dan rakyat,” kata Hajiji ketika bertemu dengan Pengerusi Sabah Action Body Advocating Right (SABAR) Datuk Dr Johan Ariffin Abdul Samad di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini, pada Isnin.

Beliau juga berterima kasih kepada SABAR kerana menawarkan untuk membantu beliau dan Kerajaan Negeri dalam isu-isu seperti alam sekitar, pelancongan, kesihatan dan isu-isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri telah membuat kemajuan dalam perkara berkaitan MA63, antaranya meluluskan Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021, hak-hak minyak dan gas, kuasa untuk mengeluarkan lesen memancing dan beberapa lagi.

“Dalam konteks MA63, kami telah mencapai kemajuan yang baik,” kata Hajiji.

Dr Johan juga turut memberi taklimatnya kepada Ketua Menteri, bahawa SABAR telah ditubuhkan pada April 2021 dan mempunyai keahlian seramai 100 orang terdiri daripada bekas penjawat-penjawat awam kanan.

Beliau berkata, SABAR bukanlah kumpulan warga politik tapi kumpulan yang prihatin dengan hak dan prihal Sabah berkaitan MA63 dan berharap dapat menyumbang idea dan sumber kepada Kerajaan Negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/10/kerajaan-negeri-alu-alukan-pandangan-cadangan-daripada-ngo/feed/ 0 10970
PBS Beri Cadangan Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Selesai Isu Pendatang Tanpa Izin Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/24/pbs-beri-cadangan-tubuh-jawatankuasa-khas-untuk-selesai-isu-pendatang-tanpa-izin-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/24/pbs-beri-cadangan-tubuh-jawatankuasa-khas-untuk-selesai-isu-pendatang-tanpa-izin-di-sabah/#respond Fri, 24 Dec 2021 12:08:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10266
Read Time:3 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) memberi cadangan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas antara parti di bawah Dewan Undangan Negeri bagi mencari penyelesaian jangka panjang kepada isu berterusan melibatkan pendatang tanpa izin dan tanggungjawab mereka yang menetap di Sabah.

Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, partinya menolak cadangan yang ditimbulkan semula untuk mengeluarkan pas sementara khas untuk pendatang tanpa izin di negara ini.

Maximus menegaskan sekiranya cadangan itu diluluskan, ia akan membawa masalah lebih besar kepada isu yang belum diselesaikan. Beliau juga percaya kaedah yang lebih berkesan adalah membentuk jawatankuasa khas antara parti.

“Adalah penting pendekatan tersebut mematuhi undang-undang, sama ada di negeri atau negara. Ia mesti telus dan semua input daripada penggubal undang-undang Sabah perlu diambil kira. Ini adalah pendirian PBS,” katanya ketika menjawab gesaan bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh baru-baru ini mengenai pengeluaran pas sementara khas untuk pendatang tanpa izin, walaupun ia ditolak pada pilihan raya kecil Kimanis pada 2020.

Katanya, PBS tidak akan sewenang-wenangnya bersetuju dengan gesaan Harris kerana undang-undang dan peraturan negara mesti dihormati, dan keselamatan jangka panjang rakyat Sabah, dan rakyat Malaysia di Sabah, mesti dilindungi dan terjamin.

“Di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Sabah mempunyai hak ke atas imigresen, oleh itu, perkara mengenai IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci adalah di bawah Kawalan kerajaan Negeri sepenuhnya.

“Justeru, wajar bagi ahli Dewan Undangan Negeri terlibat dalam menentukan siapa yang boleh tinggal di Sabah secara tetap, atau sebaliknya.

“Sudah tiba masanya untuk Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengambil tindakan serius bagi menyelesaikan isu yang telah lama berlarutan ini, tetapi perlu diingat bahawa semua tindakan mesti berpandukan undang-undang negara dan peraturan dalam kuasa Negeri.

“Tiada lagi ruang untuk permainan politik, atau penyalahgunaan undang-undang imigresen. PBS telah lama mengetengahkan isu ini dan mempertahankan bahawa Sabah adalah untuk rakyat asal Sabah dan rakyat Malaysia tulen,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Kota Marudu itu mendedahkan bahawa cadangan sedemikian perlu diteliti melalui perbincangan intensif dan ditapis oleh jawatankuasa khas, terdiri daripada penggubal undang-undang Sabah

Menurut Maximus terdapat dua kategori pendatang tanpa izin di Sabah, satu dikategorikan sebagai pendatang asing yang mempunyai dokumen, manakala satu lagi pendatang tanpa izin tanpa dokumen.

“Kategori yang didokumenkan melibatkan tiga kelas – pemegang IMM13 berjumlah 51,645; kedua, pemegang Kad Burung-Burung berjumlah 36,892; dan ketiga, Sijil Banci berjumlah 47,519. Jika dijumlahkan tanggungan dan ahli keluarga, kumpulan ini dianggarkan setengah juta di Sabah,” jelasnya.

Sementara itu, Maximus turut menyatakan di bawah kategori warga asing tanpa izin, mereka dianggarkan antara satu juta hingga 1.5 juta, termasuk tanggungan mereka.

Tambah beliau, terdapat warga asing yang menerima pas kerja mereka di bawah pelbagai program, seperti program pengampunan yang membolehkan mereka diambil sementara sebagai pekerja asing sama ada oleh syarikat perladangan dan pembinaan melalui agensi kerajaan berkaitan, iaitu jabatan Buruh dan Imigresen.

“Mereka yang tidak diupah atau tinggal di Sabah tanpa dokumen yang sah harus dianggap sebagai menyalahi undang-undang. Mereka seharusnya ditahan dan dihantar pulang.

“Pendirian PBS mengenai pendatang tanpa izin adalah mudah – tangkap dan hantar pulang. Pasukan keselamatan dan penguatkuasaan memainkan peranan penting dalam memastikan mereka ini tidak berada di dalam negeri dan negara kita secara haram.

“Ini adalah perkara yang sangat serius dan sensitif kepada rakyat Sabah dan atas sebab itu, kami di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk melibatkan diri dengan masyarakat, dan sebarang cadangan dari mereka akan dikemukakan kepada Majlis Khas MA63 (MKMA63), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” tegas Maximus.

Beliau menambah bahawa di bawah Keselamatan Negeri Sabah dan Sarawak, yang diketuai oleh Kementerian Dalam Negeri, di mana Sabah dan Sarawak diwakili timbalan ketua menteri dan peguam besar mereka, serta pegawai lain yang berkaitan akan menumpukan perhatian dan usaha untuk menangani isu berkenaan IMM13, Kad Burung -Burung dan Sijil Banci mulai tahun hadapan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/24/pbs-beri-cadangan-tubuh-jawatankuasa-khas-untuk-selesai-isu-pendatang-tanpa-izin-di-sabah/feed/ 0 10266
Cadangan Wujudkan Dana ‘Start Up’ Golongan Usahawan/Peniaga Muda Dipertimbangkan – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/10/05/cadangan-wujudkan-dana-start-up-golongan-usahawan-peniaga-muda-dipertimbangkan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/10/05/cadangan-wujudkan-dana-start-up-golongan-usahawan-peniaga-muda-dipertimbangkan-hajiji/#respond Tue, 05 Oct 2021 11:46:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7209
Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri sedia menimbang cadangan mewujudkan dana start-up usahawan untuk belia termasuk usahawan wanita muda.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dana itu bukan sahaja untuk start-up perniagaan, malah turut membantu dalam pemulihan perniagaan bagi golongan usahawan/peniaga muda yang terkesan secara langsung dengan pandemik COVID-19.

“Peruntukan seumpama ini wajar dan akan dipertimbangkan dalam Belanjawan Negeri Sabah tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sesi Libat Urus Sabah Maju Jaya (SMJ) Bersama Ahli Parlimen Wanita Muda Sabah secara dalam talian di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Sesi ini diadakan bagi mendapatkan pandangan golongan wanita muda di Sabah berkenaan dasar kerajaan khususnya yang berkaitan dengan wanita.

Seramai 16 orang Ahli Parlimen Wanita Muda Sabah telah mengikuti sesi tersebut dengan membawa beberapa aspirasi dan pandangan untuk memperkasa kedudukan wanita di negeri ini.

“Saya sentiasa mengalu-alukan dan menghargai pandangan dan respon daripada orang-orang muda termasuk Ahli Parlimen Wanita Muda.

“Syor daripada Ahli-Ahli Parlimen Wanita Muda hari ini akan dijadikan panduan dalam pelaksanaan dasar dan program, termasuk dalam penggubalan Belanjawan Negeri 2022”, kata Hajiji.

Katanya, Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah akan terus melaksanakan inisiatif bagi mengangkat agenda memperkasa wanita di negeri ini, agar kebajikan, keselamatan dan peluang mereka akan sentiasa dijaga dan ditambahbaik dari semasa ke semasa.

Hajiji turut mengarahkan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) untuk menggerakkan lebih banyak sesi libat urus yang melibatkan para pemimpin kerajaan dengan pelbagai segmen dan NGO masyarakat.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya, Pengarah IKRAR, Azrul Ibrahim, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah, Rusnah Kuyung dan Timbalannya, Haslina Ismail, serta Perwakilan Parlimen Wanita Muda Sabah, Farrah Ain Madzlan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/05/cadangan-wujudkan-dana-start-up-golongan-usahawan-peniaga-muda-dipertimbangkan-hajiji/feed/ 0 7209