cansino – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 18 Oct 2021 09:49:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png cansino – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penerima Vaksin CanSino Boleh Masuk Premis Perniagaan Selepas Sebulan https://sabahmedia.com/2021/10/18/penerima-vaksin-cansino-boleh-masuk-premis-perniagaan-selepas-sebulan/ https://sabahmedia.com/2021/10/18/penerima-vaksin-cansino-boleh-masuk-premis-perniagaan-selepas-sebulan/#respond Mon, 18 Oct 2021 09:49:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7628
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Penerima vaksin COVID-19 dos tunggal jenis Cansino dibenarkan memasuki premis-premis perniagaan di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata,  penerima perlu melepasi tempoh masa yang ditetapkan daripada tarikh menerima vaksin.

“Vaksin jenis Cansino ini adalah vaksin jenis dos tunggal. Ianya bersamaan dengan vaksin jenis dua dos yang lain dan tiada halangan bagi mereka yang menerima vaksin jenis dos tunggal untuk masuk ke mana-mana premis perniagaan atau untuk melakukan urusan.

“Tetapi ianya mestilah selepas 28 hari dari tarikh mereka mendapatkan vaksin jenis Cansino,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Shahelmey yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah berkata, usaha pemberian vaksin kepada orang ramai akan tetap diteruskan meskipun beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sabah telah ditutup.

Jelasnya, tidak ada soal masalah untuk mendapatkan vaksin.

“Walaupun beberapa PPV telah ditutup, terdapat 16 buah PPV lagi yang masih dibenarkan beroperasi di kawasan-kawasan yang masih memerlukan.

“Bagi kawasan yang sudah tidak mempunyai PPV, pemberian vaksin akan dilakukan di klinik-klinik kesihatan yang berdekatan,” katanya.

Shahelmey juga mengingatkan orang ramai agar terus patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak dijangkiti virus Covid-19.

“Dengan peralihan dari fasa pandemik ke fasa endemik ini, saya ingin mengingatkan orang ramai untuk tetap mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/18/penerima-vaksin-cansino-boleh-masuk-premis-perniagaan-selepas-sebulan/feed/ 0 7628
PICK : 16,000 Dos Vaksin CanSino Telah Dihantar Ke Semporna https://sabahmedia.com/2021/09/07/pick-16000-dos-vaksin-cansino-telah-dihantar-ke-semporna/ https://sabahmedia.com/2021/09/07/pick-16000-dos-vaksin-cansino-telah-dihantar-ke-semporna/#respond Tue, 07 Sep 2021 07:14:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5964
Read Time:1 Minute, 26 Second

SEMPORNA : Sebanyak 16,000 dos vaksin COVID-19 jenis CanSino telah dihantar ke daerah ini bagi melaksanakan Program Jangkauan Luar Vaksinasi khususnya melibatkan kawasan luar bandar termasuk pulau-pulau.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, dari jumlah itu sebanyak 3,000 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk terlibat termasuk penduduk bukan warganegara.

“Pada hari ini dalam lawatan hari kedua saya ke Sabah, saya telah melawat Pulau Larapan  dimana satu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara dibuka bagi melaksanakan vaksinasi dengan mensasarkan 1,000 dos vaksin tunggal iaitu jenis CanSino kepada penduduk.

“Vaksin CanSino ini mudah digunakan sebab ia hanya dos tunggal sajaka, tidak payah datang dua kali.  Selain itu saya dapati kesedaran masyarakat tempatan agak tinggi dimana bukan sahaja penduduk di pulau ini malah ada juga yang datang dari pulau berhampiran.

“Kita nampak walaupun di pulau-pulau pedalaman dan sebagainya, komunikasi untuk meningkatkan kesedaran terhadap penerimaan vaksin juga semakin baik,” katanya ketika ditemui ketika mengadakan lawatan ke Pulau Larapan sempena Program Jangkauan Luar Pemberian Vaksin kepada penduduk di pulau berkenaan.

Hadir sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Ir Shahelmey Yahya.

Khairy berkata, daerah ini juga dijangka akan menerima bekalan tambahan vaksin jenis CanSino sebanyak 10,000 dos lagi dalam tempoh terdekat.

“Saya telah memaklumkan kepada Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Hajiji Noor) sekali lagi bahawa negeri ini akan diberi keutamaan menerima vaksin jenis CanSino.

“Ini kerana di Sabah seperti Pulau Larapan ini senang diberikan kerana yang datang bukan sahaja penerima di pulau ini tetapi kalau kita bagi dua dos mungkin akan agak sukar untuk menghubungi mereka semua selepas tiga minggu,” katanya.

Beliau turut berharap agar Malaysia dapat lebih banyak lagi bekalan vaksin CanSino yang telah ditempah selain berharap bekalan tambahan akan sampai bulan depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/07/pick-16000-dos-vaksin-cansino-telah-dihantar-ke-semporna/feed/ 0 5964
PICK : Sabah Terima 180,000 Dos CanSino Secara Berperingkat Hingga Isnin https://sabahmedia.com/2021/09/03/pick-sabah-terima-180000-dos-cansino-secara-berperingkat-hingga-isnin/ https://sabahmedia.com/2021/09/03/pick-sabah-terima-180000-dos-cansino-secara-berperingkat-hingga-isnin/#respond Fri, 03 Sep 2021 09:11:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5754
Read Time:39 Second

KUALA LUMPUR: Sebanyak 180,000 dos vaksin CanSino dihantar ke Sabah secara berperingkat, bermula 28 Ogos lalu hingga Isnin ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, 2,000 dos vaksin berkenaan diagihkan ke Pulau Mabul selama dua hari, bermula hari ini.

“Sehingga hari ini, sebanyak 44,000 dos vaksin CanSino telah diterima Sabah.  Manakala aktiviti pemberian vaksin dos tunggal itu diteruskan kepada penduduk di Pulau Mabul yang dijalankan selama dua hari.

“Pemberian itu membabitkan 1,000 dos pada hari ini dan 1,000 lagi esok selain 500 dos di Nabawan,” katanya dalam ciapan melalui Twitter beliau, hari ini.

Khairy berkata, sebelum ini, vaksin itu telah diagihkan ke Pulau Sebatik membabitkan 2,400 dos, dan 1,200 dos lagi di pedalaman Kinabatangan, pada 29 serta 30 Ogos lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/03/pick-sabah-terima-180000-dos-cansino-secara-berperingkat-hingga-isnin/feed/ 0 5754
PICK : Ketua Kampung Antara Individu Pertama Terima Vaksin Cansino Di Pulau Mantanani https://sabahmedia.com/2021/08/27/pick-ketua-kampung-antara-individu-pertama-terima-vaksin-cansino-di-pulau-mantanani/ https://sabahmedia.com/2021/08/27/pick-ketua-kampung-antara-individu-pertama-terima-vaksin-cansino-di-pulau-mantanani/#respond Fri, 27 Aug 2021 10:33:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5362
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA BELUD: Seramai 650 penduduk di Pulau Mantanani disini menjadi antara penerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Cansino menerusi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah.

Program pemberian vaksin yang dilaksanakan di Mizume pulau berkenaan menyaksikan Ketua Kampung Pulau Mantanani Rosmin Ambil menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin dos tunggal itu dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan Fairuz Renddan.

Fairuz berkata, usaha pemberian vaksin dos tunggal itu mampu mempercepatkan lagi proses vaksinasi kepada rakyat di negeri ini khususnya di kawasan pedalaman.

Katanya, usaha pemberian vaksin dos tunggal kepada rakyat itu juga mampu direalisasikan khususnya bagi kawasan yang sukar dihubungi dengan jaringan pengangkutan.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya berbangga kerana rakyat di kawasan ini menjadi antara penerima terawal bagi suntikan vaksin jenis CanSino dan semoga usaha kita untuk mencapai perlindungan imunisasi kelompok berjaya dicapai segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke  Program Vaksinasi Jangkauan Luar  Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan di Pulau Mantanani disini hari ini.

Fairuz berkata, pemberian vaksin kepada rakyat telah terbukti membantu dalam usaha untuk mengurangkan risiko serta komplikasi yang dialami oleh pesakit yang disahkan positif COVID-19.

“Kita lihat sendiri, pengurangan kes-kes positif yang berada bagi tahap empat dan lima yang memerlukan bantuan alat pernafasan, dan kebanyakan kes positif baharu ialah bagi tahap satu dan dua.

“Inilah kejayaan vaksin yang mula kita lihat memberi kesan positif dan pastinya usaha murni pihak kerajaan kepada rakyat harus sentiasa dikenang,”katanya.

Katanya, kerjasama semua pihak khususnya petugas barisan hadapan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis, RELA, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Skuad N8 Pintasan dan ARMADA BERSATU Negeri Sabah banyak membantu merealisasikan usaha membentuk imuniti kelompok khasnya di DUN Pintasan.

“Saya bersyukur dan amat berterima kasih kepada kerajaan negeri Sabah, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya berharap agar kita semua dijauhkan dari virus ini dan segera mencapai kejayaan dalam memerangi pandemik yang merencatkan pertumbuhan ekonomi serta menjejaskan kesihatan rakyat sejagat di seluruh dunia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/27/pick-ketua-kampung-antara-individu-pertama-terima-vaksin-cansino-di-pulau-mantanani/feed/ 0 5362
Perjalanan Mencabar Bawa Vaksin CanSino Ke Pedalaman Kalabakan https://sabahmedia.com/2021/08/27/perjalanan-mencabar-bawa-vaksin-cansino-ke-pedalaman-kalabakan/ https://sabahmedia.com/2021/08/27/perjalanan-mencabar-bawa-vaksin-cansino-ke-pedalaman-kalabakan/#respond Fri, 27 Aug 2021 03:05:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5333
Read Time:1 Minute, 59 Second

KALABAKAN: Petugas program vaksinasi “outreach” terpaksa menempuh perjalanan mencabar dan berliku hampir dua jam mengharungi jalan tidak berturap, berbukit dan dilitupi hutan bagi melaksanakan program pemberian vaksin Covid-19 jenis dos tunggal CanSino di pedalaman, iaitu di Kampung Serudung Laut dekat sini.

Jalan sejauh 70km dari Kampung Kalabakan ke Kampung Serudung Laut itu hanya boleh dilalui pacuan empat roda, justeru sebanyak 15 kenderaan daripada Kelab 4×4 Kalabakan digunakan bukan sahaja untuk membawa vaksin CanSino tetapi juga anggota pasukan tersebut.

Lebih 30 anggota pasukan itu, yang terdiri daripada petugas kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Penerangan dan Majlis Keselamatan Negara, tersenyum puas setelah penat lelah mereka membawa vaksin CanSino berbaloi apabila 300 penduduk termasuk 50 pekerja asing hadir menerima suntikan.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Harun Maddasa berkata, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai risiko bagi menjayakan program tersebut, semua itu dihadapi mereka dengan hati yang terbuka semata-mata bagi memastikan penduduk Kampung Serudung Laut, yang terletak jauh di pedalaman, mendapat vaksin.

“Pemilihan Kampung Serudung Laut bagi program ini dibuat kerana kriteria kedudukan geografi kampung berkenaan yang jauh dan sukar dilalui… ini penting kerana kita mahu pastikan penduduk mendapat vaksin walaupun mereka jauh di pedalaman,” katanya kepada pemberita pada program itu semalam.

Winner Julius, 33, pula gembira kerana diberi peluang menjadi antara penerima terawal vaksin CanSino di Sabah dan dos tunggal vaksin itu amat memudahkan dirinya serta penduduk kampung kerana mereka tidak perlu memikirkan tentang dos kedua.

“Kiranya selepas ini saya sudah lengkap vaksin. Meskipun tinggal di kawasan pedalaman namun vaksinasi juga penting kerana risiko untuk mendapat penyakit ini boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana-mana.

“Lagipun saya perlu memanfaatkan program ‘outreach’ suntikan vaksin Covid-19 yang sudah dibawa khas oleh kerajaan ke kampung ini dan bersyukur dapat vaksin jenis satu dos saja, tiada lagi selepas ini. Apa juga jenis vaksin itu sebenarnya baik,” katanya.

Rakannya, Kenny Matinus, 32, turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dalam pemberian vaksin Covid-19 kepada penduduk di pedalaman.

“Syukur dapat suntikan CanSino hari ini (semalam), walaupun kami di kawasan terpencil tapi kami juga diberi keutamaan. Saya takut juga dengan Covid-19, kes di Kalabakan ini juga banyak tetapi sekarang dengan ada vaksin ini, saya yakin tahap kesihatan saya lebih terjamin,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik Hassan Ghani Pg Amir pula berharap penduduk di kawasannya memanfaatkan program “outreach” yang diadakan kerajaan untuk pemberian vaksin Covid-19. –BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/27/perjalanan-mencabar-bawa-vaksin-cansino-ke-pedalaman-kalabakan/feed/ 0 5333
PICK : Dos Tunggal Mampu Percepat Proses Vaksinasi Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/26/pick-dos-tunggal-mampu-percepat-proses-vaksinasi-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/26/pick-dos-tunggal-mampu-percepat-proses-vaksinasi-di-sabah/#respond Thu, 26 Aug 2021 07:50:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5281
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 180,000 dos vaksin COVID-19 jenis Cansino telah dihantar ke Sabah bagi pelaksanaan vaksinasi kepada penduduk di pedalaman negeri ini,

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penghantaran itu diharap mampu mempercepatkan lagi proses vaksinasi kepada kumpulan sasar dinegeri ini.

“Vaksin Cansino hanya memerlukan satu suntikan.  Diharapkan vaksin ini dapat mempercepatkan dan memudahkan liputan vaksinasi khususnya di kawasan pedalaman dan kumpulan sasar yang telah dikenalpasti,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Sabah Media sebelum ini melaporkan negeri ini telah menerima sebanyak 94,000 bekalan dos vaksin menerusi dua penghantaran sejak Selasa lalu.

Ia membabitkan penghantaran pertama sebanyak 50,800 dos  manakala sebanyak 43,200 dos vaksin sama tiba semalam kira-kira jam 9 pagi di Mas Kargo Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Masnah Matsalleh berkata, vaksin itu akan diberi keutamaan kepada penduduk di kawasan pedalaman, luar bandar dan pulau di seluruh Sabah.

Katanya, pengagihan vaksin itu ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan setakat ini, vaksin yang diterima adalah mencukupi bagi keperluan sasaran yang telah ditetapkan.

“Sabah juga bakal menerima 86,000 dos vaksin sama pada 27 Ogos ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/26/pick-dos-tunggal-mampu-percepat-proses-vaksinasi-di-sabah/feed/ 0 5281
PICK : Kerajaan Sabah Yakin Vaksin CanSino Mampu Tingkat Kadar Vaksinasi Terutama Di Pedalaman https://sabahmedia.com/2021/08/26/pick-kerajaan-sabah-yakin-vaksin-cansino-mampu-tingkat-kadar-vaksinasi-terutama-di-pedalaman/ https://sabahmedia.com/2021/08/26/pick-kerajaan-sabah-yakin-vaksin-cansino-mampu-tingkat-kadar-vaksinasi-terutama-di-pedalaman/#respond Thu, 26 Aug 2021 05:55:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5271
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri mengalu-alukan penghantaran vaksin jenis CanSino ke Sabah dalam usaha berterusan mempercepat proses vaksinasi di kalangan rakyat di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Ir Shahelmey Yahya berkata, penghantaran vaksin jenis satu dos tersebut amat bersesuaian dalam meningkatkan kadar vaksinasi terutama di kawasan-kawasan pedalaman dan program jangkauan luar.

“Saya sangat mengalu-alukan penghantaran vaksin ini ke Sabah terutamanya untuk kegunaan di kawasan-kawasan pedalaman yang sukar untuk dihubungi. 

“Ia sesuai diberikan kepada penduduk kawasan yang sukar untuk dihubungi agar proses pemberian dan penerimaan vaksin itu dapat dilakukan dengan lebih cepat dan efisien,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Shahelmey yang juga Exco Kesihatan Sabah berharap dengan adanya vaksin jenis satu dos itu akan mampu membantu mempercepatkan lagi kadar penerima vaksin lengkap di Sabah.

Katanya, Sabah telah menerima agihan vaksin jenis CanSino bermula bulan ini dengan penghantarannya akan dilakukan secara berperingkat.

“Difahamkan Sabah telah mula menerima sebanyak 180,000 dos vaksin jenis CanSino pada bulan ini.

“Jumlah ini merupakan penghantaran awal dan akan ditambah lagi pada waktu terdekat” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk terus sama-sama berjuang dalam melandaikan penularan wabak Covid-19 ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/26/pick-kerajaan-sabah-yakin-vaksin-cansino-mampu-tingkat-kadar-vaksinasi-terutama-di-pedalaman/feed/ 0 5271
PICK : Sabah Terima 94,000 Bekalan Vaksin CanSino Menerusi 2 Penghantaran https://sabahmedia.com/2021/08/25/pick-sabah-terima-94000-bekalan-vaksin-cansino-menerusi-2-penghantaran/ https://sabahmedia.com/2021/08/25/pick-sabah-terima-94000-bekalan-vaksin-cansino-menerusi-2-penghantaran/#respond Wed, 25 Aug 2021 10:42:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5241
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Sabah menerima 94,000 bekalan dos vaksin jenis CanSino yang dihantar ke negeri ini menerusi dua penghantaran sejak semalam.

Ia membabitkan penghantaran pertama sebanyak 50,800 dos yang tiba semalam manakala kumpulan kedua sebanyak 43,200 dos vaksin yang tiba kira-kira jam 9 pagi tadi di Mas Kargo Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Masnah Matsalleh berkata, vaksin itu akan diberi keutamaan kepada penduduk di kawasan pedalaman, luar bandar dan pulau di seluruh Sabah.

Katanya, pengagihan vaksin itu ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan setakat ini, vaksin yang diterima adalah mencukupi bagi keperluan sasaran yang telah ditetapkan.

“Sabah juga bakal menerima 86,000 dos vaksin sama pada 27 Ogos ini.  Selain kumpulan kedua vaksin CanSino, kita juga menerima 70,000 dos vaksin SinoVac pada hari ini.

“Pada minggu ini, kita menerima beberapa jenis vaksin seperti Pfizer sebanyak 252,720 dos pada Isnin,” katanya.

Hadir sama menyambut bekalan vaksin  tersebut ialah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pengurusan Logistik Vaksin, Ag. Shahminan Datuk Ag. Sahari.

Masnah yang juga Pengarah Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) negeri berkata, Sabah juga dijangka akan menerima bekalan vaksin dari Sarawak dan Selangor pada Jumaat ini.

Katanya, dengan penghantaran bekalan vaksin itu diyakini mampu menampung sasaran pemberian vaksin di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/25/pick-sabah-terima-94000-bekalan-vaksin-cansino-menerusi-2-penghantaran/feed/ 0 5241
PICK : Sabah Terima 53,000 Dos Vaksin CanSino, Bantu Lancarkan Program Vaksinasi https://sabahmedia.com/2021/08/25/pick-sabah-terima-53000-dos-vaksin-cansino-bantu-lancarkan-program-vaksinasi/ https://sabahmedia.com/2021/08/25/pick-sabah-terima-53000-dos-vaksin-cansino-bantu-lancarkan-program-vaksinasi/#respond Wed, 25 Aug 2021 07:18:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5225
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 53,000 dos vaksin jenis CanSino menjadi kumpulan pertama tiba di Sabah semalam dan kumpulan vaksin dos tunggal seterusnya dijangka akan turut diterima bulan ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani Mudin berkata, vaksin itu akan dapat membantu melancarkan program vaksinasi di negeri ini.

“Sehingga semalam lebih 1.46 juta penduduk di Sabah telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 manakala 866,228 orang lagi telah melengkapkan dua dos suntikan.

“Kadar vaksinasi orang dewasa iaitu 18 tahun dan lebih di negeri ini telah mencapai 53.3 peratus (dos pertama) dan 31.4 peratus daripada mereka telah menerima dua dos lengkap,” katanya dalam kenyataan disini malam tadi.

Dr Rose Nani berkata, pihaknya dan kerajaan negeri Sabah akan terus mempergiat vaksinasi di kawasan pedalaman dan sukar dicapai selain terus membuka pusat pemberian vaksin secara ‘walk-in’.

Katanya, berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), sebanyak 80 hingga 90 peratus COVID-19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) merupakan individu yang tidak divaksin.

“Justeru itu, saya menyeru semua penduduk Sabah mesti mengambil vaksin COVID-19 ini bagi menyelamatkan nyawa mereka serta keluarga.

“Pada ketika ini, jangkitan COVID-19 telah pun berleluasa dalam komuniti, semua orang berisiko untuk dijangkiti dan menjangkiti.  Tindakan pencegahan di peringkat individu adalah kunci utama bagi menghalang penyebaran virus ini,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Rose Nani berkata, kes lambat daftar terjadi apabila kes yang dikesan meningkat mengakibatkan beban ujian makmal dan kerja petugas turut meningkat.

“Beberapa langkah penambahbaikan sedang dilakukan termasuk penyumberluaran, meningkatkan jumlah anggota yang menjalankan ujian, memanjangkan waktu bertugas di makmal sehingga 12 tengah malam selain meningkatkan keupayaan ujian secara teknikal,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/25/pick-sabah-terima-53000-dos-vaksin-cansino-bantu-lancarkan-program-vaksinasi/feed/ 0 5225
PICK: Sabah Negeri Pertama Terima Vaksin Dos Tunggal CanSino https://sabahmedia.com/2021/08/20/pick-sabah-negeri-pertama-terima-vaksin-dos-tunggal-cansino/ https://sabahmedia.com/2021/08/20/pick-sabah-negeri-pertama-terima-vaksin-dos-tunggal-cansino/#respond Fri, 20 Aug 2021 06:50:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4929
Read Time:1 Minute, 19 Second

KUALA LUMPUR : Sabah menjadi negeri pertama menerima vaksin dos tunggal COVID-19 jenis CanSino selepas ia tiba di Malaysia pagi tadi.

Perkara itu dinyatakan menerusi hantaran di Instagram bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Khairy yang sebelum ini menjadi Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berkata, vaksin dos tunggal itu amat berguna dan sesuai digunakan di kawasan sukar dicapai.

“Vaksin dos tunggal CanSino akhirnya tiba, berguna untuk kawasan sukar dicapai, penghantaran pertama akan dihantar ke Sabah,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Penghujung Julai lalu, Khairy dalam satu pertemuan secara maya bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan akan memberi keutamaan kepada Sabah untuk menerima vaksin dos tunggal itu.

“Kami akan membuat penghantaran pertama untuk Sabah dan juga, kami akan memberitahu dan memberi pilihan kepada Sabah mengenai Johnson & Johnson (vaksin satu dos),” katanya.

Pagi tadi, Malaysia mula menerima vaksin dos tunggal COVID-19 apabila sebanyak 200,000 dos jenis CanSino tiba dari China.

Menerusi hantaran Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di Twitter, kesemua 200,000 dos vaksin itu adalah berbentuk produk telah siap atau finished product.

Tambah JKJAV lagi, ianya adalah sebahagian daripada 3.5 juta vaksin CanSino yang ditempah Malaysia dan akan dihantar oleh pembekal, CanSino Biologics, China secara berperingkat.

Vaksin dos tunggal itu tiba dengan pesawat Malaysia Airlines MH3-6-1 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 8.43 pagi tadi.

Vaksin-vaksin berkenaan disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd. Shafiq Abdullah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/20/pick-sabah-negeri-pertama-terima-vaksin-dos-tunggal-cansino/feed/ 0 4929