capai – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 17 Dec 2021 01:21:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png capai – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dana Global PMB Investment Capai Sasaran Saiz Dana https://sabahmedia.com/2021/12/17/dana-global-pmb-investment-capai-sasaran-saiz-dana/ https://sabahmedia.com/2021/12/17/dana-global-pmb-investment-capai-sasaran-saiz-dana/#respond Fri, 17 Dec 2021 00:50:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9983
Read Time:2 Minute, 25 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: PMB Investment Berhad (PMB Investment) terus tekad mempelbagaikan portfolio pelaburan diperingkat global susulan sambutan positif pelabur yang ditunjukkan melalui dana global pertamanya yang dilancar pada Oktober lepas iaitu PMB Shariah Global Equity Fund (PMBSGEF). Ketika dilancarkan PMB Investment meletakkan sasaran jualan sebanyak RM20 juta sehingga hujung tahun ini, namun sehingga November 2021, PMBSGEF telah mencapai saiz jualan hampir RM18 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Mahani Ibrahim berkata, pelabur mempunyai keyakinan untuk terus melabur di pasaran global walaupun terdapat peningkatan kembali kes pandemik COVID-19 dan risiko penularan. Bagaimanapun tindakan pembendungan penularan pandemik yang agresif akan terus mempengaruhi aktiviti pelaburan.

Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Mahani Ibrahim.
Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Mahani Ibrahim ketika menyampaikan taklimat mengenai pelan PMB Investment di Kota Kinabalu.

“Kami optimis PMBSGEF mampu mencapai sasaran jualan sekurang-kurangnya RM25 juta hingga RM50 juta dalam tempoh setahun selepas ia dilancarkan pada 28 oktober lalu. Ianya berikutan ekonomi Malaysia yang dijangka terus meningkat pada suku pertama tahun hadapan di mana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka terus mengukuh antara 5.5 peratus hingga 6.5 peratus pada tahun 2022 berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

“PMB Investment mengambil langkah proaktif strategik dalam menyediakan pelbagai pilihan pelaburan di peringkat global dengan potensi pulangan pelaburan yang mampan sejajar dengan kesan pemulihan ekonomi semasa,” katanya.

Mahani berkata demikian ketika ditemui dalam satu Majlis Makan Malam bersama pengamal media di salah sebuah restoran terkemuka di Kota Kinabalu pada Khamis.

Mahani turut menyatakan perancangan PMB Investment untuk 2022 iaitu memperkenalkan tiga lagi dana saham amanah syariah kepada masyarakat pelabur dan dana pertama bakal dilancar pada suku pertama 2022.

PMB Investment akan mengadakan ‘road show’ di beberapa lokasi terpilih dan sesi taklimat di organisasi selain institusi pengajian tinggi.

“Kami mahu memberi pendedahan kepada masyarakat terutama golongan muda tentang pentingnya perancangan pelaburan di usia masih muda dan menjadikan pelaburan sebagai gaya hidup kumpulan ini,” tambah beliau.

Mahani turut berkongsi maklumat tentang program perintis dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang melatih para graduan sebagai Usahawan Kewangan Syariah PMB Investment.

“Seramai 100 graduan telah mengikuti program ini, kami telah melanjutkan program tersebut di UMS untuk kumpulan kedua awal tahun hadapan selain melaksanakan program sama di beberapa institusi pengajian tinggi lain.

“Menerusi program tersebut para graduan boleh memulakan karier sebagai usahawan berjaya, mereka boleh menjadi perunding unit amanah untuk sumber pendapatan sampingan atau secara sepenuh masa, manakala semua latihan serta kemahiran akan disampaikan oleh PMB Investment,” ujarnya.

PMB Investment Berhad (PMB Investment) merupakan anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, syarikat pelopor dalam pengurusan unit amanah dan pengurusan portfolio. PMB Investment juga merupakan Institusi Pengurusan Dana Syariah (IFMC) menguruskan 18 dana termasuk PMB Shariah Global Equity Fund, dan beberapa mandat porfolio dengan pelaburan dalam kelas aset utama iaitu ekuiti, sukuk dan pasaran modal. PMB Investment mempunyai enam Pejabat Wilayah dan Jualan termasuk di Kota Kinabalu yang beroperasi di Lot 16-4, Block C, Level 4, Harbour City, Sembulan, Kota Kinabalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/17/dana-global-pmb-investment-capai-sasaran-saiz-dana/feed/ 0 9983
Kerajaan Sabah Yakin Mampu Capai 60 Peratus Rakyatnya Terima Vaksinasi, Beralih Fasa 3 PPN https://sabahmedia.com/2021/08/21/kerajaan-sabah-yakin-mampu-capai-60-peratus-rakyatnya-terima-vaksinasi-beralih-fasa-3-ppn/ https://sabahmedia.com/2021/08/21/kerajaan-sabah-yakin-mampu-capai-60-peratus-rakyatnya-terima-vaksinasi-beralih-fasa-3-ppn/#comments Sat, 21 Aug 2021 09:18:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5016
Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah yakin mampu mencapai sasaran 60 peratus rakyatnya menerima vaksinasi pada atau sebelum 15 September bagi membolehkan negeri itu beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia berikutan perkembangan harian vaksinasi akan mencapai 40 peratus nilai ambang selain kira-kira 1.4 juta rakyat Sabah telah menerima suntikan dos pertama menerusi Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Amat menggembirakan apabila beberapa hari lalu juga, kita telah mencapai angka tertinggi vaksinasi harian melebihi 60,000 dos,” katanya dalam satu sidang media selepas mengadakan lawatan ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Sri Sulaman di sini, hari ini.

Katanya, jika keadaan seperti ini berterusan, kita boleh mencapai imuniti kelompok sekurang-kurangnya pada bulan Oktober atau November.

“Jika dilihat kepada pengurusan vaksinasi yang teratur ini,saya yakin Sabah akan mencapai sasaran 60 peratus lebih awal,” katanya.

Sebelum ini kerajaan negeri menyasarkan 60 peratus penduduk negeri ini mendapat vaksin menjelang bulan Oktober.

Setakat ini, jumlah keseluruhan penerima dos pertama adalah seramai 1,428,122.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri akan menerima sebanyak 560,720 dos vaksin termasuk CanSino selain Pfizer dan Sinovac, pada minggu depan.

“Ini akan merancakkan lagi momentum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terutama di kawasan pedalaman,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/21/kerajaan-sabah-yakin-mampu-capai-60-peratus-rakyatnya-terima-vaksinasi-beralih-fasa-3-ppn/feed/ 1 5016
‘Vaksinasi bergerak’ mampu bantu capai sasaran komuniti kelompok di kawasan pedalaman https://sabahmedia.com/2021/07/19/vaksinasi-bergerak-mampu-bantu-capai-sasaran-komuniti-kelompok-di-kawasan-pedalaman/ https://sabahmedia.com/2021/07/19/vaksinasi-bergerak-mampu-bantu-capai-sasaran-komuniti-kelompok-di-kawasan-pedalaman/#respond Mon, 19 Jul 2021 08:21:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3261
Read Time:46 Second

SIPITANG: Pendekatan ‘turun padang’ dengan perkhidmatan vaksinasi bergerak ke kawasan pedalaman dilihat semakin efisien dalam memastikan sasaran komuniti kelompok di daerah ini berjaya dicapai.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, Sani Miasin berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang kini bertungkus lumus melaksanakan inisiatif tersebut.

“Kesanggupan petugas KKM yang membuat suntikan rumah ke rumah penduduk kampung terutamanya yang tidak dapat hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) amatlah dihargai.

“Ini disebabkan terdapat isu beberapa penduduk kampung kerana masalah kesihatan, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

“Usaha sebegini bukan sahaja dapat memastikan sasaran komuniti kelompok di kawasan pedalaman berjaya dicapai, ia sekaligus dapat mengatasi penularan pandemik di daerah Sipitang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai rombongan KKM bagi proses vaksinasi di Kampung Meligan, Sipitang, semalam.

Untuk rekod, kawasan perkampungan itu terletak kira-kira 100 kilometer dari Pekan Sipitang dan mempunyai lebih 1,000 orang penduduk.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/19/vaksinasi-bergerak-mampu-bantu-capai-sasaran-komuniti-kelompok-di-kawasan-pedalaman/feed/ 0 3261
Sasar ATM Capai Imuniti Kelompok Lebih Awal https://sabahmedia.com/2021/06/26/sasar-atm-capai-imuniti-kelompok-lebih-awal/ https://sabahmedia.com/2021/06/26/sasar-atm-capai-imuniti-kelompok-lebih-awal/#respond Sat, 26 Jun 2021 10:16:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2013
Read Time:58 Second

PAPAR: Kerajaan akan pastikan semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberikan suntikan vaksin bagi memastikan pasukan itu mencapai imuniti kelompok lebih awal, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bayangkan kalau seluruh kem tentera dijangkiti COVID-19, kita tidak boleh gerakkan anggota kita sekiranya berlaku apa-apa.

“Jadi amat penting kita vaksin semua anggota kita sebagai persediaan dalam mempertahankan negara,” katanya yang juga Menteri Pertahanan selepas tinjauan Program Vaksinasi Pandu Lalu Tentera Darat di Kem Lok Kawi, hari ini.

Katanya, pemberian suntikan vaksin secara pandu lalu di kem itu bukan hanya meliputi anggota tentera, malah juga ahli keluarga anggota tentera, kakitangan awam Kementerian Pertahanan, Askar Wataniah dan juga veteran ATM.

Program vaksinasi secara pandu lalu itu berkemungkinan dibuat di kem tentera daerah lain seperti Tawau, Lahad Datu dan Sandakan jika terdapat keperluan berbuat demikian.

Ismail Sabri berkata, setakat ini 95 peratus anggota ATM di Sabah sudah menerima suntikan vaksin. Jumlah berkenaan adalah membabitkan anggota ATM yang telah menerima dos pertama dan lengkap dua dos vaksin.

“Lima peratus lagi sedang menunggu vaksin. Jika bekalan vaksin tiba nanti, kita menjangka dapat menyuntik seramai 99 peratus seluruh anggota tentera di Sabah,” katanya. – Berita Harian

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/26/sasar-atm-capai-imuniti-kelompok-lebih-awal/feed/ 0 2013