cari gali – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 04 Jul 2021 13:08:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png cari gali – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19 : Jangkitan Tempat Kerja Cetus Satu Kluster Baharu Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/04/covid-19-jangkitan-tempat-kerja-cetus-satu-kluster-baharu-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/04/covid-19-jangkitan-tempat-kerja-cetus-satu-kluster-baharu-di-sabah/#respond Sun, 04 Jul 2021 12:47:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2529
Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan satu kluster baharu COVID-19 hari ini melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja melibatkan pekerja di sebuah pelantar cari gali minyak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks bagi kluster yang dinamakan sebagai Kluster Bahtera Barat ini merupakan seorang lelaki berusia 31 tahun yang merupakan kakitangan di pelantar berkenaan.

“Lelaki berkenaan tidak menunjukkan sebarang gejala namun disahkan positif dalam saringan prosedur ‘sign off’ kapal pada 08 Jun lalu ketika menjalani kuarantin wajib di salah sebuah hotel di Bandaraya Kota Kinabalu.

“Pasukan kawalan yang menjalankan aktiviti pengesanan kontak dan saringan secara bersasar di lokaliti terbabit mengenalpasti syarikat tersebut mempunyai 162 kakitangan,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Katanya, daripada 301 sampel yang diambil termasuk sampel ulangan, 17 sampel didapati positif termasuk lima kes baharu yang direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 18 kes.

“Sementara baki 283 sampel lagi adalah negatif,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/04/covid-19-jangkitan-tempat-kerja-cetus-satu-kluster-baharu-di-sabah/feed/ 0 2529