cari – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 23 Mar 2022 08:22:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png cari – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Daerah Digesa Terus Proaktif Cari Tarikan Pelancong Baharu https://sabahmedia.com/2022/03/23/jawatankuasa-tindakan-pelancongan-daerah-digesa-terus-proaktif-cari-tarikan-pelancong-baharu/ https://sabahmedia.com/2022/03/23/jawatankuasa-tindakan-pelancongan-daerah-digesa-terus-proaktif-cari-tarikan-pelancong-baharu/#respond Wed, 23 Mar 2022 08:22:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13398
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri menggesa semua Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Daerah supaya terus proaktif dalam mencari tarikan pelancongan baharu.

Pembantu Menteri, Datuk Joniston Bangkuai berkata, jawatankuasa di 27 daerah perlu terus mengenal pasti tarikan pelancong berpotensi dan memaklumkan kepada pihak Kementerian agar langkah boleh diambil untuk merancakkan aktiviti pelancongan di kawasan masing-masing.

“Kita memerlukan lebih banyak tarikan pelancongan agar mempunyai daya saing dan Sabah dikurniakan banyak tarikan, terutamanya di kawasan luar bandar yang menjadi permata pelancongan.

“Jadi, kita sentiasa bersedia untuk mendengar (cadangan) bukan sahaja daripada pihak Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi juga daripada Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Daerah,” katanya semasa sesi soal jawab persidangan DUN Sabah, pada Rabu.

Joniston menjawab soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Justin Wong (Sri Tanjong) sama ada Kementerian mempunyai perancangan untuk meneroka lebih banyak tapak pelancongan di Tawau.

Beliau juga mengambil maklum cadangan Justin untuk mewujudkan Pusat Informasi Pelancong di Lapangan Terbang Tawau.

Beliau berkata pihaknya akan meneliti perkara itu sekiranya ada keperluan memandangkan Tawau merupakan pintu masuk ke Semporna dan destinasi selam skuba yang popular di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/23/jawatankuasa-tindakan-pelancongan-daerah-digesa-terus-proaktif-cari-tarikan-pelancong-baharu/feed/ 0 13398
Jabatan Imigresen Sabah dan Labuan cari penyelesaian berhubung isu kelemahan kemasukan Labuan-Menumbok – Maximus https://sabahmedia.com/2022/01/14/jabatan-imigresen-sabah-dan-labuan-cari-penyelesaian-berhubung-isu-kelemahan-kemasukan-labuan-menumbok-maximus/ https://sabahmedia.com/2022/01/14/jabatan-imigresen-sabah-dan-labuan-cari-penyelesaian-berhubung-isu-kelemahan-kemasukan-labuan-menumbok-maximus/#respond Fri, 14 Jan 2022 12:59:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11115
Read Time:1 Minute, 35 Second

LABUAN: Isu kelemahan yang membenarkan kemasukan individu memasuki Sabah melalui Labuan tanpa sebarang pemeriksaan, akan diselesaikan tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata demikian selepas pertemuan bersama pegawai kanan Jabatan Imigresen, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia adalah hasil usaha Jabatan Imigresen di kedua-dua buah kawasan iaitu Jabatan Imigresen Sabah dan Labuan telah memberi jaminan bahawa mereka bersedia mengambil tindakan yang perlu bagi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan untuk melindungi hak Imigresen Sabah, sekiranya Kerajaan Negeri menuntut hak dan kuasa penuhnya seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kami melihat terdapat kelemahan imigresen antara Labuan dan pintu masuk ke Sabah melalui Terminal Feri Menumbok dan Jesselton Point, di mana tidak ada pegawai imigresen ditempatkan di lokasi tersebut.

“Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) telah membangkitkan isu ini kerana khuatir terdapat individu yang menyalahgunakan kelemahan ini untuk masuk dan keluar Sabah tanpa pemeriksaan, rekod dan dokumentasi yang sah,” tegas Maximus.

Beliau berkata hak imigresen Sabah telah dikurangkan selepas penubuhan persekutuan Labuan oleh Kerajaan Berjaya pada tahun 1984, dan peraturan Imigresen membenarkan kemasukan individu antara Semenanjung dan Sabah, melalui Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

“Bagaimanapun, semasa mesyuarat itu, Jabatan Imigresen berkata mereka bersedia untuk mengkaji dan bertindak atas keputusan Kerajaan Sabah berhubung perkara itu,” katanya.

Maximus berkata Majlis Khas mengenai MA63 (MKMA63), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membantu dalam membuat keputusan, sekiranya Kerajaan Sabah membawa perkara itu pada mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan.

Dalam kes hak Imigresen Sarawak, ia adalah satu daripada empat hak MA63 yang diisytiharkan sebagai tidak boleh dirunding dan Negeri mempunyai kuasa dan kawalan yang penuh.

Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Sh. Sitti Saleha Habib Yussof, pemangku Pengarah Jabatan Imigresen Labuan Norlela Jumat, dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Philip Yaditing.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/14/jabatan-imigresen-sabah-dan-labuan-cari-penyelesaian-berhubung-isu-kelemahan-kemasukan-labuan-menumbok-maximus/feed/ 0 11115