Catur – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 06 Jul 2026 08:41:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Catur – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Dua beradik usia empat dan lima tahun warnai ‘HMM Chess Rapid Championship’ https://sabahmedia.com/2026/07/06/dua-beradik-usia-empat-dan-lima-tahun-warnai-hmm-chess-rapid-championship/ https://sabahmedia.com/2026/07/06/dua-beradik-usia-empat-dan-lima-tahun-warnai-hmm-chess-rapid-championship/#respond Mon, 06 Jul 2026 08:26:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99457
Read Time:1 Minute, 31 Second

SANDAKAN :  Penyertaan dua beradik dari Chinese Taipei yang masing-masing berusia empat dan lima tahun mencuri tumpuan pada HMM Chess Rapid Championship Sandakan yang berlangsung selama dua hari di sini.

Ho Che-Ming, 4, dan abangnya, Ho Tse-Ming, 5, menjadi antara peserta paling muda dalam kejohanan itu apabila beraksi dalam kategori terbuka yang bertaraf FIDE Rated bersama pemain-pemain yang jauh lebih berpengalaman.

Lebih membanggakan, kedua-dua mereka berjaya memberikan saingan apabila masing-masing mencatat dua kemenangan daripada sembilan pusingan.

Che-Ming menamatkan kejohanan di kedudukan ke-116 daripada 125 peserta kategori terbuka, manakala Tse-Ming berada di tangga ke-119 dengan turut merekodkan dua kemenangan.

Selain dua beradik berkenaan, kejohanan itu turut disertai pemain dari Indonesia, Zaimal Berahima, yang beraksi dalam kategori terbuka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa yang merasmikan kejohanan itu berkata, penyertaan peserta muda dari luar negara membuktikan sukan catur semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

“Sukan catur mampu membina kekuatan minda seseorang peserta. Berbeza dengan sukan lain, catur tidak memerlukan tenaga fizikal tetapi memerlukan pemikiran yang tajam dalam mengatur strategi.

“Itulah yang menjadikan sukan ini unik dan mencabar,” katanya kepada media selepas majlis perasmian HMM Chess Rapid Championship Sandakan, di sini.

Menurut Hazem, penyertaan lebih 200 peserta berjaya menghidupkan lagi suasana kejohanan yang bukan sahaja menghimpunkan pemain dari Sandakan dan beberapa daerah di Sabah, malah turut disertai peserta dari luar negeri dan luar negara.

“Terdapat peserta luar negara yang baru berusia empat tahun dan ini merupakan satu perkembangan yang amat baik untuk sukan catur.

“Saya berharap kejohanan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Mengulas kemungkinan penganjuran kejohanan berskala lebih besar pada masa depan, Hazem berkata perkara itu bergantung kepada sambutan peserta.

“Kita akan lihat. Jika penyertaannya terus meningkat, kita akan buat kejohanan yang lebih besar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/06/dua-beradik-usia-empat-dan-lima-tahun-warnai-hmm-chess-rapid-championship/feed/ 0 99457
Murid Sekolah Rendah Visi Sandakan mara ke Pertandingan Catur MSSM peringkat kebangsaan https://sabahmedia.com/2024/08/25/murid-sekolah-rendah-visi-sandakan-mara-ke-pertandingan-catur-mssm-peringkat-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2024/08/25/murid-sekolah-rendah-visi-sandakan-mara-ke-pertandingan-catur-mssm-peringkat-kebangsaan/#respond Sun, 25 Aug 2024 05:51:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59644
Read Time:1 Minute, 14 Second

SANDAKAN: Sekolah Rendah Visi Sandakan sekali lagi menunjukkan kualiti pendidikan dan bakat yang luar biasa muridnya pada Kem Pemilihan Catur Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah 2024 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Madai, Kunak baru-baru ini.

Empat pemain catur dari Vision School Sandakan mewakili Sandakan dalam pertandingan peringkat negeri menentang pemain elit dari seluruh negeri.

Pertandingan itu menyaksikan seorang murid Tahun 5, Lim Shu Zheng muncul sebagai pemenang sekali gus berjaya memperoleh kelayakan mewakili Sabah dalam Pertandingan Catur MSSM peringkat kebangsaan.

Kem pemilihan itu bertujuan memilih wakil terbaik untuk Pertandingan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) peringkat kebangsaan, yang akan berlangsung dari 14 hingga 19 September 2024, di Johor.

Lim akan bertanding dalam kategori Lelaki bawah 12 tahun (U-12), dan prestasi cemerlangnya telah membanggakan kedua-dua sekolah dan Sandakan.

Selain Lim, tiga lagi wakil berbakat turut beraksi dengan baik.

Mereka ialah Isaac Chung Vui Ken (U-12 lelaki), Quek Kiing Shing (U-12 lelaki), dan Christal Glory Christopher (U-15 perempuan).

Di bawah bimbingan guru mereka, Jennyfer Jonius berkata keempat-empat pelajar ini mara dari pertandingan Daerah Sandakan ke kejohanan peringkat negeri, dengan mencapai keputusan yang memberangsangkan.

“Kejayaan ini sudah pasti mencerminkan standard pendidikan sekolah yang berkualiti,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, setiap negeri akan menghantar enam pemain terbaik mereka dalam setiap kategori umur masing-masing ke pertandingan kebangsaan, bermakna Lim akan bersaing dengan pemain catur muda terkemuka negara.

“Kami berharap untuk melihat Lim mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di peringkat kebangsaan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/25/murid-sekolah-rendah-visi-sandakan-mara-ke-pertandingan-catur-mssm-peringkat-kebangsaan/feed/ 0 59644