Cawangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 03 Jan 2022 05:50:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Cawangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemimpin, Ketua-Ketua Cawangan Warisan Tenom & Sepanggar Keluar Parti Sokong Kerajaan https://sabahmedia.com/2022/01/03/pemimpin-ketua-ketua-cawangan-warisan-tenom-sepanggar-keluar-parti-sokong-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2022/01/03/pemimpin-ketua-ketua-cawangan-warisan-tenom-sepanggar-keluar-parti-sokong-kerajaan/#respond Mon, 03 Jan 2022 05:50:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10646
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Parti Warisan di Tenom terkesan dengan perkembangan politik semasa Sabah apabila pemimpin-pemimpinnya mengikut jejak Ketua Bahagian, Datuk Peter Anthony meninggalkan parti itu.

Timbalan Ketua Bahagian, Donneysius Ansuku mengumumkan keputusan mereka itu pada jam 2.00 petang di Tenom, semalam (Ahad).

Donneysius yang juga Ketua Cawangan Warisan Kg Gumisi Laut berkata, beliau bersama-sama dengan AJK Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan Warisan dan ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) P181 Tenom, merestui keputusan Peter keluar dari parti Warisan.

“Dengan ini, kami dengan rela hati tanpa paksaan mengisytiharkan keluar secara rasminya dari parti Warisan berkuatkuasa serta merta dan menyokong penuh kepimpinan Datuk Peter dalam parti baharu nanti,” katanya.

Sejam selepas pengumuman Donneysius, Warisan Sepanggar turut menerima tamparan apabila Ketua Wira-nya, Jumardie Lukman turut mengumumkan meninggalkan parti itu, di sini.

“Saya, ketua Wira P171 Sepanggar dan beberapa lagi yang bersama saya terdiri daripada AJK-AJK Bahagian dan Ketua-Ketua Cawangan Parti Warisan serta beberapa orang-orang berpengaruh di seluruh kawasan P171 Sepanggar mengumumkan untuk meletakkan jawatan dan keluar daripada Parti Warisan serta-merta hari ini (2 Januari),” katanya.

“Bagi saya, politik ini hanyalah fahaman ideologi. Jika kita sudah tidak sefahaman dengan perjalanannya atau sudah tidak sehaluan dan berbeza hala-tujunya maka kita berhak untuk menarik diri secara peribadi daripada wadah ini dan ianya sudah pasti bersifat peribadi.

“Oleh itu, saya menyokong keputusan akar umbi dan Datuk Peter Anthony selaku Naib Presiden Parti Warisan keluar daripada Parti Warisan yang bakal menubuhkan parti baharu berbilang kaum mesra Kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan Negeri Sabah,” tambahnya.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap mengumumkan bersama ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim keluar dari parti Warisan pada 28 Disember lalu.

Peter akan menubuhkan parti baharu yang dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/03/pemimpin-ketua-ketua-cawangan-warisan-tenom-sepanggar-keluar-parti-sokong-kerajaan/feed/ 0 10646
Agrobank Buka Cawangan Ke-139 Di Beluran, Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/05/agrobank-buka-cawangan-ke-139-di-beluran-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/05/agrobank-buka-cawangan-ke-139-di-beluran-sabah/#respond Sun, 05 Dec 2021 11:04:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9352
Read Time:2 Minute, 57 Second

BELURAN: Sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dengan fokus untuk memastikan kelestarian dan pembangunan sektor pertanian, Agrobank hari ini telah meluaskan rangkaian cawangannya di Sabah dengan pembukaan cawangannya yang ke-139 di Beluran.

Selain faktor ekonomi dan kegiatan pertanian serta industri pemprosesan makanan di Beluran khususnya menerusi sub-sektor tanaman, perikanan dan penternakan seperti perusahaan burung walit, Beluran dipilih sebagai lokasi terbaharu Agrobank membuktikan komitmen bank tersebut dalam memenuhi mandat yang telah didukung untuk membantu membangunkan golongan unserved dan underserved khususnya di kawasan luar bandar.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, kegiatan ekonomi penduduk dapat dipertingkatkan terutamanya melalui kemudahan pembiayaan yang holistik dan mampan.

“Dari 1 Januari 2021 hingga 31 Oktober 2021, sejumlah 191 juta ringgit kelulusan pembiayaan Agrobank telah dicatatkan di Sabah. Daripada jumlah itu, 2.8 juta ringgit pembiayaan terkumpul telah dicatatkan di Kawasan Beluran yang telah memanfaatkan seramai 90 orang penerima pembiayaan,” kata Dr Ronald semasa merasmikan cawangan baharu Agrobank di Beluran pada Ahad.

Dr. Ronald turut memuji langkah proaktif Agrobank membuka sebuah lagi cawangan di Sabah kerana sebelum ini, penduduk di Beluran terpaksa ke Sandakan di mana jarak perjalanannya adalah sejauh 82KM dan ini ternyata menyukarkan penduduk Beluran untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan yang holistik seperti pembukaan akaun bank, perkhidmatan pembiayaan berasaskan pertanian dan pengguna, ATM dan CDM serta takaful.

Justeru, Agrobank akan terus membantu antaranya dalam pembangunan sektor mikro yang menawarkan pembiayaan mikro sehingga 75 ribu ringgit tanpa kadar keuntungan atau kosong caj bagi tempoh enam bulan pertama beserta kemudahan moratorium sehingga enam bulan.

‘Ini menunjukkan kerajaan sentiasa komited untuk membantu usahawan mikro di luar sana dan usaha ini perlu dilaksanakan bersama-sama dengan semua pihak termasuk penglibatan pihak swasta.

’‘Oleh yang demikian, saya menyeru usahawan tani khususnya penduduk di Beluran ini, supaya terus meneroka dan merebut peluang yang tersedia untuk sama-sama memajukan sektor pertanian negara,’ kata Dr Ronald.

Mengulas mengenai pembukaan cawangan Beluran, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Khadijah Iskandar berkata, Cawangan Agrobank di Beluran mempunyai potensi yang besar dalam membantu mengukuhkan ekonomi setempat kerana kegiatan pertaniannya yang unik. Kami komited dan optimis mampu membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat menerusi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan Agrobank kerana ia meliputi semua proses di sepanjang rantaian nilai pertanian.

“Sebagai sebuah Bank yang bertanggungjawab untuk memajukan pembangunan sektor pertanian menerusi pembiayaan yang menyeluruh (full chain financing), ini menunjukkan, pembukaan Agrobank di sini adalah sangat tepat kerana sebelum ini, penerima pembiayaan ini terpaksa ke Sandakan dengan jarak perjalanan yang jauh untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan. Saya berharap, pembukaan cawangan ini akan membantu komuniti setempat untuk berjaya dalam sektor pertanian menerusi perkhidmatan perbankan yang kami tawarkan,” tambah beliau.

Pada majlis yang sama, Dr. Ronald juga turut menyampaikan bakul makanan sumbangan daripada Agrobank kepada 200 orang penerima dengan jumlah sumbangan bernilai RM20,000 menerusi program MAFI Prihatin bagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Acara simbolik penyampaian Kad Pintar Keluarga Peladang (PELADANG-i) berkonsepkan perbankan dengan menggabungkan ciri-ciri tiga dalam satu menerusi kad Co-Brand Agrobank turut disampaikan oleh Dr. Ronald kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beluran.

Kad PELADANG-i boleh dijadikan kad identiti keahlian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), dengan fungsi pembayaran transaksi tanpa tunai serta dilengkapi perlindungan Takaful Kasih Plus sehingga RM5,000 hanya dengan bayaran RM5 setahun.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Samad Jambri, Ketua Setiausaha MAFI, Dato’ Haslina Abdul Hamid, Pegawai Daerah Beluran, Nordin Daling, Timbalan Ketua Polis Daerah Beluran, ASP Jais, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beluran, Kamariah Ismail dan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Sundralingam Nagaiah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/05/agrobank-buka-cawangan-ke-139-di-beluran-sabah/feed/ 0 9352
KDCA Buka Cawangan Baru Di Ranau https://sabahmedia.com/2021/11/21/kdca-buka-cawangan-baru-di-ranau/ https://sabahmedia.com/2021/11/21/kdca-buka-cawangan-baru-di-ranau/#respond Sun, 21 Nov 2021 10:59:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8692
Read Time:58 Second

RANAU: Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam merasmikan pembukaan cawangan baharu Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) di Dewan Kampung Tudan, di sini, hari ini.

Dr. Joachim yang juga Pengerusi Penyelaras KDCA Ranau berkata, legasi pembukaan cawangan KDCA dalam kawasan Kundasang dan daerah Ranau akan diteruskan dari masa ke semasa.

KDCA mempunyai lebih dari 500 cawangan berdaftar di empat Zon Pentadbiran dan 24 pentadbiran daerah di seluruh Sabah termasuk Labuan.

“Tujuan pembukaan cawangan baharu di sini (Kg. Tudan) ialah untuk mewujudkan komuniti Kadazandusun yang maju dari segi sosio-budaya dan ekonomi; hidup bermegah dengan warisan budaya, selaras dengan visi KDCA,” katanya.

“Kalau bukan kita sendiri membantu orang-orang kita, siapa lagi? kita tidak boleh terlalu mengharapkan orang lain untuk membantu kita,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi KDCA Kg. Tudan, Wilfred Francis menghargai usaha KDCA dan mengucapkan terima kasih diatas pembukaan cawangan baharu ini dan berharap agar penduduk kampung akan terus mendapat manfaat daripadanya.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Yubidi Gumpoyo; Wakil Anak Negeri (WAN), Ketua Kampung Tudan, semua ahli jawatankuasa (AJK) Penyelaras KDCA Ranau dan juga AJK pelaksana pembukaan cawangan KDCA Kg. Tudan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/21/kdca-buka-cawangan-baru-di-ranau/feed/ 0 8692