cca – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 09 Dec 2021 05:24:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png cca – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 DUN Sabah : Sabah Dapat Perkongsian Hasil Lebih Besar Melalui CCA https://sabahmedia.com/2021/12/09/dun-sabah-sabah-dapat-perkongsian-hasil-lebih-besar-melalui-cca/ https://sabahmedia.com/2021/12/09/dun-sabah-sabah-dapat-perkongsian-hasil-lebih-besar-melalui-cca/#respond Thu, 09 Dec 2021 05:24:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9600
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU : Kolaborasi kerajaan negeri dan PETRONAS melalui Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) akan memberi perkongsian hasil yang lebih besar kepada Sabah berkaitan minyak dan gas.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah juga akan mendapat penyertaan dan penguasaan yang lebih besar dalam hal-hal minyak dan gas di negeri ini di bawah satu rangka kerja perundingan komersial bersama PETRONAS selain memastikan Sabah mengekalkan hak perundangan.

“Kejayaan kolaborasi pelaksanaan CCA seperti ini memerlukan kebijaksanaan, muhibah dan kesefahaman daripada kedua-dua pihak selain memastikan hak perundangan memberikan perlindungan muktamad bagi kepentingan negeri.

“Kerajaan Negeri Sabah ditawarkan untuk menyertai di dalam Projek LNG melalui kepentingan saham sehingga 25 peratus pada kos dan tanpa premium dalam anak-anak Syarikat PETRONAS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Kementerian Kewangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, kaedah pembayaran adalah secara tertunda ataupun deferred payments menggunakan dividen daripada projek tersebut.

Katanya, PETRONAS akan terus komited untuk membayar tunai royalti minyak dan Cukai Jualan Negeri sebagai sebahagian daripada mendapatkan perkongsian hasil yang lebih besar dalam industri minyak dan gas.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan pengurusan kewangan berhemat dan berhati-hati kerana ia melibatkan penggunaan wang rakyat dan negeri.

Katanya, Belanjawan Sabah 2022 adalah belanjawan lebihan sebanyak RM110.68 juta.

“Kerajaan berupaya mengekalkan belanjawan lebihan dengan jumlah anggaran perbelanjaan sebanyak RM4.596 billion iaitu lebih tinggi daripada anggaran perbelanjaan tahun 2021.

“Belanjawan ini dirangka berdasarkan kepada keperluan kementerian dan jabatan dengan mengambilkira kapasiti berbelanja dan pelaksanaan.

“Walau bagaimana pun, sekiranya berlaku sebarang keperluan mendesak yang melangkaui peruntukan yang disediakan, maka perkara itu akan diurus melalui peruntukan tambahan pada pertengahan tahun hadapan,” katanya.

Katanya, penyediaan Belanjawan Sabah 2022 adalah berdasarkan kepada pengurusan sumber kewangan yang berhemat, berhati-hati dan realistic.

“Ia selaras dengan disiplin kewangan yang cekap berlandaskan kepada dasar fiskal kerajaan bagi memastikan perbelanjaan awam menepati objektif kementerian dan jabatan disamping mengelakkan pembaziran melalui pengawalan perbelanjaan yang efektif,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/09/dun-sabah-sabah-dapat-perkongsian-hasil-lebih-besar-melalui-cca/feed/ 0 9600
CCA Tingkatkan Kerjasama Kerajaan Negeri Sabah – PETRONAS Dalam Pembangunan Industri Minyak & Gas https://sabahmedia.com/2021/12/07/cca-tingkatkan-kerjasama-kerajaan-negeri-sabah-petronas-dalam-pembangunan-industri-minyak-gas/ https://sabahmedia.com/2021/12/07/cca-tingkatkan-kerjasama-kerajaan-negeri-sabah-petronas-dalam-pembangunan-industri-minyak-gas/#respond Tue, 07 Dec 2021 11:40:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9500
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) mengumumkan menandatangani Perjanjian Kolaborasi Komersial atau Commercial Collaboration Agreement (CCA) hari ini adalah untuk meningkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak dalam pembangunan industri minyak dan gas di Sabah.

Menurut satu kenyataan media bersama oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dan Presiden dan Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik, hari ini, Perjanjian itu, yang telah dimeterai di bawah kendalian Kerajaan Persekutuan, adalah bukti hubungan saling menguntungkan yang semakin meluas antara Negeri Sabah dan PETRONAS, sebagai perbadanan minyak dan gas negara, dalam merealisasikan tanggungjawab sepenuhnya dan berpotensi penuh dalam industri minyak dan gas domestik.

Katanya, khususnya, bagi pihak Negeri Sabah, objektif Perjanjian ini adalah untuk meningkatkan hasil daripada pengeluaran minyak dan gas di Sabah dengan meningkatkan penyertaannya dalam industri minyak dan gas serta nilai rantaian dan penglibatan yang lebih besar bersama PETRONAS dalam pembangunan industri minyak dan gas di negeri ini.

Negeri Sabah, melalui Entiti Milik Negeri yang dicalonkan akan berpeluang untuk meningkatkan penyertaannya dalam pengaturan petroleum huluan termasuk dalam perkongsian dengan PETRONAS Carigali Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh PETRONAS, juga seperti dalam perniagaan pertengahan dan hiliran minyak dan gas di dalam negeri.

Menandatangani Perjanjian ini menandakan lembaran baharu kerjasama yang lebih erat antara Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS.

Justeru, ke arah mencapai objektif ini, satu rangka kerja perundingan akan diwujudkan di mana kedua-dua pihak akan terlibat secara bersama, perkara yang penting kepada industri untuk mengekalkan perniagaan yang mampan, kondusif dan persekitaran pelaburan untuk kepentingan negeri dan negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/07/cca-tingkatkan-kerjasama-kerajaan-negeri-sabah-petronas-dalam-pembangunan-industri-minyak-gas/feed/ 0 9500
Sabah Tubuh Jawatankuasa Teknikal Dapatkan Lebih Banyak Hasil Minyak & Gas https://sabahmedia.com/2021/12/04/sabah-tubuh-jawatankuasa-teknikal-dapatkan-lebih-banyak-hasil-minyak-gas/ https://sabahmedia.com/2021/12/04/sabah-tubuh-jawatankuasa-teknikal-dapatkan-lebih-banyak-hasil-minyak-gas/#respond Sat, 04 Dec 2021 06:16:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9296
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal bagi mendapatkan lebih banyak hasil dalam sektor minyak dan gas daripada PETRONAS.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau sebelum ini telah bertemu secara peribadi dengan Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PETRONAS bagi membincangkan Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA).

“Satu Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Masidi Manjun (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan) telah ditubuhkan bagi mengadakan rundingan seterusnya mendapatkan lebih banyak bahagian hasil dalam sektor minyak dan gas daripada PETRONAS.

“Sebelum ini saya telah bertemu secara peribadi dengan Presiden/CEO PETRONAS bagi membincangkan CCA dimana ia akan ditandatangani dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan sesi taklimat mengenai Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan Sabah, di Mini Auditorium, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, disini hari ini.

Hajiji berkata, melalui CCA, Sabah akan mempunyai perkongsian hasil dan penyertaan yang lebih besar dalal hal minyak dan gas Sabah.

Semalam, pada pembentangan Belanjawan Sabah 2022, Hajiji berkata, CCA telah berjaya dimuktamadkan di antara kerajaan Negeri, Persekutuan dan PETRONAS menerusi rundingan yang dilaksanakan.

Katanya, persefahaman dan persetujuan telah dicapai di antara kedua belah pihak sekali gus memastikan perjanjian CCA akan dapat ditandatangani dalam tempoh terdekat.

“Setelah sekian lama isu legasi berkaitan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) mendasari isu berkaitan minyak dan gas kita, perjanjian ini akan membawa nilai dan makna yang lebih besar kepada Sabah.

“Sabah akan mendapatkan perkongsian hasil yang lebih besar (greater revenue sharing), penyertaan dan penguasaan yang lebih besar (greater participation and greater say) dalam hal berkaitan minyak dan gas,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/04/sabah-tubuh-jawatankuasa-teknikal-dapatkan-lebih-banyak-hasil-minyak-gas/feed/ 0 9296