cedera – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 20 Mar 2024 14:53:53 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png cedera – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anggota bomba wanita cedera terkena renjatan elektrik https://sabahmedia.com/2024/03/20/anggota-bomba-wanita-cedera-terkena-renjatan-elektrik/ https://sabahmedia.com/2024/03/20/anggota-bomba-wanita-cedera-terkena-renjatan-elektrik/#respond Wed, 20 Mar 2024 14:53:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51349
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Seorang anggota bomba wanita dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas cedera selepas terkena renjatan elektrik semasa cuba memadam api kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Keliangau 2, Menggatal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, seramai 11 anggota dari BBP Lintas dan tujuh dari BBP Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 10.05 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat terbakar 100 peratus.

“Turut terbakar sebuah Bengkel persendirian jenis tidak kekal terbakar 100 peratus dan tiga buah kenderaan iaitu dua buah pacuan empat roda jenis
Nissan Frontier dan Toyota Hilux terbakar 100 peratus manakala sebuah Perodua Kancil terbakar 50 peratus.

“Bagaimanapun, terdapat seorang anggota wanita daripada BBP Lintas cedera terkena renjatan elektrik dan telah dihantar ke hospital menggunakan Jentera EMRS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Samantha Echa Sigah, 36, dilaporkan kini berada di Hospital Queen Ellizabeth ll dan berada dalam keadaan stabil atas pemantauan doktor.

“Operasi ditamatkan pada jam 12.58 tengahari tadi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/20/anggota-bomba-wanita-cedera-terkena-renjatan-elektrik/feed/ 0 51349
Wanita disamun, cedera di kepala dan badan https://sabahmedia.com/2024/02/19/wanita-disamun-cedera-di-kepala-dan-badan/ https://sabahmedia.com/2024/02/19/wanita-disamun-cedera-di-kepala-dan-badan/#respond Mon, 19 Feb 2024 10:18:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49744
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita cedera di kepala dan badan selepas dipukul dengan sebatang kayu oleh penjenayah dalam kejadian samun di lorong belakang sebuah bank di bandaraya Kota Kinabalu pada Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris mengesahkan satu laporan polis telah diterima mengenai kes samun tersebut pada 17 Februari lalu.

Katanya, mangsa merupakan seorang wanita berumur 50 tahun yang bekerja di sebuah bank berdekatan.

“Dalam kejadian pada 16 Februari 2024, kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa telah diserang oleh seorang lelaki dengan menggunakan sebatang kayu.

“Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan badan serta mengalami kerugian berjumlah kira-kira RM5,000 termasuk telefon pintar dan wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, Kalsom berkata, polis Kota Kinabalu berjaya menangkap suspek pada 18 Februari 2024 yang disyaki terlibat dalam kejadian ini dan akan disiasat di bawah seksyen 392 dan seksyen 397 kanun keseksaan.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati pada setiap masa dan berwaspada dengan setiap pergerakan terutamanya pada waktu malam dimana dipercayai memberi kesempatan kepada penjenayah untuk mengambil peluang di atas kelemahan
mangsa.

“Elakkan juga ke tempat atau kawasan yang sunyi secara berseorangan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,” ujarnya.

Terdahulu, rakaman video memaparkan insiden tersebut juga telah ditularkan di media sosial (whatsapp) pada hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/19/wanita-disamun-cedera-di-kepala-dan-badan/feed/ 0 49744
Pendaki warga China cedera, selamat diturunkan oleh MoSAR https://sabahmedia.com/2024/02/12/pendaki-warga-china-cedera-selamat-diturunkan-oleh-mosar/ https://sabahmedia.com/2024/02/12/pendaki-warga-china-cedera-selamat-diturunkan-oleh-mosar/#respond Mon, 12 Feb 2024 06:49:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49376
Read Time:41 Second

KUNDASANG: Seorang pendaki lelaki warga China mengalami kecederaan di kepala kerana terjatuh semasa mendaki Gunung Kinabalu di lokasi kejadian Kilometer 7.5 Sayat-Sayat awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.35 pagi tadi (12 Feb) mengenai kejadian itu.

“Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MoSAR) menerima laporan daripada Malim Gunung terdapat seorang pendaki terjatuh dan terhempas bahagian belakang kepala menyebabkan berlaku pendarahan di kepala dan telinga mangsa.

“PBB MoSAR bersama Malim Gunung dan Park SAR membawa turun mangsa menggunakan kaedah Piggyback Carry,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa seorang lelaki warga China berumur 43 tahun itu seterusnya diserahkan kepada pihak Ambulans dan dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.35 petang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/12/pendaki-warga-china-cedera-selamat-diturunkan-oleh-mosar/feed/ 0 49376
Wanita warga emas cedera diserang buaya https://sabahmedia.com/2024/01/16/wanita-warga-emas-cedera-diserang-buaya/ https://sabahmedia.com/2024/01/16/wanita-warga-emas-cedera-diserang-buaya/#respond Mon, 15 Jan 2024 22:33:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48021
Read Time:38 Second

KUDAT: Seorang wanita warga emas dilaporkan cedera diserang seekor buaya dalam kejadian yang berlaku di Kampung Damaran, Pulau Banggi di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Haris Ibrahim mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, pihak polis Kudat telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh pengadu jam lebih kurang 1.53 petang pada Isnin (15 Jan) menyatakan ibu saudaranya telah diserang buaya di kawasan sungai berhampiran rumah pengadu di Kampung Damaran, Pulau Banggi, Kudat.

“Akibat dari kejadian ini, mangsa yang berusia 79 tahun itu telah mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tangannya,”katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Mohd Haris, mangsa telah dibawa ke Hospital Kudat untuk menerima rawatan dan keadaan mangsa adalah stabil.

“Laporan polis dirujuk ke Jabatan Hidupan Liar Sabah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/16/wanita-warga-emas-cedera-diserang-buaya/feed/ 0 48021