Cedera parah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 29 May 2025 13:23:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Cedera parah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki cedera parah dalam kemalangan di Batu 8, Jalan Apas https://sabahmedia.com/2025/05/29/lelaki-cedera-parah-dalam-kemalangan-di-batu-8-jalan-apas/ https://sabahmedia.com/2025/05/29/lelaki-cedera-parah-dalam-kemalangan-di-batu-8-jalan-apas/#respond Thu, 29 May 2025 12:53:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74777
Read Time:55 Second

TAWAU: Seorang lelaki berumur 53 tahun cedera parah selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di pusingan U Batu 8, Jalan Apas, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Jasmin Hussin, kejadian berlaku sekitar jam 5.20 petang apabila pemandu sebuah Nissan Navara, seorang wanita berusia 32 tahun dari Kampung Ranggu, sedang membuat pusingan U menuju ke arah bandar Tawau.

“Siasatan awal mendapati semasa pemandu berkenaan membuat pusingan U, beliau tidak menyedari kehadiran sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC yang datang dari arah Kebun Nasib Kita, Balung menuju ke Jalan Damai,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

Beliau menambah, disebabkan jarak yang terlalu dekat, penunggang motosikal tersebut tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian hadapan kenderaan pacuan empat roda berkenaan.

Akibat kemalangan itu, katanya, mangsa mengalami kecederaan serius patah kaki kanan dan kini sedang menerima rawatan di wad ortopedik Hospital Besar Tawau.

Sementara itu, pemandu Nissan Navara bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/29/lelaki-cedera-parah-dalam-kemalangan-di-batu-8-jalan-apas/feed/ 0 74777