cedera – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 26 Aug 2026 18:36:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png cedera – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anggota polis cedera terkena tembakan ketika bertugas https://sabahmedia.com/2026/08/27/anggota-polis-cedera-terkena-tembakan-ketika-bertugas/ https://sabahmedia.com/2026/08/27/anggota-polis-cedera-terkena-tembakan-ketika-bertugas/#respond Wed, 26 Aug 2026 18:33:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102306
Read Time:45 Second

LAHAD DATU: Seorang anggota Polis Marin (PPM) Lahad Datu berpangkat Lans Koperal cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di Pos Pengawal Marin di sini, pada 25 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada hari sama.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan pada jari tengah tangan kiri dan bahagian perut selepas terkena tembakan ketika seorang anggota rakan setugas terbabit dalam proses mengosongkan senjata api di lokasi kejadian.

“Mangsa menerima rawatan awal di Hospital Lahad Datu sebelum dirujuk ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

“Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan serta pemantauan pihak hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 berkaitan kesalahan melepaskan tembakan sehingga mencederakan mana-mana orang.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti keadaan sebenar kejadian.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/27/anggota-polis-cedera-terkena-tembakan-ketika-bertugas/feed/ 0 102306
Lelaki cedera parah dilanggar kereta, penyandang Adun Karamunting desak pasang lampu isyarat pejalan kaki https://sabahmedia.com/2025/11/01/lelaki-cedera-parah-dilanggar-kereta-bekas-adun-desak-pasang-lampu-isyarat-pejalan-kaki/ https://sabahmedia.com/2025/11/01/lelaki-cedera-parah-dilanggar-kereta-bekas-adun-desak-pasang-lampu-isyarat-pejalan-kaki/#respond Sat, 01 Nov 2025 10:25:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84709
Read Time:48 Second

SANDAKAN: Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin, menggesa supaya lampu isyarat pejalan kaki dipasang di kawasan Bandar Leila di sini, selepas seorang pejalan kaki cedera parah dilanggar kereta, semalam (31 Okt).

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent untuk rawatan kecemasan dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal.

Yap Hsiu Min yang mewakili George Hiew , bersama beberapa staf telah bergegas ke hospital selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Anggota pasukan perkhidmatan George Hiew itu telah bertemu dengan keluarga mangsa dan menyampaikan sumbangan kewangan daripada George Hiew kepada mereka.

Difahamkan mangsa merupakan seorang lelaki muda mempunyai isteri yang sedang sarat mengandung.

George Hiew turut menegaskan bahawa kawasan tersebut merupakan laluan sibuk yang sering berlaku kemalangan melibatkan pejalan kaki.

“Saya telah menghubungi pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sandakan dan menggesa agar lampu isyarat pejalan kaki dipasang dengan segera bagi menjamin keselamatan penduduk setempat dan mengelakkan tragedi seperti ini berulang,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/01/lelaki-cedera-parah-dilanggar-kereta-bekas-adun-desak-pasang-lampu-isyarat-pejalan-kaki/feed/ 0 84709
Pemandu lelaki cedera, kenderaan bertembung di Sandakan https://sabahmedia.com/2025/10/17/pemandu-lelaki-cedera-kenderaan-bertembung-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2025/10/17/pemandu-lelaki-cedera-kenderaan-bertembung-di-sandakan/#respond Fri, 17 Oct 2025 10:31:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83534
Read Time:28 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Batu 17 Jalan Labuk di sini, petang tadi.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sandakan, Kapten (PA) Sulaiman Salama, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kemalangan itu pada jam 2.14 petang.

Katanya, kemalangan itu mengakibatkan pemandu pacuan empat roda berusia 47 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Anggota APM yang tiba di lokasi telah memberikan rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk rawatan lanjut.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/17/pemandu-lelaki-cedera-kenderaan-bertembung-di-sandakan/feed/ 0 83534
Kontraktor cedera ditetak, buruh ditahan https://sabahmedia.com/2025/10/03/kontraktor-cedera-ditetak-buruh-ditahan/ https://sabahmedia.com/2025/10/03/kontraktor-cedera-ditetak-buruh-ditahan/#respond Fri, 03 Oct 2025 03:21:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82424
Read Time:54 Second

Oleh Ahmad Husnayan

TAWAU: Seorang kontraktor berusia 40 tahun parah selepas ditetak seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Autentik, Tanjung Batu Laut, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, dalam kejadian jam 1.10 tengah hari itu, mangsa ditetak di belakang rumah mertuanya sebelum dihantar ke zon merah Hospital Tawau untuk rawatan kecemasan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 30 tahun itu berjaya ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di hadapan Unit Kecemasan hospital sama, semalam.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh didapati mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kes pecah rumah, kesalahan seksual dan dadah.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata serta Seksyen 323 kanun sama,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Jasmin menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak mengikut emosi sehingga mencederakan orang lain kerana perbuatan itu bukan sahaja mengundang bahaya, malah boleh membawa hukuman berat.

“Jika berdepan sebarang masalah atau perselisihan faham, rujuk saluran yang betul dan jangan sesekali mengambil tindakan sendiri,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/03/kontraktor-cedera-ditetak-buruh-ditahan/feed/ 0 82424
Lelaki cedera tersepit dalam kemalangan https://sabahmedia.com/2025/10/03/lelaki-cedera-tersepit-dalam-kemalangan/ https://sabahmedia.com/2025/10/03/lelaki-cedera-tersepit-dalam-kemalangan/#respond Fri, 03 Oct 2025 03:04:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82418
Read Time:52 Second

Oleh Raul G

TUARAN: Seorang lelaki cedera akibat tersepit selepas kereta dinaiki terbabas dalam kemalangan di Jalan Tamparuli – Ranau berhampiran Pekan Nabalu, awal pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.32 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi dengan satu jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat dua mangsa terlibat kemalangan dan salah seorangnya lelaki berusia 38 tahun tersepit di bahagian penumpang hadapan.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkannya dan memberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke hospital Tuaran bagi rawatan lanjut,” katanya.

Menurut Mohammad Nor, seorang lagi mangsa, pemandu berusia 29 tahun dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan bomba turut memeriksa kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang terbabit kemalangan dan sekitar lokasi bagi memastikan tiada punca bahaya lain.

“Punca kejadian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan pada jam 4.58 pagi,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/03/lelaki-cedera-tersepit-dalam-kemalangan/feed/ 0 82418
Lelaki cedera dipukul guna mug kaca https://sabahmedia.com/2025/06/19/lelaki-cedera-dipukul-guna-mug-kaca/ https://sabahmedia.com/2025/06/19/lelaki-cedera-dipukul-guna-mug-kaca/#respond Thu, 19 Jun 2025 09:53:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75835
Read Time:47 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas dipukul di bahagian kepala menggunakan mug kaca dalam satu insiden yang berlaku di sebuah kafe di kawasan Kubota, Tawau, semalam.

Difahamkan, mangsa ketika itu sedang minum bersama rakannya sebelum tiba-tiba diserang oleh seorang individu yang dipercayai bertindak ganas tanpa provokasi.

Suspek kemudiannya tampil ke balai polis bagi membuat laporan susulan kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bertindak atas laporan yang diterima, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Tawau telah menjalankan siasatan segera dan berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Suspek warga tempatan berusia lingkungan 45 tahun ditahan di sekitar Jalan St Patrick, Tawau dan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/19/lelaki-cedera-dipukul-guna-mug-kaca/feed/ 0 75835
Dua beranak cedera ditikam kes samun di Tongod, polis buru suspek https://sabahmedia.com/2025/02/02/dua-beranak-cedera-ditikam-kes-samun-di-tongod-polis-buru-suspek/ https://sabahmedia.com/2025/02/02/dua-beranak-cedera-ditikam-kes-samun-di-tongod-polis-buru-suspek/#respond Sun, 02 Feb 2025 04:20:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67866
Read Time:1 Minute, 28 Second

BELURAN: Seorang bapa dan anaknya cedera parah selepas ditikam dalam satu kejadian samun berkumpulan di sebuah kebun persendirian di Kampung Napagang, Entilibon, Tongod, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 3.00 petang daripada seorang wanita tempatan yang dimaklumkan oleh pekerja jirannya bahawa suami dan anaknya mengalami kecederaan akibat ditikam dengan senjata tajam, dipercayai besi pengangkat buah sawit.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa iaitu lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, badan, belakang badan, lengan serta paha akibat tikaman senjata tajam.

“Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Hasan, suspek dalam kes ini telah dikenal pasti sebagai dua pekerja mangsa sendiri, iaitu Anuar, 40-an, dan Saril, 20-an, kedua-duanya warganegara Indonesia.

Polis sedang giat memburu dua suspek disyaki terlibat kes mencederakan dua beranak di Tongod.

“Kedua-dua suspek bertindak melarikan diri selepas mencederakan mangsa dengan membawa lari sebuah kenderaan Toyota Hilux Single Cab putih bernombor pendaftaran SAB 7801 P milik mangsa.

“Suspek juga melarikan beberapa barang peribadi termasuk dokumen penting, telefon bimbit dan dompet mangsa,” jelasnya.

Berikutan kejadian itu, pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta dikenakan denda dan sebatan.

Hasan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau keberadaan suspek diminta untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

“Saksi kejadian juga digesa tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Sandra (011-2806 6182), Asisten Superintendan Henry Ak Laiyau (010-941 6656), Balai Polis Beluran (089-511 222) atau Balai Polis Tongod (087-748 223),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/02/dua-beranak-cedera-ditikam-kes-samun-di-tongod-polis-buru-suspek/feed/ 0 67866
Pemotong rumput luka tembus di lengan kanan, terkena tembakan senjata tiruan https://sabahmedia.com/2024/05/20/pemotong-rumput-cedera-terkena-tembakan-senjata-tiruan/ https://sabahmedia.com/2024/05/20/pemotong-rumput-cedera-terkena-tembakan-senjata-tiruan/#respond Mon, 20 May 2024 12:19:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54714
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Seorang pekerja pemotong rumput mengalami kecederaan luka tembus di bahagian lengan kanan dipercayai terkena tembakan senapang angin buatan sendiri di salah sebuah taman di Luyang dekat sini pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam lebih kurang 9.31 pagi kelmarin (19 Mei).

“Pengadu seorang lelaki memaklumkan rakan sekerjanya berusia lingkungan 23 tahun dipercayai terkena tembakan senapang angin di salah sebuah taman di Luyang, Kota Kinabalu.

“Siasatan awal mendapati, semasa kejadian mangsa bersama dua orang rakannya sedang berehat daripada memotong rumput dan tiba-tiba mangsa berasa sakit di bahagian lengan sebelah kanan dan terdapat pendarahan.

“Mangsa tidak mendengar sebarang bunyi tembakan memandangkan semasa kejadian bunyi persekitaran agak bising dengan mesin rumput,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kasim, mangsa cedera iaitu luka tembus di bahagian belakang lengan sebelah kanan dan luka kecil di bahagian tepi rusuk kanan.

Sehubungan dengan itu, Kasim berkata, polis Kota Kinabalu telah berjaya menangkap suspek dan merampas beberapa senjata tiruan termasuk tiga bilah kerambit buatan sendiri ditemui di belakang pintu bilik suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

“Orang ramai adalah dinasihati supaya tidak memiliki atau menggunakan senjata tiruan kerana ia salah di sisi undang-undang,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/20/pemotong-rumput-cedera-terkena-tembakan-senjata-tiruan/feed/ 0 54714
Enam mangsa perempuan cedera dalam kemalangan jalan raya di Lahad Datu https://sabahmedia.com/2023/06/17/enam-mangsa-perempuan-cedera-dalam-kemalangan-jalan-raya-di-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2023/06/17/enam-mangsa-perempuan-cedera-dalam-kemalangan-jalan-raya-di-lahad-datu/#respond Sat, 17 Jun 2023 04:33:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36519
Read Time:47 Second

LAHAD DATU: Enam mangsa perempuan cedera terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Seri Perdana dekat sini malam tadi (16 Jun).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.42 malam tadi (16 Jun).

“Sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan jenis Perodua Bezza, Nissan Grand Livina dan Proton Pesona berlanggar sesama sendiri.

“Terdapat lima orang mangsa perempuan berada di dalam Perodua Bezza dan seorang pemandu perempuan kenderaan Nissan Grand Livina yang mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh orang awam seterusnya dihantar ke Hospital Lahad Datu.

“Manakala seorang pemandu bersama dua orang penumpang yang kesemuanya juga perempuan menaiki Proton Persona tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba seterusnya membuat pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian dan memastikan tiada keberbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.32 malam.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/17/enam-mangsa-perempuan-cedera-dalam-kemalangan-jalan-raya-di-lahad-datu/feed/ 0 36519
Isu lewat bayar gaji: Pengarah projek binaan warga Korea cedera dipukul pekerja https://sabahmedia.com/2023/04/16/isu-lewat-bayar-gaji-pengarah-projek-binaan-warga-korea-cedera-dipukul-pekerja/ https://sabahmedia.com/2023/04/16/isu-lewat-bayar-gaji-pengarah-projek-binaan-warga-korea-cedera-dipukul-pekerja/#respond Sun, 16 Apr 2023 14:31:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32886
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Seorang pengarah projek pembinaan sebuah syarikat swasta cedera dipukul oleh sekumpulan pekerja binaan di sebuah tapak pembinaan di daerah Kota Kinabalu berpunca tidak berpuas hati berkenaan isu kelewatan pembayaran gaji pekerja.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihak polis telah mengesan empat rakaman video yang tular melalui aplikasi whatsapp semalam (15 April) memaparkan sekumpulan pekerja binaan di sebuah tapak pembinaan di daerah Kota Kinabalu yang menyuarakan rasa tidak puas hati berkenaan isu kelewatan pembayaran gaji sehingga bertindak memukul mangsa yang merupakan pengarah projek pembinaan
sebuah syarikat swasta yang menguruskan projek pembinaan tersebut.

Katanya, keempat-empat video tersebut.masing-masing berdurasi 2 minit 47 saat, 27 saat, 2 minit 3 saat dan 30 saat.

Menurut Mohd Zaidi, pengadu yang juga mangsa seorang lelaki warganegara Korea berumur 53 tahun telah membuat laporan polis pada jam 12.40 pagi tadi (16 April) berhubung kejadian yang berlaku di sebuah tapak pembinaan di daerah Kota Kinabalu.

“Akibat dari kejadian tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan lebam dan bengkak di beberapa anggota badan dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

“Pihak Polis Daerah Kota Kinabalu telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan telah menahan dua orang suspek yang terlibat dalam kejadian ini.

“Kini polis sedang giat mengesan dua lagi rakan sejenayah suspek yang turut terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Zaidi berkata, hasil siasatan mendapati, punca berlakunya kejadian merusuh tersebut
adalah disebabkan ke empat-empat suspek serta lain-lain pekerja tidak berpuas hati disebabkan kelewatan pembayaran gaji oleh pihak syarikat.

“Justeru, pihak polis ingin menasihati orang awam orang yang mempunyai sebarang pertikaian supaya menyelesaikannya mengikut saluran undang-undang yang sedia ada dan tidak sekali-kali menggunakan sebarang kekerasan yang boleh membawa kepada implikasi undang-undang.

“Pihak polis juga berharap tiada mana-
mana pihak membuat spekulasi berkaitan kejadian ini yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam dan sebagainya,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/16/isu-lewat-bayar-gaji-pengarah-projek-binaan-warga-korea-cedera-dipukul-pekerja/feed/ 0 32886